Showing posts with label 8 bulan pregnant. Show all posts
Showing posts with label 8 bulan pregnant. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Berat asal kembali selepas habis pantang

Salam
Wah, tajuk bikin gempak je kan..Macam la banyak sangat naik..kalau naik 15kg, habis pantang turun 15kg lain la kan..tu baru Wow!! Masa pregnant berat kina paling tinggi 60kg. Berat biasa 50-51kg so naik dalam 10kg je. Berat shahadah chinta 2.75kg + benda-benda asing dalam perut = 3.5kg..jadinya lemak extra dalam badan masa pantang lebih kurang 6.5kg..takde la banyak sangat kan tapi jenuh gak tu nak turunkan..Ni gambar pregnant masa 8 bulan. Rindu plak zaman memboyot.
shahadah chinta dalam perut lagi, time ni dagu dah start utk menonjol jadi dagu kedua.

Antara faktor-faktor yg kina rasa la membantu penurunan berat badan:-

1) breastfeed si kecik shahadah chinta. Sekarang dah xkecik mana, kus semangat. Orang kata breastfeed membakar kalori umpama berjoging. Penat tu. Patut la mama rasa macam berpeluh byk & perlu pakai deodorant byk2 kalau x busuk gile weh.Hahaha.

2) lokasi berpantang yg strategik. Kalau korang nak tau kina berpantang kat bawah tgga dlm rumah sbb nak mengadap tv punya pasal. Panas tu memang la satu sebab pakai pn kipas kecik. Kalau malam memang lembap la kain batik dek peluh.

3) berulang alik hosp masa shahadah chinta warded sebab jaundis-mmg aktif gile kot. Ada gak kena naik tangga sbb lif rosak.

4) minum air banyak- kalau dl 1 gelas air kosong je sehari. Sekarang paling kurang 2L. Memang pudin beli 1 kotak mineral botol besar. Haus sbb bf kot kan.

5) makan tak ikut masa- bila dah xd org jaga kat rumah, kina plak ikut time shahadah chinta.kadang2 makan bekpes kol 1 ptg. Selalu je brunch. Nasik wajib. Xd la makan bertambah kalau lauknya takat ikan bako (kalau makcik kina dtg lauk ni jela).. Coklat 1 bar sederhana cadbury black forest pun wajib kunun utk hilangkan stress. Siapa kata coklat menggemukkan?kihkih..

6) tak cukup tidur- normal la kan bila da ada anak mata panda akan menjelma.

Tu je la. Maybe metabolism tggi gak kot. Kina tak makan apa-apa ubat @ jamu sbb jaundis kan & kina kira bertuah sebab xnaik banyak. Cuma yang membimbangkan :-
- ada dagu kedua. hahaha. Ke dagu plak lemak ni.
- kebuncitan sebanyak 1.5cm. hahaha. Malas pakai bengkung sape suruh. Tapi akan kucuba sit up nanti & pakai krim pati halia mustajab super hot. Kan best kl krim tu xd bau. Semangat sikit nak pakai. Ke korang tau krim yg xd bau?Bak share. 

Ini budak yang membantu mama menyingkirkan lemak2 tak perlu..

Shahadah Chinta yang semakin debab

Monday, July 23, 2012

Pitam semasa terawih

Salam

Stop kejap cerita pasal checklist baby. 
Mungkin post ini agak annoying & boring sebab xd gambar,sedih pilu, manja & mengade-mengade sikit. 

Tahun ni puasa dengan baby dalam perut. Hari ni dah 33minggu = 8 bulan 1 minggu.
Sudah tentu semua ibu mengandung nak berpuasa penuh kalau diberi kesempatan bukan?
Alhamdulillah takat ni bertahan lagi.

Hari pertama semayang terawih seronok! Biasa la first time.
Kami memilih utk berjemaah di rumah je sebab masjid jauh plus kina pun dah 8 bulan. 
Jadi semayang di rumah saja lebih mudah. 

Hari pertama puasa bersemangat! Sahur makan roti canai segera dengan sardin & kari. Siap pegi jalan sana sini. Pegi pejabat pos, tengok kedai perabot, cari wardrobe untuk baby tapi tak jumpa, pegi shopping barang basah, masak lauk untuk berbuka. Seronok berpuasa di Bintulu ni sebab masuk waktu berbuka awal. 6.42 petang dah ngap Yusof Taiyooooob (buat suara bisik2).

Hari kedua terawih pitam! Actually ni bukan first time kina pitam masa sembahyang masa pregnant ni. First time aritu tak silap nak dekat masuk 3rd trimester. Semayang maghrib, masa tu rakaat ke 2. Pudin pun terkejut sekali sampai keluar la dari jadi imam sebab kina terduduk. Yela, mesti la panik kot. Masa tu kina dah bagitau, kalau kina pitam lagi jangan keluar dari semayang dah, teruskan je tanpa kina.

And this time, die ikut nasihat kina. Masa tu witir terakhir, kina dah rasa dah potensi nak pitam sebab akan mula berdebar-debar, muka dah sejuk, pastu sekeliling akan mula rasa gelap. Dalam hati ' Bertahan la, ni rakaat last ni.Please bertahan, sebab rukuk & sujud rasa tu akan kurang sikit'. Masa pudin baca surah pendek yang last, lutut dah bergetar dah, lembik, tak sempat habis pudin baca dah terduduk. Terus mengalir air mata laju. Rasa sedih yang amat. Kenapa tak dapat bertahan. Sikit je lagi. Sedih gila. 

Satu, memikirkan last rakaat tu. Dua, memikirkan nanti balik semenanjung camne la. Sejak family ada business bazaar biskut raya depan Masjid Kuantan tu, memang kitorang akan semayang terawih kat masjid tu. Kalau semayang dengan pudin memang boleh je semayang duduk, tapi bila kat masjid nanti rasa taknak la semayang duduk sebab tak suka orang tengok-tengok. Tak kusyuk weh lain dari orang. Bila pudin dah siap, die pun tanya kenapa tak semayang duduk kalau tak larat sebab kina memang dah start semayang duduk bila tak larat. Kunun sampai ke witir nak semayang macam biasa sebab dah kebas kaki last-last pitam jugak. Sob sob sob..Nangis tanpa kata..Basah telekung. Haha. Pitam bukan masalah besar sangat kot tapi manja & emo terlebih dah makin hampir nak bersalin & berpisah dengan husband. Pastu pikir orang lain lagi lama berPJJ, sila bersyukur kina! Baik2!. 

Pudin pelik nape nangis beriya sangat. Sampai kina kata nak bersalin kat sini jela. Punya emo kan (diri sendiri pun rasa menyampah..hahaha). Tak nak la beraya kat sini. Nak beraya dengan siapa kan? Orang iban? Huhu. Sate, rendang, lemang kat rumah nenek tiada tandingan. Pastu kina pun luahkan la kenapa nangis.

Pudin : ''Takpe la, nanti syg semayang terawih dekat rumah. Duduk je dekat bazaar, takut nanti pitam kat masjid plak"
Kina : "Huhu..taknak semayang sorang-sorang..Tengok la cmne nanti..Tak suke gak dok kat bazaar smpi orang habis terawih..''

Kina memang ada tekanan darah rendah ikut ibu kina. Tapi pelik masa check dengan doctor tak pernah doctor cakap rendah which is rasa memang rendah (nanti doctor cakap siapa doctor ni sebenarnya? haha. jadi diam je.). 

Sejak dari darjah 6 pernah pitam masa perhimpunan. Kelakar masa tu Guru Besar tengah berucap. Tiba-tiba gelap gelita. Ingatkan kina jadi buta weh! Pastu cakap dekat kawan sebelah. "Weh, aku tak nampak ape-ape. Gelap". Die ingat kina main-main plak sebab memang jenis kuat main. Pastu tup-tup terjatuh la. Hahaha. Rasa nak pitam ni hilang bila kita dah duduk atau rehat minum sikit. Masa tu cikgu belanja air soya & roti sebab cikgu rasa kina pitam sebab tak breakfast, biasa la ibu kina kerja tak sempat nak masak breakfast bagai. 

Pitam masa terawih tu maybe sebab siang tu aktif sangat kot. Lepas tu sekarang semayang terawih duduk je. Kebas gak kaki & belakang. Seriously 3rd trimester ni sakit belakang tu mencucuk-cucuk, sakit pinggang, sakit kaki. 

Hari kedua puasa errkk..laki bini tak sedar bangun sahur. Hahaha..Bukan tak sedar, tapi kina pegi dismiss alarm bukan buat snooze macam biasa. Pudin punya alarm plak tak dengar. Last-last tak sahur la. Kalau masa tak pregnant tak sahur rasa rileks je, tapi masa mengandung kalau tak sahur fuhh, rasa macam budak darjah 2 puasa dok kira jam, tak larat rasa nak berbuka tapi kutahan Jebat. Hari ni terus awal gila pudin kejut sahur, siap die masakkan nugget & pau, risau die tak sahur macam semalam sebab kina memang lembik gile bila tak sahur masa pregnant ni. Masa puasa ganti dulu pun tak lepas sahur sebab takut baby lapar. 

Thank you Allah sebab bagi peluang pada diri ini untuk mengalami nikmat mengandung & berpuasa.
Thank you suamiku sebab sentiasa ada & rajin tolong melayan kerenah isterimu ini.
Thank you baby sebab memahami mama & behave dalam perut. 
Tapi memang masa berbuka dapat rasa baby happy gila berjoget dapat air sejuk & makanan ye. 

Lagi 4 hari nak balik semenanjung. Harap Allah permudahkan & kuatkan semangatku. Aja-aja fighting!




Monday, July 16, 2012

Mendobi baju baby pakai tangan

Salam
Semalam semua baju baby termasuk bib, barut, receiving blanket, mitten & booties kecuali towel dah selamat dibasuh. Basuh dengan tangan ok! Taubat ni lah first & last basuh baju baby pakai tangan. Hahaha. Nampak je sikit baju si kenit ni, tak sampai 1 baldi penuh pun tapi masyaAllah penat jugak! 
Peralatan-peralatan mendobi. Semua nak biru. Hehe
Kunun-kunun nak mengenang zaman U, zaman matrik & zaman sekolah la kunun kan. Tiap hari basuh baju guna berus sampai satu tahap berus terbang dari tangan sebab kemain semangat ko memberus dengan kuat.  Nasib tak kena orang, kena kat dinding je. Masa tu form 3 kalau tak silap. Hahaha.  Masa zaman U bila malas menyerang basuh la guna mesin basuh yang masuk duit syiling tu kongsi dgn roomate. Duit syiling harus kumpul banyak-banyak. Hahaha. 

Tapi baju baby ni takde la pakai berus, just rendam dengan air sabun detergent A-B-D Pureen RM16.00 yang dibeli masa Pureen Waresale beberapa bulan yang lepas pastu gosok-gosok dengan tangan pastu bilas dalam bathtub baby. Seyesly detergent ni sangat wangi, pudin siap cakap ''Bau baby lah''..Iye, mesti lah bau baby, kalau bau mama die mesti ''Busuk-busuk wangi''..LoL..
Tugasan pudin. Nampak je sikit.
Tugasan kina. Perah secara gentle. Gittew.
Mama & Papanya bergotong royong mendobi bersama-sama. Pudin gonyoh-gonyoh dalam baldi, kina bilas dalam bathtub & perah pastu sama-sama jemur, sama-sama lipat. Short sleeves ada 6 pcs, long sleeves ada 7 pcs, long pants ada 9 pcs, short pants ada 2 pcs. Masa kira-kira Kina cakap la 'Sikit je short pants baby'. Pudin cakap 'Baby girl tak leh pakai banyak short pants'. Hahaha. Betul gak yek. Ibu cakap bawak je semua balik semenanjung, baby pakai banyak baju pastu kejap je dah tak muat.
Susun jemur ikut warna & jenis. Dress belum beli lagi. Tunggu besar sikit.
Time nak melipat. Alahai. Kecik betul.
Seronok bila buat bersama-sama walaupun letih + lenguh gak. Seyes tak reti nak lipat baju baby. Hahaha. Wardrobe untuk baby masih belum ada. Memang nak beli yang tak payah lipat, sangkut je senang macam intan buat kat almari die pun best gak. Next week boleh start packing barang baby & mama nak balik semenanjung. Huhuu. 2 minggu lagi nak balik semenanjung, tak sampai 1 minggu nak puasa.


Malam ni final Masterchef Selebriti Angah vs Dato Fazley. Naluri kuat mengatakan Dato Fazley menang. Tak kisah sape2, dua-dua pun best. Nasib baik juliza tak masuk final. Kihkih. :p

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork