Showing posts with label baby cot. Show all posts
Showing posts with label baby cot. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Susun atur: Katil bila anak 2

Salam..
Yeay..ade label baru under susun atur..minggu ni last di bintulu bertiga..InsyaAllah lepas habis pantang baru balik ke bintulu..tapi kina nak semua dah ready bila balik nanti..yela, da ada 2 anak untuk dihandle jadi taknak la nanti baru nak alih2 ke ape kan..jadi siapkan terus tinggal nanti papa nak sapu dan basuh + pasang cadar je.

Bangun-bangun pagi sengih macam ni memang menggoda mama..hihi..masa ni berapa bulan ntah..
Shahadah memang tido dalam babycot. Kitorang ajar dari lepas habis pantang bila da balik bintulu, so legasi harus diteruskan sebab dah beli mahal2 babycot tu tak pakai memang membajir. Tu pun kitorang dapat harga yang berbaloi RM270 utk babycot beli dekat yongfong. Worth it sangat. Bedding set pun satu tu je basuh pakai basuh pakai. No problem at all. Warna pun cun lagi. Babycot tu kitorang cabut pagar die dan attachkan dekat katil. Pagar tu jadi pagar tangga plak. Multifunction sgt. Hahaha. Masa bf je masa co-sleeping tapi kadang2 tak sedar sampai pagi la shahadah dok menepek kat sebelah. Tapi ok la kan nak alih senang bila attach so still ada moment co-sleeping but dalam masa yang sama boleh ajar die berdikari.

Pagar babycot dah jadi pagar tangga dah hampir setahun ++..hihi..
So bila adik baby lahir nanti kitorang buat susunatur macam ni. Macam yang kina pernah bagitau dekat previous blog post. Kak long akan tido belah kanan, adik baby belah kiri.  Kali ni tak perlu imagine dah. Dah siap diatur. Hihi.

Tengok ada budak tu bergolek kat katil bujang die lepas siap..hihi..dulu tu port mama..
Alkisah katil bujang tu pulak camni. Masa awal-awal pindah melaka ktorang memang tak beli katil ke ape sebab ada orang nak sewakan rumah die fully furnished RM500 per month. Excited la berlenggang kan. Sampai2 orang tu xjadi nak sewakan sebab bini pertama die tak bagi..hahaha..Orang tu segan dengan pudin sampai sponsor kitorang tido hotel a few days until dapat rumah sewa. Menanong la cari rumah sewa kosong. Dapat la rumah sewa kosong RM300 (murah kan kat melaka). Kitorang pun cari katil dan tilam murah2. Termasuklah langsir hijau yang buruk tu. Hahaha. Seyes tak minat tapi terpaksa la beli je dekat tesco cheng masa tu. Meja makan, sofa memang nan ado la. Beli yang penting je. 

Terpikir baik beli 2 katil single pastu rapatkan je sebab kitorang da ade set katil kat kuantan. Banyak2 plak katil queen rasa membazir sangat. Kalau beli katil single 2 ketul nanti ada anak boleh turunkan dekat anak atau letak kat guest room ke kan. Bila beli 2 katil single, cadar takleh pakai cadar queen, kena pakai cadar king baru muat..so besar la..Tapi jenis katil tak ngot sangat, kina berdiri atas tu nak bela langsir pak patah.hahaha. Lepas tu pudin pun buat patah gak masa pasang cadar. Lawak betul. 

Tapi kalau shahadah tak kisah pun takde effect dengan budak 10kg. So shahadah pakai dulu katil ni. Bila die dekat 3 tahun atau ade rezeki pindah rumah baru nanti la baru cari katil yang ada drawer dan boleh pull out untuk adik die tido sekali. Hihi.

Alkisah katil mama papanye plak..lepas dah pindah bintulu, ktorg masih pakai katil single yang digabung 2. Bawah tu alas dgn kayu bagi kukuh sket. Tapi beberapa bulan sakit belakang sebab masa tu pun pregnant. Kebetulan ibu ayah kina pun nak datang so kitorang takde katil or tilam extra tapi ade kayu tilam (ape ntah term die xigt plak) yang owner ni punya. Gi la cari tilam, alhamdulillah ade promo tilam vono 50% dapat la 1k tilam yang empuk. Ingatkan tilam vono semua 3 4 ribu. Worth it la. No more sakit belakang tapi nan ado la panel atas kepala katil tu. So letak la bantal untuk keselamatan shahadah jugak. Hahaha. Sebab tu tilam tu tinggi dari biasa sebab kayu tu la.

Pukul 5 pagi die semayang subuh dulu atas katil bujang die..hihihi..
So far shahadah ok tido atas katil ni, kalau bergolek pun die tak sampai ke katil kitorang sebab tinggi sket kan. Yang penting kalau die terkena pun terkena tilam bukan kayu..Hahaha. Shahadah pun dah tak bangun malam mintak susu. Sesuai nak bagi die tido bilik lain tapi takpela tunggu 3 tahun baru alih bilik sebab mama pun tak ready lagi nak pisah bilik. hahaha. Mama pun hati tisu. Lepas tu bilik guest room tu sekarang buat jemur kain kalau hujan. Bilik lagi 1 buat stor. Tapi by hook or by crook 3 tahun kena pisah dah sebab takut la bila baca pasal budak2 kecik sekarang tiru apa yang dorg nampak. Benda ni nampak kecik tapi impaknya besar kepada rumahtangga & masyarakat. Gituuu..harap2 tak lama lagi dapat pindah semenanjung..Mama boleh la hias-hias bilik princesses. (But no pinky2..hahaha)

So bila shahadah 2 tahun die tido katil single, adik baby dlm baby cot. Bila adik baby 2 tahun die plak dok katil bujang, shahadah tido bilik sendiri dan adik baby ke3 dalam babycot..kitaran susunatur ni akan berterusan sehingga anak ke7..gagaahaha..happy parent, happy babies, happy family..;)..







Wednesday, June 13, 2012

Baby cot kenapa kau comel!

Salam

Baby cot atau katil baby sangat lah comel kan?Zaman kecik-kecik dulu mana ada baby cot ni kan. 
(Ke ada tapi mak kina dah jual sebab anak 3 org semua dah besar gajah?)

Memang hajat nak beli baby cot lagi-lagi lepas heboh cerita baby meninggal sebab kena hempap dengan ayahnya. Kina pun cerita la dekat pudin, muka dia memang semangat terkejut ''Haa..Yeke?Mesti trauma kan ayah dia.Kena beli baby cot ni..Sayang tu dah la tido ganas..nanti kesian baby kena hempap''..Hampeh, dia kenakan kite plak kan. Hahaha. Orang cakap naluri ibu kalau tido sebelah anak dia otometik tak jadi ganas tau. Hee. : P

Bila dah dapat green light, harus la survey-survey kan. Range harga untuk 1 baby cot sahaja RM200 hingga la RM1000++ bergantung kepada jenis, kedai & sewaktu dengannya. Kina tengok ada jugak yang jual macam pre-loved memang laku jugak. Kiranya memang ada nilai la baby cot ni kalau beli, lets say kalau nak jual tu ramai gak yang nak.Tapi kalau boleh baby cot kina xnak yang pre-loved sebab nak pakai lama. 7 orang anak weh nak pakai. Gagaga. Kalau diizinkan Allah. :)

Kriteria harus lah:-
1) Warna putih - rasa macam princess sangat kan, pastu sama dengan set bilik tido.
2) Kukuh - Solid wood yang tak mudah patah sebab nak pakai 7 kali tu. hahaha.
3) Design cun - nak yang ada ukir la sikit bukan macam kotak penjara mini. hehehe. banyak songeh.
4) Harga affordable - harga mampu milik. 
5) Ada roda - senang nak menolak ke sana ke mari. 
6) Boleh adjust ketinggian - kalau baby dah besar sikit boleh adjust bawahkan sikit.
7) Tiang leper - kalau bulat orang cakap bahaya utk baby. Hrm. Tak pasti about this.

Masa ikut pudin kursus dekat Melaka tempoh hari singgah kedai Yong Fong. Bila ingat Yong Fong ingat dekat etty. Sebab mula tahu pasal kedai Yong Fong ni dari blog etty. Tahniah etty sebab selamat melahirkan baby boy yang sangat comel. Kedai Yong Fong ni ada part yang murah, ada part yang mahal. Bila nampak baby cot kat situ terus tanya harga. Apek tu cakap harga biasa RM400, dia bagi RM270. Kalau harga biasa kina rasa RM3++.00 utk design yang ni. 

Tengok kriteria-kriteria baby cot tu semua memenuhi citarasa & kriteria kina. Terus la grab sebab bila lagi nak beli, alang-alang masa tu tumpang postage opis pudin ke Bintulu. Free postage. Kalau tak postage ke Bintulu saja mau mahal gila sebab baby cot tu berat kot. Jenama Angelcot SDB8 berapa ntah. Sebab tu beli terus.

Lepas tu amoi (amoi plak) jet kitorang da ada ke mosquito net, besi dia, bedding set. Confirm la nan ado. Dia cakap dia nak buat clearance untuk bedding set ada discount 70%,50%,25% bergantung kepada jenis. Kina cakap ok, nak tengok yang mana. Yang 70% tu nampak sangat macam berdebu lama punya,pastu ada kotor-kotor patut la sampai 70% kan. 

Last-last amik bedding set 7 in 1 yang doremon, harga RM159 jadi RM127 lengkap ada semua untuk baby cot. Harus la bedding color biru. Suka bedding set doremon tu sebab dia reversible, kira macam ada 2 corak untuk 1 set. 1 corak doremon besar, 1 corak doremon kecik. Hihi. Kina kan suka banyak2 function ni. hee. Tilam latex RM160 tapi kina amik yang biasa je half price, sebab nampak tebal je tilam biasa.

7 in 1 maksudnya ada:
1 pc pillow (bantal tido)
1 fitted bed sheet (cadar)
1 comforter (selimut )
2 pcs bolster (bantal golek)
2 pcs bumper (untuk letak tepi baby cot macam alas)

Macam ni rupa bedding set dalam beg die.

So total untuk baby cot-
Baby cot : RM270
Mosquito net + besi kaki dia : RM80
Tilam : RM80
Bedding set 7 in 1: RM127
= RM557.00#

So RM557.00 bahagi 7 orang anak = approx RM80.00 untuk seorang anak. HAHAHA. Tipuuu..takkan pakai bedding set yang sama. (Maybe tukar bedding set je nanti.)

Actually korang boleh dapat lagi murah kalau pegi Warehouse MyDear sebab mimi beli baby cot dia RM200 je. Tak lama lagi ada Warehouse MyDear, grab la baby cot kat sana ye. Kina mungkin takde rezeki nak pegi warehouse-warehouse ni so grab masa kat Melaka dulu. Mom-2-be yang kat Melaka boleh la grab dekat Yong Fong. Kalau dari KL nak turun Melaka semata-mata baby cot ni baik tunggu warehouse je kan.

Sape ntah hari tu mintak review pasal baby cot ni. Detail tak? Hihi. Boleh la tengok gambar kat bawah ni, kina test je untuk amik gambar. 

Sebelum dipasang bersama papanya.

Boleh adjust 3 ketinggian, tepi tu macam plastik untuk keselamatan baby kot

Bila dipasangkan mosquito net & kaki dia. Princess sangat kan.

Rupa doremon kalau reverse side.

Macam ni rupanya kalau pasang semua. Ni versi doremon kecik.
Comel sangat rasa macam nak tido dalam tu je. Nasib baik tak muat untuk mamanya ye. Tilam tu sebenarnya berplastik lagi, bedding set tu letak je macam tu & now kembali dalam beg die. Semata-mata nak memenuhi permintaan review. Hee. Sekarang ni baby cot ni dah macam wardrobe baby, semua barang baby yang dah dibeli kuletakkan dalam tu. Bedding set ni nanti papanya akan basuh sebab baby akan start tido lepas pantang nanti. Hee. 

Update: Baby cot ni sangat berguna sebab lepas pantang je shahadah tido situ, dekatkan dengan katil untuk mudahkan breastfeeding..bila dah siap bf letak balik situ..Worth it kalau memang ajar dari kecik..InsyaAllah lepas ni adik shahadah pula pakai lepas shahadah 2 years Ogos nanti..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork