Showing posts with label mini workstation. Show all posts
Showing posts with label mini workstation. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Susunatur : Makeover workstation (bintulu)

Salam..

Lamanya x update blog. Takde mood. =_=.

Moga cik mood tak lari2 lagi lah. Just nak share keadaan meja kerja di rumah sewa di bintulu. Hari tu dekat kuantan punya (rumah ibu). Harap2 lepas ni workstation dekat rumah sendiri plak. Aamiiin..

So..the story begins bila beli meja warna kelabu macam meja cikgu dulu. Tak suka tapi itu je yang ade dan affordable dekat bintulu masa tu. Masa sebelum tahu pregnantkan shafiyah gedik2 nak cat meja ni jadi color putih. Pakai cat minyak. Tak igt aih brand apa. Untuk die punya pemegang spray color gold. Kite guna kaedah cat hentam-saja-lah .



Progress..yang kiri atas sekali yang original..suke pemegang tu color gold.
Bila baru siap nampak cantik bangat. Tapi tak tahu la mungkin tak cukup kering dan tak bubuh finishing ke ape ntah. Die melekat dan mula berubah jadi buruk.


Walaupun cat tak sekata tapi rasa menarik la sket kot..hahaha..maapla 1st timer
Before and after
Lepas shafiyah dah lahir (9 bulan gak jaraknya ye.hahaha)..Tak tahan tengok keadaan meja ni. Tepek dengan wallpaper beli dari mr Diy. Ade 2 jenis yg 2meter RM3.50 yg 5 meter RM8.90 ( kot )..

Jadi macam ni..so far so good..rasa licin sket..kalau tak menggerutu je..Nanti dah masuk rumah sendiri akan ku cat semua dengan betul2. Pakai primer segala. 



Tadaaa (suara shahadah)..
P/S: Sekarang ni mood berangan je pasal rumah. Tabung ayam pun tak cukup. hahaha. Takpe berangan itu freeeeee kan..:)



Friday, September 12, 2014

Susunatur : Mini workstation bajet rendah

Salam..
Hari ni nak share mini workstation (bilik di rumah ibu kina) di mana tempat kina masa dlm pantang tempoh hari mengupdate blog, tulis alamat, mengecop kertas pos laju, makan & sebagainya..hihi..maybe ade yg nak ada meja kerja sendiri di rumah tp budget xmencukupi. Kina nak share berapa kos untuk mini workstation ni..sekadar yang diigt la..maybe kl ralat pn ringgit2.


Meja : RM55.90 (beli di giant, di lazada pun nampak macam ada)
Kerusi lipat : RM29.90 (saja beli lipat supaya kalau anak nak panjat just lipat selit kat tepi). Boleh tengok tutorial cane kin tukar lapik kerusi tu di sini.
Kotak CD : tak sampai RM10..utk letak & susun kertas tracking no customer. Takde kes hilang..
Bekas  rak putih : RM5 dari Daiso..utk letak cop, ink, business card & lain2.
DIY hanging pen holder : Boleh tengok tutorial di sini. Cost barang terpakai je. Less than RM5.
DIY hanging photo : Nanti buat tutorial. Since barang banyak da ade, cuma print dekat kedai 5 keping gambar dalam 1 kertas A4, kena charge RM2. Kalau ada printer sendiri lg jimat. Less than RM7.

So ditolaktambahbahagidarab..cost untuk mini workstation ni hanya RM111.. (ofcos tak termasuk laptop ye..:p)..ni pun beli sket2 bukan sekaligus..

Happy desk is a clear desk..

Kalau nak start keje memang xd mood kalau meja bersepah..habiskan masa mengemas dl..Tapi kalau da start buat keje memang bersepah kenjoh hanyar lagi2 bila semua benda nak letak atas tu. So, semoga bermanfaat & membantu bagi yang teringin nk ada mini workstation di rumah..



Boleh nampak peminat color ape..:P


Tuesday, June 24, 2014

Susun atur : Tutorial hanging pen holder

Salam..

Hari tu ade share gambar ni dekat group kami suka susun atur (kssa). Eh, suka la group tu. Selain menaikkan semangat untuk organizing banyak gak ilmu yang dapat. Strictly no iklan & advertisement there. Itu akan menjaga kualiti sesebuah group. Share pasal susun atur je. Thank you dekat admin dan tukang invite. :)

Macam ni la rupa hanging pen holder dan bahan-bahan yang diperlukan.

DIY hanging pen holder


Sorry..nan ado step by step punya gambar tengah buat sebab masa ni dok kalut jugak dengan shahadah nak tolong sekali. Pudin was not around plak so memang buat cepat2 asal siap. Kina just terangkan one by one cara nak buat dengan harapan anta2 semua paham no..

Bahan-bahan
1) Botol mineral
2) Tali ( boleh beli dekat kedai stationery)
3) Selotape (takde plak dalam gambar kat atas..hihi)
4) Gam gajah
5) Penyangkut (kina beli dekat cowboy RM1.99 je yg logo fb tu, ade 3 ketul..smart gak kan)
6) Gunting atau pisau

Cara-cara

1) Potong botol mineral lebih kurang size gelas. Kina pakai botol mineral yang jenis nipis plastic die senang je kina potong dengan gunting. Takde la tajam-tajam lepas gunting.

2) Ukur tali just untuk buat holder. Buat just nice untuk gantung. Macam yang kina buat ni lebih kurang 15cm. Potong dan selotapekan kiri kanan pada botol. Jadi macam bentuk U terbalik.

3) Kemudian coverkan dengan tali bahagian tali dan badan botol tadi. Sambil lilit dengan tali sambil bubuh gam gajah supaya die kemas dan lekat pada botol. Kalau rajin buat dari bawah sampai atas. Kina xbuat dari bawah sebab senang nak tengok kot2 ade bendasing ke kan. Lepas tu nampak la kalau barang kecik macam pemadam ke. Hihi.

4) Tepekkan penyangkut ikut ketinggian yang disukai. Hang la pen holder korang. Siap!

Sangat mudah kan. Kebaikkan die kalau anak kecik macam shahadah tak boleh nak capai dari atas meja. Lepas tu lebih kemas la meja kita. Macam workstation kina memang ruang limited sebab meja kecik je, buat macam ni lebih jimat ruang kan. Kalau semua letak atas meja mau tak missing in action je pen tak pun banyak je keserabutan yang beranak atas meja. Kalau ada duit lebih boleh la pasang para-para sakura atau cabinet kan, hihi..Rumah sendiri nanti insyaAllah..Buat sementara waktu ni solution yang menjimatkan dan boleh dibuat untuk my workstation.

P/S: nanti kina share keseluruhan mini workstation.



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork