Showing posts with label shafiyah hasnaa. Show all posts
Showing posts with label shafiyah hasnaa. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

Beza PASTI elite & PASTI imtiyaz

Salam,

Sebab nak pindah, jadi kena survey sekolah & tadika utk kakak shahadah & shafiyah. Sebelum ni shahadah dan shafiyah sekolah dekat tadika tahfiz fitrah. Alhamdulillah, bagus sekolah tu. Shahadah pun dah 2 tahun berturut naik pentas. Tahun ni macam takdan dah convo sebab pindah maybe bulan 9 atau 10. Konvo bulan 11. Dan minggu ni last kakaks pergi sekolah. 1 sebab bulan September banyak cuti dan tak gi sekolah jadi macam membazir je rasanya.

Ok, back to PASTI. Sepupu budak2 ni semua masuk PASTI. Shahadah & Shafiyah je tak, 1 sebab yang tahfiz ni lagi dekat dengan rumah pastu PASTI yang dekat sini dia dalam surau. Kalau dalam rumah ok kot. Rasa macam terlalu open. Tu tak hantar situ. 

Dekat rumah sewa yang ktorang plan nak duduk tu ada Qdees, dekat tapi maybe mahal. Bukan maybe lah, pastilah mahal. hahaha. Silibus bagus tp tengok takde pun student yang pakai tudung. Uniform pulak ada seluar pendek. Pudin confirm2 reject. Padahal budak je kan. Its ok, ada PASTI..Tengok fb dia pun aktif macam tadika tahfiz fitrah gak. FB aktif penting tau untuk mak tengok2 gambar. Hahaha. 

Lepas tu tengok yuran ok la lagi. Bulan2 murah je. Pastu tengok eh ada 2 jenis. Elite & Imtiyaz. Elite nama pun elite mahal sket dari Imtiyaz. Yang membezakan Pasti Elite & Imtiyaz ialah acond. Elite fully acond. Nyaman lah budak2 belajar. Imtiyaz biasa je, takde acond. Silibus sama je. Elite lagi dekat dengan rumah tapi Imtiyaz pulak 1 jalan dan dekat dengan sekolah rendah yang kakak akan pegi. 

So in the end kitorang pilih Pasti Imtiyaz. Budak2 ni pun siang memang tak beracond, malam je la acond. Lepas ni shafiyah kena beli baju Pasti lah. Banyak baju tadika tahfiz fitrah ni. Plan nak bagi dekat orang. Ntah ade yang nak ke tak. hihi. 

Wednesday, March 23, 2016

Progress potty training shafiyah

Salam 

Minggu ni start tak pakaikan shafiyah diaper sepanjang siang hari. Dah start potty lama tapi tak serious, pakai je pampes huggies dry pants tapi bawak dia pegi toilet. Kalau dah bocor dekat pampes tu takde dah la trainingnya. Cuma nak ajar dia tau apa feeling nak kencing & poo-poo. Bila dia dah tau beza baru nak train pakai underwear. So, dia dah faham, ktorang pun tak pegi mana-mana baru serious tak pakai pampes. 
Kalau senyum macam ni ada lekuk kat bawah. 

Shafiyah 1 tahun 8 bulan bulan ni. Target kina bukan nak potty training 5 hari berjaya, 3 hari berjaya. Tak. Target nak potty training sebelum umur dia 2 tahun. Atau lagi bagus sebelum baby ms lahir. Dalam 2 bulan je lagi. Supaya takde la 2 orang baby dengan pampes di siang hari. Kikiki. Dulu berangan ke shahadah nak potty training awal gak tapi banyak sangat cabaran dan alasan berjaya fully potty 2 tahun lebih. Tak ingat dah bulan berapa tapi sebelum 3 tahun. Tapi sama pendekatan pelan-pelan kayuh. Takde la potty seminggu terus berjaya. Lagi la shahadah tak berapa sangat nak cakap. Sekarang ye la dah banyak cakap.

Progress shafiyah minggu ni tanpa underwear. Tujuan nak ajar dia feeling basah kalau dengan underwear. Selalu cakap dengan dia kencing dekat toilet nanti basah spenda habis takleh pakai. Awal-awal excited betul dia nak tengok spenda. Ada tu pakai spenda je dah nak tengok sangat. Kunun comel la gambar princess.

Hari isnin : 2 helai underwear tumpas. 1 poo-poo 1 pee.
Hari selasa : 1 helai underwear tumpas. 1 pee. 
Hari rabu : takde underwear yang tumpas. Nampak macam berjaya ye tapi still tak berjaya sebab masa tak pakai underwear dia bagi hadiah poo-poo atas sofa. Sungguh mengharukan. Hahaha. Lagi dasyat bila tak pakai apa-apa kan. Full coverage gitu. Coiii.

Semoga hari ni takde underwear yang tumpas dan takde lagi insiden seperti semalam. Nak salahkan dia sebab tak bagitau pun takleh sebab dia dah mintak cabut semua baju dan seluar tapi mama dia dok reply whatsapp customer dekat dalam bilik, dia pegi lari dok dekat kakak. Pastu tiba-tiba datang mama, cicing syane. Laju mama lari, mata liar cari mana plak dia cicing. Tengok sofa! Betul-betul sebelah kakak. Berpeluh mama tengok. Hahaha. Tapi berpeluh lagi nak cabut nak cuci semua.

Patut lah dia beriya nak suh cabut. Tak terpikir dia nak poo-poo sebab pagi tu dah poo-poo sebelum mandi.  

Tapi sebab shafiyah ni kecik, jadi tak rasa nak jadi hulk sangat. Bila dia terkencing dulu baru bagitau tu mama masih cool cuma mengeluh tu biasa la kan. Letih. Masa shahadah dulu rasa kejap nak jadi hulk kejap jadi supersaiya. Hahaha. Maybe sebab mindset 'shafiyah ni kecik amat lagi, tak paham lagi'. Biasa lah kakak, sulung memang macam tu. Kena marah pun tetap special. Mama pun anak sulung tapi tak ingat plak kena marah. Kesayangan lagi ada. Cecece..Jeles mak adik & ayah cu. 

Selain dari tu, shafiyah tak pakai toilet training warna biru macam time kakak shahadah. Sebab apa? Kalau pakai nanti dia main-main. Nak turun nak naik, sampai ke sudah la tak membuang. So, kina letak je dia atas toilet tu. Dia tak berani la nak turun. 

Masa kakak shahadah pakai kerusi tu dia semangat nak pegi toilet. Boleh naik turun sendiri tak jatuh. Shafiyah ni kena besar sket baru boleh pakai kerusi tu. Dia takde masalah kalau kita bawak tiap 30min mesti akan kencing walaupun 2 3 titis sebab dia paham kalau gi toilet kena kencing. Hahaha. Tido siang dah boleh tak pakai pampes tapi kena make sure dia dah kencing sebelum tido, lepas tu dia bangun terus bawak pegi toilet. Masa shahadah dulu mama tak berani time tido siang, awal-awal memang pakai jugak pampes lagi.
Masa ni kakak saya takde, tapi saya tak heran pun.

Paling kelakar time potty shafiyah ni bila dia pernah mengigau. "Nak cicing, nak cicing" pastu takleh kalau kakak pegi toilet die mesti nak jugak. Malam mama & papa tak ready lagi nak train awak. Nanti la. Masa pergi Kedah aritu shafiyah nangis malam-malam. Macam tiap sejam dia nangis. Ada la dalam 3 4 kali. Ingatkan sebab tak biasa tido situ ke nak susu ke, pudin cakap ke dia nak kencing? Kina cakap ntah.

Esoknya nangis jugak, pudin angkat bawak gi kencing. Memang sah dia nangis sebab nak kencing sebab banyak gila hoi..pastu tido balik. Nampak macam dia dah ready, sayangnya papa tak ready. Mama lagi la dah susah nak bangun tido dengan perut boyot ni. 

Ada lagi 2 bulan+ sebelum bersalin. Ada lagi 4 bulan sebelum shafiyah 2 tahun. Hasrat nak berjaya potty siang dengan shafiyah. Wish us good luck! Sambil menatap sofa yang togel. Hahahah.


Monday, October 12, 2015

3 perkataan pertama shafiyah

Salam

Semalam shafiyah 1st time melontarkan 3 patah perkataan yang boleh difahami. Hihi

"I lah U" = I Love You

How sweet is that! Tergelak-gelak ktorang dengar die dok ulang i lah u i lah u..

Akhirnya di usia 1 tahun 3 bulan baru boleh ikat rambut die. hihi.
Ye, rambut shafiyah ni kerinting. Kalau pegi mana-mana orang akan cakap oh kakak rambut lurus (terlalu lurus & tebal lebat), adiknya rambut kerinting (lembut, nipis dan nampak tak panjang). Nasib baik sorang 3 tahun sorang 1 tahun, kalau beza setahun sorang mesti ingat kembar tak seiras.



Wednesday, December 3, 2014

Shafiyah 5 bulan

Salam..

Hari ni genap shafiyah 5 bulan.

Masa dalam pantang die jarang ajak main tgh2 malam. Bangun untuk susu je. Tido pn awal.

Jarang dengar suara. Baik bebenor org cakap. Sampai jiran sebelah rumah cakap

"Tau ada baby, tapi senyap je tak dengar suara pn"

Rasanya baby ni xboleh puji. Sebab sekarang die dah semakin ikut kakak die. Rasanya shafiyah jadikan shahadah sebagai idola. Hahahaha. Tapi kadang2 sebab kakak buat bising jadi die pun terbangun. Grrrrr. Memang geram je kn.

Dari tido 7 setengah
Jadi 8 setengah
Jadi 9 setengah
Jadi 10 setengah
Jadi 11 setengah
Dan paling lambat 12 setengah

Alhamdulillah tak sampai 1 setengah. Pitam mama masa dekat kuantan. Sekarang ni sebab dah balik bintulu dapat lah mentidokan die lebih awal. Tapi rasa macam best plak die tido lewat so die bangun lambat. Kalau malam papa ade. :p Jahat mama.

Sekarang shafiyah tido pukul 9 lebih. Tapi kalau nak tido tu bukan main nangis. Kadang2 nangis tak tau sebab apa. Da buat macam2 last2 tido sendiri.

Petang ke mlm nak orang pegang je. Pagi2 je yang ok kite biarkan. Time tu la mama buat keje. Petang2 memang tak le mama nak baking.

Dah kenal orang. Tapi die pn macam kakak shahadah boleh dengan sape2. Beso sket nanti tak tau la. Friendly.

Dah berguling, angkat bontot, dah jatuh katil (tapi tak nangis sebab tersangkut antara almari dgn katil. Hahaha. Mama masa tu tengah bawak kakak shahadah dlm toilet. Igtkn wan mi tunggu , wan mi semayang, sampai rakaat ketiga berhenti sebab eksiden tu. Tapi rilek je shafiyah). Wan mi cakap jatuh xnangis kena tinggal nangis. Huahua.

Berat terkini 6.2kg. Alhamdulillah masih fully bf. Nak kejar record kakak. InsyaAllah.

Rambut tumbuh sket2 lg..hahaha. jd semua cakap nampak mcm baby boy. Xpe, nanti rambut da panjang, pastu nanti mama pakaikan subang macam kakak shahadah mesti tak nampak macam boboi dah.

Sebulan lagi shafiyah kita makan ye.

#5monthsbaby



Kakak akan jaga adik ye.


Yela kakak tu.



Sebelum check up 5 bulan.


posted from Bloggeroid
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork