Showing posts with label lactacyd wash. Show all posts
Showing posts with label lactacyd wash. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

New daily dosage

Salam

Bila bergelar mommy to be ni makan yang paling kena jaga..Sebab apa yang kita makan si kecik dalam perut pun akan ngap sekali..Bukan makan je, apa yang kita sapu pada badan pun boleh sampai pada baby melalui salur darah.

Sebulan yang lepas badan kina memang sensitif sangat. Kegatalan melanda diri. Seluruh badan gatal-gatal kecuali muka dan perut. Memang buruk la badan ni. Mula-mula dulu ada yang suspek kayap la, kudis buta la, alahan makan la. Mok de kina cakap kalau ibu mengandung buruk nanti anak comel. Mungkin ingin menyedapkan hati ni. kihkih. Amin. 

Doktor Suraya pun cakap alahan atau pembawakan baby kot. Dia memang tak bagi ubat tapi dia syorkan pakai sabun Lactacyd. Walaupun macam tak mandi kalau pakai tapi dia cakap bagus. Memang macam tak mandi pun, buih takde langsung tapi bau wangi macam bau baby. Boleh buat basuh muka sekali. Kalau dah ada baby pun boleh buat mandikan baby sekali. Papanya pakai la sabun dettol ye, doktor Suraya cakap sabun dettol lagi tak boleh sebab kuat sangat. Apa yang kuat pun tak pasti. 
Lactacyd wash untuk sensitive skin

Cerita pasal doktor suraya lupa nak ceritakan, doktor suraya dari KPJ Kuantan / Kuantan Specialist Hospital. Dah 2 kali check up monthly kat situ, so far memang ok. Nurse baik, Doktor suraya baik, kalau pergi amik darah tu hantar paper dekat nurse baru nak duduk nurse dah panggil untuk amik darah. (Pantas tak pantas) Tapi kalau weekend ramai sikit orang dalam setengah jam ke sejam tunggu baru dapat jumpa doktor suraya yang lemah lembut itu. Nasib baik company husband cover untuk check up kat situ. Kalau takde sila sediakan RM250-RM300 untuk sekali check up. Mahal gila. Tak mampu cheq..

Ok, cerita pasal daily dosage semula. hihi. Pagi-pagi bila mandi pakai Lactacyd. Lactacyd boleh cari kat Guardian. Kat Bintulu ni harga RM24.70. Yeke mandi pagi-pagi? bukan tengahari-tengahari? Hahaha. Pastu kina pakai bedak merah kina panggil. Bedak antiseptic agnesia ni boleh beli dekat Watson RM5.00. Semua ni untuk mengurangkan kegatalan. Alhamdulillah, berkurang la gatal-gatal merenyam tu. 
Bedak agnesia bila pakai rasa bakteria takut kat kita. hahaha.


Lepas tu masa breakfast sebelum pudin pegi keje. (Jangan bayangkan nasi goreng ke apa ke sebab malas nak masak weh, biskut je..haha) Pudin minum air nescafe atau teh, kina plak susu Enfamama. Suka susu enfamama perisa coklat ni. Senang je nak bancuh pakai air sejuk ke air panas. Kalau ikut sukatan pada tin 6 sudu per serving, tapi buat sukatan sendiri 2 sudu setengah je. Kalau tak mesti manis & rugi kot. Susu tu bukan 2 hinggit, harus la berjimat cermat! hihi.
Enfamama coklat untuk mama

Masa tengahari lunch biasanya makan nasi. Lepas tu harus la makan ubat. Kalau malas nak gi amik ubat pudin mesti pegi tolong amik sebab bagi dia memang wajib tiap hari dan tala ke muka den. Ini ubat-ubatan yang dapat dari KPJ. Iberet folic dan neurogain. Ramai mommy makan obimin masa second trimester kan? Tapi takde la kina nak tanya kat Doktor mana obimin saya? Hahaha. Pandai la doktor tu bagi ubat & vitamin kan. 
Iberet folic yang besar gabak

Doktor suraya cakap iberet folic ni paling bagus dan boleh naikkan HB. Keberkesanannya pada kina belum dapat dipastikan sebab belum pernah amik darah lepas makan Iberet. Alhamdulillah 2x check darah HB masih di atas 11, agaknya lepas makan Iberet boleh jadi 13 terus? hahaha. Neurogain plak minyak ikan yang boleh dibeli di mana-mana katanya. Since kina dok kat Bintulu, dia cakap boleh la beli neurogain kat farmasi mana-mana. Harusla kina makan ubat free dari Bintulu Medical Centre plak. hehe.
Neurogain

Walaubagaimanapun kina perasan pas makan ubat-ubatan ni nak buang 'big water' agak susah & warna jadi lebih gelap (Eiiyakk). But it is normal untuk sembelit bagi ibu mengandung. So kina makan buah prune untuk melancarkan apa yang tidak lancar. Hahaha. Tiap hari confirm membuang dengan senang. Masa petang-petang makan 2 biji buah prune dari Sunsweet. 1 bekas tu harga dalam RM8.99 kat Bintulu. Kenapa asyik nak cakap kat Bintulu? Sebab harga Bintulu special sket mahal dalam posen kot dari Semenanjung. huahua. 
Sedap!

Bila malam menjelang, kalau makan kat rumah lepas makan kina minum solivite atau vitagen. Solivite sedap & botol dia lagi seksi dari vitagen. haha. 1 pek ada 5 tu harga RM4.55.. Kalau makan kat luar plak memang confirm order Carrot Susu. Sejak pregnant memang bergelen-gelen air carrot susu minum macam mak kina gak suka minum ni. Moga-moga anak akan tajam penglihatan macam mama dia. hahaha. Pudin cakap sebulan dia duduk kat Bintulu tak pernah nampak lipas dalam rumah ni, bila kina ada nampak aje pastu mesti nak menjerit. Yela, lipas benda paling menggelikan kot. Walaupun dia menyorok ceruk mana boleh nampak bayang dia. Yang jadi takut kat lipas sebab masa kecik dulu mimpi lipas besar makan orang. Ular tak takut tapi lipas takut. Hrmm. Sabar jela.

Itu jela kot daily dosage yang dimakan & dipakai. Kurma nabi tak kesampaian nak beli minggu lepas bawak ke Bintulu. Suka kurma nabi basah-basah lembab-lembab gitu. Mesti MIL belikan bila dia pegi umrah nanti. Bersyukur dapat MIL & FIL yang baik, bila balik kampung je tanya nak makan apa. Rindu plak nak balik kampung. Ok la..sebelum melalut panjang lagi..kena buat barang-barang list untuk dikirim pada BFF di Pureen Warehouse weekend ni..fuh..pening..Bye-bye..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork