Showing posts with label 7 bulan pregnant. Show all posts
Showing posts with label 7 bulan pregnant. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Scan baby no.3 di Sonoworld

Salam 

Last week pegi scan dekat Sonoworld. Kebetulan nak balik kuantan dari penang jadi singgah la dekat situ. Actually tau pasal Sonoworld ni dari BFF. Die cakap murah & sonographernya baik je. Memang pon. Recommended sangat. Sape yang dekat-dekat area ampang/KL tu pegi la sonoworld ni. Plus sekarang ni ada promo RM80 utk 2d/3d/4d/hd sampai mggu ni. Bukan tu je, tiap bulan ada contest, guna resit yang korang scan kat situ mana tau rezeki baby menang hadiah plak kan.
Google map ukay bistari apartment pastu masuk lepas pakgad tu kejap je nampak ni.

Sonoworld ni tempatnya memang khas untuk ultrasound, bukan klinik tau, so keje scan scan ni memang kepakaran dorang, doktor pun belajar scan dari dorang tau. Dari 2D sampai HD ada. HD ni 5D, color lebih kurang sama dengan kulit sebenar. Ada pakej-pakej yang boleh dipilih ikut berapa minggu kandungan & keperluan. Ada juga scan untuk mende lain macam breast scan, abdomen dll lah. 

Schedule boleh tengok online je, hijau tu available lagi la untuk booking.

Cara nak booking senang je. Korang boleh terus ke website http://mysonoworld.com. Tengok mana pakej yang sesuai, click buat appointment. Terus keluar calendar & masa. Pilih la mana-mana hari yang berkenan. Tiap hari dia buka tauhu. Pastu isi maklumat. Nanti dapat email confirmation. Dah siap. Bayar lepas scan nanti.


Masuk-masuk boleh isi details dulu. Bilik scan sebelah tu je.

Kina pegi khamis hari tu. Mula-mula nak booking pukul 2 pm, ada hikmahnya ada orang lain booking dulu sebab lambat plak ktorang merewang dekat IKEA. Booking kol 3, sampai 3.05. Hahaha. Sampai-sampai tak tunggu lama pun, adalah dalam 5 minit, tulis details dan masuk scan. Sonographer time tu Cik Azie. Cik Azie scan details sangat. Alhamdulillah kedudukan baby dah dekat bawah. Time 23 weeks songsang lagi. Harap-harap die maintain la. Air ketuban 11, range air ketuban yang normal 8-20. 

Time nak scan muka yang paling menduga tu. Sebab die menyorok muka die dekat dinding rahim. Dah pujuk, dah goyang-goyang, dah mengiring, dah duduk (first time ni scan sambil duduk ha..hihi..)..Berusaha sangat Cik Azie nak scan bagi nampak muka tapi baby takmau bagi kerjasama. Beralih plak check mende lain dulu. Scan gender plak. Jengjengjeng. Masa kakak & shafiyah mula dapat tau 17minggu, tp kina suka confirmkan dengan 3D 4D. Both masa 24-25mggu. Baby no.3 ni mula tau masa 16minggu dan 3D 4D 28minggu. Yup. Its a boy. Geng papa. Tapi mama rasa muka geng mama. Sebab masa pregnant ni rasa lebih kurang macam pregnant kakak shahadah. Nanti kita tunggu dan lihat.
Ni masa berehat 10 minit. Hahaha. Shahadah zzzz dari awal so xtgk la die sesi scan.

Lepas dekat 40 minit nak scan muka die tak lepas-lepas, cik Azie suggest berehat dulu 10minit. Kina pun order air dengan pudin. Hahaha. Order dekat kedai sebelah je. Mintak beli air masam-masam sket. Teori mana datang hentam je, kot-kot masam baby pusing kepala. Hahaha. Nasib baik lepas ktorang takde orang lagi, next appoinment kol 4.30. Lepas dah minum air asam jawa (kemain pudin terus beli air asam jawa dah kata nak masam-masam..hahaha). Alhamdulillah, dapat jugak gambar muka baby. Tu pun ade die tutup dengan tangan la apa. Muka masam je. Dapat air asam jawa tu masam. Hahaha. Tengah tido. Lega sebab dapat juga. Yela, datang dari jauh kekdahnya kan. Hihi.
Hidung kembang macam mama. Hihi. See u in May insyaAllah.

Habis scan dapat CD, gambar muka yang terbaik, details pasal scan & gambar bebird! Hahaha. Dah 3rd trimester dah. Cepat masa berlalu. Next2 baby kalau ada rezeki nanti nak pegi scan dekat sonoworld jugak la. Bagi yang nak tau pasal freescan, contest, promo terbaru dari sonoworld boleh la like dan join group:

https://www.facebook.com/3d4dsonoworld





Monday, June 18, 2012

Minum air gula bergas

Salam


Bercerita tentang check up semasa 7 bulan pregnant ni. Akhirnya kina kena jugak minum air gula. Hehe. Ingatkan tak kena minum dah sebab kenaikan berat normal la kununnya plus tade family history, rupanya kena jugak minum. Kuang-kuang-kuang. Berat sekarang 58kg, approx naik 7.5kg dalam masa 7 bulan. Berat baby plak 1.2kg. Wow. Dah masuk kg bukan gram dah. Patut rasa berat sikit. Namun, ayat Dr Clarence yang buat kami tersenyum ''I'm very happy with the baby, very healthy & average baby, not too small & not too fat''. Alhamdulillah, baby & mamanya sihat. Cuma after this dah start kena datang 2 minggu sekali instead of monthly. 

Dr Clarence cakap start 28 minggu kena Sugar Challenge Test sebab apa ntah dia ada terang panjang lebar tapi kina macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri bulan lepas. Ingat pasal hormon apa ntah. Tujuan minum air gula tu tahu la untuk detect ada kencing manis tak masa pregnant kan. Hopefully resultnya ok-ok aje dong, kalau tak kena jumpa Dr Clarence lebih awal dari appoinment.

Pengalaman minum air gula dekat Columbia Asia Bintulu.
10.00 malam sebelum: Start puasa tak minum air pun. Tapi sebelum tu pulun agar-agar lumut habis-habisan. Hahaha. Tekak ni rasa kering la jugak bila bangun. Rasa lagi lapar dari puasa ganti. Maybe sebab takde baca niat ''Sahaja aku puasa sebab nak minum air gula....?'' huhuhu. 

9.00 pagi: Amik darah dekat tangan kanan. Boleh tahan la sakit sebab dia tak jumpa urat. Next ambil sampel air kencing. Lepas tu dia bagi 1 botol air gula sejuk. Dia cakap minum air ni sampai habis kemudian sejam lagi datang balik. Wow, tade siapa yang nak tengok habis ke tak minum! Boleh tipu kalau tak habis. Hahaha. Tapi tak kuasa la nak mengelat takut nanti effect result kena minum lagi sekali lagi takmau. Pegi duduk sebelah pudin, minum togok depan orang lain. 
Bismillah..glupglupglup..nyum3
Hahaha. Rasanya? Sedap! Sebijik macam air sprite. Ada gas sikit, sejuk macam air peti. Nyum-nyum. Sebelum ni kubayangkan gula berkiub-kiub didilutekan dengan air suam rupanya kat sini air gula bercarbonated. Memang saja je bayangkan tak sedapnya air gula sebab bila kita over estimate tapi bila minum takde la seteruk yang disangka jadi tak rasa teruk pun. Reverse psychology. Malam tu mengidam salad bar pizza hut la plak, pudin order air asam kasturi ke apa, air tu lagi manis dari air gula yang kina minum untuk Sugar Test Challenge pagi tu. 
Haa..air ni lagi manis ok..
                                         

Sementara nak tunggu sejam, selamba je kitorang keluar pegi Pejabat Pos & makanan ringan untuk pudin makan. 

10.00 pagi: Pegi tadah lengan untuk diambil darah lagi. Kali ni lengan kiri plak. Pastu kena ambil sampel air kencing lagi. Kali ni kena tunggu lagi sejam untuk next sampel darah & air kencing. Sampai 3x kena amik darah. Macam derma darah dah rasa. Tak tanya la plak kenapa sampai 3x, ada la ujian depa nak buat kot.

Sejam ni plak, kitorang xtau nak keluar pi mana dah. Kalau boleh makan memang pegi kedai makan dah. Nasib baik pudin bawak laptop die buat keje. Kina plak mengantuk yang amat tido je kat bahu die. Mana tak tertido ada muzik slow + air cond + lapar plak tu, terlena sampai pukul 11.

11.00 pagi: Akhirnya rintangan terakhir. Ambil darah dekat lengan kanan semula. Amoi tu cakap ''Eh, lebam ka?'' Yela. sakit tau tak dia cucuk tak jumpa urat awal tadi. hahaha. Setel amik darah kencing lagi pastu boleh balikkkkk. Dia cakap kalau tade dorang call dalam masa 2 minggu maksudnya tade apa2. 

Balik, terus pegi kedai makan, pekena roti canai telur dengan air karot susu. Sampai rumah pudin sambung buat keje, kina plak sambung tido sampai pukul 3. Hahaha. Zuhur gajah berjemaah kitorang (Kat sini pukul 3 tu macam pukul 4 nak dekat asar dah). Pudin cakap tak sampai hati nak kejut pukul 1 tengok kepenatan sangat.

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 7 bulan usia kandungan..
Fuh, now baru rasa macam betul-betul pregnant..hehe..bukan la sebelum ni tak macam pregnant lalu..
Sekarang rasa obvious sikit perubahan.

Jalan pun dah lain. Pudin cakap jalan style mak2. Err..
Nak pakai seluar tido teddy bear pun susah. Kaki takleh nak angkat 90 darjah dah. 
Mintak tolong pudin pakaikan stokin sebab rasa se'eh. Over kan macam permaisuri.
Nak pusing-pusing atau bangun dari baring rasa berat. 
Tak boleh nak berlumba lari naik tangga ngan pudin dah. 
Perut menegang & baby start mengeras kadang-kadang. Camni rupanya baby mengeras.

Seminggu lagi sebelum masuk 3rd trimester. :) Happy tapi dalam masa yang sama nervous. 


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork