Showing posts with label scan 3D 4D baby. Show all posts
Showing posts with label scan 3D 4D baby. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Scan baby no.3 di Sonoworld

Salam 

Last week pegi scan dekat Sonoworld. Kebetulan nak balik kuantan dari penang jadi singgah la dekat situ. Actually tau pasal Sonoworld ni dari BFF. Die cakap murah & sonographernya baik je. Memang pon. Recommended sangat. Sape yang dekat-dekat area ampang/KL tu pegi la sonoworld ni. Plus sekarang ni ada promo RM80 utk 2d/3d/4d/hd sampai mggu ni. Bukan tu je, tiap bulan ada contest, guna resit yang korang scan kat situ mana tau rezeki baby menang hadiah plak kan.
Google map ukay bistari apartment pastu masuk lepas pakgad tu kejap je nampak ni.

Sonoworld ni tempatnya memang khas untuk ultrasound, bukan klinik tau, so keje scan scan ni memang kepakaran dorang, doktor pun belajar scan dari dorang tau. Dari 2D sampai HD ada. HD ni 5D, color lebih kurang sama dengan kulit sebenar. Ada pakej-pakej yang boleh dipilih ikut berapa minggu kandungan & keperluan. Ada juga scan untuk mende lain macam breast scan, abdomen dll lah. 

Schedule boleh tengok online je, hijau tu available lagi la untuk booking.

Cara nak booking senang je. Korang boleh terus ke website http://mysonoworld.com. Tengok mana pakej yang sesuai, click buat appointment. Terus keluar calendar & masa. Pilih la mana-mana hari yang berkenan. Tiap hari dia buka tauhu. Pastu isi maklumat. Nanti dapat email confirmation. Dah siap. Bayar lepas scan nanti.


Masuk-masuk boleh isi details dulu. Bilik scan sebelah tu je.

Kina pegi khamis hari tu. Mula-mula nak booking pukul 2 pm, ada hikmahnya ada orang lain booking dulu sebab lambat plak ktorang merewang dekat IKEA. Booking kol 3, sampai 3.05. Hahaha. Sampai-sampai tak tunggu lama pun, adalah dalam 5 minit, tulis details dan masuk scan. Sonographer time tu Cik Azie. Cik Azie scan details sangat. Alhamdulillah kedudukan baby dah dekat bawah. Time 23 weeks songsang lagi. Harap-harap die maintain la. Air ketuban 11, range air ketuban yang normal 8-20. 

Time nak scan muka yang paling menduga tu. Sebab die menyorok muka die dekat dinding rahim. Dah pujuk, dah goyang-goyang, dah mengiring, dah duduk (first time ni scan sambil duduk ha..hihi..)..Berusaha sangat Cik Azie nak scan bagi nampak muka tapi baby takmau bagi kerjasama. Beralih plak check mende lain dulu. Scan gender plak. Jengjengjeng. Masa kakak & shafiyah mula dapat tau 17minggu, tp kina suka confirmkan dengan 3D 4D. Both masa 24-25mggu. Baby no.3 ni mula tau masa 16minggu dan 3D 4D 28minggu. Yup. Its a boy. Geng papa. Tapi mama rasa muka geng mama. Sebab masa pregnant ni rasa lebih kurang macam pregnant kakak shahadah. Nanti kita tunggu dan lihat.
Ni masa berehat 10 minit. Hahaha. Shahadah zzzz dari awal so xtgk la die sesi scan.

Lepas dekat 40 minit nak scan muka die tak lepas-lepas, cik Azie suggest berehat dulu 10minit. Kina pun order air dengan pudin. Hahaha. Order dekat kedai sebelah je. Mintak beli air masam-masam sket. Teori mana datang hentam je, kot-kot masam baby pusing kepala. Hahaha. Nasib baik lepas ktorang takde orang lagi, next appoinment kol 4.30. Lepas dah minum air asam jawa (kemain pudin terus beli air asam jawa dah kata nak masam-masam..hahaha). Alhamdulillah, dapat jugak gambar muka baby. Tu pun ade die tutup dengan tangan la apa. Muka masam je. Dapat air asam jawa tu masam. Hahaha. Tengah tido. Lega sebab dapat juga. Yela, datang dari jauh kekdahnya kan. Hihi.
Hidung kembang macam mama. Hihi. See u in May insyaAllah.

Habis scan dapat CD, gambar muka yang terbaik, details pasal scan & gambar bebird! Hahaha. Dah 3rd trimester dah. Cepat masa berlalu. Next2 baby kalau ada rezeki nanti nak pegi scan dekat sonoworld jugak la. Bagi yang nak tau pasal freescan, contest, promo terbaru dari sonoworld boleh la like dan join group:

https://www.facebook.com/3d4dsonoworld





Friday, May 23, 2014

Scan 3d adik baby

Salam

Masa sebelum pregnant lagi kina cakap kat pudin, apa yang shahadah dapat adik baby kena dapat jugak..kena adil..hihi..sebab shahadah dulu buat scan 3d masa 25weeks..so bajet nak buat scan 3d lebih kurang masa kebetulan kitorang gi melaka aritu..last2 tak jadi sebab kena balik kampung..agak terkilan gak tp redha jela sebab pikir familly 1st..Mati-mati ingat nanti balik tepat2 32weeks tapi klinik mesti tutup hari ahad minggu tu..nak scan tapi nak ade papa die sekali..kalau tggu papa die nanti dah lewat sangat da nak scan 3d..tak scan kat bintulu sebab mahal, scan 3d ni kan tak cover panel..

Alhamdulillah, tak sangka klinik wyko tu bukak hari ahad sampai pukul 1 petang. Sempat la papanya ade sekali..motif utama nak scan saje nak tengok muka sebab gender memang dah tau..kali ni tak amek cd sebab rasa cd tak penting da..muka adik baby masham je masa scan..hahaha..kacau die tido kot..more chubbier la dari her big sister..berat dianggarkan 2kg..patutla susah no mama nak pusing2 badan..

Harga scan RM90. Dah naik 5hinggit! Huahua. Masa scan tu kak long shahadah tido dalam stroller..yeah..dah beli stroller..;)..jadi ni la hasil scan gambar terbaik adik baby..papa ckp hidung kembang macam mama, mama ckp mulut muncung macam papa..hahaha..cant wait to see u my little baby..tapi dlm masa yg sama cuak jugak nak jaga 2 anak..hihi..

Kalau kakak sy orang cakap korean look, agak2 sy philipino look x..hahaha..sebab mama dok layan temptation of wife..marian rivera kot..:P


Tuesday, June 5, 2012

Scan 3D/4D masa 25 minggu

Salam

Alhamdulillah, dah selamat sampai Bintulu setelah 5 hari di semenanjung. Rasa cepat gila masa berlalu. Banyak benda yang tak sempat nak dibuat. Tapi takpe la, 2 minggu lagi pudin ada kursus seminggu dekat semenanjung.  Macam balik tiap-tiap bulan la plak, dia takpe la company cover. Pokai, nasib baik sekarang ada buat business sket-sket. Boleh la klik Myblogshop kat atas tu. Heh, sempat lagi promote kan? -_-

Hajat di hati nak buat scan 3D/4D dengan miss Jezz tak kesampaian sebab masalah transport & masa. Jadi second option pegi ke Klinik W.Y. Ko dekat Jalan Beserah, Kuantan. Mahal sikit dari miss Jezz tapi takpe la at least tak menyusahkan nak pegi dan paling murah dekat Kuantan kot.

Klinik: Klinik W.Y.Ko (Specialist)
Harga: RM85 gambar sahaja, RM145 gambar & video.
Location: Jalan Beserah

Ingatkan pegi hari khamis tak ramai lah orang. Hmm. Ramai gak orang. Kitorang sampai pukul 10 pagi kunun-kunun time tu lah baby paling aktif kick lagi-lagi lepas makan. Dr.Ko pulak ada hal, akan sampai pukul 11 nurse tu cakap, hari biasa Dr. Ko pukul 9 pagi dah ada. Ok, takpe, kitorang pegi gunting rambut pudin & adik ipar dulu. Sampai pukul 11 lebih dah ramai orang. Daftar senang je, bagi nama & apa tujuan datang je. Takde nak kena isi apa-apa. Tapi confuse juga part giliran die kira macam mana.

Lama jugak kitorang menunggu, dekat sejam lebih sipi-sipi. Makcik after kitorang dah panas dah ke hulu ke hilir sebab macam ada yang baru datang tiba-tiba nama dah dipanggil, bukan sorang dua je. Last-last makcik tu tanya gak nurse which is sangat kuat 1 klinik boleh dengar.

Makcik : ''Kenapa ada yang baru datang boleh masuk? Bila anak saya dapat scan?''
Nurse: ''Sorry ye, kita bagi yang nak check baby masuk dulu''
Makcik : ''Haa..kalau macam ni sampai bila dapat masuk kalau baby asyik datang?Tak adil lah''
Pastu makcik tu blah dengan anak & cucu-cucu dia.

Honestly, kina setuju dengan makcik tu. Sepatutnya masuk ikut giliran kecuali la hal-hal kecemasan baby masuk la dulu. Kita dah tunggu lama bila ada family yang bawa baby nak check boleh senang-senang masuk. Memang la kita ni datang nak scan je tapi lenguh gak duduk. Nasib baik kina boleh sabar lagi walaupun dah haus tekak menunggu. 15 minit lepas kejadian, nama dah dipanggil & Dr.Ko mintak maaf sebab lambat bagi baby dulu.

Time scan, baby dah merajuk kot sampai dia takmau pusing-pusingkan badan dia. Statik je die mengiring rest. Dr.Ko panggil lemah lembut dia buat dek je. Dr. Ko memang sangat la soft spoken, kena fokus betul-betul apa dia cakap. 

Antara apa yang Dr. Ko cakap:
''Berat baby 600g++'' (berat baby maintain je macam mama ye)
''Baby supposedly dah 26 weeks 3 days'' (awal seminggu macam biasa)
''Haa..itu telinga dia, mulut dia tak sumbing, cuba kira berapa jari tangan dia'' (jelas gila bila scan 3D ni kalau tak mau aku angguk-angguk je bila Dr. scan 2d)
''Dah tau gender kan? Kitorang pun cakap ''dah tau dah, girl. 2 doktor dah bagitau.''
"Siapa doktor tu? Kitorang pun cakap la. ''Dr Suraya KPJ, Dr Clarence Columbia Asia Bintulu"
"Dr. Suraya i kenal..specialist memang selalunya tak salah. Oh, you duduk bintulu keje sana ye? Tu dia pepet dia, so confirm girl'' (Dah panggil nama girl dia dah pun.hehehe)
''Heartbeat ok, normal 148bpm, jantung ok,kedudukan uri di atas, kepala baby dekat bawah, kalau baby stay maintain boleh bersalin normal. Tapi selagi belum 30 minggu kemungkinan untuk baby pusing tu ada. (Harap-harap baby maintain ye baby, bagi mama chance bersalin normal ye)

Sebab tak dapat-dapat amik gambar muka baby. Puas dah mama die pusing ke kanan pusing ke kiri die static je. Tangan dengan kaki je bergerak-gerak. Dr.Ko mintak scan lagi sekali dalam 15minit kemudian. Mama pun rasuah baby dengan snickers kecik dalam handbag tu. Baru la rasa baby aktif sikit. Bila scan kali kedua, baby dah terlentang cun dah. Tapiiii..die tutup muka dengan kaki & tangan die pulak. haha. Memang bersungguh die nak buat surprise ye. 
Hyeeee baby! Yang warna hitam belah kanan tangan die, depan hidung tu kaki die ok.

Akhirnya, ini la gambar terbaik yang Dr. Ko boleh print. Kina tahu, hidung die macam pudin kan. Semua orang cakap macam tu bila tengok gambar ni. Semangat suamiku itu mengupload gambar scan baby, siap nak letak wallpaper dekat handphone. Jeles plak rasa. Hahahahaha. Belum lahir lagi dah jeles dengan anak sendiri. : p. Semoga baby akan menjadi anak yang solehah, pintar & mendengar kata. 

Papa dah borong kismis minda dari Mydin Kuantan dan sumbat ke mulut mama 7 bijik setiap hari pastu papa kirim kurma dekat opah untuk baby jadi pandai macam mama, rajin macam papa. hahaha. Mama ni pandai sebenarnya tapi pemalas nak belajar. Walaupun tak dapat menandingi CGPA papa, tapi ok la lepas gak CGPA 3.0 ok. Kiranya surirumah yang berjaya jugak la. hahaha. Ok, mama dah start melalut.

Berbalik kepada scan 3D/4D tadi ada hikmahnya scan lama, banyak sikit dalam video. Dalam video ada yang nampak jelas pergerakan die. Comel sangat. Tapi kalau print gambar sahaja pun dah ok, puas hati clear. Sebab anak first jadi nak gak la video. Siap kawtim dengan pudin, kina bayar separuh. Fuh. Bersemangat tak puan yang takde gaji tetap ni? Hahaha. 

Waktu terbaik nak scan 3D/4D minggu ke 28-32. Kalau awal sangat lemak baby belum ada jadi rupa tak nampak sangat, kalau lambat sangat baby dah besar memenuhi rahim tu susah plak nak nampak. Kalau tak sabar jadi la macam kina 25 minggu dah pegi scan. Hehe. Tapi ok la, bila lagi nak scan dah alang-alang balik Kuantan & free. 

Tepek gambar terbaru dengan baby Qausar duduk atas pelamin. Hehe. Abaikan pipiku yang bulat itu. 
Hidung papa sama tak dengan scan baby kat atas? Mulut ikut mama kan kan?
Mission : Scan baby 3D/4D success!
Next post: Expo baby di PWTC yang mengecewakan. sob sob sob 



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork