Showing posts with label milk booster banyakkan susu. Show all posts
Showing posts with label milk booster banyakkan susu. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Durian banyakkan susu badan?

Salam
Dari minggu lepas nak makan durian. Akhirnya dapat gak makan durian. First time makan durian Sarawak & beli dari orang Iban. 3 biji besar RM20. Mahal ke murah?

Rasa? Sedaaaap..bagi pengemar durian mmg sedap la..kununnya beli 3 biji tu 2 biji untuk makan 1 biji untuk buat durian crepe. Hehe. Dah dapat resepi 5 jenis tepung tu. Durian crepe yang sedap adalah tidak menggunakan tepung gandum ye.

Tapi kemalasan & kepenatan mengatasi segalanya utk buat durian crepe sebab baru balik dari Miri stay 4 hari di sana. Travel bersama baby lama2 sangat best kan. Tapi balik rumah bercinta la nak membasuh menjemur baju die yang comel lote itu.

Akhirnya makan durian dengan whipped cream aje..rasa macam durian crepe jugak! Hahaha.

Tapi yang kina terus perasan. Malam tadi, dalam pukul 12.. Bengkak susu belah kiri yang teramat..belah kanan maybe tak sangat sebab baby minum sebelum tido..Lepas tu nak kejutkan baby utk minum masa tu tak sampai hati sebab nampak lena sangat..Kina pun pam la sebab bengkak sangat2 dah. Sekejap je dapat 4oz utk sebelah kiri yang bengkak tu. Less than 10 mins rasanya. Alhamdulillah. Pam sekejap je sebab nak simpan untuk baby bila die bangun. Just untuk relievekan bengkak & Nak slowkan flow susu bila baby nak menyusu nanti. Kesian kat die dah la tengah mamai2, kalau susu laju nanti tersedak susu plak.

Rasanya durian adalah my milk booster selepas air kosong. Maybe sebab die panas so die menggalakkan penghasilan susu. Pandai je aku buat teori sendiri..Tapi nak makan banyak sangat durian tak la,nanti demam plak. So bagi yang nak banyakkan susu maybe bleh try makan durian. Mana tau milk booster kite sama. Hee. Wallahualam.

Durian Bintulu..:)


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork