Showing posts with label solid food baby 6 months. Show all posts
Showing posts with label solid food baby 6 months. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Jadual makan baby 6 bulan

Salam
Post ini requested by junior kina..her baby g6pd jadi kena la lebih berhati-hati dalam mem'introduce'kan  makanan..kalau ada edzema lagi kena berhati-hati bab makan ni..Shahadah chinta start makan masuk 5 bulan..Awal dari target yang kina dah aim iaitu 6 bulan..Nanti kina cerita macam mana dia boleh start makan..Awal-awal tu langgar jugak la pantang larang..hahaha..Panjang ceritanya..bersambung kemudian...

Banyak gila nak post sebenarnya tapi tak sempat..banyak lagi hutang post..cara nak pasang Medela Harmony Sealed (nak pre-order email je ye..hahaha..sempat lagi),review baby bullet, review jellymom seat, check up shahadah chinta, tips travel dengan baby & barang yang perlu dibawa masa travel. Hopefully dapat la update semua requested post..

So far kina amalkan lagi 4 waiting days rule dalam pemakanan shahadah chinta sampai sekarang. 4-day rules ni kita kena bagi makanan yang sama selama 4 hari utk detect baby kita ada alergik tak dengan certain2 food. My paed suggestkan dahulukan rice then vege then fruit. My Paed suggestkan rice sebab rice no gluten, no taste, dan introduce sebab nak bagi rasa texture lain selain dari susu. Ada jugak doktor cakap kalau breastfeed baby the best first food adalah rice cereal supaya elakkan anak constipated. Oh ye..bubur nasi @ puree tu add dengan breastmilk/formula kasi cair2 so baby tak terkejut. 

I know dekat group food solid cakap puree buah dulu kan. 

Terpulang nak ikut yang mana. Mom knows best kan? 

Ini senarai list makanan ikut bulan. So jangan pening-pening. Preparing solid food ni sangat la syok..


Jadual yang kina buat ni ikut suggestion dari paed, internet, buku baby bullet & kesukaan diri sendiri..hahaha..kalau nak copy amek je..mana yang baik tu boleh la ikut..its better start masa baby 6 bulan..sekali lagi Mom knows best! Jadual bawah ni kina ikut turutan paed & ikut rasa. Tidaklah berturut-turut manis je, tidak juga tawar hebeq, tidak juga pahit je. Dengan harapan baby taknak la yang manis saje. Tapi shahadah dah menunjukkan tabiat xnak makan sayur macam papa & mama die masa kecik. Kemana lagi kuah bolognese kalau tak tumpah ke spageti kan? hihi.

Hopefully boleh paham la. Ada note kecik kat bawah tu rules2 yang penting. Maksud mix 'old' and 'new' tu macam ni. 
'Old' - makanan yang kita dah berjaya sebelum ni & lepas 4 hari makan & takde tanda alergik.
'New' - makanan yang kita pun dah berjaya baru2 ini. 

Contoh dari jadual kat atas.

Old = Rice
New = Apple
Hari ke14 korang mixkan rice + apple sebab both dah lepas ujian alergik. 
Korang tak boleh mixkan rice dengan carrot lagi sebelum hari ke24.

Ibu kina cakap 'Jangan banyak sangat rules dengan anak. Semua tak boleh tak elok jugak. Ikut la cara mak mertua tengok anak die semua menjadi. Siap ada 2 doktor. Jangan dok baca internet sangat.' Huahua..Mom knows best! Lepas dah kena nasihat sket tu..I'm trying to be not over-protective or skema from now on.

Macam pudin kadang2 die kesian nak bagi makan tapi dia tau kina tak bagi so die bagi curi-curi dan sangat kelakar bila die tengah bagi curi-curi bagi seconet macam dadih hari tu kina nampak. Terbuntang mata dia sebab kantoi. Hahaha. Pastu 2 2 gelak. Sometimes kena open minded jugak kan. Jangan sampai buat orang lain tersinggung atau makan dalam lagi-lagi parent kita & suami kita. Mana tau nanti masa cucu kita nanti ada plak ilmu baru tak sama dengan sekarang masa tu kita pun kena dengan anak kita yang follow all the rules mcm kita ni..Haha.

Kina banyak jugak buat frozen food sebabnya baby makan sikit lagi kan. Takkan nak buang yang lebih kan..Misalnya 1 pisang tu boleh buat makan 4 hari so 3 hari letak dalam freezer. Cara handle frozen food lebih kurang macam handle ebm.

Kerenah shahadah chinta masa makan?
Alhamdulillah, shahadah chinta suka makan & suka sangat minum air mineral. Pantang nampak botol mineral nak togok2 macam dah besar. Pakai training cup pun nak pegang sendiri lepas tu habis basah. Bib taknak pakai, habis disentapnya tercabut. Ya, anak saya muka innocent ramai yang tak percaya kelasakan beliau yang di sebalik muka lembut itu. Aktif dan semangat belajar benda baru kot. *smile mommy.
Siap muka nak masuk dalam mangkuk sebab nak air mineral..huhu..
Oh, jangan lupa tangkap gambar or video masa first time baby makan. Kina takde video tapi ade la gambar. Priceless moment. :)

P/S: Cita-cita nak compilekan semua resepi buat buku sendiri macam etty..so second-third-forth & so on baby nanti tak perlu rujuk internet lagi. Mom knows best! Kekeke
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork