Sejak kawen 2011, next rumah sewa ni adalah rumah sewa ke3 kitorg..melaka>bintulu>penang..
Rumah sewa paling murah melaka = RM300 sebulan. Corner lot setingkat 3 bilik 1 bilik air. Rumah kosong. 20min dari tempat keje pudin. Dekat gak dengan tesco, kedai makan, pantai.
Rumah sewa paling mahal bintulu = RM1000 sebulan. Mula2 RM1200 tapi bos pudin nego2kan dgn owner tu. Corner lot 2 tingkat 3 bilik 3 bilik air. Kenapa tak cari rumah lagi murah,setingkat ke, ni la paling murah masa tu. Ade kawan mak sedara tanya macam mana dapat murah die tak jumpa da rm1000. 1k murah? Lap peluh. Rumah kosong, xd kipas tapi owner bagi water heater. 17km dari tempat keje pudin. Tapi die still balik lunch. ; )
Rumah sewa penang ni ktorang punye target:
Sewa bulanan : bawah RM750
Teres setingkat. Malas nak turun naik tangga. Senang ada anak kecik tak payah hirau pasal tangga.
Dekat dengan tempat keje pudin. Jimat minyak kete dan masa utk die ulang alik lunch. Kalau boleh bawah 10km.
Bukan corner lot. Hahaha. Ni pudin punya permintaan. Die malas nak merumput dah (lebih pada buang duit upah org). Kina baru nak berbakti kepada tanah. Hahaha. Nampaknye tanam dalam pasu kecik jela. Seyes, ni azam rumah sewa baru. Dekat bintulu takut nak keluar sebab pagar pon berlubang, anjing berkeliaran.
Kawasan melayu. Ade surau. Di bintulu bukan kawasan melayu. Takde masalah pn. Xd la mesyuarat tingkap atau gadoh2 antara jiran. Cuma kadang2 karaoke masa party dorg. Dan too many dogs. Tapi memang takde apa lah. Dorg baik2 aje. Kina ni pemalu,kalau tak mungkin boleh belajar buat belacan bintulu dgn jiran. Hahaha. Tapi bau masyaAllah. Jemur dekat luar sampai dalam boleh bau.
Hari-hari tengok mudah. Walaupun belum confirm betul2 date pindah tengok jugak. Kadang2 rasa ala, melepas rumah yang ok. Tapi sokmo doa harap2 nanti ada rumah yang terbaik masa da confirm masa.
Alhamdulillah, kitorg da confirmkan date dan confirmkan rumah sewa. Kitorg ganti rumah yang pudin akan ganti tempat die. Sebelum ni ade org nak rumah die tapi last minute tak jadi. Dapat la kat kami.
Kriteria pun memenuhi apa yang ktorg nak.
Teres setingkat, 3 bilik 2 bilik air,RM600 sebulan, middle xd rumput..hahaha, 7km sahaja, pegi keje takde traffic light. Wow! Tak dapat bygkan. Bestnya. Alhamdulillah, senang pudin nak balik lunch. Tapi maybe jem tu tetap la jem kan. Kawasan melayu. Centre plak tu dengan banyak kemudahan. Bonus point, ade taska2. Pudin kata nak hantar shahadah gi taska masa 3 tahun ni so kina boleh focus jaga shafiyah, jaga rumah, jaga bisnes. Rasa xnak plak. Nanti rindu dgn budak gemok tu. Lagipn mmg kelam kabut tp boleh handle lagi la anak 2 ni. Hahaha. Will see. Tapi 4 tahun nanti nak hantar tahfiz dekat area tu jugak.
Ya Allah. Happy rasa. Tak sabar nak pindah masuk rumah sewa baru. Semangat baru. Nak mintak izin cat dgn tuan rumah sewa. Harap2 die bagi la nanti.
Countdown : 18 hari lagi.
posted from Bloggeroid