Showing posts with label air bacaan alquran untuk mudahkan bersalin. Show all posts
Showing posts with label air bacaan alquran untuk mudahkan bersalin. Show all posts

Friday, August 8, 2014

Air selusuh yang suami buatkan

Salam
Masa shahadah dulu kan mengejut sangat, konon ingat lambat lagi nak beranak..tak sempat pun nak buat air selusuh. Masa sampai hospital duduk dekat wad baru lah pudin baca-baca surah yang die tau dekat air mineral. Kuikui.

Masa shafiyah pulak 36 weeks start minum air zam-zam yang dibuat air selusuh. Pudin baca surah ikut dekat post ni sebijik sejibon. Masa first time minum tu berdebar lah jugak sebab orang cakap air selusuh boleh trigger sakit bersalin pastu sakit yang amat la. Mungkin air selusuh jenis lain kot. Kan ada orang buat air selusuh dengan akar fatimah dan lain-lain. Macam pudin die cakap die prefer & rasa better amalkan air zam-zam yang dibaca ayat suci Al-Quran dari air rendaman apa-apa.

Since pudin bukan ada dekat setiap masa, jadi kalau minum air selusuh tu mestilah habis kan. So solutionnya kina topup air zam-zam bila dah nak dekat habis. Pudin cakap saki baki tu meresap lah dekat air zam-zam yang baru tu. Hihihi. So, kina continue minum everyday. Tapi kadang-kadang lupa jugak. 2weeks + after baru lah nak bersalin. Cerita bersalin boleh baca previous post ye.


So, nilah botol air selusuhku. Bubuh sticker supaya mengelakkan dari orang lain minum. Kang sakit nak beranak pulak yek! Hahaha.



P/S: banyakkan zikir nabi yunus, mengaji dll. Pada Allah kita mohon pertolongan..InsyaAllah mudah..

Monday, July 9, 2012

Suami buatkan air selusuh untuk isteri

Salam

Bila masuk 3rd trimester ni dah kurang sikit nafsu membeli barang baby. Bukan takde tapi kurang. Hahaha. Sebabnya dah mula fikir pasal bersalin, tambah plak ramai rakan-rakan seangkatan blogger mommy share pengalaman bersalin dorang. Setiap orang lain pengalamannya tapi tak salah kita first time mommy nak baca at least tak terkejut beruk sangat nanti walaupun kadang-kadang seriau gak membacanya. hihihi

Amalan air zam-zam amat digalakkan untuk memudahkan bersalin. MIL dah bagi 1 botol air zam-zam tapi rasanya tak cukup sampai nak bersalin. Rasa balik Kuantan nanti kena beli lagi air zam-zam dari Tabung Haji. Tak silap 1 tong RM130 eyh? Hari tu ada gak pakcik bagi 1 botol untuk baby,dan-dan je ayah kina pegi teguk habis. Sabar jela atuk die ni. Hehe. Kat rumah tu memang kena labelkan kalau tak habis la. 

Kina ada baca dari blog ni. Air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami. Boleh start minum 30 minggu ke atas 2 kali sehari. (Bergantung kepada individu bila waktu terbaik utk minum). 
Jadi kina copy, paste & share jela dari blog http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ye cara-cara penyediakan air selusuh untuk memudahkan bersalin melalui bacaan-bacaan al-quran. Caranya macam nak buat air yasin mengaji depan air.

Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.




(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

Sharing is sexy!

#Jadi, suami-suami yang gentleman di luar sana boleh la sediakan air selusuh untuk isteri tercinta. Semoga Allah permudahkan semuanya. Kita hanya ikhtiar & berusaha, yang lain berserah pada Di Atas. : ) 

Pesanan dari Prof Muhaya : Setiap hari tanya suami berapa markah untuk hari itu. 11 per 10 atau 1 per 10? 
-Sama-sama kite berusaha utk menjadi isteri yang lebih baik setiap hari..


#Update 8/3/2013
Kina tak sempat pun minum air selusuh ikut bacaan seperti di atas sebab bersalin awal dari jangkaan tapi kina minum air zam2 yang suami doakan & baca ayat2 hafazan sebabnya masa tu dah dekat wad.. Alhamdulillah. 


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork