Showing posts with label makanan kesihatan. Show all posts
Showing posts with label makanan kesihatan. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Ber'maajun anggun bistari' MAB


Salam

Susulan dari previous post..ramai plak berminat nak tau pasal MAB ni kan..MAB ni nama glamor bagi Maajun Anggun Bistari..Kalau sebut maajun macam segan plak..hahaha..

Alkisahnya hari tu kina pening-pening kepala, lepas tu MIL tanya ''Ke pregnant?''. 
Lepas tu pudin plak mimpi dah 2x mimpi kina pregnant ok!..hahaha..Pudin bergurau ''Kalau syg pregnant sekarang, tahun 2013 tak dapat beraya lagi la.hahaha"..Oh tidaaaak..berpantang masa raya sangat tak best..: p 

Kina memang tak tahu lagi nak amik perancang apa masa tu. Kina bajet 3 tahun 2 orang anak.Kiranya sorang darjah 3 sorang darjah 1 la nanti..hihihi..Kita merancang je, Allah tentukan ye dok..Perancangan Allah yang terbaik! Pudin plak tak bagi amik sebarang pil perancang, inject ke, implan ke. Kunun nak natural la kan. Plus kina tak datang period selepas nifas hari tu sebab breastfeeding kan. Tapi risau jugak tak period-period terus dapat adik Shahadah Chinta..Hahaha. 

Ibu kina pun cakap ramai kawan die ingat menyusu tu tak boleh pregnant last-last pregnant jugak.
Doktor yang kina jumpa baru ni pun masa check up Shahadah Chinta 4 bulan cakap macam ni
"Awak fully breastfeeding kan? lepas 6 bulan boleh la start berjaga-jaga walaupun tak datang lagi period, nanti kang datang check pregnancy pulak..hihi''..

Lepas tu MIL cadangkan dekat kina makan la maajun. Kina tak tahu plak maajun ni boleh dijadikan perancang. Ingatkan ubot kuat. Hahaha. Lepas je letak call terus google la pasal maajun. Jumpa la pasal MAB. Baca testimoni punya la banyak. Banyak gile khasiat katanya..Harga pun ok RM15 sebotol. (walaupun pil noriday free je kalau amek dekat KK..tapi pudin tak ijinkan..hihi..). Disebabkan MIL yang suggestkan pudin tu bagi la makan MAB tu. Die kan anak mak. :) Sebagai menantu yang baik haruslah dengar kata mak mertua. Ecece..
Macam ni la botol & packaging yang kina beli tapi ade nama agen kat botol..gambar dari kedaibestari.
Malas nak tangkap gambar.

Beli dekat mana?

Kina beli dengan agen dekat Bintulu ni haa..sekarang ni botol ke2 dah..sebelum makan kina buat pregnancy test dulu, mana la tau kan. hahaha..kalau ada memang tak makan la MAB, makan acid folic la plak ye. hihihi..cara makannya setiap hari selama 21 hari pastu stop 7 hari. Katanya masa 7 hari tu datang period tapi kina masih belum datang. Tibe rindu dgn cik kotex. Hahaha. Takpela jimat duit takyah beli pad lagi. Tak payah nak kira berapa biji dah makan, just disiplin makan tiap hari sampai habis 1 botol sebab 1 botol tu ada 21 biji. Botol pertama hari tu tak pernah miss ok, tapi botol kedua ni asyik nak terlupa je. Memang kena ada alarm.

Rasa macam mana?

MAB ni bulat-bulat, kenyal-kenyal. Kina memang suka la picit-picit dulu sebelum telan macam makan coklat cadbury. (sape yang rapat ngan aku mesti tahu tabiat makan coklat nak kena gentel2 dulu..ahhaa).. Rasa macam jamu la kot, bau herba. Kina awal-awal tak boleh gi jugak la bau die, mesti minum dengan air manis. Tapi lepas 4-5 bijik kina boleh minum dengan air kosong je. Ada rasa jugak madu sikit2. MIL kata yang kina beli ni lain dgn yang die makan dulu. Dulu-dulu gemok2 besar bulat die. Yang ni kecik sikit tapi MIL kata lebih kurang je kandungan die ok kot. Kandungan die : Manjakani, Senduduk, Kacip Fatimah, Habbatus Sauda, Rempah Ratus, Serapat, Inai & Madu. 

Effective ke? 

Kina tak boleh nak komen banyak sebab baru je lagi kan makan..Alhamdulillah, paling penting baby takde effect apa2 lepas kina try sebijik MAB. Rasa lebih bertenaga, bangun pagi pun lebih awal.Nak buat keje rumah kena bertenaga. Dah ada baby memang masa tido tu kurang la kan..Masalah sembelit pun dah takde..Selera makan dapat dikawal sikit la, kalau tak rasa nak ada makanan 24 jam dalam mulut..Ok la, itu sahaja yang dapat kina cerita, nanti la plak review pasal MAB ni ye..Mungkin lepas botol ke5 ke kan? Hihi..

Bila anak semakin besar rasa nak ada baby cepat2, tapi bila kelam kabut uruskan anak yang seorang ni rasa nak lambat plak..hihi..anak first orang kata jangan rancang kalau rancang pun jangan habaq kat orang tapi anak kedua terpulang ikut masing-masing..kalau MAB ni serasi memang akan kina amalkan sampai bila2..(tu pun kalau rajin jugak!)

Update: Boleh tengok sini selepas kina makan 5 botol. http://shakinafarhan.blogspot.com/2013/06/review-maajun-anggun-bistari.html


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork