Showing posts with label ilsya hijab. Show all posts
Showing posts with label ilsya hijab. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Maternity dress cum everyday dress

Salam

Dah hampir sebulan tak menulis..huahua..padahal banyak sangat nak tulis..harapnye lepas ni akan kembali mengupdate blog dengan jaya sebab sekarang dah makin rajin buat research all about baby.

Usia kandungan sudah 4 bulan ++ atau kira week 17 minggu. Ramai kawan tanya perut macam mana? Dah ke depan? Jawapan masih sama, lepas makan baru rasa buncit yang amat. . Sedara mara yang belum tahu pregnant pun macam tak caya sebab 4 bulan still pakai baju biasa & tak macam pregnant. Kina takde pelik sangat sebab ibu kina dulu pregnant perut kecik je sedar-sedar dia dah bersalin masa adik bongsu dulu. Kina percaya 5 bulan nanti nampak la the bump. hihi.

 Sekarang masih pakai sehelai seluar jeans. Pas makan akan unbutton sebab sendat rasa. Nurse KK pun dah warning jangan pakai jeans tapi jeans yang 1 ni memang agak longgar & besar.

Suatu hari tiba-tiba rasa nak beli dress maternity. Watsapp dengan suami yang jauh di Bintulu tu.

''Abang, syg rasa nak beli dress la 1 untuk maternity sebab seluar jeans dah sendat pas makan''
''Bleh2, syg cukup duit tak? Kalau tak cukup cakap ye''

''Nak beli 1 je, cukup duit'' (itu 15 minit sebelum beli dress online)

''Abang...nak beli lagi 1..haha..''
''Bleh2, no problem..beli la bagi lengkap untuk syg ok''

Akhirnya 2 dress kina beli pada hari yang sama. Dah tahu pudin mesti tak kisah sebab kina memang jenis yang jarang amat shopping. Kalau pergi shopping mall tu dia yang sibuk-sibuk cakap ''Tak nak beli baju ke? Seluar ke?'' Mungkin dah bosan isterinya asyik pakai baju yang sama. haha.

Yeah..sekarang kumpul-kumpul dress maternity dah ada 3 helai..semuanya beli online tapi semua tempat lain-lain..semua dress sebab malas nak pakai seluar, kan senang sarung je..bukan jenis selalu keluar pun sebab tak keje. Kriteria untuk dress ni ada 2 function, masa tak pregnant bleh pakai, masa pregnant bleh pakai. Nak share beli kat mana sebab semua service bagus.

1 piece dress warna hitam & grey

Dress ni kina beli masa baru pregnant 2 bulan. Rupanya owner hijabschool ni adik kepada schoolmate kina. Dia reply pantas & bagi suggestion size. Dia cakap kina size M tapi better beli L sebab nanti perut membesar bleh pakai. Normal price dress ni RM150, dapat RM135. Kasut dengan shawl tu hiasan & suggestion semata-mata. Kain dia berat & tak nipis. Tak perlu nak iron pun sesuai untuk mama malas ini. Puas hati tapi labuh sikit, nanti la oter sebab masa pregnant tak leh pakai heel, bahaya ok.

Gambar ni yang memikat hati kina nak menunggu restock tu

full view
Dress ni la yang kina beli baru ni. Belum pakai lagi sebab pos terus ke Bintulu. Blogshop ni kita kena register & buy bila dia update dah restock ke atau new arrival. Style sama macam Thepoplook pakai shopping cart. So untuk tahu senang follow facebook fanpage. Alhamdulillah tak sia-sia menunggu & refresh time tu sebab after kina beli je terus out of stock. Punya la cepat orang membeli kan. This costs me RM168 including postage to Bintulu. 2 hari je dah sampai.

Ophelia maxi dress dark purple

Yang ni kalau pakai tanpa tali
No need introduction kot untuk the pop look ni. Ramai mom to be beli sebab sesuai untuk orang pregnant kan since kain dia stretching. Kalau perut membesar dengan jaya baju ni takkan menghampakan. Cewah. Macam ada pengalaman pakai je. Harga ophelia dress ni RM69.00 & free postage. Affordable kan. Put punya warna fuschia.

4) Zalora
Kina rasa nak tambah lagi baju yang sesuai untuk masa mengandung & hari-hari pakai dengan kaftan & jubah. Berkenan tengok dress online from Zalora. Zalora takkan tak tahu kan? Ala, yang iklan pekerja Zalora hantar delivery barang pastu semua menjerit. Hahaha. Kalau hati meronta-ronta nak baju atau dress dari designer tapi nak beli dengan harga murah memang Zalora la tempatnya. Free shipping lagi. Suka la kalau duduk Sarawak ni ha. Tengok kaftan & jubah lebih dari 200 pilihan kat sini. Dalam hati dah berkenan dengan a few design kaftan dari Zalora ni. Nanti kina dah beli kina review pulak.

OMG..kaftan dari Rizalman tu sungguh memikat kalbu.


So, where u buy your maternity dress?

Jadi mamanya dah cukup2 la shopping untuk dress maternity..this month nak buat research sahaja, jenama yang ok, affordable (confirm cari paling murah di pasaran), buat checklist, buat budget, kenali term-term..banyak rupanya barang baby ni..tq Nana sebab emailkan budget & checklist untuk baby..



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork