Showing posts with label [baby stuff]. Show all posts
Showing posts with label [baby stuff]. Show all posts

Monday, July 18, 2016

Review: Diaper caddy basket

Salam..

Hari ni nak review diaper caddy. Kalau tengok dekat etsy dorang jual sampai 100-200 ringgit. Mahal la sebab handmade lepas tu pakai kain yang berkualiti gamaknya. Tapi memang cantik-cantik. Berkenan sangat masa tengah pregnant aritu. Cari punya cari beberapa IG yang tak amek order sebab banyak sangat order. Alhamdulillah jumpa jugak yang terima order nak macam tu.

Ada je caddy bag yang murah bawah RM30 tapi tak minat sebab tempat letak selalu dekat luar, nak yang kat dalam. Cth macam autumnz tu. Ntah la, rasa macam tak minat. Sebenarnya nak belah dalam tu kain corak plain color biru tu tapi nan ado, amek jela corak yang ni. Kalau dalam plain, luar chevron mesti lagi mengancam. Tapi takpe, nanti boleh tempah lagi. Ewah.

IG : Leawithluv
Harga : Customade punya harga mungkin berbeza. Kina punya ni RM49.

Kina tunjuk contoh nak buat macam mana, lepas tu bagi pilihan corak, bayar then tunggu lah bila siap. Kalau nak dapat sebelum bersalin tempah la awal macam den. Hahaha. Masa tu rasanya tempah bulan Januari, dapat bulan Mac. Maklum la customade order ni banyak, ikutlah giliran. I tak kisah asalkan siap sebelum beranak dan lawa. Hihi.

Masa mula-mula dapat letak diaper dan toiletries, si shahadah & shafiyah tu suka la mengacau benda-benda dalam tu, ye la barang baru, comel plak tu memang suka la dorang. Tapi bila da lama sket, tambah kena warning sket, sket pun dorang tak heran dah. Sekarang ni pulak, kalau shahir berak ke apa, dorang la sibuk2 pegi amek barang dalam bag tu. "Mama2, pampers, tisu, getah (alas getah tu), minyak."

Sebelum-sebelum ni tak de caddy bag macam ni, pakai bag biasa kulit keras tu. Yang tu berguna jugak dari shahadah lahir sampai shahir pakai. Tapi yang ni best pakai bila keluar, lagi-lagi nak gi RNR, bawak je caddy bag ni takyah nak zip-zip, ringan pun ringan. Lepas tu teratur, nak apa-apa capai je. Hanya topup diaper jela, yang lain stay je dekat situ. 

Partition tu memang request buat 3. 1 besar sket 2 lagi kecik sket. Boleh letak minyak, lotion, bedak,sikat what so ever lah kalau nak letak. Termometer pun kina letak dalam tu. Kalau tak mau partition macam tu, boleh request partition bentuk pocket (patut buat 1 bentuk pocket senang nak letak kalau ada benda kecik halus). Next time nak buat pocket tak celuih 1, color fabric gelap plak sebab color putih ni cepat kuning. Hihi.


Gambar pun pakai screenshot je. Kikiki. Malas. Ok, tu je dari mak anak 3.



Thursday, March 12, 2015

Parents yang ada anak 4 tahun ke bawah dan hantar ke pusat jagaan kanak-kanak tolong ni.

Salam..
Calling for parents yang ada anak 4 tahun dan ke bawah yang pernah @ sedang hantar anak-anak ke taska boleh tolong jawab kaji selidik ni. Kaji selidik ni tesis untuk pelajar master nama die syuhada. Nanti boleh menang cabutan bertuah. Hadiah-hadiah seperti dalam gambar. Mesti anak-anak suka.



Apa yang korang perlu buat hanya klik link di bawah ni. Jawab soalan-soalan dalam 10-15min. Jangan risau ni semua untuk tesis dan dirahsiakan serta digunakan untuk akademik sahaja.


Shahadah insyaAllah hantar next year kot. Sekarang ni kalau lalu sebelah taska yang kitorang cadang nak hantar tu die akan cakap "sholah chinta..ada buai laju.."..



Thursday, September 11, 2014

Review : Sleeping bag shafiyah


Salam
Shafiyah dah 2 bulan 1 minggu..cepatnya masa berlalu kan..Straight to the point nak review pasal sleeping bag shafiyah. Shahadah dulu takdebeli sleeping bag. Actually sleeping bag ni kina beli sebab nak memudahkan letak shafiyah dalam stroller. Sebab stroller tu macam takde penahan dekat tepi macam combi dulu. Tapi shafiyah dah outgrown sleeping bag jadi xpakai pun utk stroller. Kina listkan jela pro & cons beli sleeping bag ni.

Pros
1) Senang nak bawak shafiyah gi KK. Lagi senang dari dukung biasa sebab rasa dukung sekali je.Camne ntah nak cakap. Tak perlu kita control lengan untuk support baby.
2) Boleh jadi tilam baby & alas salin pampes (tp kena letak plastic la)
3) Kain tak panas. Kina mula2 pun tengok eh, macam panas je. Rupanya tak panas pun tau.
4) Zip plastic so rasa safe sket.
5) Tangan tak lenguh dukung. Kalau baby tido boleh letak je. (pengalaman di KK)
6) Ada plastic bag die. Senang untuk travel.
7) Murah. RM23 beli dekat Baby and Muslimah Online Store.


Cons
1) Design kurang menarik. Hahaha. Kalau die buat plain je ke mesti lagi smart kot.
2) Zip cepat rosak. Haritu pudin tercabutkan zip die sebab sentap kuat sangat kot. Maybe boleh upkan kualiti lepas ni.
3) Size kecil. Kejap jela pakai. Kalau baby bam2 pakai sebulan jela kot.

Shafiyah masa lepas cukur
Kalau da lama tak pegang baby kanr rasa kekok, ada bag ni xterasa kekok la.
Travel friendly
Kalau la pandai menjahit rasanya boleh buat ni. Cari kain sejuk sedap lawa. Lepas tu masuk kekabu. Jahit zip. Wah. Senangnya type. Hahaha..

P/S : termimpi2 mesin jahit nak jahit langsir sendiri.lol.







Monday, September 8, 2014

Susun atur : Evolusi play corner shahadah

Salam..
Dah lama sebenarnya peram entry ni.. Meh la layan aksi shahadah dengan tempat bermain die..hihi..gambar dari seblum shahadah umur 1 tahun..hihi..
Masa mula-mula dapat sorting box ni..bff hadiahkan..beli dekat IKEA..(nama ikea die tak tau..hehe)


Chaaak..yang ni pun exopismate hadiahkan..dari ikea juga..
Huruf2 ABC beli dekat cowboy. Murah tapi cepat koyak la. Nampak x barang mainan die di sudut tepi TV
Masa ni boxes tu letak bawah TV plak. Campak2 mainan masuk dalam tu. Muat2 plak tu masuk dlm kabinet TV tu.
Ok, kejap2 masuk gua dulu.
Wow..kemasnya..hahaha..storage box bus letak bawah meja sebab die selalu nak masuk bawah tu..
Ok..masa belajar..
Penat belajar masuk dalam box plak..nasib tak rabak aje.
Masa untuk menconteng..


Dan yang paling latest punya susunatur..jeng jeng jeng..macam la banyak pun berubah..hahaha..location je yang berubah..


Susun ikut jenis..buku, mainan bermuzik & mainan yang educational..teddy bear tu mama dapat freegift daftar supermarket dekat bintulu..
Ok kawan2..jom kite main.....

Wednesday, August 13, 2014

Kelebihan membeli barang preloved

Salam..
Korang pernah x beli barang preloved untuk baby? Kina banyak kali dah. Barang baby kan mahal2. Lagi2 yang menggoda mak2 ni. (Walaupun kadang2 tak de la wajib ade..hihi). Kina pun selalu jugak let go preloved. 

Kelebihan membeli barang preloved:
1) Jimat : takde preloved yang harganya lebih mahal dari harga beli. Kecuali barang tu new, harga jd sama sebab tak pernah pakai. Tapi kadang2 yang new pun orang let go lagi murah. Untung kat situ kan.

2) Silap - silap dapat freegift lagi : ada jugak yang offer kalau beli dapat freegift lagi. Contohnya kalau beli Medela Freestyle preloved RM900 ni dari Preloved for Less ni. Klik SINI untuk keterangan lanjut.
Preloved pam medela freestyle

3) Dreams come true : kadang ada yang luar kemampuan nak beli yang mahal2 kan. So preloved adalah langkahnya untuk merealisasikan impian murni maknya utk dapatkan barang yang diidamkan. Hahaha. Biasanya yg mahal la kan.

4) Membantu orang lain : Orang let go ni selalu xamek untung, just nak clearkan barang2 yang ada kan. Kalau untung pun ciput2 gitu. Kan baik tu kita membantu org dgn membeli barang tu dari dibuang kan. Eh. Hehe. Mana tau dgn duit korang tu org tu beli makanan utk anak ke, beli buku untuk anak ke. Dapat pahala. Jauh x pemikiranku? Hihi.
So cute kan..Yes! they grow up too fast!

Ada 1 blog yang menjual barang preloved yang menarik tau. Tapi semua barang baby! Nama blog ni Preloved for Less. Owner blog tu sorang mommy yang ade sorang doter yang cute. Die buat blog ni khas untuk let go barang-barang preloved atau new (die akan state dekat blog conditions tiap barang) dgn harga yang murah2. 

Setiap item ada gambar yang JELAS, keterangan tentang barang diterangkan dengan JELAS, dan macam mana nak contact untuk order pun die JELAS kan. Paling best die bagitau harga dengan JELAS. I'm kinda tak minat sangat nak beli kalau tak state harga. Rasa cuak nak tanya lepas tu cancel sebab tau harganya. Hahaha. Tapi ada lah sebabnya kot orang tak state harga. Maybe persaingan? 

Berbalik kepada blog Preloved for Less ni korang akan dpt brg sama mcm gambar. Takde la yg letak gambar iklan dari website. Bila dapat barang tengok2 conditions tak memuaskan hati. Ada jugak yang barang tak pernah pakai. Die jual jauh lagi murah dari pasaran. (Yang ni yang kite perlu cpt2 grab sebab untung!.hahaha). Kalau tengok barang Preloved for Less ni banyak yang baru & walaupun tak baru nampak macam baru. Pandai dia jaga. Antara barang yang kina rasa menarik  :

Portable baby bather ni boleh lipat2.
Siapa beli babycot should by this. Bumper ikea. 

Ok. Pegi lah browse dan tengok2 mana tau ada yang dicari selama ni. Boleh COD di kota damansara. 

P/S : Bukan kina yang jual tau. Jangan kang ade yang email nak beli. Hihi. Click dekat blog tu tau ataupun email admin@luvabelle.com or WA 011-3177 4230.

Wednesday, May 14, 2014

Susun atur: Katil bila anak 2

Salam..
Yeay..ade label baru under susun atur..minggu ni last di bintulu bertiga..InsyaAllah lepas habis pantang baru balik ke bintulu..tapi kina nak semua dah ready bila balik nanti..yela, da ada 2 anak untuk dihandle jadi taknak la nanti baru nak alih2 ke ape kan..jadi siapkan terus tinggal nanti papa nak sapu dan basuh + pasang cadar je.

Bangun-bangun pagi sengih macam ni memang menggoda mama..hihi..masa ni berapa bulan ntah..
Shahadah memang tido dalam babycot. Kitorang ajar dari lepas habis pantang bila da balik bintulu, so legasi harus diteruskan sebab dah beli mahal2 babycot tu tak pakai memang membajir. Tu pun kitorang dapat harga yang berbaloi RM270 utk babycot beli dekat yongfong. Worth it sangat. Bedding set pun satu tu je basuh pakai basuh pakai. No problem at all. Warna pun cun lagi. Babycot tu kitorang cabut pagar die dan attachkan dekat katil. Pagar tu jadi pagar tangga plak. Multifunction sgt. Hahaha. Masa bf je masa co-sleeping tapi kadang2 tak sedar sampai pagi la shahadah dok menepek kat sebelah. Tapi ok la kan nak alih senang bila attach so still ada moment co-sleeping but dalam masa yang sama boleh ajar die berdikari.

Pagar babycot dah jadi pagar tangga dah hampir setahun ++..hihi..
So bila adik baby lahir nanti kitorang buat susunatur macam ni. Macam yang kina pernah bagitau dekat previous blog post. Kak long akan tido belah kanan, adik baby belah kiri.  Kali ni tak perlu imagine dah. Dah siap diatur. Hihi.

Tengok ada budak tu bergolek kat katil bujang die lepas siap..hihi..dulu tu port mama..
Alkisah katil bujang tu pulak camni. Masa awal-awal pindah melaka ktorang memang tak beli katil ke ape sebab ada orang nak sewakan rumah die fully furnished RM500 per month. Excited la berlenggang kan. Sampai2 orang tu xjadi nak sewakan sebab bini pertama die tak bagi..hahaha..Orang tu segan dengan pudin sampai sponsor kitorang tido hotel a few days until dapat rumah sewa. Menanong la cari rumah sewa kosong. Dapat la rumah sewa kosong RM300 (murah kan kat melaka). Kitorang pun cari katil dan tilam murah2. Termasuklah langsir hijau yang buruk tu. Hahaha. Seyes tak minat tapi terpaksa la beli je dekat tesco cheng masa tu. Meja makan, sofa memang nan ado la. Beli yang penting je. 

Terpikir baik beli 2 katil single pastu rapatkan je sebab kitorang da ade set katil kat kuantan. Banyak2 plak katil queen rasa membazir sangat. Kalau beli katil single 2 ketul nanti ada anak boleh turunkan dekat anak atau letak kat guest room ke kan. Bila beli 2 katil single, cadar takleh pakai cadar queen, kena pakai cadar king baru muat..so besar la..Tapi jenis katil tak ngot sangat, kina berdiri atas tu nak bela langsir pak patah.hahaha. Lepas tu pudin pun buat patah gak masa pasang cadar. Lawak betul. 

Tapi kalau shahadah tak kisah pun takde effect dengan budak 10kg. So shahadah pakai dulu katil ni. Bila die dekat 3 tahun atau ade rezeki pindah rumah baru nanti la baru cari katil yang ada drawer dan boleh pull out untuk adik die tido sekali. Hihi.

Alkisah katil mama papanye plak..lepas dah pindah bintulu, ktorg masih pakai katil single yang digabung 2. Bawah tu alas dgn kayu bagi kukuh sket. Tapi beberapa bulan sakit belakang sebab masa tu pun pregnant. Kebetulan ibu ayah kina pun nak datang so kitorang takde katil or tilam extra tapi ade kayu tilam (ape ntah term die xigt plak) yang owner ni punya. Gi la cari tilam, alhamdulillah ade promo tilam vono 50% dapat la 1k tilam yang empuk. Ingatkan tilam vono semua 3 4 ribu. Worth it la. No more sakit belakang tapi nan ado la panel atas kepala katil tu. So letak la bantal untuk keselamatan shahadah jugak. Hahaha. Sebab tu tilam tu tinggi dari biasa sebab kayu tu la.

Pukul 5 pagi die semayang subuh dulu atas katil bujang die..hihihi..
So far shahadah ok tido atas katil ni, kalau bergolek pun die tak sampai ke katil kitorang sebab tinggi sket kan. Yang penting kalau die terkena pun terkena tilam bukan kayu..Hahaha. Shahadah pun dah tak bangun malam mintak susu. Sesuai nak bagi die tido bilik lain tapi takpela tunggu 3 tahun baru alih bilik sebab mama pun tak ready lagi nak pisah bilik. hahaha. Mama pun hati tisu. Lepas tu bilik guest room tu sekarang buat jemur kain kalau hujan. Bilik lagi 1 buat stor. Tapi by hook or by crook 3 tahun kena pisah dah sebab takut la bila baca pasal budak2 kecik sekarang tiru apa yang dorg nampak. Benda ni nampak kecik tapi impaknya besar kepada rumahtangga & masyarakat. Gituuu..harap2 tak lama lagi dapat pindah semenanjung..Mama boleh la hias-hias bilik princesses. (But no pinky2..hahaha)

So bila shahadah 2 tahun die tido katil single, adik baby dlm baby cot. Bila adik baby 2 tahun die plak dok katil bujang, shahadah tido bilik sendiri dan adik baby ke3 dalam babycot..kitaran susunatur ni akan berterusan sehingga anak ke7..gagaahaha..happy parent, happy babies, happy family..;)..







Tuesday, September 24, 2013

Cara berus gigi baby


Salam
Selasa lepas kina teman nenek kina buat gigi palsu dekat KK paya besar..(2 mggu yang lepas..sbb entry dok dalam draft je..sorry nona..kekeke) gigi nenek dari bulan 5 xsiap2..=_=..sementara tunggu nenek tu, shahadah memang riuh dengan pekpekpek bunyi selipar die sampai doktor tanya die nak check gigi x?
Shahadah ada 6 batang gigi..jadi alang2 tu check la..dekat bintulu xpegi kk pun, jadi check up xberapa nak details..
Masa check tu doctor ajar cara nak jaga gigi baby..so boleh la kina share apa yang kina dgr & igt.. (kdg2 masuk telinga kanan kuar telinga kiri, yela..sambil dgr sambil jaga shahadah meligat nak main)..

★☆Boleh start berus bila da tumbuh gigi pertama..kalau nak start sebelum gigi tumbuh oun lagi bagus, gosok2 gusi so that die akan familiar..menggunakan gauze ataupun napkin..amek napkin yang bersih kemudian basahkan dengan air yang bersih..

★☆Pegang kepala baby, bukak mulut die guna tangan kiri..macam kina baringkan shahadah atas tilam..tangan kanan pegang napkin..kemudian lapkan gigi die..kalau bahasa kasar tonyoh2 tp jgn la ganas sangat ..kalau gigi nampak ade putih2 macam tahi gigi tu kasi clear ye..boleh pakai berus getah tapi utk bagi die familiar boleh tp kalau utk mencuci gigi berus tu mcm x lut kan..kl kita gosok dgn berus tu rasa licin je masa berus..kalau biarkan nanti akan jadi plak pada gigi..even dari umur 1 tahun..

★☆ Masa kita tonyoh tu memang normal die akan merengek meraung xnak..tapi practice makes perfect..lama2 doktor tu cakap dorang akan menyerah kalah..sebab anak die pon cmtu die buat..

★☆ Waktu terbaik gosok gigi adalah waktu bangun pagi & sebelum tidur..amalkan gosok gigi sebelum tidur..lagi2 bila anak dah makan macam2 (ni pon kadang2 daku sendiri fail..huahua)..

★☆ Sebelum 18 bulan xperlu pakai ubat gigi..bila die dah pandai kumur & buang baru start pakai ubat gigi..itu pun secoit je..

★☆ Bila gigi anak dah banyak & penuh.. maybe 10 batang kot.. xpasti..yang penting bukan 6 batang sebab shahadah xboleh buat lagi..(part ni la daku tak berapa dengar..)..boleh bawak anak check up & buat floridekan gigi..kalau xsilap die titiskan floride ke cmne ntah..sape yang clear tentang ni tolong komenkan ye..hehe..

★☆ Kalau baby yang minum susu formula, kita kena cabut botol bila die da xminum..xpayah bagi die nyoyot saje2.. (ku ingatkan sebab takut jonggang..hahaha)..supaya gula dalam susu formula tu x direct kena gigi lama sangat..nanti akan mempercepatkan proses gigi rosak..sama juga kekdahnya bila bagi makanan bergula..xboleh bagi selalu..kadang2 jarang2 xpe.. (noted doctor..hehe)..

★☆ kalau anak yang susah beno tutup mulut rapat2 tu..minta tolong ayahnya pegang..maknya tonyoh..hehe..

Doctor cakap gigi shahadah cantik..jadi kena rajin gosok gigi & jangan makan gula2 banyak sangat (dengar tu shahadah! Hihu)..wan mi cakap kalau gigi kuning xpe, mama ade jual pemutih gigi..hahaha..terkena jugek..
Susah sgt nak gosok gigi..seyes mcm kena dera..xsmpi hati tgk tu kdg2 sehari sekali je gosok..tp doktor ckp lama2 kl kite buat selalu anak2 akan menyerah kalah..huhu..

Monday, July 8, 2013

Review jellymom seat

Salam..
Hari ni nak review jellymom seat..die xsefemes bumbo seat tapi die seakan-akan bumbo seat..kina beli direct from korea tempat asal jellymom ni thru www.qoo10.my .harga cheaper than bumbo seat..kalau dekat korea maybe murah lagi kan..size tempat duduk die lagi besar sebab katanya sesuai utk paha baby asia..tray die pun lebar panjang ke depan..material die lembut & paling penting anti bacteria..senang nak cuci lepas makan bersepah2..kina selalu lap je dengan dettol..

Jellymom seat, haruslah warna biru!
RM125 kalau without tray & bag..kalau nak tray kena tambah RM25 camtu kot..kina beli dengan bag & tray dalam RM180 camtu termasuk delivery dari korea..pastu kena tahan dengan kastam bintulu ni..kastam nak tengok benda ape..pudin cerita la masa tu ada seorang aunty kastam ni die pun berkenan dengan seat ni dan nak beli utk cucu die..gegege..

masa beli tu boleh pilih nak seat warna lain dgn tray suka hati la..cuma sygnya tray die xle masuk dalam bag sebab besar sgt..kina beli bag sebab sng nak angkut naik flight..hari tu masuk je luggage masa pegi kuching..senang keje mak jemah..
Hi semua..ni masa saya 6 bulan
Nyum2 sedapnya makan sendiri..
Tengok tv dgn miss rabbit
Jellymom seat ni smpi dlm 3weeks lepas kina order..agak lewat la utk shahadah sebab die jenis cepat kan..tu la mama amek masa lama sangat pikir nak beli ke xnak..yela sebab mama rasa ini bukan keperluan, more to kehendak mama yang xtahan tengok kecomelan jellymom seat..hahaha..shahadah belum 6 bulan da boleh duduk without support..jadinya sempat la pakai jellymom seat ni selama 2 bulan..lepas tu die kan da berasa mcm budak besar..xmau duduk nak berdiri..now 10 bulan dah xmerangkak dah..berjalan terkedek2 terhuyung hayang..

So convenient to carry
Tapi kina xmau let go even shahadah pki sekejap nak simpan utk adik2 die nanti..kalau org kuantan nak sewa boleh la..jellymom seat ni ada dekat rumah kuantan..kalau nak sewa sehari pun boleh..tp kena bgtau la had sewa supaya senang next2 penyewa nak sewa gak kan..contohnya nak sewa sebulan..xsampai seminggu nak pulangkan..no problem at all..kina pulangkan duit..makin lama sewa of course ada discount..yela kalau beli mahal2 anak xmau xbest gak kan? Why not try test drive kan..
Umur paling ideal : 4 months-7months

Harga sewa : RM5 je sehari
Deposit keselamatan : RM100
Dapat sewa : jellymom seat+tray+bag

Kalau berminat boleh email kina: shakina.farhan@yahoo.com

Thursday, May 23, 2013

Bila perlu tukar membrane breastpump?


Salam 

Dulu kina pun selalu tertanya-tanya bila kena tukar membrane breastpump?Ala..yang benda putih kecik2 tu..
Tiap bulan ke tiap minggu ke? 

Walaupun kina takde la pengepump tegar tapi sekarang dah jadi penjual tegar Medela Harmony Sealed perlu lah amik tahu. Selepas 6 bulan pakai MHS ni kina baru je tukar membrane. 

Perlu tukar membrane bila.... 
1) Membrane dah terkoyak. 
2) Performance dah slow, pump2 susu tak keluar padahal ada je lagi. 

Membrane ni sangat sensitif..hari tu kina tukar sebab problem yang kedua tu..lepas tukar membrane terus suction kembali ok..sebab tu kalau korang beli mhs atau medela pump yg lain biasanya akan ade extra..sbb benda ni mmg kena tukar dari masa ke semasa..ok..thats all..selamat bercuti!


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork