Wednesday, November 27, 2013

Mommycha 1st giveaway

Salam
Hari ni nak join giveaway by mommy gojes mommycha..
Senang je giveaway ni. Moh la kita memeriahkan giveaway ni..
Deadline 1st Dec 2013 (Ahad ni)

Gambar ni diambil masa bulan puasa haritu. 
Sementara nak tunggu waktu berbuka kitorang jalan-jalan dekat situ.
Masa ni shahadah nak masuk setahun dah. Rasanya pose jalan pegang tangan ni pose wajib ibu dan anak yang baru mula berjalan. Hihihi. 
Holding her little hand melts my heart..<3

Ok, moga-moga ada rezeki..Goodluck semua!

Monday, November 25, 2013

Perkembangan anak daraku

Salam

Dah lama tak catat perkembangan shahadah. Anak dara ni membesar cepatnya. Setahun 3 bulan sudah.
Perkataan baru yang boleh difahami oleh mama dan papa setakat ni 'Nak', 'Amek','Nah.. (nah dengan amek tu macam die 1 makna bagi die, macam suruh amek ape yang die pegang tu), 'Atuh' (jatuh).

Saya dah 1 tahun 3 bulan tau!
Tak banyak lagi yang berbunyi tapi dari segi arahan dan tunjuk-tunjuk die paham. Kadang-kadang rasa cepat die tangkap, dan kadang-kadang rasa macam eh, die paham ke die hentam? Hahaha. Kalau macam suruh amek barang die ni boleh diharap jugak la. Hihi. Kalau suruh amek remote, hp, air (botol mineral besar pon die angkut), pampes, hanger, kita tak payah tunjuk die akan pegi cari sendiri dan bawak.

Tukang pass hanger merangkap tukang sepahkan hanger jugak..hihi
Pernah 1 ketika tu, rasanya masa tu die setahun sebulan. Kitorang tengah baring2 la atas katil, shahadah je duduk main menan die. Macam biasa kina tanya dekat pudin. 'Mana handphone mama ek?' Tak pandang pun dekat shahadah..tiba2 je shahadah amek handphone sebelah paha die pass dekat kina tapi mata die dok main menan lagi. Kitorang pakat gelak gila2. Tak sangka dalam dok ralit masa tu die dah tangkap instructions tu walaupun bukan utk die. Kekeke.

Sekarang kalau die nak tengok rancangan die, die amek la remote bagi dekat kite pastu mata die tengok tv. Walaupun die xcakap maksudnya kite WAJIB tukar channel x HI-5 upin ipin. No rancangan mama ye. Hahaha.

Dekat rumah wan mi pun die conquer tv ye..hihi
Kalau nak belajar die amek handphone suruh buka flash card. Hari tu beria marah2, yela. Ingatkan die nak tengok video rupanya nak belajar. Semangat belajar tu jangan awal2 je ye. Ada 1 masa tu papa die ajar flash card pastu papa die tertido, bising la die. Pastu amek handphone bagi mama suruh mama flashkan. Hihi. Kelako betul. High score jawab soalan flash card tu ada la 7/10 yang betul dengan jawapan pertama. Rasanya ikut mood die la , kalau die macam malas nak belajar tu die pakai tekan je jawapan ape. Tettt tettt tettt je jawapannya. Hihi. Kalau ada pilihan jawapan cat, jangan tanya haiwan lain la mesti die tekan dekat cat tu. Cat lover gitu!

Dah pandai tunjuk-tunjuk sikit bila orang tanya.
Mana cicak? Tunjuk kat atas walaupun takde pon cicak.
Mana lipas? Tunjuk kat bawah lantai. (Eeee..mama paling tak suka lipas!)
Mana hidung? Tunjuk dekat hidung mama. (Sebab dekat flash card nose kan ade orang tunjuk hidung kan)
Mana perut? Tepuk perut sendiri. (Ni lepas tengok video nana anak ila..haha)


Masa makan kitorang kat rumah xd meja makan tinggi tu, coffee table ada tapi kalau makan dekat situ die suka panjat atas meja. Jadi kitorang makan atas surat khabar je sama-sama dengan die. Nak ajar die makan sendiri walaupun bersepah. Kalau pegi makan dekat luar ok la behave sikit asalkan ada makanan untuk die. Biasanya kitorang akan keluarkan makanan die bila makanan kitorang sampai so makan sama-sama. Xd la nanti die habis dulu die mengacau kite. Hihi. Tapi masalahnya die makan laju. Nak makanan cepat je. Favourite makanan kat luar die roti canai & nasik. Nasi bodo2 gitu je pon die suka sangat da.

Paling suka nasi ayam..paha pun makan sekali..
Nak gendong pleaseee..
Potty training die xberjalan lancar sebab mama dah malas nak berlari naik atas. Toilet bawah mama tak suka guna sebab macam scary. Hahaha. (Alasan sangat)..Lagipun da tak boleh lari2 sangat dah. Hihi. Just continue siang bercloth diaper. Kalau naik tangga sekarang ni kina akan biar die naik dulu, kina kat belakang. Takpe la slow pon nak sampai atas tapi taknak ajar berdukung da. Kalau turun plak, bergendong. Hahaha. Yang ni kelakarnya die da pandai gendong, pantang orang duduk tak bersandar die mai la kat belakang pegang erat2 nak digendong.

Naik tangga sendiri lambat sket la sampai atas..hihi..
Kalau nak buka baju, just bukakan butang pastu die cabut sendiri, seluar tak pandai cabut sendiri lagi, kena lurutkan sampai bawah pastu die pegang kite dan angkat kaki. Nampak kita siap pakai tudung die g la amek kasut die. Kalau nampak stokin mama, die buat macam nak pakaikan dekat kaki mama. Macam boleh je. Hihihi.

Bab mandi plak, die suka main cebok. Dulu kena perhatikan die sebab die nak minum dari cebok tu ok! Bergaduh jugak la nak larang die minum. Pastu ajar die jirus sendiri. Ok la, die dapat jirus bahu dan perut sendiri. Dulu letak sabun dekat tangan die macam nak makan, sekarang da gosok2 dekat perut buncit die. Hahaha.

Kina rasa masa setahun ke atas ni la perkembangan anak-anak paling berkembang dan kita kena alert dan stimulatekan. Banyakkan bertanya dan bermain dengan die. Bukan bagi je die main. Tapi kadang-kadang datang malas+penat tu memang main la nak sorang-sorang ye mama nak rest. Tu yang nak adakan geng die tu. Haha. Sekarang banyak ajar die untuk berdikari as preparation untuk jadi kak long yang pandai bawa diri. Cewah. Senang sket mama nanti ada PA. Hihihi.

Sunday, November 17, 2013

Resepi : Kek ketam dengan sos yogurt lada hitam

Salam

Hari ni teringin nak makan ketam. Terbeli la 2 ekor ketam dekat Farley. Ok la kot kan harga RM6.80. Yogurt Asli Nestle pun banyak lagi. Kentang pun ada seketul. Jadi....ting! Terfikir nak rekacipta crab cake dengan sos lada hitam menggunakan Yogurt Asli Nestle ni. Tak pernah lagi buat crab cake tapi ku bayangkan macam nak buat begedil. Hihi.

2 ekor ketam yang menanti untuk di'kek'kan..hahaha..
Bahan-bahan untuk kek ketam
( untuk 2 orang makan )
2 ekor ketam direbus dan diambil isinya 
1 biji kentang direbus
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
1 sudu makan tomato dicincang/ tomato puree
1 sudu makan Yogurt Asli Nestle
1 sudu makan serbuk roti
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit mentega
*nak lagi sedap tambah daun sup ke cendawan ke lobak merah ke..



Cara penyediaan
1. Panaskan oven 250 darjah Celsius.
2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Griskan bekas dengan mentega.
4. Masukkan ke dalam bekas dan bakar sehingga keemasan.
5. Hidangkan bersama sos dan perahkan lemon atau limau kasturi.



Bahan-bahan untuk sos yogurt lada hitam
5g mentega 
1 ulas bawang merah dicincang
1 ulas bawng putih dicincang
2 sudu makan susu segar
2 sudu makan Yogurt Asli Nestle 
1 sudu makan serbuk lada hitam


1 sudu teh sos tiram
Sedikit rosemary
1 biji limau kasturi / lemon

Cara penyediaan
1. Panaskan mentega.
2. Tumis bawang merah & bawang putih yang telah dicincang. 
3. Perlahankan api.
4. Masukkan susu segar & Yogurt Asli Nestle.
5. Masukkan serbuk lada hitam , rosemary & sos tiram.


Walaupun rupa tak seberapa tapi rasa boleh tahan..hahaha..
Macam mana kina boleh terpikirkan gabungan resepi ni? Satu, kalau makan seafood biasanya kita akan makan dengan sos yang masam contohnya macam yogurt, mayonis dan lemon/limau kasturi, tapi sebab dalam kek ketam ni kina masukkan kentang yang sesuai dimakan dengan sos lada hitam jadi tu yang gabungkan terus. Hasilnya, sedap & serasi gituuu.. hehe.. 
Ok la. 


Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi menggunakan Yogurt Asli Nestle dan info tentang produk Nestle boleh la ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset

Wednesday, November 13, 2013

Giveaway by Ekin Jamal

Salam
Hari ni nak join giveaway mudah dari ekin..

Dah lama follow sejak jadi blogger bride to be..hadiahnya menarik ok!

Cuma follow, tepek banner & letak 1 gambar bertemakan deepavali atau awal muharam..

Jadi ni gambar pilihan..hehe..
Bersempena dengan awal muharam..;)..shahadah da baca doa awal tahun..: P

"Semoga tahun baru ni kita lebih baik dari tahun sebelumnya..aaamiiin."

Ok, cukup 10 patah perkataan dari shahadah..hehe..tq ekin sebab menganjurkan giveaway ni..semoga dimurahkan rezeki..:)


Wednesday, November 6, 2013

9 Rancangan susun atur & dekorasi yang best

Salam

Sejak dulu suka sangat tengok cerita make over macam eric leong buat tu..sekarang ni makin suka sebab berangan nak duduk rumah sendiri yang tak pasti lagi bila..hihi..channel LI (728) dah jadi faveret, dulu asyik tengok AXN, Starworld & Animax je..Nak cerita sikit overview rancangan yang kina sedang tengok & suka..

1) The Nate Berkus Show
Kalau tengok cerita ni jangan heran kalau penontonnye ramai perempuan. Tak kira muda atau makcik2. Sebabnya nate ni handsome la jugak. Hahaha. Tapi yang paling best die cerita pasal susun atur, renovation, ID yang realistic untuk kita2 yang budget..Kebanyakkan untuk cut cost tapi menarik. Sebab dok tengok cerita ni la kina tiba-tiba nak mengecat meja kerja kina. Nanti kina cerita pasal meja tu di lain entry ye. Tapi kan cerita ni sampai season 2 je, lepas tu katanya dah tak buat dah..dan yang baru kina tau Nate ni gay..hahaha..kenapa lelaki handsome selalunya gay! peh..


2) The Apartment 
Sekarang tengah follow the apartment ni dekat channel 722. Ku hanya mampu menangis tengok rumah The Glades tu. hahaha. Brian yang masuk masterchef malaysia dulu tu pun ada & dah terkeluar pun.. (sorry tapi design die memang xberapa lawa la..pandai aku kritik,,,hahaha..dah nama pun amatur kan biasa la).. Faveret team ku Sonya (lawa la die) & Yvette dan rasanya yang akan masuk final juga team tiara & deankie..Huhu..Kalau antara iklan & cerita ni pun ada si Lawrence tu bagi tips untuk deco rumah..Syoknya kalau orang bagi $10000 untuk deco living room sahaja. Fuhh..Kalau menang dapat rumah sebijik! Bessssstnye..Bestnya kalau dapat masuk..

3) HGTV Design Star
Rancangan ni pun lebih kurang macam the apartment tapi versi designer bukan amatur..setiap episod akan ada 2 challenge, 1 design 1 lagi camera challenge..Sape yang menang nanti akan ada show die sendiri..Yang tak bestnya masa kina tengah google2 ternampak plak sape juaranya..Tak feel la tengok dah tau sape menang..hahaha..tapi tengok jugak la sebab nak tengok deco dorang..Nangis tengok kitchen cabinet..-_-..cantiknyaaa...suke kitchen cabinet warna putih..



4) Design war
Rancangan ni pulak setiap episod lain contestant. Akan ada 3 designer yang akan berlawan dalam 2 challenge untuk dipilih oleh keluarga yang nak renovate/deco rumah dorang. Syok gak jadi family tu, boleh pilih designer yang mana dorang berkenan lepas tengok 2 hasil kerja..Setiap episod lain designer..Designer yang menang akan jadikan portfolio dalam website HGTV. HGTV memang channel heaven la untuk deco-deco ni. Tapi kat astro xd channel ni, cuma ade la sebahagian rancangan dalam LI.

5) Before and After
Rancangan ni pulak dari Jepun. Kebanyakkan rumah yang bermasalah, dorang akan panggil pakar renovation untuk renovate kan..rumah kecik jadi nampak besar..dari tak cukup space storage jadi penuh tempat letak storage. Bawah lantai pun jadi ada built in storage. Tapi kosnya agak tak relevan la kot kalau nak buat kat Malaysia ni. Yela, built-in ni kan agak mahal lain la kalau pandai DIY..Makeover rumah memang suka tengok. 100% jadi lain rumah dorang.

6) Clean House
Clean house ni dekat channel DIVA 702 kadang-kadang nampak macam pen-tipu- pun ade..hahaha..macam serabut gila la rumah-rumah dalam tu..macam saje-saje buat pun ado..dorang akan buat garage sale jual barang-barang yang tak perlu untuk tampung kos deco & organize..lepas tu team clean house akan bersihkan & deco2..best je kalau buat garage sale kan..at least takde la tak pakai atau terbuang..

7) Marriage under construction
Mula-mula ingat reality show ni tak best tau. Bila da tengok best dan kenalah dengan kite yang baru kawen ni..hahaha..[2 tahun tu kira baru la kan pastu belum ada rumah sendiri lagi]..kisah die pasal pasangan yang baru kawen ni, dapat $30000 untuk renovation rumah baru dorang yang bukanlah baru, banyak yang nak kena renovate..1 episod 1-2 tempat direnovate..banyak yang lisa si designer tu buat DIY..dari segi deco2nya ada yang kina berkenan ada yang rasa biasa-biasa je..tapi boleh buka minda pasal deco & kos..renovation ni banyak kos dekat upah orang, kalau buat sendiri banyak boleh jimat..

8) Candice tells all
Candice ni designer yang akan renovate rumah client2..pernah tengok yang die renovate kitchen mak die..woweeee..cun..tapi kite tengok pun dah tau, semua yang die pakai mahal..jadi inspirasi & angan-angan jela..suke tengok makeover yang die buat..nampak mahal & memang mahal pon..hahaha.

9) Summer Home
Samantha pynn pun designer buat makeover dekat rumah musim panas..Orang putih kan biasanya ada rumah lain untuk cuti musim panas..Size tak berapa besar dan selalunya tepi tasik..Siap ada bot sendiri..Selalunya samantha ni die akan pakai balik perabot-perabot yang sedia ada, cuma bagi 'new look' dengan cat semula atau tukar fabrik..Suka design-design die, color pallete semua cantik & sesuai untuk musim panas..Kalau Malaysia tak pasti relevan atau tak..kena ada rumah dulu..hehehe..Tapi season yang baru ni dah habis dah rasanya dekat LI.

All photo credit to the link (by clicking the photo)

Harap-harap lepas ni LI akan siarkan kitchen cousin plak..makeover kitchen je..banyak lagi rancangan pasal rumah dekat LI macam home remodelling, sandcastle & mcm2 lagi tapi tak tengok sebab tu semua rumah yang memang super kaya..hahaha..bila masa layan semua cerita ni? bila free..sebab rakam pakai PVR..hihi..kalau nak layan ikut masa die memang susah la..si kecik tu dengan HI-5 & upin ipin die je..ok la..bye2..

Wednesday, October 23, 2013

Prosedur buat passport anak

Salam


Minggu lepas kitorang pegi renew passport dan buat passport untuk shahadah chinta..tajuk macam style skema2 sket tapi post santai jela..just nak kongsi pengalaman buat passport untuk baby je..[baby la sangat shahadah tu..hihi]

Pukul 8 pagi kitorang dah pegi dekat imigresen dekat Taman Bandar, Kuantan without breakfast dulu, kunun2 nak siap cepat takut ramai orang..memang takde orang sangat lagi pun orang tengah cuti raye haji lagi kot..Ingatkan nak amek gambar dekat situ je..memang boleh..tapi disebabkan amek gambar pakai kiosk layan diri tu jadi orang tu cakap untuk baby atau budak kecik pegi buat dekat kedai je sebab deme ni mesti tak boleh duduk diam..dah tu kiosk tu RM12 lagi mahal dari dekat kedai gambar, siap ada statement kalau tak jadi gambar tak boleh nak ubah dah..jadi kitorang pun tukar plan, nak pegi kedai gambar semua tak buka lagi..pegi la buat urusan lain dulu..

Lepas tu jumpa 1 kedai Funica sebelah kedai kodak dekat dengan Maybank Kuantan depan Masjid tu, sebab lepas tu nak pegi maybank tu, senang cerita..amek la gambar shahadah..pudin letak shahadah atas kerusi, pegang pinggang die supaya die tak terjun dari kerusi tu, lepas tu kina berdiri belakang uncle photographer tu..mula2 senget2 jugak die duduk, tapi Alhamdulillah lepas capture 3 keping ada la 1 tu ok..uncle tu pun pandai bagi instruction..friendly & cepat siap plak tu..suke2..

Ade stylist sendiri tuuu..hahaha
Macam ni la pudin pegang dekat pinggang..mama diri belakang tokey..
Dah xnak ke amek gambar saye? hihi
Setel gambar passport..tu blazer edit2 je..hihi..
Gambar untuk passport kena nampak dahi, jadi kena la alihkan fringe die ke tepi..tunjuk dekat wan mi tergelak2 die tengok lawaknye die cakap..hahaha..mula bimbang jugak sebab kena pakai baju gelap untuk gambar passport..tapi kedai ni memang power, siap edit buat macam shahadah pakai blazer..comel je..hahaha..lepas dah setel bab gambar terus pegi imigresen dekat UTC Kuantan.

Isi borang kecik sebelum orang tu bagi no giliran..setiap sorang isi borang tu..dekat borang tu kena isi
alamat, ketinggian & dah kahwin ke belum..ketinggian kena check dekat dinding situ memang da ade tempat ukur..tinggi shahadah sekarang 71cm..agak rendang la kot sebab mama papa die pun rendang..hihi..lepas tu bagi 2 keping gambar passport & sijil surat beranak bagi anak2, IC utk makpak ye..die tolong kepilkan & kemudian tunggu la giliran..

Dah panggil dekat kaunter, die akan mintak kepilan tadi dan check ibu jari tangan kanan & kiri..kemudian sign..untuk anak boleh pilih samada maknye atau paknye yang signkan..kemudian dah setel dekat kaunter khas, dalam 5 min kemudian panggilan untuk buat bayaran..untuk anak RM80 untuk 2 tahun, untuk dewasa RM100 untuk 2 tahun..lepas dah bayar die cakap boleh datang amek dekat kaunter penyerahan selepas 1 jam..Jadinya kitorang pun pegi la keluar makan dulu setelkan hal lain dulu..Bila lepas sejam lebih kitorang datang balik, pegi dekat kaunter penyerahan bagi resit, dah dapat..tak perlu nak tunggu no giliran dah..

Alhamdulillah, sekejap & teratur je prosedur buat passport sekarang ni..dulu2 rasa berjanggut jugak tunggu even dah keluar masuk pegi kedai makan pun tak siap2 lagi..yang penting nak buat passport untuk anak ni, amek gambar dekat kedai siap2..gambar background macam mana boleh tanya dekat kedai gambar sebab dorang ada list warna biru ke putih ke size besar ke kecik..kemudian bawak sijil surat beranak yang original..[tak pakai mykid pun]..last but not least, bawak duit ikut bilangan yang nak direnew..ok, itu saje..bye2..

Monday, October 7, 2013

Review : 5 in 1 H2O steam cleaner X5

Salam
Entry khas utk yang follow segram kina & tgh tggu review mende alah ni..sejak da ada anak ni mengemas memang ulang kali..2 hari sekali mengemop pun masih rasa xdapat sediakan persekitaran yang betul2 bersih utk shahadah. .1 hari ada sampai 3 kali sapu sampah..sekarang shahadah da besar da boleh berjalan kina letak karpet biasa..dulu pki tikar huruf2 tu je..senang nak bersih lap pakai dettol je..nak cari vacuum sebenarnya sebab xd vacuum lagi..tapi kalau ada yang duo function lagi bagus kan.[TAPI benda ni bukan vacuum..huahua]

Kina tanya intan sebab die ada beli steam cleaner dulu tapi brand lain, bila intan cakap ok pakai seme, bersih..terus la google nak beli..

Terjumpa la dekat lazada 5 in 1 h2o steam cleaner ni..siap ada 5 functions tu!! rm188 selepas discount..harga asal RM549..siap free delivery lagi ke Sarawak ni memang suka la..pastu macam biasa google review, dekat lazada tu pun ada orang review..
Service lazada bagus..cepat je sampai..beli semalam dapat arini..


Apa 5 function benda ni?
1) mop
2) carpet cleaner 
3) garment steamer (iron baju)
4) window cleaner + duster (kl ade sliding door nj senang nak bersih)
5) hand held steamer (boleh bersihkan sinki, bilik air, tiles, belum try jadi tak pasti guane)


Ingatkan vacuum adalah salah 1 function cleaner ni..rupanya SILAP da..die just carpet cleaner..macam basuh carpet tu..xsedut habuk2..rasa frust la sket dekat situ sebab pudin suruh cari vacuum sebenarnya..hahaha..ade tengok brand lain mop n vacuum tp mahal bebenor..baik beli yang ni dgn vacuum rm100++..tapi still berbaloi beli dgn harga rm188..(sedapkan hati kununnye)

Beraksi untuk pertama kali , cuak pun ade mula2 takut panas..hihi
Buka2 kotak pening sebab banyak parts..kena ikut manual baru ok..try la cleankan carpet..rasa fresh je carpet tu..masa ni shahadah tido tau atas sofa, pudin & kina dok try2..pastu ada gak kotoran2 melekat dekat situ..next mop lantai tapi kena sapu dulu baru bersih..tak perlu lagi nak angkat2 baldi dengan mop..bubuh 400ml air dalam tu kedian mop la..memang rasa lagi bersih..tak perlu gunakan sabun sebab nanti boleh merosakkan benda tu..jimat beli sabun.. (tapi ku tetap akan pakai dettol manually sekali sekala sebab suka bau dettol & rasa yakin bersih..hihi).

Jangan lebih dari 45 darjah bukaan mop..ni tengah mop parquet..
Kina dah try mop parquet (lantai kayu) dekat dalam bilik..yup, kalau lantai parquet janganlah mop basah2 nanti rosak..tapi pakai benda ni boleh..pastu xd la lembab2 air..kejap je kering..masa ni shahadah dah tak tido, kina jaga die dari turun, pudin dok mop..dah siap mop lepas je shahadah yang tak sabar2 nak turun..sebab dah kering jadi ok la die berjalan..laju gak mengering..xd leaking air..xtau la minggu depan camne dah..(hati2 no kalau pakai masa anak berjaga dan sorang2 mengemop, kang die pegi pegang mop head tu naye je melecur..)....oh, tilam pun ku dah steam cleankan..hihi..

Belum try lagi 3 functions lain..tapi boleh kina rangkumkan kelebihan dan kekurangan sedikit sebanyak..
Kelebihan
- rumah lebih bersih sebab suhu panas tu matikan bakteria (ofcos dgn penggunaan regularly)
- tak perlu angkut baldi dgn air 
- tak perlu nak pulas2 kepala mop, just basuh kain mop je (mcm gambar bawah)
- ringan
- banyak functions (worth it dgn harga murah)
- tak perlu sabun
- bunyi tak sekuat macam vacuum (shahadah boleh tido je)


Kekurangan
- wayar tak cukup panjang (kena pakai extension)
- masa mop xboleh pegang lebih dari 45 darjah..tangan tu takleh buat macam pegang penyapu.kl lebih nanti air boleh masuk mesin jadi rosak..kalau org tggi letih gak tgn kot.
- banyak parts (bila banyak functions banyak partsnya..bukan 1 ketul tu utk 5 functions..mula tu confuse gak cara nak pakai)
- plug jenis oversea (kalau yang ade warmer autumnz mesti da ade adaptor..hihi)


Gambar last untuk review kali ini..
Hasilnyaaaa..kotor gile..(jgn muntah)..padahal selalu jugak mop..hihi..
Kesimpulannya: kina berpuas hati..bila pagi esoknya bangun tengok living room kurang berhabuk dari hari biasa..pudin pun siap puji2 bersih gila lantai tak sia2 beli walaupin xd function vacuum..hihi..die xle cakap ape la sebab separuh duit bini die..hee..ingat nak beli vacuum brand butterfly je dekat lazada tu RM100 je lagi murah jauh dari bintulu..(takut gak murah sangat k.o cepat tapi banyak review bagus gak butterfly tu..huhu)..tapi kan kan kan, kina akan recommendkan la korang beli ni..senang keje dan bersih (bagus utk budak2)..banyak boleh bersih..lagi2 kalau nak masuk rumah baru sebab ramai kan yang tengah nak masuk rumah baru..harap2 lepas ni giliran ktorang plak..hehe..
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork