Showing posts with label medela harmony sealed. Show all posts
Showing posts with label medela harmony sealed. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Pakej Breastpump Termurah di pasaran

Salam

Bagi yang tak tahu meh nak bagitau..kina pakai & jual Medela Harmony Sealed..tak jual breastpump yang lain ye..

Boleh baca pengalaman & review dulu tentang MHS ni dekat post ini


Sekarang ni tengah open pre-order untuk dalam pakej, sehingga 10 April ni sahaja..Dijangka sampai pada customer hujung bulan ni, means kalau nak boleh bayar booking deposit dulu, hujung bulan gaji boleh la bayar habis..Senang kan..hihihi..Korang boleh pilih pakej-pakej di bawah ni ye..

 Pakej 1 : RM170 Free Postage & Free 3 pcs Ice Pack
 Pakej 2: RM190 Free postage + free 3 pieces ice pack + free 1 mesh bag



Pakej 3: RM350 + Free postage + Free 3 ice pack + Free 1 mesh bag + Free 1 box plastic storage bag

Kalau macam surirumah sesuai amek pakej 1..
Kalau macam mommy yang bekerjaya ke opis sesuai amek pakej 2 sebab cooler bag tu 2 compartment boleh bubuh pump sekali..
Kalau nak lengkap punya pakej malas-nak-pikir dah amek la pakej 3..
Kalau nak customize pakej macam taknak itu nak ini nak itu taknak ini boleh je email kina shakina.farhan@yahoo.com nanti kina quotekan the best price.

Deposit 50% daripada harga full..Cooler bag boleh pilih nak warna ape dekat website www.autumnz.com.. ramai customer yang dah beli & pakai MHS pun beli lagi sekali dalam bentuk pakej sebab harga memang berbaloi-baloi..Nak tengok some of testimoni pengguna MHS? Korang boleh tengok sendiri, no edit-edit cuma nak samarkan nama customer je..

Kina terharu sangat dgn sis nasrah..'sanggup beli baru'

Compare dengan swing..:)

Ni my bestfren janot..hihi..

Testimoni dari blogger yana
Nak tengok lagi testimoni-testimoni yang lain boleh ke Facebook TheshopAblog dalam album Testimoni MHS ye..Kalau ada 1st time mommy tu atau member-member yang tengah cari pakej yang murah share la this news ok..Tinggal 3 hari je lagi untuk booking..:)

Order:
Wassap: 0132126952
Email : shakina.farhan@yahoo.com

Thursday, May 23, 2013

Bila perlu tukar membrane breastpump?


Salam 

Dulu kina pun selalu tertanya-tanya bila kena tukar membrane breastpump?Ala..yang benda putih kecik2 tu..
Tiap bulan ke tiap minggu ke? 

Walaupun kina takde la pengepump tegar tapi sekarang dah jadi penjual tegar Medela Harmony Sealed perlu lah amik tahu. Selepas 6 bulan pakai MHS ni kina baru je tukar membrane. 

Perlu tukar membrane bila.... 
1) Membrane dah terkoyak. 
2) Performance dah slow, pump2 susu tak keluar padahal ada je lagi. 

Membrane ni sangat sensitif..hari tu kina tukar sebab problem yang kedua tu..lepas tukar membrane terus suction kembali ok..sebab tu kalau korang beli mhs atau medela pump yg lain biasanya akan ade extra..sbb benda ni mmg kena tukar dari masa ke semasa..ok..thats all..selamat bercuti!


Monday, March 11, 2013

Cara pasang & testimoni Medela Harmony Sealed

Salam
Ini tutorial cara nak assemble MHS..Senang sajo..Tengok gambar senang sikit nak faham kan..Dalam gambar ni takde gambar buku manual, holder pump & extra membrane yang kalau korang beli memang dapat sekali. Kalau nak tahu perbezaan MH & MHS boleh klik sini ye.

dari atas kiri: botol storage, diaphgram, body + valve + membrane, handle, penutup botol, corong 

Diaghram dilekatkan ke dalam handle. Pastikan kering & takde kebocoran sebab nanti tak lut nak pump.
Body yang color jernih, valve color kuning & membrane dicantumkan kepada hujung diapghram
Dekat valve tu korang pusing2kan dengan botol storage
Dan last sekali masukkan corong atau breastshield tu dekat body jadi lengkap la ia.
Handle ergonomik boleh pusing2..
Kina memang takde schedule pump dah sejak shahadah 3 bulan..1, sebab shahadah nak yang fresh je tamau yang EBM, 2,sebab tak sempat nak pump except kalau ada pudin nak jaga die..MasyaAllah, budak kenit ni sangat aktif sampai rantai kina dah putus tau..kina takde perasaan marah sikit pun dekat die tapi risau kot tangan die sakit sebab dengar bunyi sentap tu kuat la jugak..Tengok rileks je sambung main..tak sakit la kot..

Die tarik sebab nak panjat kina, kalau tengah dukung pun die panjat berdiri macam nak jalan atas badan kina..Sakit wey..Tahan jela..Kalau berdiri tak sampai 2 saat tanpa sokongan jatuh pastu nangis tapi nak jugak try lagi..Nampak la semangat die tu xcepat putus asa xmacam mama die ni..hahaha..

Progressive die agak cepat la sebab bila die duduk dalam high chair semua orang tanya berapa bulan ni keciknya dah duduk..Dah duduk masa 5 bulan 20+ tapi merangkak die tak reti tau..Dia skip merangkap..Ibu kina bila kina watsapp gambar mcm tak caye gak die dah boleh buat itu ini, tapi bila dia datang bintulu hari tu baru die caye..die cakap cepat betul budak ni, tulang kuat walaupun kecik badan..Gigi dia ade 1 tu pun secoet kat atas..Nak tangkap gambar memang susah la..Orang cakap kalau cepat action die nanti lambat bercakap..hehe..tak kisah la kan yang penting sihat..Die memang tak membebel tapi suka mengerang..grrrrr..hahaha..pernah dengar die sebut aaa..ayaaa..abaaa..apaaa..kalau die cakap ayaaa kitorang cakap ayah kat kuantan (ayah kina), abaaa kitorang cakap abah dekat tembangau (abah FIL kina)..apaa kitorang rasa merujuk kepada papa die..hahaha..amma bila plak? hahaha..ikut suka hati aok la shahadah chinta mama tak kisah (wlpun dalam hati ooo..malam cari mama jugak..hihi)..:D


First time dok dalam high chair sehari sebelum masuk 6 bulan.

Ok..bila dah start cite pasal anak ko takmau berhenti ye shakina farhan! Heeeeeee..Berbalik kepada MHS ready stock dah sold out, boleh pre-order sahaja. Batch awal april dah penuh kuota, kina buka untuk dapat by mid April pula ye. Harga sama RM135 excludes pos laju. Semenanjung RM6, Sabah Sarawak RM9..Warranty 15 hari selepas kina pos untuk factory defect ada pecah ke..Ibu kina dari kuantan yang poskan ye bukan kina..Bila waktu terbaik nak beli @ pre-order pump? Kina suggestkan 5 bulan-6 bulan tu beli lah mana tau terbersalin awal..Kalau berniat nak pre-order sebab pre-order ni kadang2 makan masa & melibatkan kastam & posmen..

Ini hasil pump selepas breastfeed Shahadah Chinta..Bukan untuk buat stok susu tapi untuk buat puree pumpkin menggunakan baby bullet..


InsyaAllah lepas ni kina akan review baby bullet dengan cara kina menggunakan baby bullet tu..

Kat sini jugak kina nak share antara testimoni dari customer kina yang dah pakai MHS ni..
Suction soft & tak sakit.
Ini pula whatsapp dari customer kina yang juga seorang surirumah macam kina..panjang jadi kina printscreen & combinekan aje..hehehe..Happy sangat bila bangun2 dapat feedback macam ni..Thank you sis..You reaaly made my day! :) No editing except kina kaburkan nama.



Bila baca cerita sis ni memang datang semangat nak pump dengan schedule tetap & istiqamah..huhu..yela bila dapat hasil ciput memang rasa down la nak pump kan..tengok plak hasil orang lain kebabom 10oz terus..moga kita tak cepat putus asa dan tengok kejayaan orang lain sebagai menjadi inspirasi. Kina nak ajar shahadah chinta berbotol balik sebab she's a big girl now..asyik nak mengempeng je nanti mama tak boleh buat kerja..hihi..

Ok, stay tune for baby bullet review! Mood tengah rajin nak buat schedule blogpost..:) Sebarang persoalan boleh direct email kina di shakina.farhan@yahoo.com @ di instag shakina87..Kalau dekat komen sini susah sikit..hikhik..


Friday, January 4, 2013

Convert medela swing jadi double pumping

Salam
Kina kan jual Medela Harmony Sealed (read previous2 kina post tentang MHS ni)..ada sorang customer puan aisyah namanya..die pun blogger jugak..die beli MHS dari kina utk convert medela swing die jadi double pumping..as we all know medela swing kan elektrik dan single pumping, tapi kina pun xtau plak boleh pakai MHS utk convert jadi double pumping..kina tau boleh convert pakai medela harmony tapi since body MHS berbeda sikit (speaking indon please) dari MH but still bleh convert..Kina pun tak pernah stadi cenggane nak convert sebab kina pakai MHS & MH aje sebab tak kerja takpela kan..jawapan klise..

Kina memang suggestkan beli pump elektrik kalau korang bekerja sebab lenguh ok tangan pam manual..Tapi utk travel ke manual mmg sesuai buat spare part..sebab manual kadang2 dapat lagi banyak dari elektrik..Pastu tak perlukan sumber elektrik..Tak banyak parts..Ringan..

Kalau mommy yang ade swing boleh la try convert macam puan aisyah..kalau nak convert la kan..sebab ada jugak orang takut warranty terjejas ke..kalau convert boleh dpt jenis pam kot..all in one..manual ade,single pump ade & double pump pn ade..kalau nak tahu boleh baca blog puan aisyah siap ade bagi tips untuk jimat dan harga lagi..boleh baca review die tentang cara die convert & hasil pumping dgn MHS by click link bawah ni..

medela harmony sealed vs medela swing

Alhamdulillah, kina happy bila tgk customer happy..:)..kalau tengok dekat gambar atas tu, MHS boleh pakai bottle storage brand lain juga ye puan-puan..so tak perlu nak gi cuci ulang pakai..ahhaha..been there done that too!..

Btw, nak jugak promote sekarang kina ade buat combo tau untuk 3 barang yg kina jual 3D Crest Whitestrips, Felinna Inchloss & Medela Harmony Sealed..ala, beli macam set meal..hahahah..harga berbaloi2..boleh la terjah theshopAblog ye..

P.S: Next entry kina nak let go barang2 baby includes medela harmony yang biasa, stroller pad..ade lagi la..sape cepat die dapat ye..:)

Friday, December 21, 2012

Pre-order Medela Harmony Sealed batch 2.

Salam


Kina baru saja dapat pos 2nd trip untuk MHS hari ni. Sebab masalah dari supplier. Tension. Akhirnya kina cari supplier baru. Kalau sekali buat macam ni takpe la. Sorry.. Kalau kina dapat barang lambat tak kisah, ni effect dekat customer. Last-last kina jugak yang kena marah nanti. -_-..

Alhamdulillah, harga masih tetap sama untuk pre-order MHS. RM135 + RM6 postage semenanjung/RM9 postage sabah&sarawak..Family kina di Kuantan yang akan poskan ye. Maklumlah dari Bintulu mahal ya rabbi postagenya..

Ready stock RM150 tapi buat masa ni takde..Boleh letak deposit dulu samada RM50 @ RM70 @ full payment terus..Pre-order batch 2 ni until 26 Dec..Thank you..:)

Untuk apa yang dapat, macam mana gayenya MHS ni boleh baca review kina di sini. Click dulu ye.

Thursday, November 22, 2012

Pre-order Medela Harmony Sealed

Salam


Bagi mommies & mommy-to-be yang berminat nak join pre-order Medela Harmony Sealed boleh lah email kepada kina shakina.farhan@yahoo.com. Normally takes 2 weeks ++. Pre-order kali ni kina target 15 december paling lambat akan sampai pada customer. InsyaAllah. Boleh bayar full @ depo dulu. Last bayar 1 dec.


RM1 dari setiap pembelian akan didermakan kepada Tabung Palestin. 
Untuk baca review dari pengalaman kina boleh klik sini. Thank You So Much! :)

Monday, November 12, 2012

Review Medela Harmony Sealed

Salam

Sudah berjanji dengan beberapa orang untuk review pakai medela harmony sealed ni. Yes, Medela Harmony Sealed (MHS) ni sama tapi tak serupa dengan Medela Harmony (MH). Kina ada both of them dan boleh la kina buat perbezaan lepas pakai dua-dua. Macam mana plak ada 2 benda ni? Haa..tu panjang sangat nak dicerita nanti tak paham plak tapi apa yang penting 2 2 kina guna. MHS kina bawak ke Bintulu & yang MH tinggal kat Kuantan je, so takde la nak angkut tiap kali nak balik Kuantan. Bulan 12 ni balik kuantan lagi sebab pudin ada kursus seminggu. Yes! I'm Loving It..

Masa awal-awal pantang kina pakai MH, mula2 memang sakit la sebab nipple tersumbat ditambah plak dengan bengkak susu sebab masa tu Shahadah Chinta kan jaundis ditambah plak nipple crack sebab salah latch. Bengkak susu lagi sakit dari bersalin ok! (ayat ini dipersetujui oleh Dr Suraya.hihi.)..Masa dekat KPJ kina pakai breastpump yang disediakan kat sana. Dorang pakai Spectra 3000 tu, pada kina bunyi boleh tahan treettt treett, pastu sakit lagi dari pakai MH..Ingat lagi pudin pegi tukar kelajuan dengan cepat tiba-tiba..Sakiiiiit woooo..sebab terkejut pun ada..Lawak je time tu..Alhamdulillah pudin & family sangat menyokong breastfeeding. Susah ok. Dah lalui baru faham. Dapat 6 bulan susukan pun dah bersyukur yang amat.

Kalau tak tahan sakit maybe dah lama give up dah nak breastfeed..Macam yang kina cakap awal-awal memang sakit pastu ngilu-ngilu lepas pam..Lepas sometimes tu tak rasa benda dah bila pam..Suction MH lagi soft dari Spectra..Kina siap buat note as reminder, bila give up je tengok, bila sakit je tengok..Sebab pump dapat sikit je..Pakai MH dapat la 1oz-2oz tu pun agak lama kadang nak dekat sejam!Lenguh tangan patik ni.. Pakai Spectra tu lagi lama sampai nurse tu cakap sikit la susu awk. Stress cek! (Maybe faktor tersumbat lagi kot masa tu)..Bila rajin pump baru dah bertambah sikit demi sikit. Alhamdulillah. Normally akan dapat 3oz untuk 2 2 belah & paling banyak 5oz untuk 2 2 belah bagi 1 sesi 40 minit tu pun pernah dapat 3 kali (10min gilir2 sebanyak 4 kali). Sikit? Bagi kina banyak dah time tu.
semasa menggunakan MH. Sikit-sikit lama jadi bukit tapi take time jugak.

Menyusu & mengepump sambil nangis-nangis awal tu..Sekarang tidak lagi..Bahkan lagi suka mengepump lagi-lagi kalau bengkak susu walaupun tidaklah selalu pump pun. Walaupun baby girl tapi semangat menyusu tu macam baby boy plak. Syabas mere bette! Muka die yang makin bulat sekarang ni..Gambar ni dari kiri ke kanan & bawah ke kanan..Baju putih gambar terlatest la kiranya..
My doter yang makin bulat..Hihi..Tak sabar nak tunggu rambut panjang lagi.
Eh..macam tak terreview2 plak MHS kan..Hahaha..Sambung.......
Lepas pakai MH baru kina pakai MHS..MHS ni original made in USA tapi dalam plastik bukan dalam kotak. Supplier kina cakap. Plastik tu agak oldschool je. Pudar2 je. Ingat performance K.O lepas tengok plastik die. Haha. Dont judge book by its cover ye. Hahaha.
Sealed in package. Yang atas tu manual & info.
Features MHS lain sket dengan MH. Lain dekat body, warna handle & botol. Performance? Kina ingat sama je macam MH. Lagi mantap dari MH kina rasa. Tak tahu la kalau sebab hormon ke atau pakai MHS ni, sebab lagi cepat dapat & lagi banyak. Bila lagi cepat takde la tangan lenguh. Yela, kan manual. Suriumah je pun, pakai manual saje. Siapa kata surirumah tak perlukan breastpump? Pada kina perlu jugak tak kisah la breastpump jenama apa-apa pun sebabnya:

1) kalau bengkak susu boleh pump. kecuali kalau pandai marmet.
2) kalau anak kena warded & tak boleh dok sekali. kena buat stok. (syukur ada pump sebab baby jaundis)
3) kalau nipple crack & nak berdarah kena elakkan bagi direct. (abg pudin la cakap)
4) kalau nak berurut ke. stand by 1 botol mintak tolong orang lain bagikan. takde la terganggu sesi spa.Eh.
5) kalau nak pergi candle light dinner ngan husband. haa, kadang2 nak gak berdua je walaupun bertiga lebih baik. hahaha. 
6) kalau datuk & nenek die nak bawak baby jalan-jalan & korang banyak keje nak buat (padahal nak tgk tv). boleh la pamkan jugak.
7) kalau korang sakit & perlu makan ubat tapi bahaya kalau menyusu baby. (contohnya denggi ke kena tahan ward) time ni lah stok tu akan membantu nanti. Sediakan payung sebelum hujan. Kecuali kalau korang ada ibu susuan. Bagi kina kalau ibu susuan tu kita kenal, saudara ke ok kot tapi kina takkan pergi tanya kat mana-mana sape ada susu extra. Susu tu kan akan jadi darah daigng jadi sumber die perlu betul2. Kina sanggup bagi FM dari ambil susu orang yang tak tahu die makan apa, ada sakit apa, perangai macam mana.. 
8) bila anak dah start makan kena pam utk campur kan2..

Lepas pantang baru kina pakai MHS. Suction lembut sama macam MH. Alhamdulillah 1 sesi 20 min dapat 5oz (10 min kiri, 10 min kanan)..2 kali ganda dari masa pakai MH. Happy tak terkata la kan..macam orang dapat 10oz je. : p..kalau double time boleh la dapat 10oz tapi kina tak sempat nak double the joy sebab baby akan ek ek nak susu. (malas pun ye jugak!)..Hahaha.

Handle MHS warna kuning cair berbanding MH punya. Fungsi masih sama korang pusing la tangan ke mana-mana boleh pam. Boleh exercise tangan dengan handle die yang ergonomik (ni ke istilah die?)..Kina rasa warna handle MH lagi menawan. MHS macam pucat sikit warna die.
Warna handle kuning pucat.  Fungsi sama dgn MH. Putih bawah tu bekas lilin ye puan2..bukan susu..:P

Part body yang lain tu. Kina lagi suka body MHS sebab kita boleh nampak susu tu mengalir sebab die visible. Kalau MH ada kaler kuning tu, pandangan terbatas & kot2 ada apa2 tersangkut ke tak nampak. Bunyi? 
Body atas tu visible. Bandingkan body MH kat gambar atas sekali..Yang ni boleh tengok susu mengalir ke ladang gandum. :P Justeru memberi semangat. kihkih.

MH memang senyap kecuali lepas sterile & basuh tak kering lagi start pump memang ada bunyi air tu. MHS plak lagi senyap. Bunyi pun bunyi hissss je susu terpercik.. Kedua-dua memang senyap la. Botol MH dekat ukuran oz tu tulisan hitam, botol MHS plak ukuran die warna sama dengan botol tapi timbul. Jadi takde isu tulisan hilang. Cuma warna botol die oldschool jugak. Hahaha. Lepas tu MHS takde teat untuk match dengan botol, yang lain semua sama. 
Tulisan pada botol timbul tak sama dengan botol MH kat atas sekali tu
Kina suka kedua-dua medela harmony kina tapi kina lagi suka yang sealed punya. Ataupun kina ada kimia la dengan Medela Harmony Sealed ni. Kalau nak beli dengan kina, kina takde ye supply untuk medela harmony tapi medela harmony sealed kina ada ready stock & boleh jugak nak pre-order. Ready stock RM150 sahaja. Oh ye, Medela harmony sealed lebih murah dari medela harmony biasa sebab die dipackkan begitu. Oldschool. Hahaha. Itu sahaja review. Pasni nak review ape la plak..

Update*: kina dah jual kina punya MH..jadi sekarang ni hanya pakai MHS sahaja..



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork