Showing posts with label contest blogger Huggies. Show all posts
Showing posts with label contest blogger Huggies. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Shahadah beraksi dengan huggies dry pants di Paka

Salam..
*Entry ni banyaaaaaaak gambar..
Pertama sekali tengok gambar ni..
Feeling-feeling princess..:P

Oh..behavenya budak ni..sopan santun je..lemah lembut je memperagakan flower crown headband..

Yang ni pulak..

hiiiii..saya nor shahadah chinta..mmuah
Ololoh..sweet je buat flying kiss..geram je rasa kaaaaan..

Yeee..shahadah memang sweet2 mashmellow lembut2 tu tapi apa yang orang tak tahu di balik tabir nak pakaikan diaper, dress segala..lap peluh mama dan papanya..hihi..tapi budak kan, biasa la. Aktif la bagus kan.! Kalau orang tengok gambar di atas ni memang tak tahu the true color or her. Hehehe.

Shahadah kalau orang dah kenal memang jenis tak nak duduk diam kecuali time tido. Hahaha. Aksi-aksi die memang buat orang tak kering gusi dan pening kepala.  
---------------------------------------------------------------------

Jom layan gambar shahadah beraksi dengan huggies dry pants semasa ke the qamar, paka baru-baru ni. Tujuan utama bukan bercuti tapi ikut papa outstation. Jadi alang-alang bercuti la kan. Sampai je dekat resort ni terus kina bawak pegi kolam dan rekreasi. Mama hanya bawa towel & huggies dry pants sahaja untuk salin after mandi kolam. Biar die rasa airy & bebas. Senang dengan huggies dry pants ni sebab shahadah tak boleh nak cabut sendiri. Sejak dari setahun lebih dia dah suka cabut2 sedar2 dah togel. Nak pakai pun senang sebab lepas mandi kolam & shower lap2 dengan towel dan pakaikan sambil berdiri tak perlu tempat baring-baring nak pakaikan diaper. 

Penyerapan Huggies Dry Pants power, nak koyakkan pun super senang just koyakkan tepi. Paha anak tak sakit, tangan kita pun tak sakit sebab tak kena getah yang berjentat. Hahaha. So sangat tepat dengan kempen Huggies Maximum Movement, Maximum Comfort dengan Huggies Dry Pants.

Dah siap mandi kolam. Just after papa die pakaikan huggies dry pants & sandal terus jadi adegan kejar mengejar macam ni. Hihi.

Run baby run! 
First time main buai ni. Suka sangat dia. Rambut pun tak sempat sikat.

Feeling-feeling babymoon
Lepas tu kena paksa menjalani latihan ketenteraan papa cakap. Hahaha.

Kenapa tak boleh bergerak-gerak ni? Hahaha.

Jalan ikut tengah lah cepat sket. Kite ngelat sket..hahaha
Ok. Dah habis latihan, naik bilik kena basuh kaki dulu ye kawan-kawan.

Basuh kaki duluuuu
Belum habis lagi! Nikmati pemandangan pantai dari depan chalet pulak. 

Emm..Kan best kalau rumah depan pantai macam ni.....
Eh..ada something yang nak dibuat lah..

Cepat-cepat...
Nak call room service, dah kelaparan ni.

Hello room service..saya nak order burger 1!
Macam tu lah kisah shahadah dan huggies dry pants dekat the qamar tempoh hari. Tak lama lepas tu. Zzzzzzzz dengan selesanya. Mama lupa nak ambil gambar. =_=

Papa suka pakaikan shahadah huggies dry pants ni sebab kalau pakaikan mesti shahadah lentok2 peluk papa die. Nama pun HUGgies kan mesti la kena hug2. Daddy & daughter quality bonding time! So mama out there, buy huggies dry pants for your lovely gentleman hubby. Hihi.

Panjat & peluk papa masa pakai Huggies Dry Pants

Papa & shahadah bonding time..:)


Last word dari shahadah:

Utk frequent traveler, aktif, cergas dan bijak macam saya harus dapatkan huggies dry pants. Hihi.



Bagi yang belum tahu tentang pencarian baby Huggies boleh baca di previous post ye. :) 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai :

Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawatiwww.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.


Tuesday, June 17, 2014

“Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search”

Salam.. 

Masa shahadah newborn nak pakaikan diaper kacang aje . Tutup mata pun boleh. =_= . Cewah! Walaupun berpuluh-puluh sehari tukar pun takpe kan. Bila dah start dapat kaki mula lah bersilat kita nak pakaikan diaper kan. Mula lah episod dialog klise...

"Papa lah tukar"
"Mama lah tukar" 
(Selalunya kalau papa ada, papa yang tukar..hihi..you are the greatest dad dear!)

Hahaha..

Huggies Dry Pant menjadi pilihan untuk mama dan papa yang ada anak yang aktif, cergas dan bijak macam shahadah ni. Hihi. Siapa yang tak tahu Huggies? Huggies dah mula testing market pada 1968 lagi dan mula diperkenalkan pada semua pada 1978. Huggies ni kalau korang tak tahu adalah di bawah naungan Kimberly Clark yang memang dah menjadi 1.3 billion orang ramai setiap hari! Jenama yang tak boleh dipertikaikan lagi kan.

Huggies Dry Pant direka untuk memberikan keselesaan maksimum & kebebasan maksimum dengan penyerapan yang cepat serta aliran udara yang buatkan kulit si manja kering. Bila anak selesa dan bebas meng'explore' dorang akan jadi lebih bijak. Bukan anak sahaja yang selesa, mama dan papa pun selesa. Tak pening-pening nak salin walau di mana sahaja berada. Bersesuaian dengan kempen Huggies Maximum Comfort, Maximum Movement.

Berita gembira lagi. Mulai 1 Jun 2014 - Ogos 2014 Huggies mencari si manja yang berusia 6 bulan sehingga 3 tahun dalam kempen Huggies Dry Pants : Most Comfortable Baby Search.

Cara penyertaannya mudah sahaja:

  • Si manja berusia 6 bulan sehingga 3 tahun.
  • Beli mana-mana produk Huggies Dry Pants dan attachkan resit tersebut bersama gambar dan borang pendaftaran. Gambar apa pulak ni kina?
  • Gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’  (Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian dan dekat kedai tu akan ada booth untuk ambil gambar si manja anda beraksi.)


Korang juga boleh join contest ni dalam jelajah Huggies di pasar raya-pasar raya sehingga akhir Julai ini. Nampak ada team Huggies je terus pegi usha ye! Pastikan si manja korang beraksi sebebas dan seunik yang mungkin. 

Kenapa korang wajib sertai pertandingan ni? Sebab hadiah dia superb ok! Meh sini kina bagitau.

Hadiah Utama : RM10,000 

Hadiah Kedua : RM7000

Hadiah Ketiga : RM4000

7 x hadiah saguhati : Bekalan Huggies Dry pants selama 6 bulan!

Wow wow wow! 

Bukan itu saja tau. Ni ada berita yang lagi menggemparkan. Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®. Glamour weh! Bukan senang kan nak masuk TV, jadi bintang Huggies plak tu. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai :

Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.

P/S: Shahadah masuk bunting natasha hudson promote dekat instagram pun ku dah suka sangat dah. Kalau masuk tv mau berdarah hidung mamanya. Hahaha.


Saturday, March 16, 2013

Huggies Dry Pants : Tukar untuk lebih senang pakai

DIARI MAMA SHAHADAH CHINTA


  




Dah baca diari kina?Hahaha. Haa. Begitulah al-kisahnya macam mana kina berkenalan dengan Huggies Dry Pants.

Terbukti berkesan secara klinikal menghalang ruam lampin
Huggies merupakan jenama lampin pakai buang yang PERTAMA di Malaysia yang terbukti berkesan secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Sebagai mantan/bekas pekerja di sebuah institut yang mengendalikan ujian klinikal, sangat la susah & lama okay nak dapat buktikan sesuatu produk atau bahan. Makan bertahun tu. Alhamdulillah, terbukti tiada ruam pada bum2 Shahadah selepas memakai Huggies Dry Pant ni. Kina rasa ini merupakan kriteria paling penting bagi ibu-ibu dalam memilih lampin pakai buang. Betul kan? Huggies Dry Pants memberikan kekeringan yang lebih lama & 100% breathable cover sebab itulah kejadian ruam lampin dapat dihalang. 

Sesuai untuk baby & kanak-kanak yang aktif
Kina pernah cerita macam mana aktifnya Shahadah sebab tu la kot berat badan dia hanya naik 200gram sebulan. Yup. Berat Shahadah masa 6 bulan 6.6kg, 7 bulan 6.8kg. Tapi kina takde la risau sangat asalkan doktor cakap sihat. Sangat la susah bila nak pakaikan diaper dekat dia. Bersilat, berkung fu, bertaekwondo mama dengan dia tapi dia buat dek je. Hahaha. Nak mintak dia baring memang tak dapat la. Dulu boleh la juga kina nyanyi ABC, 123, twinkle-twinkle little star untuk tarik perhatian, sekarang tidak lagi. Hehe. Jenis seluar macam Huggies Dry Pants ni sangat sesuailah dengan usia & keaktifan Shahadah. Hanya koyak, salin & lepas! Koyakkan dekat side tepi lampin tu. Salinkan dengan lampin baru. Lepaskan baby anda berseronokkan crawling ke berjalan ke berlari ke. Jimat masa, mama boleh buat kerja lain pulak lepas tu kan.
Formula mudah: Koyak, Salin & Lepas

Selesa & tak bocor
Di bahagian tepi Huggies Dry Pant ada peregang lembut yang menahan dari kebocoran walaupun baby aktif. Amazing! Paha Shahadah tak merah-merah pun lepas pakai Huggies Dry Pant sebab tak ketat dekat paha. Shahadah memanjat, mengesot, melompat-lompat dengan girangnya untuk berjam-jam lamanya tapi tak bocor. Huggies Dry Pants mempunyai double leak barriers yang menghalang dari bocor. Shahadah poo-poo pun tak bocor tau. Cuma bau je sebagai alert dia dah poo-poo. Hahaha.

Praktikal untuk dibawa ke mana-mana
Kina nak beri satu contoh kenapa Huggies Dry Pants ni praktikal untuk dibawa ke mana-mana.
  • Bila bawa baby naik kapal terbang. Kina pernah tukar lampin dalam kapal terbang. Tandas kapal terbang memang ada kemudahan untuk salin lampin tapi sangat kecil. Kalau newborn-4 bulan memang tiada masalah untuk baringkan baby kemudian salin, tapi kalau dah aktif berdiri sangat tak praktikal. Nanti kecoh la dalam kapal terbang tu pula kan? Hihi. Kina rasa sesuai sangat pakai jenis seluar macam Huggies Dry Pants. Kita cuma dirikan baby atas toilet bowl yang dah bertutup kemudian teruskan dengan formula Koyak, Salin, Lepas! Hahaha. Can you imagine that? Jadi, jangan lupa standby at least 1 keping Huggies Dry Pants dalam handbag mommy ya. Hee.

Lampin pakai buang yang fleksibel
Pernah tak ibu-ibu tersalah atau terbalik nak pakaikan lampin pakai buang? Hahaha. Kina selalu je. Alih-alih kena angkat balik baby tukar kedudukan lampin lepas tu pakaikan. Kadang-kadang itu yang membuatkan baby nak lari je. Hihi. Dengan Huggies Dry Pants ni, tak perlu nak fikir panjang nak tahu mana depan mana belakang sebab ia fleksibel dari mana-mana arah pun!

Harga yang berpatutan
Huggies Dry Pants boleh didapati di mana-mana kedai dengan harga berpatutan. Malahan online pun ada dijual. Contohnya Lazada. Siap ada sale lagi tu. Penjimatan berganda-ganda. Harga adalah bergantung kepada saiz & bilangan.
Lebih jimat!
Pelbagai saiz 
Kalau masa newborn tak sesuai la kot pakai jenis pants macam ni. Sebab tu Huggies Dry Pants terdiri dari saiz M (5-10kg) ,L (8-13kg), XL(11-16kg) & XXL (14kg ke atas), Shahadah sesuai pakai saiz M sekarang ni. Tapi tak lama dah boleh pakai saiz L pula. 

Perbezaan dengan lampin pakai buang jenama lain
Kina pernah pakai 2 jenama lampin pakai buang untuk jenis seluar ni. Satu Huggies Dry Pants & satu lagi jenama Y (tidak perlu disebutkan). Di sini kina boleh buat perbezaan antara 2 jenama ini. Ini adalah hasil dari pengalaman & penilaian kina sendiri. 

Sampel percuma
Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan sampel percuma. Jangan malu jangan segan. Tak kenal maka tak cinta kan? Boleh la klik ke link INI. Atau kalau link broken taip ini ye di ruangan URL : http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx Sampel akan dihantar dalam masa 21 hari. 

Sebelum kina akhiri, kina sempat merakam moment ini selepas sahaja kina pakaikan Shahadah Huggies Dry Pants. Sama tak macam model iklan Huggies Dry Pants? Hahaha. First time tau die buat aksi macam ni. Nak mintak huggies panggil jadi model kot? Hahaha. **Just kidding. 



Untuk maklumat lanjut & updates dari Huggies bolehlah like Facebook Page Huggies.
Banyak info & contest yang ibu-ibu boleh join tau.
Jadi? Jom lah bertukar untuk lebih senang pakai! Hanya Koyak, Salin & Lepas! 

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork