Showing posts with label personal blog. Show all posts
Showing posts with label personal blog. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Nak planner sendiri

Salam

Bukan pasal planning ok. Kahkah.

Sejak anak 2 ni memang serabut sangat rasa. Terkejar-kejar. Tak sempat. Tak terurus. Semua sebab time management la tak betul. So, sebab nak masuk tahun baru 2015 ni, negeri baru, rumah sewa baru, bisnes baru jadi nak ada planner baru. Biasa dapat planner free ke beli dekat kedai ke ada je yang kosong tak tahu nak tulis apa. 

So, ni kira challenge diri sendiri nak diy planner sendiri yang ikut suka hati sendiri nak tulis apa. Lepas tu print. Nampaknya kena berjaga malam la. Siang confirm tak dapat nak buat.

Dalam-dalam masa tak cukup tu ngengade gak tu nak buat sendiri. Ada yang free printable planner tapi ada jugak yang tak berkenan. Wish me luck! Kalau takde update pasal planner tu maknanya tak siap la tu. Hahahaha. Kalau siap, kalau la..nanti kina share maybe yang printable ke..will see..will see..


Tuesday, January 3, 2012

First entry untuk blog ini

Salam

Keputusan untuk membuat blog personal ini adalah selepas sehari kina disahkan pregnant 4 minggu 1 hari. Nak jugak tulis 1 hari kan. Memang seorang yang lurus bila doktor bilang macam tu jadi ikut jela. Disebabkan ini blog personal, kina boleh tulis apa sahaja. Sayang untuk semakkan blog Journey of Bride to be dengan kisah peribadi yang orang tak berminat nak baca. Biarlah blog itu menjadi inspirasi & ilham buat bakal pengantin di luar. 

Nama kina Nor Shakina Farhan. Nama artis Shakina Farhan (bunyi macam komersil sikit kan?..hahaha) Farhan memang nama macam lelaki tapi itu bukan nama ayah kina sebab itu memang nama yang ayah & ibu kina bagi. Jadi boleh la diambil kira Farhan ni nama unisex. hahaha. Tapi kalau di dunia blog kina selesa guna kina. 

Suami kina Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat. Nama artis Sharifuddin Fuat (tiruuuuu).hahaha.takde maknanya kan. Dulu dia pun pernah la layan tulis blog tapi sejak busy kerja, dia merupakan tukang baca blog tegar & berbangga bila nama pudin tertera di merata sudut di blog.

Kina lebih suka layout blog ini yang lebih simple sebab dengan harapan bila kina tengok, baca & type kina akan lebih santai & berseronok. Kina full-time housewife buat masa ni jadi blog adalah kawan baik kina selain dari tv & dapur. 

Antara kategori yang ada di menubar atas di blog ni:
MYSELF : Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan diri sendiri.
THE BRIDE : Ini terus dilink ke blog Journey of Bride-to-be.
MOM-TO-BE : Apa-apa yang berkaitan dengan baby & pregnancy.
HOUSEWIFE: Resipi hentam, rumah, rancangan tv kegemaran.
THE FAMILY: Tentang keluarga, mertua, suami & dot dot dot.
REVIEWS: Mungkin produk-produk & movie untuk direview.

Ini blog personal saya. Yeay. Boleh taip apa saja.
Sekian. 
Shakina Farhan

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork