Showing posts with label beli happycall. Show all posts
Showing posts with label beli happycall. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Review : Happycall pan

Salam
Hari ni nak review happycall pan yang macam pemanggang ajaib tu..thanks dekat mak etty sebab share ade discount happycall dekat lazada tempoh hari..pernah nampak sebelum ni RM79-RM150 depends pada size..beli yang paling kecik RM69 dekat lazada..

Sampai je happycall terus test goreng fries. Totally no oil. Rasa sihat. (Tapi garam bantai letak banyak. Huahua) French fries jadi xgaring keras la, which more I like sebab jenis suka kentang goreng yang lembik2 tu. Hihi. Biasa pudin la tolong habiskan kalau ade yang kejung gitu. Masa mula2 pakai tak reti nak bajet da masak ke belum. Asyik la buka tutup, balik2. Berat jugak benda alah ni tau.
Next try goreng roti canai. Sekali lagi no oil added. Kulit die jadi garing la juga. Tak lembik. Tapi tak full coverage.  Hahaha.
Try goreng ikan pulak. Buat macam nak goreng biasa. Kina lumur dengan kunyit dan garam dulu. Tapi kali ni bubuh sket minyak dalam 1 sudu kecik bagi rata tempat ikan. Bukan ape, kalau tak bubuh langsung takut jadi ikan steam. Hihi. Not bad la. Tak de la terpercik minyak masa goreng kan.
Terbaru kina masak pancake guna happycall. Die kan ade 2 bahagian, pakai yang belah rata. Kali ni tak balik2kan. Unfortunately, yang 1st je nampak cantik sket. Yang lain menggerutu pancake tu. Tips untuk masak pancake yang cantik mesti pakai pan yang tak lekat, kena panas (kalau percikkan air bunyi2 hissshh terus tu tapi jangan la sampai berasap pan tu), xpakai minyak. Kalau pancake tak menjadi maksudnya pancake sebelum tu ade lekat sikit. Tapi ade kawan cakap die pakai happycall masak pancake letak minyak sikit ok. Maybe nanti boleh try.

Dari segi positifnya, pertama of cos rasa lebih sihat bila kurang minyak. Tapi kina nak beli sprinkler kalau masak nak sprinkkan olive oil ke. Senang sket. Kedua, nak hangatkan balik nugget ke ape-ape yang sesuai xpayah on oven da. Jimat letrik kat situ. Ketiga, senang nak cuci. Walaupun lepas goreng ikan kan ade lekat2 sikit, ingat susah nak cuci rupanya lap sekali hilang terus. Tapi tetap kena masak air bagi hilang bau ikan. Huhu. Keempat, murah dari fryer. Tunggu fryer tu harga 100 baru dapat beli kot. Hihi. Ofcos xdapat tandingi air fryer kan tapi kalau setakat nak goreng fries, ikan, ayam bakar ke ok je happycall ni.

Dari segi negatif part tentang happycall ni. Pertamanya, manual dalam korea. Dulu memang ada belajar korea sikit, kalau nak baca boleh tapi tak tahu maksud xboleh gak kan. Based on gambar pun ku blur tak paham sangat. Jadi google la orang yang pernah pakai happycall. Kedua, die takde penyangkut. Kebiasaan kat rumah ni memang sangkut kuali lepas guna, almaklum takde kabinet dapur idaman. Ade kabinet besi sangkut2 je. Hihi. Jadi duduk jela happycall atas dapur tu. =_=. Ketiga, masa awal masak macam ade bau. Maybe bau cat ke besi ke ek? Tak tahu. Tapi sekarang da xde. Keempat, bila balik-balikkan mesti terkumpul ke tepi. Jadi kena buka tengok dan bagi center balik. Hihi. Diri sendiri yang tak pandai balik-balikkan kot. Hahaha.

So far, berpuas hati la. Berbaloi dengan harga rm69. Tapi maybe ku taruh harapan terlalu tinggi. Jadi ade jugak kecewa sikit. Hihi. Periuk kesayangan still Tefal pemberian hadiah kawen dari ex bos..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork