Salam
Hari ni genap sebulan usia Shahadah Chinta. Maksudnye sebulan jugak kina berpantang. Kina berpantang takde la berpantang sangat. Maklum la ibu kina pun bukan jenis berpantang sangat. Memang masa berpantang kita nak sihat balik, nak buang segala extra-extra lemak & dapatkan body sebelum bersalin atau kalau boleh sebelum kawen. Gituu..Tapi kalau berpantang HANYA masa time 40 atau 44 hari lepas tu balun segala benda, tak exercise. Sama je la sia-sia la berpantang beriya masa time pantang.
Itu pandangan kina la, sebab majoriti 'saudara atau orang-orang tua' yang melawat kina & macam biasa la bebel & menakutkan kalau tak pantang strictly, bla bla bla...kina tengok body dorang takde la slim pun, ibu kina jauh lagi lawa bodynye. Bersederhana sudah kot. (ini alasan orang yang berpantang biasa-biasa sebab malas sebenarnya.haha.sila jangan ikut). Pada yang dapat berpantang dengan teliti & betul, kina memang salute. Tahniah! Nak jugak betul-betul tapi kadang-kadang keadaan tak mengizinkan. Mak kina bekerja bahkan weekend pun die kerja. Nak berpantang dengan MIL tapi segan plus takde pudin. Shahadah Chinta kena warded sebab jaundice. Kalau ada banyak duit boleh hire Confinement Lady mesti dapat berpantang betul-betul. Next time la. (Yo yo je) Oh..alasan semuanya. hahaha. Ok la..suke sangat mukadimah panjang lebar kan.
Bagi yang pernah baca post macam mana kina dapat beli set Tanamera dengan harga RM90 boleh baca dekat post ini. Set ni packaging yang lama jadi ada yang tak sama dengan set Tanamera yang sekarang ni which is lagi best rasanya.
![]() |
| Set Tanamera packaging lama |
Kina start menggunakan set Tanamera sejak sebelum bersalin lagi. Lagi mudah kalau ikut items yang ada dalam set tu kan.
1) Brown Formulation Scrub Soap
Sabun ni sangat-sangat best. Masa pregnant kina kan pakai sabun Lactacyd sebab badan gatal-gatal. Sabun tu takde buih & mild sangat rasa macam tak bersabun tapi gatal-gatal hilang la. Pakai sabun ni rasa hilang daki-daki & bau die pun best. Pudin pun pakai jugak. Start pakai masa pregnant lagi & sekarang tak luak lagi. Pastikan sabun ni kering lepas pakai, jangan bagi kena air so that lagi tahan lama.
2) Re-mineralizing Facial Mist (takde dalam set baru diganti dengan lavender spray tu kot)
Spray je dekat muka. Rasa sejuk je muka. Ni kina pakai lepas mandi atau rasa macam stress, busuk-busuk. Hahaha. Katanya boleh kurangkan stress. Masa awal-awal berpantang kan stress sikit. Boleh gak spray dekat bantal. Bau die macam bau spa. Benda ni boleh pakai bila-bila masa je either masa pregnant, masa berpantang @ lepas berpantang kot.
3) Exotic Ylang-ylang body mist (ni pun kina rasa die dijadikan lavender spray..maksudnya lavender spray menggantikan body mist & facial mist)
Ni kina spray dekat badan except dekat breast sebab takut nanti Shahadah Chinta minum susu perisa ylang-ylang plak. Hahaha. Bau die macam spa gak tapi more to spa bali ke thailand gitu. Hahaha. Pekat sikit bau die.
4) Cold Press Virgin Coconut Oil ( A-must-have item!)
Ni adalah favorite kina. Kina menggunakan minyak vco Tanamera ni untuk urutan perineal & sapu pada perut untuk kurangkan stretchmarks. Untuk stretchmarks kina akan buat post lain sebab kina ada pakai minyak yang Doctor bagi jugak. Ramai minta share camne urutan perineal ni. Huhu. Kina pun google aje, pastu hentam je, tak tahu teknik betul ke tak. Mula-mula memang rasa sakit sikit tapi lama-lama tak rasa apa. Apa yang penting, minyak VCO ni menambahkan elasticity dekat miss V kita so lebih mudah untuk meneran kot. Kita ikhtiar je kan, selebihnya tawakal je.
| Yang wane putih jernih tu VCO,1 lagi massage oil |
Tempoh masa urutan? Kina buat setiap hari & pada waktu malam. Kira tido je dengan minyak tu, tak perlu basuh. Kina start awal, seawal 6bulan lebih kununnya takut bersalin awal ke kan. (Memang awal pun). Tanamera sarankan makan bila nak dekat bersalin, kina tak sempat pun makan. Achaner rasanya makan ye?
ok, ni pulak item yang kina guna lepas bersalin..
5) Cotton Abdominal Binder
Bengkung ni kina start pakai hari ke3 tapi kejap je dalam 3 jam pastu nak gi toilet susah, kina cabut je pastu tak pakai dah. Malam pun macam tu jugak. Ibu kina yang tolong pakaikan, tak tengok plak instruction pada pembalut die.
| Bengkung Tanamera |
Ibu : Apa la susah sangat nak pakai benda ni. Lain kali akak beli je yang velcro, senang je.
Itu kata-kata ibu kina. Banyak sangat tali kot, nak kena ikat selang seli so bagi die renyah. Actually bagus bengkung ni sebab die sampai ke paha kan, boleh kuruskan paha sekali. Bengkung ni kina pakai 2 hari je lepas tu pakai bengkung yang saudara kina bagi yang tu pendek sikit dan lagi senang nak pakai. Start hari ke 10 kot kina pakai sendiri je. Bila dah pakai sendiri ada la jugak skip-skip kan.
6) Firming Herbal Blend
Herba ni digunakan sekali dengan bengkung. Ada 12 sachets, kina ada lagi 3 sachets, sebab 1 sachet kina bahagi 2. Haa, bleh tau la berapa kali berbengkung. Hahaha. Best pakai cuma bila kering akan berhabuk tilam. Rimas! Next maybe beli krim je. Cara pakainya campurkan dengan air panas sikit lepas tu sapu pada perut. Dalam 2 minit lepas pakai, akan rasa panas. Oh, suka bila rasa panas kununnye rasa lemak dibakar kan. Jadi makan tanpa bersalah. Bab makan kina pantang ais, air sejuk, pulut, ikan-ikan sungai, blackpepper (sebab Shahadah Chinta demam kuning), benda yang gatal-gatal, benda yang sejuk-sejuk, like I know apa yang panas,gatal,sejuk..Kina just tanya ibu kina ni boleh makan tak. Ibu kina senang je, kalau macam kina nak sangat-sangat makan benda yang tak boleh makan die bagi je tapi kuantiti yang ciput buat merasa. Pastu die cakap kalau makan tak rasa gatal-gatal ok la tu boleh la makan. Masa raye berpantang lagi tak tahan weh! Orang lain sedap je teguk ais. Tapi ada 2x gak la pudin bagi kina teguk ais, air A&W rutbir lagi. Nyum3.
7) Herbal Bath
Kina start guna hari ke 11. Sebab sebelum tu kina mandi dengan air daun serum & daun pandan. Pehhh. Best gile ok mandi air daun serum & daun pandan tu. Ibu kina rebus daun-daun tu & mandi. Nenek kina yang tolong carikan daun tu semua. Rasa segar & wangi sangat-sangat tapi sampai hari ke8 je.
Kina : Dah tak payah mandi air serum ke?
Ibu : Daun dah takde, tak payah dah. Mandi air panas biasa je.
Kecewa. Hahaha. Nasib baik ada herbal bath ni. Berasa la jugak refreshing tapi tak boleh lawan air daun serum.
8) Feminine Herbal Wash
Ni pun sama macam herbal bath kina start pakai hari ke11. Letak air panas dalam cebok pastu rendamkan sachet ni pastu jirus la bahagian bawah tu. 1 hari kina guna balik sachet ni 2x sebab ada 12 sachets je. Lepas dah siap mandi, bahagian V kena lap kering-kering dengan tisu, then spray antiseptic (ni yang Dr Suraya bagi) atau letak iodin (ubat kuning beli kat farmasi) pada pad so senang jahitan tu nak baik. Sekarang ni antiseptic & iodin dah habis.
| Sachet die macam gini. |
9) Tropical Boreh Scrub
Scrub dalam bentuk serbuk ni ada 4 sachets. 1 sachet tu boleh pakai 3-4 kali. Tak pakai tiap hari pun, selang 3 hari gitu kina buat sental badan. Bau macam herba. Tapi kina rasa sabun brown tu lagi best.
10) Herbal Massage Oil
Minyak urut ni kina baru pakai 3 kali..2 kali pudin tolong urutkan kaki & belakang sebab lenguh menyusukan shahadah chinta, 1 kali lagi masa mak cik urut kehabisan minyak urut die. Hahaha. Minyak ni best gak, dalam tu siap ada akar kayu sikit. So far banyak lagi minyak ni sebab takde orang urutkan memang tak pakai la gamaknya.
Kina sangat rekomenkan sabun brown & minyak VCO tu. Kalau untuk next baby, kina akan tetap akan beli 2 items ni kot. Untuk set Tanamera yang baru maybe kina akan try lavender spray & herba tea tu. Itu aje la yang kina dapat cerita tentang set Tanamera. Conclusionnye sangat berbaloi & best sebab takde jamu-jamu & rasa seperti di Spa.
Berat sebelum pregnant 50-51kg
Berat terakhir masa pregnant 60kg
Berat badan setelah 2 minggu berpantang 55kg.
Lebih kurang 5-4kg untuk dibuang lagi Tapiiiii sejak 2 menjak ni asyik melantak tak hingat, rasa macam naik je. Hahaha.
Ok la..si mata bulat ni dah memanggil-manggil..
| Shahadah Chinta masa umur 24 hari |
