Showing posts with label stroller. Show all posts
Showing posts with label stroller. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Pencarian stroller bermula

Salam..

Malam kemarin mimpi stroller combi purple tu ditemui. Siap keluar dekat TV cakap dijumpai. Hahaha. Parah betul mamanye kan. Sayang sangat dekat si purple tu sebab sangat berbakti. Lagi-lagi pakai duit hasil business theshopAblog. Saje nak bagitau sebab asal tak keje orang cakap2 belakang keje habiskan gaji laki..hmmm..'Nak beli stroller lagi? Kalau lakiku mesti bising..' Lor..nak je cakap laki ku tak bising sbb jarang mintak duit die pooooon..lagipun dah stroller hilang..kalau dok minta duit laki selalu memang la laki bising..Huhu..Pffft..Mak buyong ngamuk nanti baru takut..: p..

Sungguh cetek pemikiran itu. Sekarang ni ramai surirumah atau isteri bekerja yang mampu untuk beli barang sendiri dan membantu suami okay. Ak selalu ingatkan diri sendiri xboleh bergantung pada suami 100%.. Tengok cite temptation of wife tu. Uwaaa..geram je kan laki kaya ada scandal. EH, mudah sangat lari topik. Kakaka.. 

2 bulan mensurvey dan memerhati stroller. Gitu. Nak beli stroller macam nak beli kete kan. Nak pakai lama kot. Tamau beli 2 3 stroller. Pasni akan lagi strict jaga stroller bila naik flight. Ni stroller-stroller yang dalam list.

1. Combi well comfort
Hahahaha..kena ke beli stroller yang sama dengan yang hilang tu? Well..kitorang memang puas hati pakai combi well comfort ni sebab ringan sangat. Kalau beli maybe tak beli warna purple la.
Price between RM900-RM1200.
Pro
-Ringan :4.6kg je, kalah babyzen yoyo kot. Angkat 1 tangan pun boleh. 
-Nak fold pun senang. Pakai 1 tangan pun boleh.
-Alas tebal dah tak perlu letak alas.
-Lepas tu boleh recline untuk tido.
-Boleh facing baby. 

Cons
-Tayar tak smooth kalau facing baby. Not a big problem for us. Masih bearable.
-Size kecik : Tulis boleh pakai sampai 16kg tapi shahadah 8kg dah muat2 je tak leh la nak guling-guling2. Kaki terjulur sket. Nasib la shahadah ni slim2 je. Kalau bam2 sah tak sempat pakai sampai setahun lebih. 

2. Halford fliplite

First time pakai ni masa gi ECM. Masa tu tak bawak combi. Shahadah plak tido. So pinjam je halford ni dekat kaunter ECM cuma bagi lesen je. Price RM350-RM400
Pro
-Harga affordable
-Category lightweight la jugak.
-Umbrella fold.
-Size yang besar, shahadah masih boleh golek2 dalam tu.
-Boleh full recline.

Cons
-Tak boleh facing baby. Ni je masalah die. Sob-sob. Kalau la boleh facing memang super duper complete sangat dah bagi diriku ini. Dah la harga affordable dah, design pun lawa. Untuk shahadah ok je, tapi adik baby pun nak pakai. Bahaya kalau tak facing. 

3. Bugaboo bee plus
Sebelum ni memang tak tahu ada brand ni. Jumpa sebab google criteria boleh facing, recline & lightweight. Rata-rata review ok. Harga die pun wow, tercekik anak tekak. Price RM1500-RM2699. Tapi kalau murah sangat maybe tak original sebab tengok dekat Aliexpress banyak je yang tak original. Ingat nak cari yang original tapi preloved. Memang jumpa RM850. Siap orang yang iklankan tu dekat bintulu. Pucuk dicita ulam mendatang la kan. Kisah apa preloved asalkan masih ok. Tapi call punya call, msg punya msg no tu tak valid plak. Frust.

Pro
-Size seat yang besar, seat die boleh panjangkan dan boleh pendekkan. Ni memang confirm boleh pakai sampai 4 tahun.
-Boleh facing.
-Boleh recline untuk tido. (pernah baca orang tulis tak boleh recline 180 ingatkan tegak sangat tapi bila tengok sendiri dekat kedai shahadah elok je tido dalam tu..kira recline hampir nak full la)
-Senang nak fold.
-Ada brek. So kalau nak berhenti ke apa boleh pijak brek.
-Canopy boleh tukar customade. Tiap tahun boleh bergaya dengan canopy baru. Takde la tiap tahun stroller baru kan. Hahaha.

Cons
- Berat 8.5kg. Masih dalam kategori lightweight bagi omputih. Hampir 2x ganda dengan combi kot. Tapi pegang-pegang dekat kedai aritu memang tak rasa berat pun. Smooth je.
- Harganya yang tak dapat nak hadam. 

4. Joie mirus

Tak tahu kenapa kalau sebut nama stroller ni teringat dekat Miley Cyrus. Hahaha. Ni pun dah pernah gi tengok sendiri depan mata dekat kedai Modern Mom. Reka bentuk & functionality die lebih kurang macam combi. Price RM800-RM1200

Pro
-Lightweight 6.8kg
-Boleh recline.
-Boleh facing forward & rear
-Compatible dengan infant carseat joie. (kitorang dah ada carseat SCR jadi tak penting pun travel system)

Cons
-Bila facing baby agak susah nak tolak, macam tersekat-sekat sikit.
-Size agak kecik. Sama point dgn combi well comfort. 

5. Mamas & Papas Armadillo

First time tengok dalam bentuk folded terus jatuh cinta beb. Walaupun tak minat langsung warna kuning. Tengok video ni memang best. Tak pernah test drive sebab tak pernah jumpa kat kedai mana-mana lagi. Nampak harga dekat online range RM1100-RM1500. 

Pro
-Full recline
-Folded sangat kecik slim je.
-Basket besar (tapi tak penting pun dekat ktorang)
- Lightweight 8kg 
-Ade brek.
-Size yang agak besar. Juga boleh pakai sampai 4 tahun. Tapi ni tak dapat dipastikan sebab tak pernah jumpa depan-depan.

Cons
-Tak boleh facing baby. Aduiii.
-Susah nak jumpa dekat kedai offline. Dekat KL maybe banyak.


Kenapa takde yoyo? Kalau yoyo kena plak beli 2 kali, untuk newborn lain, utk toddler lain pulak. Size toddler die pun nampak kecik. Senang nak masuk dalam luggage? Kitorang rasa tak practical untuk kitorang sebab nak bawak baby lagi, ada handcarry lagi, malas nak angkut masuk sekali. Just letak dekat luar pintu flight je. So memang yoyo xd dalam list.

Adakah perlu beli stroller tandem? Erm..malas nak ada banyak-banyak stroller tapi tandem stroller selalunya gedabak berat. Bila da berat tu memang akan malas nak angkut la kan. Kalau boleh nak 1 je stroller yang boleh pakai lama..  

Friday, November 9, 2012

Review Stroller Combi Well Comfort 2012

Salam

Baru 2 weeks menggunakan stroller combi ni tapi dah nak review..Excited pun ye..Hopefully membantu bagi yang mencari stroller yang kriteria sama dgn yang kina cari..

Kina selalu naik flight dari Sarawak ke Semenanjung jadi nak stroller yg senang bawak ke mana-mana. Nak mudahkan pudin nak angkut. Jadi ini kriterianya:

1) Ringan seringan yang boleh. penting!
2) Reversible handle yang boleh facing baby. penting!
3) Recline sampai 170 darjah.penting!
4) Saiz kecil bila dilipat. penting!
5) Affordable penting!
6) Senang nak lipat tutup bukak.
7) Tahan lama.
8) Cover boleh tutup penuh.
9) Stylo. Hehe. (tak penting sangat tapi keinginan makpak die)

Banyak sangat jenis strollernya. Nak beli memang pening. So kat sini tips membeli & memilih stroller yang kina rasa penting. Ini berdasarkan setelah memakai 2 jenis stroller yang berbeza.
a) tetapkan kriteria paling utama.
b) tetapkan bajet.
c) banyak brand & jenis kan..mula2 survey ikut brand (kalau nak tahan lama ambil yang ada brand sikit tapi kalau xd brand tapi menepati ciri2 anda boleh terus sahaja beli)

Cthnya combi ada macam2 model combi kan pastu bandingkan model2 tu dgn kriteria yang korang nak cari & tentunya bajet pn kena setuju..Macam kina confuse nak beli Combi Well Comfort vs Well Carry vs Urban Walker vs Miracle Turn..yela,semua ade kelebihan & kekurangan..Macam well comfort tayar depan tak boleh swivel,miracle turn boleh tapi mahal la plak xlepas bajet & lebih berat..jadi well comfort menang sebab paling ringan & paling murah antara 3 tu..murah tak murah la pikir banyak kali nak bayo pakai m2u sampai kena login semula banyak kali..hahaha..

Kalau nak beli on9 sila la try test drive dekat kedai yang jual stroller secara offline takut nanti tak puas hati bila stroller dah sampai..Tak seperti yang digembar-gemburkan..Harga kedai RM1199 utk Stroller Combi Well Comfort 2012, beli online dekat OtakiBaby dapat RM959.20..Beza 2012 dengan yang biasa adalah warna je. Well comfort biasa ada warna biru tapi kina tak suka la padanan warna dengan krim ke ape nampak macam cepat kotor je. Hehe. Carilah website yang menawarkan free delivery sebab stroller kan berat..Nak dekat seribu stroller kamu nak..Mama tak pernah terpikir nak belanja banyak tu..Tapi mama & papa memang teramat puas hati..Demi kamu & adik2 kamu nanti..No more stroller ok..hahaha
punya hiperbola iklan die..lagi ringan dari kupu2..hahaha
Stroller Combi Well Comfort 2012
Kelebihan
Warna - Purple yang stylo. Hihi.
Berat - 4.6 kg (shahadah chinta lagi berat) Seriously ringan sangat. Kadang2 kina lagi suka bawak stroller pudin dukung shahadah. Hahaha. Guna 1 tangan pon boleh! Sesuai kalau ibu2 nak keluar berdua dgn baby.
Reversible handle boleh facing baby, bahaya ok tak boleh facing lagi2 baby kecik.
Senang nak lipat. Just tarik button pastu just goyangkan sket boleh terlipat. Tak perlukan bantuan encik suami pun.
Saiz yang kecik bila dilipat, lebar tak sampai 1 meter. Die jenis trifold @ lipat tiga.
Kalau baby dah nak didukung, kita tak perlu nak usung @ angkat. Just tutup lipat pastu tarik je macam tarik bag beroda.
Boleh stand sendiri lepas dilipat.
Boleh cover tutup hampir penuh bila panas..kalau kita tutup penuh kalau panas kan, ada ruang peek a boo kat atas yang boleh dibuka & ditutup.
Boleh recline ikut suka sehingga 170 darjah yang mana sangat sesuai untuk newborn yang selalunya tido saje.
Fully padded, tak perlu nak beli stroller pad @ letak alas tilam sebab dah tebal & lembut.
Tahan lama. Pernah baca stroller ni diuji tahan 400km. Walaupun tayarnye nampak kecik tapi smooth & tahan ye.

Kekurangan
Bila facing baby tayar depan tak boleh swivel jadi kena kawal tayar betul2. Tak terlalu menjadi masalah kalau ruang besar. Kalau sempit macam dalam kopitiam susah la.
Takde tempat letak makanan @ minuman untuk baby kat depan tu.
Takde rain cover. Kalau nak kena beli sendiri & selalunya dari oversea.

Layan gambar la plak.
Say hi from her new ride
Bila kotak sampai ke rumah parent kina. Kotak well carry tapi dalam well comfort.
Rupa kalau duduk dalam kereta.haha.belum test dlm bonet viva lg.
Bila shahadah chinta nak didukung bawak cmni plk
Still standing?
Stroller ni sangat membantu di saat2 menunggu flight
Dapat tengok budak temok ni dah tanpa perlu risau..
Itu saja review..akhir kata kalau nk beli stroller ape yg penting adalah keselamatan baby & ringan..Kalau berat sangat & leceh nanti lama2 mesti jadi malas nak angkut ke hulu hilir nanti membazir plak kena beli stroller utk travel 1 stroller utk gi mall 1..baik cari 1 stroller utk semua..ok la..nanti review medela harmony sealed plak..bye2..

Tuesday, October 30, 2012

Stroller emergency

Salam
Dah nama pn emergency tak sempat nak survey betul-betul..tak suke kalau pakai rembat je mesti ada yang tak kena..huhu..tapi ok la dari takde,berguna juga kan..

Lepas pantang adik kina konvo,nak tak nak pegi la kan..pastu shopping kat mid valley (bukan shopping sangat..xsempat sebab baby asyik nak susu..hihi)..nak beli baby carrier tp rasa baby terlalu kecik utk letak dalam tu..nak dukung mmg xlarat la..baby carrier tunggu tulang die kuat sikit kot..sekarang 5 min pun dah lenguh..kunun dulu pudin cakap die sanggup dukung je xyah beli stroller..haha..sekarang tengok,kejap je dah main passing2..

Sempat la tanya-tanya dekat group tentang stroller yg sesuai tapi bila da set dalam kepala,pegi kedai xd plak la kan yang kita nak tu..sebab tu i love online shopping! Kalau esok nak guna memang takde makna la shopping online. Kalau beli online tak hampa kalau takde stock,cari kat website lain plak kan tapi tak best jugak kalau takde depan mata tak dapat nak check it out betul-betul ye tak..Penyelesaian? Pegi kedai tengok2 yang berkenan pastu cari online. hahaha. Alhamdulillah..It works! Berkenan sangat dgn stroller yang kina beli online. Haa..yang tu tunggu review nanti na.

Ingatkan lipat kecik macam ni rupanye belum dipasang lagi
Last-last beli stroller jenama sweet cherry yang biasa & murah punya..bukan model SCR123456789 tu..ni yg awal2 dl kot harga RM169, beli kat manjaku, kalau beli dekat tempat lain mesti lagi murah!..jenis umbrella fold,warna grey,boleh recline sampai 170..berat jugak,kina memang angkat pakai 2 tangan tapi SCR lagi berat kot..(tapi memang tak angkat pun, adik lelaki je angkatkan)..Since naik kereta ibu so xkisah sangat size die yang memenuhkan ruang tapi masih bearable.. Nak pinjam yang saudara semua cakap jenis masuk muzium dah..ibu cakap amek je yang tu dulu,xpayah amek yang mahal lagi..esok nak guna baru nak beli..tak patut..jangan buat begini ok..:p

muat2 kereta ibu kina
So far pakai baby tak meragam dalam tu. Kecik lagi kot. Tunggu besar sikit ntah nak ke x die dok dalam stroller kan..Cuma kalau die dah jaga tu memang nak susu je..kalau die tido memang aman je dalam stroller.

Apa yang kina xberkenan sebab tak boleh facing baby..puas la kina dok jalan laju ke depan nak tengok shahadah chinta sambil adik kina yang bawak stroller..jenuh la..yela,kang die terbalik dalam tu kita tak sedar..memang tak tenang rasa..Lepas pakai 4-5x tayar die buat hal..Nak tahu tak? Kina langgar kaki adik kina dengan stroller tu..hahaha..nasib baik adik sendiri!:p
Papa & shahadah chinta
Ayah cu yang selalu mengangkut stroller
Entry ini bukan lah untuk meng'kondem' barang yang murah ye..erm..100lebih tu duit jugak..mula ingat takkan beli stroller baru tapi setelah berpengalaman menggunakannya kami memang decide nak beli yang lain..Walaupun dapat berkhidmat selama sebulan je tapi we will miss u stroller sweet cherry! Nak jual memang tak la kan. RM50 pn belum tentu org nak. Kina bagi dekat pakcik kina yang ada 6 orang anak & anak kecik die baru 4 bulan..hopefully berguna la utk baby rifqi..Dari jadi tukun baik bagi je dekat orang. Bak kata pudin kalau selagi pakcik guna stroller tu, nanti kita akan dapat pahala berpanjangan..InsyaAllah..




 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork