Showing posts with label fiskashahalam. Show all posts
Showing posts with label fiskashahalam. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Dah terjebak dengan instant shawl

Salam 

Kina memang lambat sket dari segi pesyen tudung ni.. Orang dah lama, ni baru nak try. Lepas tengok video si irine comel tu ah, berkenan sungguh dengan melissa instant shawl dari fiska shah alam. Siap beli color yang sama dengan yang irine pakai. Hahaha. 

Bestnyaaa. Senang sangat hidup tanpa pikir iron, pikir pin yang tak pernah yang cukup. Pakai 1 pin je dah ok siap. Laju je bersiap. Sesuai sangat mak anak 2. Labuh depan belakang. Biasanya instant shawl banyak yang labuh depan je, belakang macam xcukup. Pastu ade yang pakai hashtag labuh tapi labuhnya cukup makan je. 

Die ada awning lembut, tutup dagu. Ada orang tanya kenapa die buat tak jadi muncung. Kina pun tak sure sebab 1st time pakai. Tapi yang penting kalau nak pin jangan pin dekat bahagian awning. Pin tepi sket. Pastu tiup2 bagi muncung. Hahaha. Harga agak boleh tahan pada kina tu beli 1 je dulu. Yela, kain pakai banyak dan berkualiti tu mahal sket kot. Its ok, yang penting cover depan belakang. 

Dah banyak kali basuh dan pakai sebab suke sangat. Mau nanti lunyai. Hahaha. Pilih color ni senang nak matching dengan apa2 baju pon. Ala, sekarang pn tak matching nampak ok je. Boleh beli di butik fiska shah alam atau personal shopper yang korang berkenan. Kina guna service ig @almariburok. So far bagus & murah service die.  

Melissa instant shawl yang sama labuh depan dan belakang. Makin bam2 mama. Sejak dok penang ni. Hahaha.


p/s: kalau tau mana2 yang jual instant shawl labuh cmni sila komen..hehehe..tq..






 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork