Showing posts with label [thirdpregnancy]. Show all posts
Showing posts with label [thirdpregnancy]. Show all posts

Monday, July 18, 2016

Review: Diaper caddy basket

Salam..

Hari ni nak review diaper caddy. Kalau tengok dekat etsy dorang jual sampai 100-200 ringgit. Mahal la sebab handmade lepas tu pakai kain yang berkualiti gamaknya. Tapi memang cantik-cantik. Berkenan sangat masa tengah pregnant aritu. Cari punya cari beberapa IG yang tak amek order sebab banyak sangat order. Alhamdulillah jumpa jugak yang terima order nak macam tu.

Ada je caddy bag yang murah bawah RM30 tapi tak minat sebab tempat letak selalu dekat luar, nak yang kat dalam. Cth macam autumnz tu. Ntah la, rasa macam tak minat. Sebenarnya nak belah dalam tu kain corak plain color biru tu tapi nan ado, amek jela corak yang ni. Kalau dalam plain, luar chevron mesti lagi mengancam. Tapi takpe, nanti boleh tempah lagi. Ewah.

IG : Leawithluv
Harga : Customade punya harga mungkin berbeza. Kina punya ni RM49.

Kina tunjuk contoh nak buat macam mana, lepas tu bagi pilihan corak, bayar then tunggu lah bila siap. Kalau nak dapat sebelum bersalin tempah la awal macam den. Hahaha. Masa tu rasanya tempah bulan Januari, dapat bulan Mac. Maklum la customade order ni banyak, ikutlah giliran. I tak kisah asalkan siap sebelum beranak dan lawa. Hihi.

Masa mula-mula dapat letak diaper dan toiletries, si shahadah & shafiyah tu suka la mengacau benda-benda dalam tu, ye la barang baru, comel plak tu memang suka la dorang. Tapi bila da lama sket, tambah kena warning sket, sket pun dorang tak heran dah. Sekarang ni pulak, kalau shahir berak ke apa, dorang la sibuk2 pegi amek barang dalam bag tu. "Mama2, pampers, tisu, getah (alas getah tu), minyak."

Sebelum-sebelum ni tak de caddy bag macam ni, pakai bag biasa kulit keras tu. Yang tu berguna jugak dari shahadah lahir sampai shahir pakai. Tapi yang ni best pakai bila keluar, lagi-lagi nak gi RNR, bawak je caddy bag ni takyah nak zip-zip, ringan pun ringan. Lepas tu teratur, nak apa-apa capai je. Hanya topup diaper jela, yang lain stay je dekat situ. 

Partition tu memang request buat 3. 1 besar sket 2 lagi kecik sket. Boleh letak minyak, lotion, bedak,sikat what so ever lah kalau nak letak. Termometer pun kina letak dalam tu. Kalau tak mau partition macam tu, boleh request partition bentuk pocket (patut buat 1 bentuk pocket senang nak letak kalau ada benda kecik halus). Next time nak buat pocket tak celuih 1, color fabric gelap plak sebab color putih ni cepat kuning. Hihi.


Gambar pun pakai screenshot je. Kikiki. Malas. Ok, tu je dari mak anak 3.



Monday, June 27, 2016

Misi 50kg?

Salam..

Hari ni hari ke40. Yeay. Dah habis pantang. Orang lain rasa sekejap tapi orang yang berpantang je rasa lamanya nak habis. Kohkohkoh. Bila orang lain melancarkan misi 50kg, eh, nak jugakkk. 50kg tu zaman masa bekerja dekat IMR & sebelum kahwin. Berat yang lepas usah dikenang. Hahaha. Tapi ofcos la semua orang nak berat sebelum kahwin, nak fit, nak size baju elok tak sendat, takde sakit kaki menampung berat yang tak ideal. Sian laki asyik nak kena urut kaki. Hihi.

Berat sebelum pregnant = 55kg (kot)
Berat last masa pregnant kali ni = 65kg
Berat 3 minggu lepas bersalin = 59kg 
Berat 4 minggu lepas bersalin = 58kg
Habis pantang = ???

Masa pregnant berat naik 10kg je. Memang tiap kali pregnant naik tak terlampau sangat. Tapi kali ni susah bebeno nak turun. Start makan supplement phytonatal & orlin masa dekat hari ke20 sebab shahir jaundice. InsyaAllah akan teruskan sampai habis. 

Kali ni juga first time berpuasa masa dalam pantang. First day pose masa hari nuzul Alquran. Tiba-tiba nak sembahyang zohor nifas ada sket lagi keluar. Maybe penghabisan kot, terus berbuka la. Lepas tu tunggu clear pose hari Sabtu lepas, hari ni hari ke3 la pose. Kalau takde apa-apa dapat la 10 hari pose terakhir. InsyaAllah. Alhamdulillah susu tak effect sangat, memang la less production compare masa tak puasa, tapi shahir still dapat susu kira ok la. 

Berat sekarang macam yoyo, bangun tido timbang 57kg, sebelum berbuka 55kg, lepas berbuka 58kg. Tak ke banyak tu naik, makan tak banyak sangat rasa, berat air kot, dah kalau minum 2 jug habis. Kuikui. So misi 50kg camner? Akan kuteruskan tapi yela, sket2 jela sebab masih breastfeeding kan. Workout sket-sket. Biar lambat asal selamat. Walaupun kadang-kadang menyampah jugak tengok lambat nak turun ni, bila stress terus makan 2 ketul kebab takde sayur. Hahaha. Dalam pantang kan takle makan timun tomato etc. Pasni makan la balik sayur.

Jadi berat habis pantang tu nak amek yang mana? Lepas bangun tido la kan? 57kg. Kohkoh. 2 minggu 1 kg. Tu makanan pantang tu. Lepas habis pantang xtau la camne. Raya pulak kan. Hahaha. Nak naik senang, nak turun susah. Dulu sebelum kahwin makan roti canai 2 keping pun tak heran. Redha ajela.


P/S : nak kecikkan paha sebab ada beli seluar tak muat kat situ. ciskek sungguh. hahaha. 


Thursday, June 2, 2016

Presenting baby no.3!

Salam..

Lama menyepi. Alhamdulillah dah selamat bersalin 19 May 2016 hari tu. Presenting our baby no.3.
kali ni tukar angin. dulu kpj kuantan, kali ni kmc (kuantan medical centre)
Nama saya Muhammad Shahir. Boleh panggil shahir. 
Putera pertama kami. Mama & papa harap shahir akan menjadi al hafiz yang dapat menarik & memberi syafaat kepada ahli keluarga nanti. Aaamiiin.

Setakat ni antara 3 orang anak..shahir ni yang

Paling lambat keluar (38w 6d)
Paling sakit nak bersalin (dulu 10cm baru push ni 8cm dah xtahan dah nak push)
Paling berat antara semua (3.07kg)
Paling lambat luruh tali pusat (hari ke12)
Paling slow bunyi nangis (maybe belum keluar lagi versi kuat)

Masih tak percaya, dah 3 ye anak ku..hihi..tak sabar nak habis pantang. kali ni pantang sendiri..kalau rajin dan berkesempatan kina share routine berpantang sendiri..shahir pun jaundice macam kakak-kakak dia..moga cepat2 sembuh ye nak..

Senyum sket..:D




Monday, March 7, 2016

Scan baby no.3 di Sonoworld

Salam 

Last week pegi scan dekat Sonoworld. Kebetulan nak balik kuantan dari penang jadi singgah la dekat situ. Actually tau pasal Sonoworld ni dari BFF. Die cakap murah & sonographernya baik je. Memang pon. Recommended sangat. Sape yang dekat-dekat area ampang/KL tu pegi la sonoworld ni. Plus sekarang ni ada promo RM80 utk 2d/3d/4d/hd sampai mggu ni. Bukan tu je, tiap bulan ada contest, guna resit yang korang scan kat situ mana tau rezeki baby menang hadiah plak kan.
Google map ukay bistari apartment pastu masuk lepas pakgad tu kejap je nampak ni.

Sonoworld ni tempatnya memang khas untuk ultrasound, bukan klinik tau, so keje scan scan ni memang kepakaran dorang, doktor pun belajar scan dari dorang tau. Dari 2D sampai HD ada. HD ni 5D, color lebih kurang sama dengan kulit sebenar. Ada pakej-pakej yang boleh dipilih ikut berapa minggu kandungan & keperluan. Ada juga scan untuk mende lain macam breast scan, abdomen dll lah. 

Schedule boleh tengok online je, hijau tu available lagi la untuk booking.

Cara nak booking senang je. Korang boleh terus ke website http://mysonoworld.com. Tengok mana pakej yang sesuai, click buat appointment. Terus keluar calendar & masa. Pilih la mana-mana hari yang berkenan. Tiap hari dia buka tauhu. Pastu isi maklumat. Nanti dapat email confirmation. Dah siap. Bayar lepas scan nanti.


Masuk-masuk boleh isi details dulu. Bilik scan sebelah tu je.

Kina pegi khamis hari tu. Mula-mula nak booking pukul 2 pm, ada hikmahnya ada orang lain booking dulu sebab lambat plak ktorang merewang dekat IKEA. Booking kol 3, sampai 3.05. Hahaha. Sampai-sampai tak tunggu lama pun, adalah dalam 5 minit, tulis details dan masuk scan. Sonographer time tu Cik Azie. Cik Azie scan details sangat. Alhamdulillah kedudukan baby dah dekat bawah. Time 23 weeks songsang lagi. Harap-harap die maintain la. Air ketuban 11, range air ketuban yang normal 8-20. 

Time nak scan muka yang paling menduga tu. Sebab die menyorok muka die dekat dinding rahim. Dah pujuk, dah goyang-goyang, dah mengiring, dah duduk (first time ni scan sambil duduk ha..hihi..)..Berusaha sangat Cik Azie nak scan bagi nampak muka tapi baby takmau bagi kerjasama. Beralih plak check mende lain dulu. Scan gender plak. Jengjengjeng. Masa kakak & shafiyah mula dapat tau 17minggu, tp kina suka confirmkan dengan 3D 4D. Both masa 24-25mggu. Baby no.3 ni mula tau masa 16minggu dan 3D 4D 28minggu. Yup. Its a boy. Geng papa. Tapi mama rasa muka geng mama. Sebab masa pregnant ni rasa lebih kurang macam pregnant kakak shahadah. Nanti kita tunggu dan lihat.
Ni masa berehat 10 minit. Hahaha. Shahadah zzzz dari awal so xtgk la die sesi scan.

Lepas dekat 40 minit nak scan muka die tak lepas-lepas, cik Azie suggest berehat dulu 10minit. Kina pun order air dengan pudin. Hahaha. Order dekat kedai sebelah je. Mintak beli air masam-masam sket. Teori mana datang hentam je, kot-kot masam baby pusing kepala. Hahaha. Nasib baik lepas ktorang takde orang lagi, next appoinment kol 4.30. Lepas dah minum air asam jawa (kemain pudin terus beli air asam jawa dah kata nak masam-masam..hahaha). Alhamdulillah, dapat jugak gambar muka baby. Tu pun ade die tutup dengan tangan la apa. Muka masam je. Dapat air asam jawa tu masam. Hahaha. Tengah tido. Lega sebab dapat juga. Yela, datang dari jauh kekdahnya kan. Hihi.
Hidung kembang macam mama. Hihi. See u in May insyaAllah.

Habis scan dapat CD, gambar muka yang terbaik, details pasal scan & gambar bebird! Hahaha. Dah 3rd trimester dah. Cepat masa berlalu. Next2 baby kalau ada rezeki nanti nak pegi scan dekat sonoworld jugak la. Bagi yang nak tau pasal freescan, contest, promo terbaru dari sonoworld boleh la like dan join group:

https://www.facebook.com/3d4dsonoworld





Tuesday, February 2, 2016

Kisah third pregnancy di KPJ Penang

Salam..

Kesian plak baru 2 post tentang [thirdpregnancy]..Hihi..bukan tak excited tapi terlalu banyak komitmen. Excited sangat excited, dok shopping online je. Kekeke. Nak masuk 6 bulan dah. Tapi perut macam previous pregnancy tak perasan sangat.

Antara story yang menjadi kenangan untuk third pregnancy ni. Semuanya kisah dekat KPJ Perda Penang.

1) Pegi KPJ untuk register monthly check up.
Nurse : First pregnancy ke? Second pregnancy?
Kina : Third pregnancy.
Nurse : Oh. Okkkkk. (macam tak percaya plak muka die)
> shahadah dan shafiyah tengah berjoget dekat luar masa ni. die tak tahu tu my daughters sebab kina jalan dulu, pudin jaga dorang. hahaha.
> nampak terurus lagi lah kan walaupun mak anak 2. hahaha. hakikatnya kalau kat rumah selekeh serebeh macam hantu kak limah. gaye mak anak 10 dah. kwangkwangkwang.


2) Tukar gynae dalam hospital yang sama.
Sepanjang 3 kali pregnant ni 1st time tukar doktor. Hahaha. Kalau tukar hospital tu biasa lah kan. Kitorang tukar doktor sebab tak berkenan sangat dengan cara doktor tu. Tak friendly. Tak into details. Nasib baik la pihak AIA bagi tukar. Puas hati dengan doktor sekarang. Rupanya bukan kina sorang, ramai dah yang tukar doktor dekat KPJ tu. Alasan yang sama mungkin. Rasa hak patient la kot nak tukar. Pregnant lady tak leh stress-stress jumpa doktor. Hahaha.


3) Amek darah masa pregnant 5 bulan.
Nurse : Jumpa doktor mana?
Kina : Jumpa Doktor Lim soo soo.
Nurse : La..awak pregnant ke? berapa bulan?
Kina : 5 bulan dah. Hee.
Nurse : Saya ingat awak amek darah sebab nak check demam. Tak nampak perut pun.
Kina : Hihi. tu la. Dari dulu memang camni.
(bukan nurse tak tahu la orang panggil ape untuk orang amek darah tu..anggap jela nurse boley)


4) Result Hb
Biasanya sebelum ni result Hb paling tggi pun 11. Tapi kali ni 12. Hahaha. Tinggi la bagi orang berdarah rendah. Kalau berjalan jauh sket memang nak pitam. Semua pregnancy pun macam tu. Doktor cakap ok Hb awak, tapi jangan lupa makan vitamin tak perlu iberet. Yessss. Kekeke. Tak beli lagi vitamin tambahan. Nak beli yang macam KPJ kuantan bagi dulu je. Boleh untuk ibu mengandung & ibu menyusu. Tak tahu nape KPJ Penang ni kena charge pulak walaupun panel. Lain-lain walaupun sama panel. Sekarang ni amalkan Pati delima Gulsan. Ya Allah manis gile. Awal-awal rasa susah nak makan. Campur dengan air baru ok sket nak makan. Shafiyah pun sibuk sekali nak makan.







Wednesday, January 6, 2016

Shafiyah nak jadi kakak Mei ni

Salam.. 

Alhamdulillah..shafiyah si cek mek molek tu nak jadi kakak Mei ni..tak sabar nak bersalin nak berpantang dekat rumah sendiri..yeayyy..planner hari tu habis terjual 500buah..ni la 'pelaris'nya..kihkih..kalau pregnant berniaga la..kompem bertambah masyuk sebab rezeki anak2..
: p..anak ramai memang pembuka rezeki, tapi jangan tunggu rezeki datang. Kena usaha jugak. Yang nak preorder planner boleh lagi untuk second batch ye..Whatsapp utk order : 0132126952..
Gambar scan masa 12w. Sekarang ni dah 20w.

Nanti kina cerita macam mana plak perjalanan ttc baby no.3 ni..wanted & intended..jangan kata accident sebab kina memang ada amek planning cucuk sekali & makan maajun beberapa bulan sebab at least bukan beza setahun..dengan accident kereta aritu, terjatuh tepi tangga kolam..baby no.3 ni memang kuat..Terima kasih Allah..keep strong baby! mama,papa, kakak shahadah & kakak shafiyah love you..Kitorang dah biasa panggil shafiyah baby, now nak bertambah nii agak kekok nak tukar panggil shafiyah..InsyaAllah ada masa lagi 4-5bulan untuk train panggil shafiyah & potty training. 

Shafiyah dah kenal cicing tu macam mana sejak semalam. Sebab masa mandikan die tu, dah siap ajak keluar die cakap nak cicing. Pastu duduk coooo..hahaha. Record paling lama diaper kering adalah 4 jam. Kina takde la train strict, kalau dah bocor dekat diaper continue jela. Sbb pikir baru 1 tahun lebih. No alarm timer untuk cicing. No stress. Tak terkejar2. Biar lambat asal selamat. Masa shahadah dulu walaupun start 2tahun lebih agak lambat sebab die tak berapa pandai cakap lagi. Shafiyah cepat matang sebab dia ada idola die - kakak shahadah. Paling lawak masa serentak dua-dua nak kencing aritu. 

Mama : Kakak, bagi baby cicing dulu boleh?
Kakak : Tak boleh. Kakak dulu. (die dah atas jamban die dah)
Shafiyah : Die duduk coooo kat lantai..hahaha.

Semoga sebelum adik shafiyah lahir shafiyah boleh at least diaper free time siang. Chayok mama. 
Ada yang gelabah ramainya nak anak/anak rapat. Relax la baru 3, belum 7. Hehe. 35 tahun nak tutup kilang boleh berehat, nak bermusafir, nak fokus ibadah. InsyaAllah.


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork