Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Nak planner sendiri

Salam

Bukan pasal planning ok. Kahkah.

Sejak anak 2 ni memang serabut sangat rasa. Terkejar-kejar. Tak sempat. Tak terurus. Semua sebab time management la tak betul. So, sebab nak masuk tahun baru 2015 ni, negeri baru, rumah sewa baru, bisnes baru jadi nak ada planner baru. Biasa dapat planner free ke beli dekat kedai ke ada je yang kosong tak tahu nak tulis apa. 

So, ni kira challenge diri sendiri nak diy planner sendiri yang ikut suka hati sendiri nak tulis apa. Lepas tu print. Nampaknya kena berjaga malam la. Siang confirm tak dapat nak buat.

Dalam-dalam masa tak cukup tu ngengade gak tu nak buat sendiri. Ada yang free printable planner tapi ada jugak yang tak berkenan. Wish me luck! Kalau takde update pasal planner tu maknanya tak siap la tu. Hahahaha. Kalau siap, kalau la..nanti kina share maybe yang printable ke..will see..will see..


Monday, October 13, 2014

Susunatur : Makeover workstation (bintulu)

Salam..

Lamanya x update blog. Takde mood. =_=.

Moga cik mood tak lari2 lagi lah. Just nak share keadaan meja kerja di rumah sewa di bintulu. Hari tu dekat kuantan punya (rumah ibu). Harap2 lepas ni workstation dekat rumah sendiri plak. Aamiiin..

So..the story begins bila beli meja warna kelabu macam meja cikgu dulu. Tak suka tapi itu je yang ade dan affordable dekat bintulu masa tu. Masa sebelum tahu pregnantkan shafiyah gedik2 nak cat meja ni jadi color putih. Pakai cat minyak. Tak igt aih brand apa. Untuk die punya pemegang spray color gold. Kite guna kaedah cat hentam-saja-lah .



Progress..yang kiri atas sekali yang original..suke pemegang tu color gold.
Bila baru siap nampak cantik bangat. Tapi tak tahu la mungkin tak cukup kering dan tak bubuh finishing ke ape ntah. Die melekat dan mula berubah jadi buruk.


Walaupun cat tak sekata tapi rasa menarik la sket kot..hahaha..maapla 1st timer
Before and after
Lepas shafiyah dah lahir (9 bulan gak jaraknya ye.hahaha)..Tak tahan tengok keadaan meja ni. Tepek dengan wallpaper beli dari mr Diy. Ade 2 jenis yg 2meter RM3.50 yg 5 meter RM8.90 ( kot )..

Jadi macam ni..so far so good..rasa licin sket..kalau tak menggerutu je..Nanti dah masuk rumah sendiri akan ku cat semua dengan betul2. Pakai primer segala. 



Tadaaa (suara shahadah)..
P/S: Sekarang ni mood berangan je pasal rumah. Tabung ayam pun tak cukup. hahaha. Takpe berangan itu freeeeee kan..:)



Tuesday, June 24, 2014

Susun atur : Tutorial hanging pen holder

Salam..

Hari tu ade share gambar ni dekat group kami suka susun atur (kssa). Eh, suka la group tu. Selain menaikkan semangat untuk organizing banyak gak ilmu yang dapat. Strictly no iklan & advertisement there. Itu akan menjaga kualiti sesebuah group. Share pasal susun atur je. Thank you dekat admin dan tukang invite. :)

Macam ni la rupa hanging pen holder dan bahan-bahan yang diperlukan.

DIY hanging pen holder


Sorry..nan ado step by step punya gambar tengah buat sebab masa ni dok kalut jugak dengan shahadah nak tolong sekali. Pudin was not around plak so memang buat cepat2 asal siap. Kina just terangkan one by one cara nak buat dengan harapan anta2 semua paham no..

Bahan-bahan
1) Botol mineral
2) Tali ( boleh beli dekat kedai stationery)
3) Selotape (takde plak dalam gambar kat atas..hihi)
4) Gam gajah
5) Penyangkut (kina beli dekat cowboy RM1.99 je yg logo fb tu, ade 3 ketul..smart gak kan)
6) Gunting atau pisau

Cara-cara

1) Potong botol mineral lebih kurang size gelas. Kina pakai botol mineral yang jenis nipis plastic die senang je kina potong dengan gunting. Takde la tajam-tajam lepas gunting.

2) Ukur tali just untuk buat holder. Buat just nice untuk gantung. Macam yang kina buat ni lebih kurang 15cm. Potong dan selotapekan kiri kanan pada botol. Jadi macam bentuk U terbalik.

3) Kemudian coverkan dengan tali bahagian tali dan badan botol tadi. Sambil lilit dengan tali sambil bubuh gam gajah supaya die kemas dan lekat pada botol. Kalau rajin buat dari bawah sampai atas. Kina xbuat dari bawah sebab senang nak tengok kot2 ade bendasing ke kan. Lepas tu nampak la kalau barang kecik macam pemadam ke. Hihi.

4) Tepekkan penyangkut ikut ketinggian yang disukai. Hang la pen holder korang. Siap!

Sangat mudah kan. Kebaikkan die kalau anak kecik macam shahadah tak boleh nak capai dari atas meja. Lepas tu lebih kemas la meja kita. Macam workstation kina memang ruang limited sebab meja kecik je, buat macam ni lebih jimat ruang kan. Kalau semua letak atas meja mau tak missing in action je pen tak pun banyak je keserabutan yang beranak atas meja. Kalau ada duit lebih boleh la pasang para-para sakura atau cabinet kan, hihi..Rumah sendiri nanti insyaAllah..Buat sementara waktu ni solution yang menjimatkan dan boleh dibuat untuk my workstation.

P/S: nanti kina share keseluruhan mini workstation.



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork