Showing posts with label berkesan ke MAB. Show all posts
Showing posts with label berkesan ke MAB. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Review: Maajun Anggun Bistari

Salam


Hari ni Sarawak cuti lagi. Cuti gawai. Tapi tak balik pun semenanjung sebab tiket mahal + nak save cuti pudin untuk di masa hadapan. Dah 2 bulan lebih tak balik. Sobsob. Hujung bulan 6 ni balik sebab pudin ada kursus dekat Terengganu. 

So, bagi yang pernah baca blog post kina pasal MAB utk planning sebelum ni. Kina ada janji akan review bila botol ke5 kan. Ada la jugak mengelat masa botol ke3. Botol ke 4 ada miss sebiji tapi keesokannya terus makan 2 biji utk ganti ikut ke peraturan die la. Setakat ni belum pregnant lagi. Hee. 

Setelah penggunaan 5 botol pemerhatian kina:
1) Bila makan cepat haus. Bagus la kalau banyak minum air kan. Bila banyak minum air kulit pun mulus gitu. Mukaku memang tak mulus pun. Cuma sekarang ni ok la kot sikit. (sikit je tak banyak, maybe jugak bukan dari MAB)

2) Dah datang period 3x setakat ni even fully breastfeeding. First & second period memang kacau, lari ke laut. Warna pun tak sama macam biasa. Macam color MAB. Coklat pekat. Short cycle. Mula2 period 4 hari lepas tu bersih 7 hari lepas tu datang balik sampai istihadah a few days. (make sure korang tahu kira istihadah & period macam mana nanti kang istihadah xsolat plak). I just bare with that sebab tengok testimoni org lain memang awal2 die buang darah kotor ke ape gitu.

3) Period yang ke3 datang lewat sikit (ingatkan pregnant dah tapi bukan). Period yang ke3 ni baru macam period zaman dulu2. Tempoh 7-8 hari, warna pun sama sediakala bukan warna MAB dah. So i guess MAB dah teraturkan balik kot. Sebab tu ada MAB pun digalakkan utk period yang tak teratur & untuk TTC (trying to conceive). Tengok period yang ke4 kalau datang lah. Hihi. Kununnya nak berhenti planning dah tak lama lagi sebab kalau pregnant sekarang baby 2014. hehe. Shahadah punya perkembangan kan terover cepat macam budak besar sangat, maybe dia nak cepat ada adik. Hahahaha..InsyaAllah dah ready utk 2nd baby. Utk 3rd baby nanti akan teruskan makan MAB atau tak kita tengok dulu sebab igt 3rd baby nak jauh sket jarak. Maybe opt to IUD even rasa macam seriau je..(jauh tak fikir baby ke3 dah skg ni..hehe..yela, umur bukan makin muda). Tengok jiran nun di sana macam best je anak ramai main sesama sendiri. 

4) Tak mengganggu penghasilan susu. Alhamdulillah & paling penting xbuat alergik dkt shahadah. Pada pendapat kina lah sebab banyak minum air kot. 

5) Bertenaga dari segi dalaman & luaran. Memang rasalah berbeza. Hee. Malas cerita banyak segan lah.

6) Tak bestnya kena berdisiplin betul. Tiap2 hari alarm berbunyi sebabnya waktu makan kena sama sebab MAB ni berkesan 24jam, kalau lebih dari 24jam boleh jadi menghasilkan telur ke apa ntah.(padahal aku ni budak biologi tapi still blur gak kadang2 tu pasal ovulation). Kadang-kadang masa shahadah tengah tido berbunyi alarm memang geram rasa kat alarm tu. Hahaha.

7) Suka sebab ada habbatusauda dalam kandungan MAB. Habbatusauda kan ubat segala penyakit kecuali mati. (riwayat hadis sahih).

8) Harga dia ok la, RM15 sebulan punya. Hari tu borong terus 3 botol sebab malu nak jumpa kakak tu setiap bulan. Hehehe. 

9) Hari2 lawas nak membuang. Maybe sebab byk minum air.

Ok la..itu sahaja..kita hanya merancang Allah yang tentukan..kalau kita makan apa2 pun atau planning macam mana pun kalau Allah nak bagi kita kena redha sebab tu rezeki & amanah yang tak ternilai. Begitu juga kalau Allah nak bagi lambat, tentu ada sebabnya..Selalu fikir kalau Allah lambat bagi atau lambat perkenankan doa & permintaan kita maybe sebab dosa2 terdahulu ;( & Allah nak kita dekat dengan Dia. 

Bagi yang tengah TTC, tak kisah anak pertama ke anak ke2 or so on kina doakan. Bagi yang tengah planning, planning elok2. Hihi. Jangan cakap sedih, kesian dekat anak no1..kecewa anak yang 2nd kalau die tahu. No wonder anak ke2 selalu orang cakap degil sket tapi baik hati. (aku tau ko baca blog aku adik! sila jgn ketegaq.hahaha)

Sharing is sexy..Penjual MAB kalau nak pakai testimoni ni pakai lah..Bagi yang nak makan sebab lepas baca ni sila mencuba selepas berbincang dgn suami & TRY AT YOUR OWN RISK tau..

Last but not least, suka baca perkembangan anak2 org lain..Ada banyak yang sama & ada yang unik..tapi lama dah tak cerita perkembangan shahadah chinta dekat blog..

UPDATE: After 1 year, now kina pun jadi agen dah untuk MAB ni. Tapi harga tak sama dah macam dulu sebab dah tukar bottle. Watsapp me at 0132126952 kalau nak cuba ok. Saya pengguna yang berpuas hati jadi saya pun jadi la penjual sekarang ni. 



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork