Friday, July 3, 2015

Review: Nak tampil flawless di hari raya dengan Ephyra Skin Bar

Salam 

Hari ni nak cerita pengalaman pakai Ephyra Skin Bar selama 2 minggu. Tak pernah dengar pasal Ephyra? Biar betul-betul. Ramai gila blogger yang pakai. Paling kina perasan blogger aty fared sebab dulu pernah jumpa die masa time belum kawen dekat wedding blogger. Memang berbeza lah kalau tengok gambar kulit die sekarang ni. Tapi still masih belum juga terpengaruh lagi, tak rasa nak cuba. Kina selalu nampak iklan testimoni ephyra yang berlambakkan di instagram dan di blog. 
Lambakan testimoni tentang Ephyra Skin Bar. Retis pon banyak ha.
Macam Ehhhh, boleh caye ke ni? 

Jual mahal ko masa tu tak nak cuba lagi. Hahaha. Ditakdirkan kina join contest dekat blog Innanie Coklateyes. Keluar result awal Jun ritu. Alhamdulillah, terpilih. Dapat la test power Ephyra Skin Bar ni secara percuma dan hasilkan review ni. Suka no lah kan. Lepas tu kan kalau korang share gambar selfie sebelum dan selepas menggunakan ephyra skin bar berpeluang untuk menang iphone6 tau! Bestnyaaaaaaa. Mudah sangat-sangat. Kina pon nak join ni. Cara nak menang iphone6 adalah seperti berikut:

5 langkah mudah untuk memenangi iphone6. Wow weee.

Apa yang kina buat lepas receive ephyra skin bar?
Pertama-pertama sekali kina tolak tepi dulu any skincare, supplement, vitamin E dan mask-mask beli dekat korea aritu (walaupun banyak dan comel rupa bentuknya tapi ku tahan jebat). Sebab nak tengok betul-betul best ke Ephyra Skin Bar ni. Yela, nanti tak tau plak produk yang mana buat perubahan kan samada perubahan baik atau buruk then nak catat. 

Macam mana rupa ephyra skin bar ni?
Berbentuk square berwarna biru kehijauan macam air laut. Oh..my favorite color! Kina jarang pakai cleanser dalam bentuk sabun sebab kerap travel. Dengan cuaca yang panas boleh berubah bentuk sabunnya dalam kereta. Mengandungi bahan utama seperti Glutathione dan Alpha Arbutin yang famous dengan functionnya iaitu mencerahkan kulit. Collagen pula sudah pasti untuk awet muda sentiasa sesuai dengan wanita yang gemar menggunakan ayat usia hanya pada angka. Hihi. Bagi pencinta haiwan sepertiku, ephyra skin bar ni tanpa ditest dahulu kepada haiwan. Bagus bukan?


Not tested on Animal. Sokonglah buatan MALAYSIA!

Ok..mari kita mulakan my journey dengan Ephyra Skin Bar selama 2 minggu ni.

My skin condition - 
Type - Blemish prone & oily skin
Jeragat dan parut jerawat memang bersepah.

DAY 1 -  First time ni nak pakai. Paling menangkap adalah bau Ephyra Skin Bar tu. Bau die not too strong macam pencuci lain bahkan rasa macam tenang dan nyaman tau. Lepas tu kina tengok balik dekat kotak dia. No wonder lah, ingredient dia ada aromatherapy fragrance. Sedap sangat bau dia. Fresh je rasa. Rasa nak cuci muka je. Serious hari pertama pakai sampai 5 kali sebelum solat. Hihi. Foam dia halus-halus. Lembut je bila sapu dekat muka. Hasilnya kulit rasa sangat lembap. (Selalu confuse lembab & lembap..hahaha)

Foam dia halus-halus je. Lembut rasa. Yang penting takde pengelupasan!


DAY 2 - Petang, kina perasan kulit agak lembap tapi lembap sebab banyak minyak. Emm..tak sesuai ke? Pastu tengok balik pamplet. Boleh pakai lama sket masa cuci utk kulit bermasalah. Heh..tak sedar kulit bermasalah. Hahaha. Maksudnya cuci, biarkan dulu baru basuh. Kina pun try biar. Cuci muka, lepas tu gosok gigi dulu pastu baru bilas. Hasilnya rasa lagi bersih dan kurang berminyak. Yeah! Parut-parut semua tu tak rasa perubahan lagi. Mungkin terlalu awal kan tapi suka sebab kulit jadi lebih kering tapi lembap. Tapi tak boleh kalau terlalu lama dan terlalu kerap nanti kulit akan jadi terlalu kering ye.


DAY 3 - Hari ni yang kina paling ingat lah. Hahaha. Sebab apa nak tau? Pudin balik keje, masuk2 rumah ayat pertama dia. "Sayang nampak cerah sket lah arini". Kina tak perasan langsung la cerah ke tak kan sebab rasa macam sama je. Tapi laki perasan dulu. Gila tak kembang kempis hidungku menahan. Sumpah lillahi taala ini bukan rekaan tapi betul-betul. Orang lain puji rasa happy ni kan laki sendiri lagi lah happy. (Abang, kalau baca ni nanti teruskan pujian2mu tapi jujur tau. hahaha). 


DAY 4 - Gerutu pada muka rasa berkurangan sket. Macam mana boleh rasa? Sebab hari ni kitorang keluar. Bila keluar mesti pakai bb cream Seqy beauty tu. Masa sapu rasa licin dekat pipi. Sambil sapu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. First time rasa licin masa sapu bb cream. Kalau tak rasa kasar je kulit ni. Tak perlu nak letak bb cream banyak sebab nampak cerah tau. Jimat bb creamku. Hahaha.


DAY 5 - Sorry. Takde catatan. Kekeke. Jadi kita skip a few days.


DAY 9 - Topik kecantikan antara hot topik dalam whatsapp group. Masa tu bebudak dalam group whatsapp tu tengah cakap-cakap pasal pembersih muka dengan supplement. Dan-dan masa tu kina recommendkan ephyra skin bar ni. Sebab jerawat takde yang singgah sepanjang 9 hari pakai ni. Punya lah bangga jerawat tak keluar. Wahahaha. Biji kolesterol pun makin mengecil dan ada yang hilang terus.  Kolesterol tinggi. Kena kurangkan lah pasni. Tak sure pasal pakai ephyra ke atau sebab puasa ganti. hahaha. But surely I'm happy!


DAY 10 - Pernah dengar tak orang cakap jangan cakap besar nanti kena. Lagi-lagi bab jerawat. Sedang elok hari ni cik jerawat berskala 0.2mm menjadi tetamu di pipiku. Grrrr. Resah gelisah la mak eton. Tapi masa ni bertenang dulu sebab pernah baca kalau langsung tak tumbuh jerawat produk tu mungkin ada chemical yang berbahaya. Jadi terbukti Ephyra takde chemical yang boleh mematikan sel-sel kulitku. Tak risau pasal chemical tu sebab Ephyra ada berdaftar dengan KKM.


DAY 11 - Jerawat tu dah masak. Cepat ye masak macam pressure cooker. Hahaha. Kalau tak lamaaaa dia bertandang baru la nak masak. Jadi tu yang akan lamaaaa je jerawat singgah. Tona kulit pulak macam nampak lebih sekata.


DAY 12 - Jerawat terus kecut. Yippie yeh yeh. Kejap je dah kecut. Alhamdulillah. Sengsara kalau jerawat hidup subur sehingga raya. Taknakkkk. Pori pulak nampak semakin mengecil, bila pakai bedak takde la bertakung sangat macam tasik chini. Hahaha.


DAY 14 -  Parut jerawat dah semakin pudar. Kalau tak biasa parut jerawat amik masa sebulan. Sebab daku kaki kutes. Hahaha. Fine, tak pakai tangan, pakai yang besi. 1 lagi yang kina perasan blackhead dan whitehead berkurangan. Kalau dulu depan cermin boleh nampak titik2 hitam dekat hidung. Sekarang dah kurang lah. Scrub pon kina tak pakai sebab nak test ephyra skin bar ni je kan.

Ehem..kasi bergerak-bergerak sket secara ringkas macam mana kisahku dengan Ephyra Skin Bar ni. Tulis panjang-panjang kadang orang tak gemar nak membaca. Kasi interaktif sket. Kekeke.



Don't know how but it really works! Magical? Indeed. Selfie ciked. Sebelum dan selepas menggunakan Ephyra. Now nampak lebih natural gitu. Make up pun boleh lah kurangkan.

Dua-dua pakai bb cream tapi sebelum tu still banyak tak tercover. Hahaha. Tona pun lebih sekata.
Satu lagi gambar sebelum dan selepas. Nak tunjuk sebelum walaupun bermekap tapi nampak menggerutu dekat hidung, pipi dan bawah dagu. Tengok gambar selepas nampak macam shining licin. Hahaha. Walaupun sket je shining tak macam gambar orang yang kulit flawless tapi rasa bersyukur sangat dah. Harap boleh nampak perubahan yang nak diperkatakan sebab daku memang tak reti nak tunjuk gambar sebelum selepas sebab jenis tak tau camne nak set samakan lighting ka posing ka. hahaha. Tapi budak kecik tu tetap tak senyum. :p
Sebelum menggerutu kan, pori pun nampak..tu tak suka gambar dekat! hahaha..parut banyak..Selepas melicin sket, parut berkurangan. Ke arah make up less. InsyaAllah.

Have to agree to all this points! Semua kina ada rasai perubahannya. Jeragat je la lambat sket. Biasa la jeragat kan degil.
Sekali lagi! To summarize my verdicts : 

PRO : Amazing! Ephyra Skin Bar ni sangat berkesan untuk semua jenis kulit. Muka lebih bersih, blackhead & whitehead berkurangan. Parut & jerawat cepat hilang. Berjaya mencerahkan kulit yang kusam jadi glowing. Jimat sebab sebuku tu tahan lama, boleh potong-potong ikut kegunaan tapi kina tak potong pon. Paling penting masa gawat-gawat ni Ephyra skin bar ni murah plak tu. RM39 sajo! Kejap je nampak perubahan, kalau lama pakai insyaAllah kalah la memey yang kulit flawless gebu itu. Aaaamiiin2. Hihi. 

CON : Hanya 1 je penambahbaikan yang kina nak cadangkan pada pihak ephyra. Untuk hasilkan formulasi Ephyra skin bar ni dalam bentuk cecair/cream/foam pula. Sebab bila dalam bentuk sabun buku ni senang nak tergelincir dari tangan dan nak simpan dari terkena air susah sket. (Lagi-lagi toilet kecik ni ha) Kalau Ephyra hasilkan formulasi yang sama tapi bentuk berbeza nanti confirm kina adalah orang pertama yang beli tau. Janji ni!

Bagi yang nak mendapatkan Ephyra Skin Bar boleh la follow

Instagram :@ephyra2u@ephyraskin



Nota kaki: Review ikhlas dari mak anak 2. Flawless mari datang kepadaku sebelum raya ni. Hahaha. Ephyra Skin Bar...saya bagi 5 bintang! Boleh pakai dekat muka & seluruh anggota badan! Nak try set promo trial Ephyra lah RM100 sahaja boleh dapat ephyra skin bar & 10 sachet. Sempat lagi ni.



Tuesday, June 16, 2015

Review: Kenapa pilih BOA Guesthouse, Seoul, Korea?


Salam
*post banyak gambar. 
Hari ni nak share kenapa pilih BOA Guesthouse sebagai tempat penginapan kitorang masa di korea last month. Lepas merisik orang yang dah pegi korea, baca blog, baca review dekat agoda @ tripvisor. Shortlistedkan tinggal :

  • Namsan Guesthouse 2 (fully booked sebab lambat kan)
  • BOA Guesthouse sekarang dah ditukar kepada Boa Travel House.
Untuk check jenis bilik/rate & availability : Klik sini

Ok, apa yang bestnya BOA ni? Banyaaak.

    Hongik Univ Station,Exit 4 lebih dekat. Nampak bangunan LG tempat untuk melintas. Paris tu dah tukar.
1) Kedudukan yang strategik. Dekat dengan stesen subway. Kalau dari airport tu boleh naik AREX straight je terus sampai dekat stesen hongik university tu, tak perlu transit. Nak naik bas pun boleh tapi nanti kena jalan jauh sebab exit tak sama. Ni map nak pegi ke Boa. Kina ade editkan sket map ni, nampak x Paris Baguette tu kina merahkan sebab die dah tukar kot. Cafe jugak tapi bukan Paris Baguette. Masuk lorong tu jalan sket ke atas sampai dah. Lorong mendaki sket je takde la tinggi curam pon. 
Pandangan depan Boa Guesthouse ni.


2) Staff yang friendly dan sangat membantu. Layanan tiptop, tiap kali jumpa dorang akan tegur. Masa sampai senarai guest yang check in dorang akan tulis. Tergelak tengok salah eja nama FIL. Dari Fuat jadi Fulat. Sabo jela. Hihi. Check in tak bayar apa2 sebab dah bayar dekat agoda. Agoda jimat sket ada discount dan boleh guna point review2 hotel dulu2. Cuma kena bayar deposit untuk kad kunci bilik 10000won, bila check out nanti dapat la balik duit tu.

Ramai jugak orang jepun check in. Melayu pun ramai dok sini.
3) Bilik yang selesa, bersih dan lengkap! Kami pilih bilik yang ade 1 katil double + 1 katil single. Sesuai sebab shahadah akan tido katil single, shafiyah akan tido dengan ktorang. Takde la cramp. Dalam setiap bilik ade bilik air & toilet, jadi tak perlu sharing dekat luar. Malas & susah nak gi toilet lagi2 utk kita muslimah ni kan. TV ada, siap shahadah & shafiyah tengok kartun bahasa korea. Acond ade tapi sebab musim spring sejuk la jugak jadi memang die tak on kan. Kalau malam-pagi suhu dalam 15-18 darjah celcius kat luar. Berselubung jugak kitorang. Keluar pagi, balik petang atau malam bilik kemas sedap mata memandang lepas penat berjalan nak berehat. Inform la nak housekeeping. Hihi. Wifi kuat. Peti ais ade untuk letak makanan atau air kite. Takde pun beer dalam tu. Fire extinguisher pun ade just in case kan.  Jom tengok dalam bilik. 
Small but cosy untuk family. Kanan tu peti ais 2 pintu.

Acond hanya boleh on masa summer, TV

Bilik air dengan tandas duduk siap ade selipar utk pakai dekat dalam. Bersih.

Rak kasut pun ade. Tersusun lah sikit kasut banyak2. Wifi ade.
4) Muslim friendly. Ni yang paling win lah kriteria yang ada pada BOA. Macam xd dekat guesthouse lain. Tak tahu kalau ade. Setiap bilik ade arah kiblat (Kina rasa die mintak tolong orang muslim yang buatkan sebab check memang betul tepat). Tingkat atas rooftop ade prayer room khas untuk orang islam. Dekat kitchen pulak, utensil semua asing untuk kite. Siap kunci lagi. Tak ingat dah no code kunci tu. hahaha. Cuma bawak la 1 sejadah untuk sembahyang dalam bilik. Kitorang bawak sejadah kecik je. Dekat sini jugak boleh order makanan korea yang halal tapi kena order 24 jam sebelum sebab nak kena beli bahan mentah yang halal memang dorang tunjuk ayam dalam pack halal yang beli dekat itaewon kot. Kalau duduk dekat tempat lain pun boleh order jugak dorang ade buat delivery tapi mahal 1000won lah dari yang menginap dekat BOA. 
Penanda arah kiblat. Macam dekat Malaysia plak rasa. Hihi
Bestkan ade rooftop. Feeling2 drama korea sangat dah. Dah la sejuk2. Time ni pukul 6pm kot. Lupa dah.

Ini lah prayer room dekat rooftop
Dalam ni lah periuk, pinggan, sudu, cawan utk muslim

5) Kemudahan yang free dan awesome - Antara kemudahan yang best:
  • Free international calls - Pudin call mil sembang 5 minit. Pastu die cut sebab min 5 min sorang takut orang gayut lama nanti org lain nak pakai kn. Tiap hari nak call pun boleh. Takde orang jaga atau ngadap kita depan telefon tu. Hihi.
  • Kitchen dan tempat makan - Walaupun sharing tapi cukup luas dan bersih. Kita kena bersihkan sendiri lepas dah guna. 
Besar kan dapur die. 
Kemudahan komputer, dekat situ banyak info dan kenangan dari guest.
  • Cyber cafe - Ala, ada desktop untuk korang guna. Tak silap boleh print jugak.
  • Penimbang elektronik dan luggage storage - Penimbang tu penting kan, kot2 la over limit berat luggage boleh prepare awal. Luggage storage tu pulak berguna kalau tiket flight korang lambat, tapi kena check out dulu kan. Letak la dekat situ. Check out dan pegi jalan2 last minute.
  • Indoor games & activities - Ada gelongsor untuk budak2. Shahadah suke sangat la main tu. Ade games2 tapi mana la ade masa nak main kan.
  • Water filter - Ade dekat kitchen tingkat ground dan kalau malas nak turun lif dekat tingkat 4 pun ade.
  • Washing machine & dryer - Ni sangat penting bagi kina, sebab malas lah nak bawak baju kotor banyak dan untuk hari last kitorang recycle je baju. Dryer tu tak free - 3000won. Last guna kemudahan membasuh ni pukul 10 malam sebab takut mengganggu orang lain.

Water filter di tingkat 4

Mesin basuh dan dryer. Dryer 3000won. Ade instruction untuk guna. No hal.
Apa lagi nak cerita pasal Boa Travel House ni. Lif die ok. Laju. Hahaha. Lampu die pakai sistem yang pakai movement sense tu la. Xtaula term sebenar die. Tapi jimat kan. Kalau ade orang lalu baru die on.  Kedai 24jam pun ade dekat, GS25 just in case ada nak beli pape. Harga depends pada jenis bilik. Nak kata mahal tak semahal hotel. Hotel sana mahal. Nak kata murah tak semurah konsep dorm tu. Worth it dan selesa untuk yang bawak anak kecik ni ha. Hari tu join contest dapat 10% discount, banyak jugak tu. Voucher valid sampai 2016, macam mintak suruh datang lagi je. Hahaha.
Depan bilik terus lif. Hihi. Ok. bye2.


Ok la..next topik itinerary 5 hari 4 malam.  










Sunday, June 14, 2015

Trip ke korea dengan anak kecil

Salam 

A short unplanned trip ke korea pada bulan lepas. 

Syukur sangat tarikh tu awal sket. Sebab apa?
Hari balik ke Malaysia tu cuaca dah start panas. Fuhhh.
Jadi sempat merasa suasana spring sejuk2 acon. Hahaha.
Seminggu lepas tu ada plak kes MERS virus kat sana kan. Scary.

Sebenarnya duit nak gi korea ni duit kina kumpul simpanan untuk rumah yang bakal dapat tak lama lagi. (to be exact kitchen cabinet!!!hahahaha) Tapi sebab meroyan nak berjalan release stress kaedahnya, lagipun pikir tak sempat pun rumah tu dapat sebelum raya nak siap. Nanti2 lah rumah tu. Huahua. Call pudin tanya date 21 May - 25 May 2015 free tak? Die cakap ok takde ape. Terus pegi booking. Masa tu sebulan lebih lagi. Tercapai status di facebookku pada 2013. Hahaha. Masa tu ada share pasal korea pastu tag pudin kite gi korea 2015 nak? Thank you Allah.

Dalam 2 minggu sebelum nak ke korea tu MIL dengan SIL tak berapa sihat, sampai SIL kena dok wad seminggu. Kitorang pun ulang alik weekend pegi tengok SIL. Risau pastu rasa tak sedap plak kan ade family tak sihat. Serba salah nak pegi ke tak ni. Pudin cakap kite pergi jela tapi diam2 jela. Kalau tukar date susah jugak pudin nak cuti, lepas tu nak kena tambah duit tukar ticket. Kadang beli tiket baru lagi berbaloi dari tukar date. Sekarang ni Alhamdulillah, MIL dah makin ok, SIL ada sikit2 lagi sakit tp beransur sihat. Hopefully. Cuba 2 2 kaedah moden & alternatif. Korang doakan sekali ye.

Untuk review trip ke korea ni kina malas la nak buat day by day. Tak ingat pon ye. Hahaha. Bawak buku nota tapi tak sempat la nak tulis bagai. Ala lagipun ramai dah blogger buat day by day. Kina pun baca dari blog-blog. Memang membantu sangat untuk yang pergi free and easy ni. Yup, ni first time bagi kitorang pergi free and easy. Lagi best free and easy, ikut suka kite je nak tukar itinerary dan of cos lebih jimat kalau kena gaya. Tapi make sure study lah kan. Kalau malas dan duit lebih amik la ground package. 

Jadi kina rasa akan share yang penting je lagi-lagi untuk parent yang nak bawak anak kecil 3 tahun dan ke bawah. Dah update akan dilinkkan di sini. Gambar dah transfer jadi cepat sket la update. (2 minggu baru lepas transfer. hahaha. Banyak hal la handphone tu. Hahaha. Amek gambar pakai handphone je, takde kamera canggih pun). Ni tajuk2 review, akan diusahakan habis minggu ni kalau sempat. Yela, sebelum semua dah lupa.

3) Tips bawa anak kecil (2 lagi tau. satu toddler dan satu infant. hihi)


Korea best tak? Besssst sangat! 5 hari tak cukup nak cover banyak tempat. Tapi tak jumpa la kembarku si yoona. Kahkahkah. Ok tak bawak anak? Ok aje. Shahadah dah gaye budak korea ha tapi die jadi pemalu kat sana. Shafiyah pulak kemain lagi tau bermesra dengan aweks korea. Sexy plak tu. Hahaha. Pudin kan gendong shafiyah dalam baby carrier, naik segan pudin sebab dorang seme dekat2 nak pegang shafiyah. Mana tak shafiyah buat cak2 dekat situ. Ahjumma (makcik2) nampak sama je semua, sama je macam rupa dalam drama korea. Yang muka ala kpop ade jugak jumpa tapi jarang lah nampak. Hahaha. Ade dapat 2 je gambar muka ala kpop. Yang lain semua muka korea original tanpa plastic surgery. Hihihi.

Nota tapak kaki panjang:
Kalau banding Korea dengan Mekah, sudah tentu Mekah & Madinah lah paling best. Kalau korang ade duit pergi lah mekah dulu. Indahnya hidup kat sana hanya pikirkan tentang beribadah. Nak puasa ni rindu sangat rasa dekat mekah. (tapi pudin kata kalau ada rezeki xnak bawak anak2 kalau pegi, apa alasan nak bagi pulak ye. hihihi)  My top list dalam tempat nak pegi semula sekarang Mekah hujung tahun & Korea dalam winter. Beijing & Bali tak rasa nak pegi dah. Hahaha. Tempat yang belum pergi dan teringin nak pegi New Zealand, Jepun & Ghuangzhou. Once dah pergi travelling free & easy memang rasa macam addicted nak pegi sebab dapat tengok keindahan ciptaan Allah & budaya tempat lain. Tak sedar poket dah rabak. Tapi bila tengok quote ni rasa sinar harapan tu ada. Hahaha. Panjang kan nota tapak kaki. :p







Wednesday, May 20, 2015

Review : Scrub sugar flirt moist choc & giveaway


Salam..

Semalam dah habaq dekat instagram, hari ni nak review details lagi pasal scrub yang best ni. Kina kan peminat choc, bagi yang pernah follow blog yang macam nak tenggelam tu. Hahaha. Blog kawen2 tu.  Minyak wangi kina semua bau choc. Hehe. Tapi baru semalam cari dekat bodyshop beli yang vanilla sebab tu yang paling hampir dengan bau choc. After 3 tahun tak beli perfume. Eh, cite pasal minyak wangi puloknye. Continue...

Comel kan packaging die? Belum bau lagi!
My verdicts tentang sugar flirt moist choc ni:

1) Bau sebijik moist choc. Geram rasa nak makan. Habis hari-hari berscrub. Kalau tak mandi 5min je. Tapi masa pudin ade la boleh mandi lama. Shafiyah mana bagi masuk toilet. Nak membuang pun susah weh sekarang ni. Hahaha.
Macam ni rupa scrubnya. Dah pakai 4x masa ni tapi still berlambak lagi.
2) Lepas 1x pakai rasa sikit2 perubahan tu. Lepas 3 hari pakai kulit lembut gile. Bila sedar? Masa nak tido kan kulit kite kena gebo (conferter), rasa macam bulu2 halus bergeser dengan kain tu. Tak reti nak describekan. Tak caye cuba la scrub ni 3 hari. Sumpah tak tipu. 

3) Nampak dalam gambar kecik, rupanya besar la jugak. Ada nak buat comparison tapi lupa plak nak amek gambo.

4) Boleh pakai dekat muka. Utk scrub ni perisa moist choc & coffee boleh pakai dekat muka. Jarang kan scrub boleh pakai seluruh badan. Sebab ni berasaskan bahan semula jadi. Takde bahan kimia. Selamat! Bukan plastic.  Ye, ada scrub yang katanya diperbuat dari plastic. Pernah baca la. Wallahualam. Kina tak tenyeh beria dekat muka sebab tekstur die kasar sket dari scrub biasa takut bercalar muka. Hahaha. Tapi pas berscrub rasa fresh. Pakai sket je. Jimat! Yang perisa lain boleh jugak pakai dekat muka tapi tak digalakkn sebab butiran gula lebih kasar dan ada sikit peppermint oil. Takut kulit sensitif tu rasa pedih or berangin.

5) Mula-mula pakai, tak reti. First time guna yang dalam bentuk gula semulajadi ni. Terjatuh2. Bila baca testimoni dekat IG scrubmeofficial, die scrub satu hari satu bahagian. Pastu buat la sebahagian2 tapi hari yang sama. Baru la terer sket apply. 

6) Baby friendly. Hahaha. Ni pun nak dijadikan good point ye. Dasar mak-mak sangat. Sebab bekas die tahan lasak. Shafiyah pegang baling2 takde la pecah. Shafiyah baru buat pecahkan bekas sakura mask. Huahua. Nasib la penutup je pun.
Tengok tu budak baru pandai berjalan angkut scrub mama.
7) Risau kalau letak dalam bilik air nanti termasuk air sebab bilik air size comel, air confirm terpencik. Tapi takpe, die ade penutup dalam tu. So, dijamin tak masuk air. Kina agak boleh tahan dalam 4-5 bulan ni. (Kecuali kalau pakai hari2..hahaha)

Ni penutup bahagian dalam

Sekarang ni ada giveaway tau dekat IG @scrubmeofficial. Tak ramai lagi yang join sebab tak tau kot. Untung-untung menang. Jap lagi nak join gak, kalau menang nak beli yang lemonade plak. Kehkehkeh. Pi lah follow IG @scrubmeofficial sekarang (Jangan risau tak private! Stress kan IG private..hahaha)


Sebekas tu RM25.
Ingredient ada essential oil, sweet almond oil, vit E & sunflower oils yg sgt bgus untuk melembapkan kulit. Selain gula, die ade jugak garam bukit jadi sambil buang kulit mati tu sambil berdetox!
Sel kulit ni kalau kita tak buang akan terkumpul pada permukaan kulit maka terhasil lah kulit kusam, kasar & gelap. Pastu bila lama-lama die akan menyumbatkan liang roma akibatnya jadilah jerawat!. Cara nak elakkan scrub at least 2x seminggu. Jerawat ni bukan pada muka je, belakang badan pon.

Ada 6 pilihan scrub sugar flirt ni:  OMG cuteness overload!

Gambar dari facebook scrubme. Comel sungguh kan packaging die. 

1. Coffee break (best seller!)

-Dibuat dari bijian kopi yg mampu utk menentang selulit dan stertchmark, di samping haruman kopi yg menenangkan. (peminat coffee baik grab yang ni..boleh sapu dekat muka jugak)

2. Moist choc (best seller!)

- Coklat yg mampu melembutkan dan menyihatkan kulit

3. Grittea grin

- Green tea atau matcha yg mempunyai antioksida yg tinggi mampu mencegah penuaan kulit

4. Lemonade

- lemon mampu mencerahkan kulit (ehem..next target ni..kina dulu cerah tapi sebab main sukan tu nak cerahkan balik..kahkah..perasantan)

5. Strawberry

- Meratakan tona kulit (ni pun macam best je)

6. Peppermint

- Memberi sensasi dingin, sejuk dan nyaman



Kalau nak order online boleh whatsapp scrubmeofficial : 0139948195
Facebook : Scrubme
Email : sebodyscrub@gmail.com
Kalau nak walk in dekat vendor boutique ade dekat 

  • @glamsisterboutique -Seri kembangan, Selangor
  • @kamishare -Skudai, Johor

Kina tak jual. Rasa macam nak jadi agent jugak sebab product ni pun masih baru, good product dan erma owner scrubme ni memang tengah cari agent/dropship tapi kina kelam kabut lagi dengan test kits tu nanti pikir. Tapi boleh gak sebab kina tak jual dah MHS jadi boleh la gantikan. Kalau korang berminat nak jadi agent contact la dorang na. Kina tak tau terms and conditionnya but worth it la to try. Saje bagi shahadah bau dengan harapan die cakap kitkat! Ye..seme coklat die panggil kitkat. lol. 













Monday, May 18, 2015

Proton BLM (M) sporty secondhand untuk dijual

SOLD!!!

Salam

Sape2 yang tengah cari kereta secondhand boleh contact pudin ye. Walaupun sayang dgn BLM tu tapi kena jual sebab cukup la nak tanggung 1 kereta sorang. Pudin tukar kereta baru dah sebulan lebih. Kereta ni die beli masa study dulu. Prefer orang kuantan sebab kereta dekat kuantan,kitorg dekat penang. Ayah kina yg akan uruskan.. Kereta dah habis bayar. Harga buka 16K, tapi boleh nego lagi. Kereta cun, dah make up ada skirting bagai. Whatsapp +60132126952. 




Proton



Model
Saga



Type
Sedan



Transmission
Manual



Engine Capacity
1300 cc



Mileage
100 000 - 109 999



Reg. Year
2009



Mfg. Year
2009



Features
CD Player, Airbag Driver, Sport Rims, Alarm, Central Lock, Adjustable Steering, Bodykit, Paddleshift








Thursday, May 7, 2015

Yang 'best' & juga 'annoying' di Instagram

Salam

Dah 3 tahun install instagram. Tapi masa mula2 install tak tahu macam mana die instagram ni berfungsi, ingatkan hanya apps untuk edit photo (gila nerd). Private je. Lepas setahun tengok orang post direct to facebook baru tahu instagram ni social network jugak. Masa tu baru tau, nak guna hashtag ikut gambar. Prefer upload dekat instagram dah dari facebook, sebab facebook tak semua orang suka nak tengok gambar yang kita upload. Kalau instagram, kalau orang tak suka unfollow jela kan. Kalau orang follow semestinya die nak tengok update.

Setelah instagram semakin maju..now ada banyak perkara yang menyebabkan Instagram menjadi semakin annoying. Bercambah dengan seller instagram. Daku pun seller di instagram. Memang membantu instagram ni, sebab senang nak scroll kan tengok barang yang dijual. Penggunaan hashtag yang bersesuaian memudahkan kita cari & jual barang. 



Ni antara benda quite annoying yang berlaku di instagram sekarang. 

1) Spam : Komen-komen visit my IG. Terutamanya retis la kena kan. Kita tak kena tapi kena sekali 2 pun dah rasa menyampahnya. Kan bagus dari komen macam tu just komen ikut lah gambar tu. Tak pun like sudah pastu diam2 lah. Buat lah hashtag banyak2 untuk marketing. Nanti orang nak beli ikut hashtag jumpa lah.


2) Swap review : Tak disangkalkan swap review amat membantu seller instagram lagi-lagi yang kecik macam @theshopablog yang follower ciput tak sampai 1K. (Yang penting tak pakai auto follower..duh). Swap sikit2 dah la. Tapi dah kalau bukak je instagram berderet semua pasal swap review. Adui. Serabutnya. Yang update kawan-kawan, sedara mara semua tak nampak dah kecuali kita type la nama dan tengok. 'Minimize'kan lah. Even sejam pun mengganggu sangat rasa. Lepas tu tak tahu mana 1 barang yang seller tu jual, dengan yang die promote. Sekarang ni kalau nampak IG yang asyik buat iklan je memang ku unfollow je senang. Apa heran? Duit masuk senang dengan swap review je. Tapi kadang terlalu banyak. 


3) Private IG : I dont have any problem dengan personal IG. Personal ade hak la nak private. Ni seller IG. Bila dah buat review tu, ok kite tertarik kau memang da boom. Buka2 private plak. Ek ele. Main hide and seek plak die. Hilang mood nak membeli tu. Ok, request la follow, kalau terus die approve takpe, ni kalau dah lama2 sampai dah lupa dah. Sedar2 ada dalam timeline eh, kenapa aku follow IG ni? Huahua. Ye, mungkin nak tapis2 ada stalker ke apa. Tapi its not a good marketing strategy. Mungkin boleh amek satu satu masa khas untuk tapis, block ke. Takut dengan persaingan. Takpe Allah yang memberi rezeki. Orang nak caras ke cantas ke ikut die la.


4) Gambar promo tak sama : Baru ni terjumpa review IG yang macam best je baju die. Bukan sekali 2. Actually cari jacket/cardigan yang tak melekat. Gambar tu memang nampak kain yang tak melekat, labuh, lawa lah. Terus klik IG tu, tapi kena tggu dulu lah ye private. Tu takpe. Boleh la bersabar kejap. Bila dah accept tu, cari punya cari baju yang macam diiklankan nan ado pon. Menyampahnya. Buang masa dan macam bagi harapan pelsu tau. Pfft. Please la guna gambar yang mana memang ade barangnya. Tipah tertipu je. Unfollow terus.


5) Pre-order katakan pre-order : Pungpangpungpang. Rupanya pre-order. Kalau tak rushing ok je pre-order. Available tak? Jawab available. Ni kita dah wassap baru cakap ni preorder ye. Barang baby kebanyakkannya pre-order kan sekarang ni? 


6) Paid review : Orang lain bayar, orang lain menumpang sekaki dengan freenya. Senangnya buat duit. Ada tu siap komen "eh, saya jual juga macam ni sebijik sejibon lagi murah, beli la dengan saya, siap tag". Common sense awak dekat mana? dekat mana? PIkir balik kalau terkena dekat diri sendiri.


7) Tak pamer harga : Ni malas nak cakap ape. Sangat menyampah. Tak kisah la dekat mana-mana. Instagram ke  Facebook ke. Hahaha. PM ye (Perdana Menteri sibuk la). Whatsapp ye. Mungkin sebab jenis suka calculate terus sebelum beli. Yela, kalau tanya kang mahal, segan plak. Mengukur baju di badan sendiri. Tapi bila dah pamer harga ade juga malas nak tengok still tanya berapa harga. Hmmm.


8) Contest : Susah lah nak menang! Hahahaha.


Di sebalik perkara-perkara di atas yang tak menyenangkan ada juga sisi baik instagram. 

1) Kenangan - Boleh scroll balik tengok gambar anak-anak. Macam throwback, setiap gambar ada umur. Semua tu kenangan. Tu suka sangat upload gambar budak2 ni. Malam kadang tengok tergelak-gelak. Kadang dekat handphone gambar terdelete la, xd tulis umur (unless kira la tarikh tu, satu kerja nak kira..hihihi) 


2) Buat catalog - Untuk seller & buyer instagram ni senang nak tengok catalog. Macam IG yang meletup2 dorang buat IG khas untuk catalog sahaja. Contoh calaqisya. Untuk kita yang seller ciput-ciput ni boleh buat dekat IG yang sama, upload gambar dengan harga. Memudahkan orang, Allah mudahkan kita. Sungguh!


3) Hashtag membantu - Nak beli ape? Hashtag je #sayajual. Keluar macam-macam. Nak lebih specific tulis je. Sekarang ni banyak jugak bila search keluar dari indonesia. Kita kan serumpun. Huhuhu. Belum pernah lagi beli dari sana melalui IG. Tapi attempt tu ada. Hahahaha. 


4) Kumpul saham akhirat - Share menda yang baik-baik, InsyaAllah. Saham untuk kita di sana. Contohnya macam share gambar orang dalam kesusahan, no account untuk menderma, reminder.


5) Tengok orang travel - Kita tak dapat nak pegi, tapi kita boleh cuci mata. Hehe. Melihat kebesaran ciptaan Allah. Suka tengok orang post pegi berjalan. Mana tau bila tiba masa kita nak pegi, dah tau serba sedikit. Pastu boleh tanya je member tu. Even tak kenal pun. Kihkih. 


6) Dapat tips/resepi - Kalau pose jangan la bukak instagram, sebab kadang banyak gambar makanan. Hahaha. Kalau pregnant nanti terus mengidam bila buka IG. Ah, yang tak pregnant pun jadi mengidam tak tentu pasal kan. Bestnya siap ada share resepi. Pastu beauty tips ke, parenting tips ke, recommended kedai / item ke. Sharing is sexy kan. 


7) Jemputan - Ada yang guna direct tu untuk jemput ke majlis atau jamuan. Clever! Orang yang ditag je nampak. 


8) Khas untuk orang jauh di mata dekat di Instagram - Wan mi suka tengok gambar budak-budak ni dekat instagram. Pastu satgi wassap la tanya. Hahaha. Terubat la sikit rindu kan.


Last but not least, gunakan teknologi sebaiknya. Dah bosan nanti jadi macam friendster la kot. Bye2. 

Ini pendapat saya sahaja sebagai pengguna IG & seller di IG. 











Tuesday, April 28, 2015

Terkena sindiket tabur paku di highway!

Salam

Kejadian ni berlaku Ahad lepas masa ktorang otw balik dari Tembangau (rumah MIL) nak ke Penang. Di highway nilai nak ke dengkil. Bermula dengan:

Pang!

Kina : Bunyi ape tu? Abang ada langgar mende ke?
Pudin : Entah, takde plak.

Lepas tu senyap, terus memandu. Pudin tak bawak laju pun. 110 je. Tu pun tak duduk lane kanan sekali.

Tak lama kemudian bunyi lain plak. Pungpangpungpang. Kuat. Kitorang pun berhentikan kereta dekat dengan line emergency & orang tengah buat construction jalan. Pudin keluar pegi tengok.

Pudin : Alamak, tayar pancit lah.
Kina : Eh, tayar baru takkan pancit dah. Mesti langgar mende ni.

Pudin pun nak mulakan usaha menukar tayar spare, ada mat bangla/indon yang keje dari tempat construction jalan tu datang tolong. Masa ni kina dah mula rasa tak sedap hati. Kina tengok dekat sepanjang jalan. Terpikir pasal sindiket yang orang dok cerita kan. Towing kereta bawak pegi bengkel dorg semua tu. Selagi tak datang kereta tu lega la. Bangla tu pun dah tengah tolong jet tayar. Pudin bubuh menda 3 segi emergency tu. Yela, bahaya kan tepi jalan.

Tak lama jauh sket ada kereta merah tak sure model apa tapi kereta lama berhenti jugak dekat lane emergency. Dalam 200meter dari kitorang. Dalam hati pikir terkena paku jugak ke? Pastu ada plak kereta proton biru berhenti depan kereta merah tu. Kejap je. Seminit macam tu kereta proton tu bergerak ke arah kereta ktorang. Bila keluar je 3 orang indian dengan pakai baju mekanik lengkap dengan peralatan. SAH DAH! confirm kena sindiket ni.


Indian tu tergopoh-gopoh sambil jerit2 "Tepi2, bahaya ni!"..Halau yang tengah tolong..Habis cabut lari bangla & indon yang tengah tolong tu. (Dah la kite tak mintak tolong tiba die mari2 jerit pastu amek alih nak tukar spare tyre) Nampak sangat kan? 

Dan-dan shafiyah yang tengah tido dalam carseat 30min yang lepas terjaga. Pastu nangis kuat sebab takut kan bising gitu. Geram betul. Tapi takleh nak buat ape la. India tu 3 orang. Pudin pun macam bagi la tukar. Takut ye gak. Masa tu pikir camne la kalau dorang bawak lari kereta ke, budak2 ke jual. Nauzubillah..Masa tu doa jela cepat la setel pastu chow.

Sambil tengah tukar tu dorang tanya la nak gi mana, dari mana. Cakap tayar spare ni kecik kena tukar cepat. Boleh pegi dekat bengkel dorang. Pudin cakap takpela, nanti saya cari mana-mana bengkel. Dorang cakap Ahad ni susah sket kedai tutup. Pudin pun cakap gak takpe2. Saya nak cepat. Mujur dorang tak push jugak.

Dah siap tukar spare tyre dorang mintak RM150. Banyak tak? Jawapan dorang sebab dekat highway, kalau dekat bengkel murah la sket. Hampeh tak? Dah la orang tak mintak tolong die. Ntah die yang letak paku atas jalan. Sorry memang takle nak husnozhon dah. Nak sangka baik camne kalau dah macam tu. Kitorang pun takde duit banyak dalam tangan. Pudin ada la RM50, kina ada RM30. Bagi apa yang ada je. Pudin pun macam persuade la ni je yang ada. Boleh la. Nasib sorang je time tu yang tinggal, 2 orang lagi dah masuk kereta. Pastu maybe sebab kesian tengok dengan baby nangis seme, die amek jela RM80. 

Pudin pun terus cepat2 masuk kereta chow. Cari bengkel dekat shah alam. Syukur ade bengkel buka ari ahad ni. Dah la nak balik penang jauh. 

Berita buruk tak habis dekat situ, cek tayar memang dah takleh tampal. Melayang RM330 beli tayar. Oh ye GST lagi RM20. Pffft. Cina kedai tu pun cakap bahaya tu sindiket. Kalau pancit benti la dekat tempat yang ramai orang ke, petronas ke. Kalau die tak towing ke bengkel tu ok lagi. Kalau die bawak ke bengkel die macam2 die cakap kena tukar. 

Sebelum ni dengar je, sekarang kena dekat diri sendiri. Memang gabra. Lepas dah kena baru terpikir jalan2 utk mengelak. Ni tips kalau korang mengalami kepancitan di highway akibat perbuatan zalim sindiket ni.

1) Jangan berhenti dekat tempat takde orang. Bawa la kereta tu ke tempat yang ramai biar drive macam kura-kura pun bila pancit tu. Kitorang benti dekat construction jalan.
2) Jangan bawak cash terlalu banyak. Nasib la kitorang bawak RM80 je. Huhu.
3) Simpan no tel peronda untuk highway2 macam PLUS ke. Simpan. Ok, sekarang baru nak amek simpan.
4) Call peronda cakap kereta pancit. Tunggu depa datang baru keluar dari kereta. Kalau sorang-sorang lelaki nak balas 3 memang tak la kan.


Bila sembang cakap kenapa tak lalu highway lagi 1, ntah la. Mula tu kina dah cakap dah dekat pudin biar kina drive dekat LEKAS. Tapi pudin kata takpela, tak tau exit mana nanti sampai perak rumah abang die, die tanya. Menda nak jadi kan. Kalau lalu highway lagi 1 (LEKAS) tu pun kalau orang tak bertanggungjawab tabur paku ke minyak ke. Jadi juga. Cuma kena berhati-hati lain kali. Sebab boleh berlaku dekat mana-mana pada siapa-siapa pun. Orang terdesak nak duit jadi camtu. Kalau kemalangan camne lah. Tak pikir ke. Syukur takde apa-apa yang berlaku kecuali melayang RM430. Huuu. Banyak tu, boleh beli barang dapur untuk sebulan kan. Anggap jela kiffarah dan bersihkan duit. Syukur pudin ada claim lebihan cukai tu. Hihihi. 

Dah tukar tayar kitorang gerak ke Perak singgah rumah abang pudin dulu. Lepas makan, rehat sikit baru gerak ke Penang. Alhamdulillah selamat sampai. Nak cakap fobia tu fobia jugak la. Siap terpikir camne kalau kena sekali lagi otw ke Penang tu. Huhu. Ada hikmahnya InsyaAllah. Berhati-hati la ye dekat highway nilai ke dengkil tu. Moga tiada yang terkena lagi.  


Lepas dari singgah rumah BIL. Syukur takde melibatkan nyawa ke kemalangan ke lagi2 kalau budak 2 orang ni ke. Mintak jauh..








 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork