Showing posts with label 6 bulan pregnant. Show all posts
Showing posts with label 6 bulan pregnant. Show all posts

Friday, February 19, 2016

Barut baby tali cotton tak bergulung

Salam.. 

Masa shahadah beli je barut mana-mana. Yang mydin beli, yang dekat expo beli, online beli. Mydin punye color putih plain tali readymade, dalam semua barut majoriti tali readymade. Ade 3 je yang tali cotton yang masih elok, termasuk 1 yang terputus. hahaha. Ganaih ngat.

Masa shafiyah nak buat sendiri. Beli kain bagai. Akhirnya berhenti di tengah jalan. Hahaha. Sebabnya leceh nak jahit tali tu. Taknak tali readymade. Kain pun masih tersimpan baik. Barut ade beberapa da siap jahit tapi takde tali. So simpan jugak la. Pakai yang kakak shahadah. Kerap basuh sampai lunyai. 

Masa no.3 ni dah pikir tak nak jahit, takde masa dan malas tapi nak cari yang bertali cotton yang kukuh lagi tak bergulung untuk anak seterusnya sekali. Cari punya cari susah nak jumpa tau. Majoriti barut tali readymade. Last-last jumpa dekat instagram ni. 
Pilihan corak seme lain-lain. Suke barut bertali macam ni Tahan lama.

Rabiey Needle. Harga agak pricey tapi alah membeli menang memakai. Murah tp pakai sekejap rugi jugak. 1pcs = RM8, beli 10 = RM70. Terus amek 10pcs. Huahua. Ada banyak pilihan kain, boleh pilih, rambang mata den. Paling suke ofcos corak chevron! Rasa nak amek semua chevron tapi tak nampak variasi plak.

Barut jadi alas pinggan. Hahaha.
Bila da dapat, konon nak amek gambar lah. Letak atas sofa kejap. Dah jadi tempat alas pinggan anak daraku. Hahaha. Tergelak tengok. Die ingat barut adik die alas pinggan! Sabo jela. Shahadah & shafiyah punye kejesama. Elok plak matching color sket-sket. Hihi.






Tuesday, February 2, 2016

Kisah third pregnancy di KPJ Penang

Salam..

Kesian plak baru 2 post tentang [thirdpregnancy]..Hihi..bukan tak excited tapi terlalu banyak komitmen. Excited sangat excited, dok shopping online je. Kekeke. Nak masuk 6 bulan dah. Tapi perut macam previous pregnancy tak perasan sangat.

Antara story yang menjadi kenangan untuk third pregnancy ni. Semuanya kisah dekat KPJ Perda Penang.

1) Pegi KPJ untuk register monthly check up.
Nurse : First pregnancy ke? Second pregnancy?
Kina : Third pregnancy.
Nurse : Oh. Okkkkk. (macam tak percaya plak muka die)
> shahadah dan shafiyah tengah berjoget dekat luar masa ni. die tak tahu tu my daughters sebab kina jalan dulu, pudin jaga dorang. hahaha.
> nampak terurus lagi lah kan walaupun mak anak 2. hahaha. hakikatnya kalau kat rumah selekeh serebeh macam hantu kak limah. gaye mak anak 10 dah. kwangkwangkwang.


2) Tukar gynae dalam hospital yang sama.
Sepanjang 3 kali pregnant ni 1st time tukar doktor. Hahaha. Kalau tukar hospital tu biasa lah kan. Kitorang tukar doktor sebab tak berkenan sangat dengan cara doktor tu. Tak friendly. Tak into details. Nasib baik la pihak AIA bagi tukar. Puas hati dengan doktor sekarang. Rupanya bukan kina sorang, ramai dah yang tukar doktor dekat KPJ tu. Alasan yang sama mungkin. Rasa hak patient la kot nak tukar. Pregnant lady tak leh stress-stress jumpa doktor. Hahaha.


3) Amek darah masa pregnant 5 bulan.
Nurse : Jumpa doktor mana?
Kina : Jumpa Doktor Lim soo soo.
Nurse : La..awak pregnant ke? berapa bulan?
Kina : 5 bulan dah. Hee.
Nurse : Saya ingat awak amek darah sebab nak check demam. Tak nampak perut pun.
Kina : Hihi. tu la. Dari dulu memang camni.
(bukan nurse tak tahu la orang panggil ape untuk orang amek darah tu..anggap jela nurse boley)


4) Result Hb
Biasanya sebelum ni result Hb paling tggi pun 11. Tapi kali ni 12. Hahaha. Tinggi la bagi orang berdarah rendah. Kalau berjalan jauh sket memang nak pitam. Semua pregnancy pun macam tu. Doktor cakap ok Hb awak, tapi jangan lupa makan vitamin tak perlu iberet. Yessss. Kekeke. Tak beli lagi vitamin tambahan. Nak beli yang macam KPJ kuantan bagi dulu je. Boleh untuk ibu mengandung & ibu menyusu. Tak tahu nape KPJ Penang ni kena charge pulak walaupun panel. Lain-lain walaupun sama panel. Sekarang ni amalkan Pati delima Gulsan. Ya Allah manis gile. Awal-awal rasa susah nak makan. Campur dengan air baru ok sket nak makan. Shafiyah pun sibuk sekali nak makan.







Thursday, May 24, 2012

Pregnancy & Flying

Salam

Seminggu je lagi nak balik semenanjung. Hip hip horey! 


Nak makan macam-macam, nak pegi kenduri kawan, nak pegi expo baby dekat PWTC, nak scan 3D/4D baby, banyak woo nak dibuat. Tapi tujuan utama balik sebenarnya nak menghantar mertua menunaikan umrah 30 Mei ni. : ). MIL dah cakap nak belikan kurma nabi utk kina sbb hari tu cakap kat dia teringin nak kurma nabi yang basah-basah. 

Ok la, cakap pasal nak balik ni. Mesti la naik flight, kalau naik kapal pun boleh tapi seminggu 2 baru sampai. Hahaha. So nak share sikit tentang pregnant & naik flight ni. Since kina selalu naik Air Asia & kadang-kadang MAS (tu pun kalau company support) ulang alik dari Bintulu ke KL, KL ke Kuantan jadi tahu term & condition untuk 2 jenis company ni jela.

Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.

*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu) kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu & anda tiada complication serta boleh dibawak terbang ke mana-mana. Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.

*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. Tapi doktor Clarence yang check up kina sekarang cakap Air Asia 32 minggu dah tak boleh sebenarnya. Confuse part ni je la. Kalau ikut policy Air Asia sampai 34minggu boleh naik lagi.

Malaysia Airlines
*Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight. 

  • Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar)
  • Selepas 35 minggu bagi penerbangan international.
  • Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia).
  • 7 hari selepas bersalin
* Tak berapa clear dalam policy MAS. Disebabkan kina nak bersalin dekat Kuantan, Pahang jadi kina dah call MAS untuk confirmkan bila last boleh naik flight. Customer service MAS tu cakap minggu ke 35 last boleh naik. Masa tu insyaAllah tengah bulan Ramadhan. huhu. Tak dapat la puasa & terawih sepenuh masa dengan suami. Takpe la, demi nak dapatkan baby kelahiran Pahang. Anak jati pahang..hehe..Baby, jangan keluar awal sangat tau..nanti tak dapat IC -06- macam mama & papa.


So, untuk minggu depan nak balik ni kitorang cakap dekat Dr. Clarence lepas tu Dr. Clarence terus buatkan surat pengesahan doctor walaupun belum 28 minggu masa naik flight tu tapi takpe la Dr nak bagi surat, kami terima je. Tapi memang sempoi je surat dia, tak bertaip pun.
Ke hadapan Air Asia

Macam ni la rupa surat pengesahan dari Dr Clarence. Sempoi je.


Dr. Clarence cakap surat ni untuk tunjukkan sahaja bukan bagi dekat flight attendant. Kitorang pun ''Oooooooooooooooo'' serentak. (Patut la 1 je suratnya)


# Korang mesti tanya dulu dengan doktor korang sebelum nak naik flight samada korang dalam semester first ke second ke third sebab lain orang lain condition kesihatan. Tapi sebenarnya memang tak menjadi masalah & selamat sebenarnya untuk naik flight semasa pregnant, biasa airlines ni takut kalau terberanak dalam flight je @ ada complication, nanti dorang rugi la kena bagi free kalau selamat beranak dalam tu. kihkih. 



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork