Baru 2 weeks menggunakan stroller combi ni tapi dah nak review..Excited pun ye..Hopefully membantu bagi yang mencari stroller yang kriteria sama dgn yang kina cari..
Kina selalu naik flight dari Sarawak ke Semenanjung jadi nak stroller yg senang bawak ke mana-mana. Nak mudahkan pudin nak angkut. Jadi ini kriterianya:
1) Ringan seringan yang boleh. penting!
2) Reversible handle yang boleh facing baby. penting!
3) Recline sampai 170 darjah.penting!
4) Saiz kecil bila dilipat. penting!
5) Affordable penting!
6) Senang nak lipat tutup bukak.
7) Tahan lama.
8) Cover boleh tutup penuh.
9) Stylo. Hehe. (tak penting sangat tapi keinginan makpak die)
Banyak sangat jenis strollernya. Nak beli memang pening. So kat sini tips membeli & memilih stroller yang kina rasa penting. Ini berdasarkan setelah memakai 2 jenis stroller yang berbeza.
a) tetapkan kriteria paling utama.
b) tetapkan bajet.
c) banyak brand & jenis kan..mula2 survey ikut brand (kalau nak tahan lama ambil yang ada brand sikit tapi kalau xd brand tapi menepati ciri2 anda boleh terus sahaja beli)
Cthnya combi ada macam2 model combi kan pastu bandingkan model2 tu dgn kriteria yang korang nak cari & tentunya bajet pn kena setuju..Macam kina confuse nak beli Combi Well Comfort vs Well Carry vs Urban Walker vs Miracle Turn..yela,semua ade kelebihan & kekurangan..Macam well comfort tayar depan tak boleh swivel,miracle turn boleh tapi mahal la plak xlepas bajet & lebih berat..jadi well comfort menang sebab paling ringan & paling murah antara 3 tu..murah tak murah la pikir banyak kali nak bayo pakai m2u sampai kena login semula banyak kali..hahaha..
Kalau nak beli on9 sila la try test drive dekat kedai yang jual stroller secara offline takut nanti tak puas hati bila stroller dah sampai..Tak seperti yang digembar-gemburkan..Harga kedai RM1199 utk Stroller Combi Well Comfort 2012, beli online dekat OtakiBaby dapat RM959.20..Beza 2012 dengan yang biasa adalah warna je. Well comfort biasa ada warna biru tapi kina tak suka la padanan warna dengan krim ke ape nampak macam cepat kotor je. Hehe. Carilah website yang menawarkan free delivery sebab stroller kan berat..Nak dekat seribu stroller kamu nak..Mama tak pernah terpikir nak belanja banyak tu..Tapi mama & papa memang teramat puas hati..Demi kamu & adik2 kamu nanti..No more stroller ok..hahaha
| punya hiperbola iklan die..lagi ringan dari kupu2..hahaha |
Kelebihan
Warna - Purple yang stylo. Hihi.
Berat - 4.6 kg (shahadah chinta lagi berat) Seriously ringan sangat. Kadang2 kina lagi suka bawak stroller pudin dukung shahadah. Hahaha. Guna 1 tangan pon boleh! Sesuai kalau ibu2 nak keluar berdua dgn baby.
Reversible handle boleh facing baby, bahaya ok tak boleh facing lagi2 baby kecik.
Senang nak lipat. Just tarik button pastu just goyangkan sket boleh terlipat. Tak perlukan bantuan encik suami pun.
Saiz yang kecik bila dilipat, lebar tak sampai 1 meter. Die jenis trifold @ lipat tiga.
Kalau baby dah nak didukung, kita tak perlu nak usung @ angkat. Just tutup lipat pastu tarik je macam tarik bag beroda.
Boleh stand sendiri lepas dilipat.
Boleh cover tutup hampir penuh bila panas..kalau kita tutup penuh kalau panas kan, ada ruang peek a boo kat atas yang boleh dibuka & ditutup.
Boleh recline ikut suka sehingga 170 darjah yang mana sangat sesuai untuk newborn yang selalunya tido saje.
Fully padded, tak perlu nak beli stroller pad @ letak alas tilam sebab dah tebal & lembut.
Tahan lama. Pernah baca stroller ni diuji tahan 400km. Walaupun tayarnye nampak kecik tapi smooth & tahan ye.
Kekurangan
Bila facing baby tayar depan tak boleh swivel jadi kena kawal tayar betul2. Tak terlalu menjadi masalah kalau ruang besar. Kalau sempit macam dalam kopitiam susah la.
Takde tempat letak makanan @ minuman untuk baby kat depan tu.
Takde rain cover. Kalau nak kena beli sendiri & selalunya dari oversea.
Layan gambar la plak.
![]() |
| Say hi from her new ride |
![]() |
| Bila kotak sampai ke rumah parent kina. Kotak well carry tapi dalam well comfort. |
![]() |
| Rupa kalau duduk dalam kereta.haha.belum test dlm bonet viva lg. |
![]() |
| Bila shahadah chinta nak didukung bawak cmni plk |
![]() |
| Still standing? |
![]() |
| Stroller ni sangat membantu di saat2 menunggu flight |
![]() |
| Dapat tengok budak temok ni dah tanpa perlu risau.. |






