Showing posts with label berat semasa mengandung. Show all posts
Showing posts with label berat semasa mengandung. Show all posts

Monday, June 27, 2016

Misi 50kg?

Salam..

Hari ni hari ke40. Yeay. Dah habis pantang. Orang lain rasa sekejap tapi orang yang berpantang je rasa lamanya nak habis. Kohkohkoh. Bila orang lain melancarkan misi 50kg, eh, nak jugakkk. 50kg tu zaman masa bekerja dekat IMR & sebelum kahwin. Berat yang lepas usah dikenang. Hahaha. Tapi ofcos la semua orang nak berat sebelum kahwin, nak fit, nak size baju elok tak sendat, takde sakit kaki menampung berat yang tak ideal. Sian laki asyik nak kena urut kaki. Hihi.

Berat sebelum pregnant = 55kg (kot)
Berat last masa pregnant kali ni = 65kg
Berat 3 minggu lepas bersalin = 59kg 
Berat 4 minggu lepas bersalin = 58kg
Habis pantang = ???

Masa pregnant berat naik 10kg je. Memang tiap kali pregnant naik tak terlampau sangat. Tapi kali ni susah bebeno nak turun. Start makan supplement phytonatal & orlin masa dekat hari ke20 sebab shahir jaundice. InsyaAllah akan teruskan sampai habis. 

Kali ni juga first time berpuasa masa dalam pantang. First day pose masa hari nuzul Alquran. Tiba-tiba nak sembahyang zohor nifas ada sket lagi keluar. Maybe penghabisan kot, terus berbuka la. Lepas tu tunggu clear pose hari Sabtu lepas, hari ni hari ke3 la pose. Kalau takde apa-apa dapat la 10 hari pose terakhir. InsyaAllah. Alhamdulillah susu tak effect sangat, memang la less production compare masa tak puasa, tapi shahir still dapat susu kira ok la. 

Berat sekarang macam yoyo, bangun tido timbang 57kg, sebelum berbuka 55kg, lepas berbuka 58kg. Tak ke banyak tu naik, makan tak banyak sangat rasa, berat air kot, dah kalau minum 2 jug habis. Kuikui. So misi 50kg camner? Akan kuteruskan tapi yela, sket2 jela sebab masih breastfeeding kan. Workout sket-sket. Biar lambat asal selamat. Walaupun kadang-kadang menyampah jugak tengok lambat nak turun ni, bila stress terus makan 2 ketul kebab takde sayur. Hahaha. Dalam pantang kan takle makan timun tomato etc. Pasni makan la balik sayur.

Jadi berat habis pantang tu nak amek yang mana? Lepas bangun tido la kan? 57kg. Kohkoh. 2 minggu 1 kg. Tu makanan pantang tu. Lepas habis pantang xtau la camne. Raya pulak kan. Hahaha. Nak naik senang, nak turun susah. Dulu sebelum kahwin makan roti canai 2 keping pun tak heran. Redha ajela.


P/S : nak kecikkan paha sebab ada beli seluar tak muat kat situ. ciskek sungguh. hahaha. 


Monday, May 14, 2012

The baby bump!

Salam

Tak pernah lagi reveal dekat mana-mana gambar dengan perut. Hee. Sebab tak nampak sangat. Lepas tu rasa diri sangat selekeh, sememeh, selenge dan seangkatan dengannya. Tapi lagi 6 hari nak masuk 6 bulan ni, the bump is getting bigger and bigger. Yeay! All photos amik dari instagram. (orang lain dah lama pakai,diriku baru terhegeh-hegeh install kemarin!) 


I love my Ophelia dress from Poplook! 

The bump dari side tepi

Focus dekat the bump :)
Pudin pulak dok tegur muka nampak cerah. Cewah. Berbunga hati bila suami tegur bukan sekali tapi tiga kali woo kalau tak 'Wek, muka byk jerawat!'. Confuse jugak, masa pregnant ni mana la ada nak pakai apa-apa kat muka. Ingat nak capture gambar perut je, tapi tepek jugak 1 gambar penuh sikit demi adik pempuan kina & puan puteri. Tak tahu kenapa sejak pregnant tak suka amik gambar. Tengok la muka garang nak mampus kena amik gambar. hahaha. 
I'm Not Fat. I'm Just Pregnant. : ) 
Suka pakai baju ophelia dress dari poplook ni bila malas nak iron, pastu sarung tudung awning yang bila pakai memang bolat. Hahaha. Rasanya orang pasaraya Sing Kwong dah kenal dah kina sebab asyik pakai baju ni je bila beli barang. Tapi wajib pakai seluar nipis lain (petikot kot) kat dalam kalau tak nampak la kesan & bentuk yang tak sepatutnya. Huhu. Bahaya. Warna purple poplook ni pun nampak impak kurus kan2? HAHAHA. Perut dah ke depan, dagu dah ada 2 lagi nak perasan kurus. 

Berat sekarang berdasarkan penimbang dekat rumah masih 55.5kg masih sama dengan last check up 2 minggu lepas. Berat sebelum pregnant 50-51kg gitu la. Tak pasti sangat. Yang pasti dekat belakang buku merah jangan lupa bawa tu tertulis begini:-

* Pertambahan berat badan sihat 
- bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama  : 0.5kg/sebulan
- bagi jangkamasa kandungan seterusnya: 0.5kg/ seminggu 
So, bersedia dengan pertambahan berat untuk bulan ke6 & seterusnya. Rasa cepat la plak masa berlalu . Masa awal-awal dulu punya la rasa lambatnya nak masuk 20 minggu.

Sekarang kalau saja letak remote TV atas perut, bergerak-gerak remote dek tendangan baby. hehe. Comel betul, kacau mama tengok tv ye. Apa yang penting harapnya baby sihat dalam perut mama ye.  Alhamdulillah,syukur Ya Allah atas kurniaanMu. Semoga kami dapat menjaga amanat yang dipinjamkan sementara ini. Ingatlah semua adalah pinjaman sahaja dari Allah. 



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork