Tuesday, September 23, 2014

Kleenex : Kempen kongsi kelembutan

Salam.. 

Kita sayang. Tapi kita jarang nak tunjuk. Nak berkata-kata depan-depan lagi la payah. Betul tak?

Bulan ini merupakan bulan cinta kami. Our 3rd anniversary is just around the corner. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar anak dah 2. Hahaha. : p. Bagi orang perempuan tarikh anniversary memang sangat penting. Itu bukan sekadar tarikh. Kalau lupa memang siap la. Ungkit sampai anak 7 kan. Hahaha. 


Ni plak baru berlaku semalam.

Pudin: Sayang, abang nak cuti lah 30-1 haribulan ni.
Kina: Kenapa pulak?Abg bukan dah takde cuti ke?
Pudin: Kan anniversary kita. Boleh check up baby sekali.
Kina: Oh..cutila..hihihihi..(sengih sampai telinga)

Such a great husband and dad. Romantik jugak laki aku ni. Hihi. Nasib baik ingat!

Jom kita ramai-ramai berkongsi kelembutan dan kasih sayang dengan orang tersayang dengan kempen dari Kleenex. Siapa tak tahu kleenex, antara jenama tisu terkemuka di Malaysia. Kleenex nak kumpul 10000 posts untuk menyemarakkan kelembutan di kalangan rakyat Malaysia. I have done my part. Siap nak tunjuk proof. Hehe.

sekali sekala touching2 sket..hahaha


Nak tahu tentang kempen ni? 

Kempen ni berlangsung dari 7 Ogos sehingga 2 Oktober 2014. Mudah sangat-sangat kalau nak join.

Cuma like Facebook page Kleenex, share ucapan untuk orang tersayang, tag orang tersayang tu dengan hashtag #kleenexsoftness kemudian sertakan gambar (berkaitan dengan post la jangan upload gambar tak berkaitan.Hihi.). Selain meluahkan apa yang terpendam di kalbu (cewah), korang juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10000. Wow! Best gila kan. Kenaalert dengan post dari Kleenex, sebab1 post ada beberapa hadiah tau. Contoh macam yang kina post atas ni utk hadiah digital photo frame. Nanti die akan announce sape yang menang. Tak pun korang save the date jadual ni. Hihi..(link)


    7 August 2014 to 16 August 2014
  1. Polaroid Camera: 7 August 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 9 August 2014.
  2. Longchamp Bag: 12 August 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 14 August 2014.
  3. Thomas Sabo Bracelet: 14 August 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 16 August 2014.

  4. 26 August 2014 to 4 September 2014
  5. Digital Photo Frame: 26 August 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 28 August 2014.
  6. GSC Movie Tickets: 28 August 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 30 August 2014.
  7. Baskin-Robbins Vouchers: 2 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 4 September 2014.

  8. 9 September 2014 to 18 September 2014
  9. Polaroid Camera: 9 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 11 September 2014.
  10. Longchamp Bag: 11 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 13 September 2014.
  11. Thomas Sabo Bracelet: 16 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 18 September 2014.

  12. 23 September 2014 to 2 October 2014
  13. Digital Photo Frame: 23 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 25 September 2014.
  14. GSC Movie Tickets: 25 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 27 September 2014.
  15. Baskin-Robbins Vouchers: 25 September 2014, 12:00pm and runs until 11:59am on 2 October 2014.

Nak polaroid camera tuu..xpun BR voucher..hehe


Menarik kan hadiah-hadiah die. Kleenex softness pack ni memang sangat comel. Its not like ordinary tissue box. Bila kita lipat-lipat boleh letak gambar tau. Kina letak dekat workstation kina. Bila taip-taip buat keje, stress, pening, tengok gambar terus hilang semua tu. *ok, tengok kejap*..hahaha..kina bubuh dua gambar sebab print haritu size mini. 
Kleenex softness pack di samping my 5-year-old mesin taip..hahaha.. Peneman di kala update blog.

Selain dari itu, 1 post = RM0.50 akan didermakan kepada OrphanCare yang merupakan a non-profit organisation yang membantu melindungi anak-anak yatim. Dah la kita menyebarkan kasih sayang, dapat pahala lagi bantu anak yatim. Kalau ada rezeki menang pulak tu. Jadi apa tunggu lagi. Like Kleenex, express your feeling and hashtag #kleenexsoftness sekarang. :)




Monday, September 15, 2014

#sayajual : Pregnancy Test & Ovulation Test Murah

Salam
Bermula dengan seorang yang suka mengetest pregnancy test (sekarang pun suka lagi tapi anak no2 baru 2 bulan apekehelnya nak test kan..hahaha), suka mengetest ovulation test (masa lepas pantang ada juga test 3x ovulation test..) sekarang #sayajual pregnancy & ovulation test murah2.

Pregnancy test ada 2 jenis :
1) Pregnancy cassette : RM3.00 sekeping (sorry dah tak available)
2) Pregnancy strips : RM0.80 sekeping

Soalan yang sering ditanya apa beza 2 jenis ni ye?
Selain dari harganya la kan. 


  • Sebenarnya dalam cassette tu ada strips jugak tau tapi lebih lebar. (Haa..sampai buka cassette tu punya semangat ingin tahu kan) Pregnancy cassette ada penitis. Jadi tak perlu nak dip lama2 ke atau takut terlebih dip sampai boleh invalid result. Just titiskan dalam 3 titis camtu. Tunggu dan tengok line T & line C. Dekat klinik-klinik banyak pakai yang jenis cassette.
  • Jenis strips pula adalah pregnancy cassette versi togel. hahaha. Cara guna kita collect urin lepas tu dipkan dalam 5-10 seconds sampai nampak strips tu menyerap (sorry). Walaupun die nipis  sket dari cassette tapi accuracy die sama je. Murah tapi reliable. Ramai customer beli yang ni.


Ini packaging terlatest yang kina jual. Tengok gambar dah boleh nampak perbezaan kan.
Kiri pregnancy cassette  kanan pregnancy strips

Ovulation test pulak kina jual jenis strips saja. 
Ovulation test (OPK) = RM0.80 sekeping

Strips ade color pink, biru & hijau. Yang penting packaging die tulis ovulation. 

Nape tak jual jenis lain? Sebabnya pendapat kina la sebagai pengguna, ovulation test kita kena test banyak strips jadi better pakai yang murah je kan. Lagipun kalau -ve rasa macam eh bazirnya lain kalau pregnant. Kalau dekat kedai ovulation test sangat mahal (tak caye gi la tengok..hihi..dulu pernah beli lepas tu salah cara plak..)

Cara penggunaan OPK ni boleh tengok dekat SINI. Tak paham boleh tanya. (Tapi tanya2 tu kalau boleh beli la ye. Hahaha.)

Khas untuk customers kina sahaja, kalau tak tau nak baca result OPK atau UPT, lagi-lagi 1st time kan boleh berwassap dgn kina gambar result. InsyaAllah kina cuba la bagi pandangan. Alhamdulillah, ada ramai yang da berjaya. Semua dari izin Allah. Testimoni terbaru last week, die menunggu 3 tahun, pakai 1 bulan je kaedah opk. Happy sangat kina dapat tau die da pregnant. 

Ada lagi testimoni utk pregnancy test&opk boleh la tengok di Facebook page TheshopAblog. 

Tak boleh campur sebab harga tak sama kan. Kalau beli 5 opk 4 upt nak bagi free yang mana kan? 
Pos laju RM7 (kalau ke kedai pun pakai duit minyak, duit parking kan? beli la banyak baru berbaloi sebab expired date pun 2017)
Nak untung dan lagi jimat kumpul order dengan kawan2. 

To order:
WA only 0132126952
Email: shakina.farhan@yahoo.com




Friday, September 12, 2014

Susunatur : Mini workstation bajet rendah

Salam..
Hari ni nak share mini workstation (bilik di rumah ibu kina) di mana tempat kina masa dlm pantang tempoh hari mengupdate blog, tulis alamat, mengecop kertas pos laju, makan & sebagainya..hihi..maybe ade yg nak ada meja kerja sendiri di rumah tp budget xmencukupi. Kina nak share berapa kos untuk mini workstation ni..sekadar yang diigt la..maybe kl ralat pn ringgit2.


Meja : RM55.90 (beli di giant, di lazada pun nampak macam ada)
Kerusi lipat : RM29.90 (saja beli lipat supaya kalau anak nak panjat just lipat selit kat tepi). Boleh tengok tutorial cane kin tukar lapik kerusi tu di sini.
Kotak CD : tak sampai RM10..utk letak & susun kertas tracking no customer. Takde kes hilang..
Bekas  rak putih : RM5 dari Daiso..utk letak cop, ink, business card & lain2.
DIY hanging pen holder : Boleh tengok tutorial di sini. Cost barang terpakai je. Less than RM5.
DIY hanging photo : Nanti buat tutorial. Since barang banyak da ade, cuma print dekat kedai 5 keping gambar dalam 1 kertas A4, kena charge RM2. Kalau ada printer sendiri lg jimat. Less than RM7.

So ditolaktambahbahagidarab..cost untuk mini workstation ni hanya RM111.. (ofcos tak termasuk laptop ye..:p)..ni pun beli sket2 bukan sekaligus..

Happy desk is a clear desk..

Kalau nak start keje memang xd mood kalau meja bersepah..habiskan masa mengemas dl..Tapi kalau da start buat keje memang bersepah kenjoh hanyar lagi2 bila semua benda nak letak atas tu. So, semoga bermanfaat & membantu bagi yang teringin nk ada mini workstation di rumah..



Boleh nampak peminat color ape..:P


Thursday, September 11, 2014

Review : Sleeping bag shafiyah


Salam
Shafiyah dah 2 bulan 1 minggu..cepatnya masa berlalu kan..Straight to the point nak review pasal sleeping bag shafiyah. Shahadah dulu takdebeli sleeping bag. Actually sleeping bag ni kina beli sebab nak memudahkan letak shafiyah dalam stroller. Sebab stroller tu macam takde penahan dekat tepi macam combi dulu. Tapi shafiyah dah outgrown sleeping bag jadi xpakai pun utk stroller. Kina listkan jela pro & cons beli sleeping bag ni.

Pros
1) Senang nak bawak shafiyah gi KK. Lagi senang dari dukung biasa sebab rasa dukung sekali je.Camne ntah nak cakap. Tak perlu kita control lengan untuk support baby.
2) Boleh jadi tilam baby & alas salin pampes (tp kena letak plastic la)
3) Kain tak panas. Kina mula2 pun tengok eh, macam panas je. Rupanya tak panas pun tau.
4) Zip plastic so rasa safe sket.
5) Tangan tak lenguh dukung. Kalau baby tido boleh letak je. (pengalaman di KK)
6) Ada plastic bag die. Senang untuk travel.
7) Murah. RM23 beli dekat Baby and Muslimah Online Store.


Cons
1) Design kurang menarik. Hahaha. Kalau die buat plain je ke mesti lagi smart kot.
2) Zip cepat rosak. Haritu pudin tercabutkan zip die sebab sentap kuat sangat kot. Maybe boleh upkan kualiti lepas ni.
3) Size kecil. Kejap jela pakai. Kalau baby bam2 pakai sebulan jela kot.

Shafiyah masa lepas cukur
Kalau da lama tak pegang baby kanr rasa kekok, ada bag ni xterasa kekok la.
Travel friendly
Kalau la pandai menjahit rasanya boleh buat ni. Cari kain sejuk sedap lawa. Lepas tu masuk kekabu. Jahit zip. Wah. Senangnya type. Hahaha..

P/S : termimpi2 mesin jahit nak jahit langsir sendiri.lol.







Monday, September 8, 2014

Susun atur : Evolusi play corner shahadah

Salam..
Dah lama sebenarnya peram entry ni.. Meh la layan aksi shahadah dengan tempat bermain die..hihi..gambar dari seblum shahadah umur 1 tahun..hihi..
Masa mula-mula dapat sorting box ni..bff hadiahkan..beli dekat IKEA..(nama ikea die tak tau..hehe)


Chaaak..yang ni pun exopismate hadiahkan..dari ikea juga..
Huruf2 ABC beli dekat cowboy. Murah tapi cepat koyak la. Nampak x barang mainan die di sudut tepi TV
Masa ni boxes tu letak bawah TV plak. Campak2 mainan masuk dalam tu. Muat2 plak tu masuk dlm kabinet TV tu.
Ok, kejap2 masuk gua dulu.
Wow..kemasnya..hahaha..storage box bus letak bawah meja sebab die selalu nak masuk bawah tu..
Ok..masa belajar..
Penat belajar masuk dalam box plak..nasib tak rabak aje.
Masa untuk menconteng..


Dan yang paling latest punya susunatur..jeng jeng jeng..macam la banyak pun berubah..hahaha..location je yang berubah..


Susun ikut jenis..buku, mainan bermuzik & mainan yang educational..teddy bear tu mama dapat freegift daftar supermarket dekat bintulu..
Ok kawan2..jom kite main.....

Thursday, August 28, 2014

Susunatur : Lipat baju anak-anak

Salam
Sorry ye ade kina janji dekat ig nak share resepi cream puff patutnya arini tapi kena modified lagi la resepi tu..so kina share next week..hahaha..ntah pape ntah..bila mak kina buat banyak macam xjadi plak..nak bagi betul2 jadilah baru share..

Hari ni nak share susunatur baju anak2 yang terbaru..anak da ade 2 ni kena asingkan lah..dekat bintulu kina hang je seme baju shahadah..da jemur terus simpan..mmg malas..hahaha..tapi dekat kuantan ni pakai wardrobe masa kawen dulu..sedih tak dapat pakai betul2 lagi..nak pindah2 nak pindah..hahaha..wardrobeni share sebelah mak bapak, sebelah lagi baju anak2..tempat hang limited..so memang nak xnak kena lipat..

Dulu lipat macam biasa la lipat traditional..bila nak amek atau cari baju yg nak pakai mula2 ok lepas tu berterabur habis..lagi2 bila dah nak cepat kan..bolayan la nak susun2 balik..menyampah tengok..

Penyelesaian yang ditemui dari group kami suka susun atur. Cara lipatan macam ni..senang nak amek..kemas sentiasa.. (takde la sentiasa pon kalau ade anak kecik..hihi)..

Baju2 untuk keluar hang je. Senang nak belek2 kan. Lagipun baju jalan2 banyak skirt2 la ade ropol2 la renyah nak lipat.

Hanger putih baju belum muat, hanger biru sebab mak die kan hantu biru..abaikan alas secoet tu..dah habis dekat cosway..tak nampak da corak yang sama..pfffft..
Kina dari zaman asrama penuh dulu suka hanger nak kena sama warna..baju pun susun ikut sama tone colour..semangat kan..lepas tu jarak antara baju ke baju pun sama..rasa tenang sket..hahaha..tapi kina kalau mengemas memang amek masa..berjam2 sebab nak sama sangat la kononnya..tapi sekelip mata je serabut balik..hahaha..

Nak kemas itu mudah..nak maintain tu payah kan..

Nanti dekat bintulu nak try lipat mcm ni jugak la..potong2 chalkboard sticker lepas tu tulis dengan liquid chalk warna biru beli dekat Daiso..
Senang sangat nak amek2 baju sebab nampak semua..oh, I love organizing!
Pesanan penaja (dirisendiri) : Chalkboard tu boleh beli dengan theshopablog..tggl 7 kotak je lagi..

Monday, August 25, 2014

Review : Yves Rocher pure system clarifying toner & mask

Salam..

Dari tahun lepas pakai baru nak review. Hihi. 2 menda ni antara barang beli pakai voucher RM150 Zalora aritu. Masa tu telek2 ape yang orang review 5 bintang dan mampu dibeli dengan voucher tersebut. Tapi la ni tengok2 dah nan ado lah dekat zalora. Tapi boleh purchase dekat website yves rocher & nampak ade sale. Kalau korang nak beli la. Daku punya banyak lagi. Maybe tahun depan baru habis. Kekeke. (Dasar ikut mood)
2 benda alah yang best

Yves Rocher Pure System Clarifying Toner

Kina bukan rajin sangat nak pakai toner. Tapi nk habiskan free voucher tu pastu tengok orang review toner tu 5 bintang. Curious la. Lepas tu toner tu untuk kecilkan pori. Haa, memang sesuai la sebab lubang pari2 poriku nampak jelas kot. Agak berani ku mencuba tapi tak sia2 gitu. (free je kot..kekeke)

Tekstur die macam gel. Biasa toner kan macam air, ni gel. Mula2 fikir mesti macam belengaih ke atau berminyak kalau gel. Rupa2nya tak! Bila sapu rasa terus meresap & sejuk je. Die suh pakai tisu tapi nan ado & malas beli ku sapu je pakai tangan. Ni dah dekat setahun masih banyak lagi, lebih dari setengah (Jenis culas pakai pun ye gak). It is paraben freeeee. Harga RM31 boleh dapat ni. 

Dulu ingat toner semua dalam bentuk cecair
Repurchase? Yes. Sebab dapat rasa perubahan lepas pakai ni. Kulit jadi tegang tapi lembut. Paling penting lubang pori makin mengecil. Instant effect gitu. Seriously. 

Yves Rocher Pore Clearing Mask

Size agak kecil tapi harga lagi mahal dari toner tu. Tekstur macam mask tanah liat. Kina akan pakai bila rasa kulit muka berminyak, ade tumbuh jerawat & rasa banyak kotoran sebab bila pakai ni memang ultra clean rasa muka. Jerawat cepat mengecut maybe sebab ada salicylic acid. Muka pudin pun kina pakaikan dan die suke katanya kurang minyak muka & rasa cekang je kulit. Ini dalam empat puloh lebihan ringgit.

Repurchase? Yes. Suka sebab terasa bersih sangat muka lepas pakai. Weekend boleh la pakai memanjakan kulit. Cewah.
Offline kina pernah nampak dekat Watson. Kedai yves rocher ade dekat times square. Kina pakai 2 ni je dari set pure system. Pencuci muka masih setia dengan safi rania gold. Nak awet muda macam che ta kan? Hahahaha.

Saye bagi 5 bintang!☆☆☆☆☆ [ala2 nora danish]..Recommended! 




 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork