Salam
Stop kejap cerita pasal checklist baby.
Mungkin post ini agak annoying & boring sebab xd gambar,sedih pilu, manja & mengade-mengade sikit.
Tahun ni puasa dengan baby dalam perut. Hari ni dah 33minggu = 8 bulan 1 minggu.
Sudah tentu semua ibu mengandung nak berpuasa penuh kalau diberi kesempatan bukan?
Alhamdulillah takat ni bertahan lagi.
Hari pertama semayang terawih seronok! Biasa la first time.
Kami memilih utk berjemaah di rumah je sebab masjid jauh plus kina pun dah 8 bulan.
Jadi semayang di rumah saja lebih mudah.
Hari pertama puasa bersemangat! Sahur makan roti canai segera dengan sardin & kari. Siap pegi jalan sana sini. Pegi pejabat pos, tengok kedai perabot, cari wardrobe untuk baby tapi tak jumpa, pegi shopping barang basah, masak lauk untuk berbuka. Seronok berpuasa di Bintulu ni sebab masuk waktu berbuka awal. 6.42 petang dah ngap Yusof Taiyooooob (buat suara bisik2).
Hari kedua terawih pitam! Actually ni bukan first time kina pitam masa sembahyang masa pregnant ni. First time aritu tak silap nak dekat masuk 3rd trimester. Semayang maghrib, masa tu rakaat ke 2. Pudin pun terkejut sekali sampai keluar la dari jadi imam sebab kina terduduk. Yela, mesti la panik kot. Masa tu kina dah bagitau, kalau kina pitam lagi jangan keluar dari semayang dah, teruskan je tanpa kina.
And this time, die ikut nasihat kina. Masa tu witir terakhir, kina dah rasa dah potensi nak pitam sebab akan mula berdebar-debar, muka dah sejuk, pastu sekeliling akan mula rasa gelap. Dalam hati ' Bertahan la, ni rakaat last ni.Please bertahan, sebab rukuk & sujud rasa tu akan kurang sikit'. Masa pudin baca surah pendek yang last, lutut dah bergetar dah, lembik, tak sempat habis pudin baca dah terduduk. Terus mengalir air mata laju. Rasa sedih yang amat. Kenapa tak dapat bertahan. Sikit je lagi. Sedih gila.
Satu, memikirkan last rakaat tu. Dua, memikirkan nanti balik semenanjung camne la. Sejak family ada business bazaar biskut raya depan Masjid Kuantan tu, memang kitorang akan semayang terawih kat masjid tu. Kalau semayang dengan pudin memang boleh je semayang duduk, tapi bila kat masjid nanti rasa taknak la semayang duduk sebab tak suka orang tengok-tengok. Tak kusyuk weh lain dari orang. Bila pudin dah siap, die pun tanya kenapa tak semayang duduk kalau tak larat sebab kina memang dah start semayang duduk bila tak larat. Kunun sampai ke witir nak semayang macam biasa sebab dah kebas kaki last-last pitam jugak. Sob sob sob..Nangis tanpa kata..Basah telekung. Haha. Pitam bukan masalah besar sangat kot tapi manja & emo terlebih dah makin hampir nak bersalin & berpisah dengan husband. Pastu pikir orang lain lagi lama berPJJ, sila bersyukur kina! Baik2!.
Pudin pelik nape nangis beriya sangat. Sampai kina kata nak bersalin kat sini jela. Punya emo kan (diri sendiri pun rasa menyampah..hahaha). Tak nak la beraya kat sini. Nak beraya dengan siapa kan? Orang iban? Huhu. Sate, rendang, lemang kat rumah nenek tiada tandingan. Pastu kina pun luahkan la kenapa nangis.
Pudin : ''Takpe la, nanti syg semayang terawih dekat rumah. Duduk je dekat bazaar, takut nanti pitam kat masjid plak"
Kina : "Huhu..taknak semayang sorang-sorang..Tengok la cmne nanti..Tak suke gak dok kat bazaar smpi orang habis terawih..''
Kina memang ada tekanan darah rendah ikut ibu kina. Tapi pelik masa check dengan doctor tak pernah doctor cakap rendah which is rasa memang rendah (nanti doctor cakap siapa doctor ni sebenarnya? haha. jadi diam je.).
Sejak dari darjah 6 pernah pitam masa perhimpunan. Kelakar masa tu Guru Besar tengah berucap. Tiba-tiba gelap gelita. Ingatkan kina jadi buta weh! Pastu cakap dekat kawan sebelah. "Weh, aku tak nampak ape-ape. Gelap". Die ingat kina main-main plak sebab memang jenis kuat main. Pastu tup-tup terjatuh la. Hahaha. Rasa nak pitam ni hilang bila kita dah duduk atau rehat minum sikit. Masa tu cikgu belanja air soya & roti sebab cikgu rasa kina pitam sebab tak breakfast, biasa la ibu kina kerja tak sempat nak masak breakfast bagai.
Pitam masa terawih tu maybe sebab siang tu aktif sangat kot. Lepas tu sekarang semayang terawih duduk je. Kebas gak kaki & belakang. Seriously 3rd trimester ni sakit belakang tu mencucuk-cucuk, sakit pinggang, sakit kaki.
Hari kedua puasa errkk..laki bini tak sedar bangun sahur. Hahaha..Bukan tak sedar, tapi kina pegi dismiss alarm bukan buat snooze macam biasa. Pudin punya alarm plak tak dengar. Last-last tak sahur la. Kalau masa tak pregnant tak sahur rasa rileks je, tapi masa mengandung kalau tak sahur fuhh, rasa macam budak darjah 2 puasa dok kira jam, tak larat rasa nak berbuka tapi kutahan Jebat. Hari ni terus awal gila pudin kejut sahur, siap die masakkan nugget & pau, risau die tak sahur macam semalam sebab kina memang lembik gile bila tak sahur masa pregnant ni. Masa puasa ganti dulu pun tak lepas sahur sebab takut baby lapar.
Thank you Allah sebab bagi peluang pada diri ini untuk mengalami nikmat mengandung & berpuasa.
Thank you suamiku sebab sentiasa ada & rajin tolong melayan kerenah isterimu ini.
Thank you baby sebab memahami mama & behave dalam perut.
Tapi memang masa berbuka dapat rasa baby happy gila berjoget dapat air sejuk & makanan ye.
Lagi 4 hari nak balik semenanjung. Harap Allah permudahkan & kuatkan semangatku. Aja-aja fighting!