Showing posts with label berjalan ke Sabah dengan anak kecil. Show all posts
Showing posts with label berjalan ke Sabah dengan anak kecil. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Penginapan di KK : Hotel Grand Borneo

Salam
Ampun baru nk update. Terperam dalam draft sebab gambo. Next itinerary insyaAllah.

Selepas 2 malam di kundasang. Kita pindah ke KK. Di Kota Kinabalu ktorang duduk hotel grand borneo. Ntah macam mana kina boleh igt book hotel grandis. Choi je. Hahaha. Hotel grand borneo dan grandis dua-dua attached dengan mall. Tapi grand borneo ni jauh dengan jeti, grandis dekat dan of course lagi mahal.
Sebelum langsir dibuka

Selepas langsir dibuka..budak2 ni wajib berendam dalam tu..boleh angkat blind tu nampak permandangan (takde la menarik pun pemandangannya.hihi)
Kenapa amek hotel ni sebab ada bathtub dan ada mall. KK kan panas, budak-budak ni pulak memang suka mandi dalam bathtub. Dekat KK banyak berehat sebenarnya lagi-lagi hari last sebelum nak balik. Tak banyak berjalan pun.
Katil. kakak shahadah tido dekat sofa depan tu je. hihi
Shower dan toilet asing.

Ktorang book melalui Agoda. 2 malam RM518 termasuk breakfast. Jadi 1 malam RM259 termasuk taxs. Ada halal jakim paling penting. Breakfast dia ok la. Turun awal supaya tak ramai orang.
Kemain sapu butter, orang amek gambar terus sengih2.

Kereta sewa pulang dah sehari sebelum nak balik sebab nak jimat naik Uber je esoknya pegi airport. Kereta sewa kina dapat RM350 untuk 8 feb amek 3.30ptg -11 Feb pulang 3.30 petang dengan Sahabat kereta sewa. Ktorang pilih MYVI. Jalan ke kundasang berbelit-belit pastu jalan tak ok sangat, jadi pilih kereta yang ok sket. Sebab kereta sewa dah pulang petang tu, petang sebelum maghrib tu kitorang ukur mall jela. hihi. Dapat seluar songket & baju budak2 ni dekat bawah tu.


Pintu doremon ke mall sebelah..

Next year nak pegi lagi lah. Nak duduk Kinabalu Pines  dekat kundasang & dekat KK hotel Grandis tak pun La Meridien. Sebab hazab jugak nak parking dekat bandar KK tu. Grandis dekat je dengan Jetty Jesselton, La meridien pula dekat dengan pasar filipina dan tempat makan seafood tu. Kumpul duit dari sekarang. Tapi yang penting kundasang 3 malam. hihi.

Wednesday, March 8, 2017

Penginapan di Sabah : Kiram Village

Salam..

Akhirnyaaaa..Baru mood datang. Plus masa terluang sket. Lama delay nak cite pasal trip ke Sabah dengan anak-anak bulan lepas. Harap2 tak lupa lah. Hihi. 

Ok, flight takmau cite lah sebab semua orang boleh book dan cari dekat Air Asia kan. Kitorang pilih 8-12 Feb sebab masa tu thaipusam, penang cuti. Lepas tu Sabah Sarawak tak sambut thaipusam, bukan time cuti sekolah jadi maybe tak pack sangat kan. 

5 hari 4 malam di sana : 2 malam di Kundasang, 2 malam di Kota Kinabalu. Next time nak amek 3 malam dekat kundasang lah sebab Kundasang best! Lepas ke Sabah ni baru iols sedar Iols suka tempat yang sejuk compare dengan pantai & bandar.

Kiram Village
Di kundasang kami pilih Kiram village, mula-mula nak kinabalu pines resort tapi dah full. Kalau nak book Kiram village takde dekat Agoda dan sewaktu dengannya (setakat ni lah). Boleh whatsApp no kiram village. (sabar lah menunggu reply ye).
Rate untuk rujukan korang. Tapi ada yang review bilik yang besar tak ok sgt. Kitorang amek Pineapple. Baby tak kira la jadi boleh walaupun max 5 orang. hihi. Tu no tel whatsApp je.

Ada banyak jenis bilik. Semua nama-nama sayur dan buah-buahan. Kitorang amek bilik Pineapple.  Ada 1 katil queen lepas tu tambah extra mattress. Extra mattress tu charge per hari. RM25 tak silap. So jadinya kitorang sewa semalam RM100 + RM25. Towel korang bawak la sendiri ye. Kiram village ni guna kaedah macam Air Asia, nak add on semua kena bayo ye. Hahaha. Towel xigt berapa RM5 kot, extra mattress RM25, iron sewa RM5.
Dalam bilik Pineapple. Luar kayu, toilet je tile simen semua.

Toilet bersih, ada water heater tapi air slow (what to expect dekat tempat tinggi water pressure rendah). Pagi weols tak mandi pon sebab sejuk yang amat masa hari tu. Kaki kakak siap cramp, bukan cramp die kebas pastu sakit la bila pijak. Bilik tu kayu jadi bila pagi tu rasa taknak pijak lantai. Tido malam memang sejuk sangat. Rasa 10 darjah kot. Dekat rumah ktorang selalu acond sampai 24 je. Jenis tak tahan sejuk.

Malam tido seme pakai baju sejuk. Tengok bibir kakak biru. Hahaha.

Dorang cakap bulan feb & mac paling sejuk. Bawak lah stokin dan sweater utk tido. Kina bawak baju tido biasa je sebab orang cakap tak sejuk sangat. Rasa macam 10darjah celcius je malam ke subuh tu.

5700 ft above sea level
Ada gaya kampung hobbit tak? 

Brocolli ni pun comel sangat. beza RM20 dgn pineapple.

Dekat Kiram ni nak senang breakfast dan dinner korang boleh makan dekat cafe die je dan dijamin halal. Pemilik Kiram ni orang Islam. Ktorang merasa breakfast je. Biasa-biasa saja roti canai RM2 dan air nestum, milo..Malam kitorang tapau luar dan tido pun awal. Laki iols pulak dah start diet masa ni, ngengade kan cuti pon diet. Hihihi.
Turun tangga dari bilik nak pegi breakfast. Shahir wajib dalam carrier. 
Masa check in. Ktorang lambat sampai sebab banyak berhenti dan jem sebab time orang balik keje.

Kalau next year duduk penang lagi boleh la amek direct AA ke KK sebab penang direct je ke KK jadi tak lebih nak drive ke KLIA bagai. Ok tak bawak 3 budak2 ni jalan2? Ok je kalau ada kerjasama. Hihi. Shahir pun dok dalam carrier je tido..Kalau dia dah start jalan maybe susah la sket tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan utk berjalan2..hihi.. Ok, next pasal hotel grand borneo plak. 


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork