Friday, December 26, 2014

Derma untuk banjir pantai timur

Salam.. 
Hebat dugaan yang dihadapi orang-orang pantai timur khususnya Kelantan..Sampai tenggelam semuanya..Ya Allah.. Kite yang tak terima ujian ni rasa macam helpless sangat..Sebenarnya kita boleh bantu dalam banyak perkara ok.. 


 1) Derma - tak kisah dalam bentuk wang ringgit atau barang..cari dan cari dekat mana nak derma barang dekat mana tempat pengumpulan barang..untuk orang area shah alam boleh pegi ke telekung project 27 & 28 Dec dorang buat pengumpulan..klik link ni untuk lebih details. tak jumpa dan tak boleh pegi boleh derma online pada NGO yang terlibat dan boleh dipercayai. 

Contohnya MAPIM : Ni no account untuk mudah korang copy paste dan transfer..
No account DANA MAPIM : 558220605312


2) Doa - doa itu senjata orang mukmim. fullstop.

3) Solat hajat - Join solat hajat. Kalau tak dapat pegi masjid dan surau buat dekat rumah sendiri je. 2 rakaat sahaja, tapi insyaAllah banyak membantu.

4) Media sosial - Time ni nak collect saham akhirat dengan media sosial. Share, share & share. Bila kita share walaupun kita pun tak dapat buat, kalau orang lain nampak dan die mampu buat kita juga dapat bahagian kita. Wallahualam.

Hari tu ibu wassap cakap nek (sg lembing) takde makanan sebab banjir tak boleh nak hantar makanan..Sedih rasa..Alhamdulillah hari ni ok dah sket..Macam mana lah yang banjir teruk tu sampai 3 hari tak makan. Budak-budak lapar. Ya Allah, bantulah mereka. 





Monday, December 8, 2014

Nak planner sendiri

Salam

Bukan pasal planning ok. Kahkah.

Sejak anak 2 ni memang serabut sangat rasa. Terkejar-kejar. Tak sempat. Tak terurus. Semua sebab time management la tak betul. So, sebab nak masuk tahun baru 2015 ni, negeri baru, rumah sewa baru, bisnes baru jadi nak ada planner baru. Biasa dapat planner free ke beli dekat kedai ke ada je yang kosong tak tahu nak tulis apa. 

So, ni kira challenge diri sendiri nak diy planner sendiri yang ikut suka hati sendiri nak tulis apa. Lepas tu print. Nampaknya kena berjaga malam la. Siang confirm tak dapat nak buat.

Dalam-dalam masa tak cukup tu ngengade gak tu nak buat sendiri. Ada yang free printable planner tapi ada jugak yang tak berkenan. Wish me luck! Kalau takde update pasal planner tu maknanya tak siap la tu. Hahahaha. Kalau siap, kalau la..nanti kina share maybe yang printable ke..will see..will see..


Wednesday, December 3, 2014

Shafiyah 5 bulan

Salam..

Hari ni genap shafiyah 5 bulan.

Masa dalam pantang die jarang ajak main tgh2 malam. Bangun untuk susu je. Tido pn awal.

Jarang dengar suara. Baik bebenor org cakap. Sampai jiran sebelah rumah cakap

"Tau ada baby, tapi senyap je tak dengar suara pn"

Rasanya baby ni xboleh puji. Sebab sekarang die dah semakin ikut kakak die. Rasanya shafiyah jadikan shahadah sebagai idola. Hahahaha. Tapi kadang2 sebab kakak buat bising jadi die pun terbangun. Grrrrr. Memang geram je kn.

Dari tido 7 setengah
Jadi 8 setengah
Jadi 9 setengah
Jadi 10 setengah
Jadi 11 setengah
Dan paling lambat 12 setengah

Alhamdulillah tak sampai 1 setengah. Pitam mama masa dekat kuantan. Sekarang ni sebab dah balik bintulu dapat lah mentidokan die lebih awal. Tapi rasa macam best plak die tido lewat so die bangun lambat. Kalau malam papa ade. :p Jahat mama.

Sekarang shafiyah tido pukul 9 lebih. Tapi kalau nak tido tu bukan main nangis. Kadang2 nangis tak tau sebab apa. Da buat macam2 last2 tido sendiri.

Petang ke mlm nak orang pegang je. Pagi2 je yang ok kite biarkan. Time tu la mama buat keje. Petang2 memang tak le mama nak baking.

Dah kenal orang. Tapi die pn macam kakak shahadah boleh dengan sape2. Beso sket nanti tak tau la. Friendly.

Dah berguling, angkat bontot, dah jatuh katil (tapi tak nangis sebab tersangkut antara almari dgn katil. Hahaha. Mama masa tu tengah bawak kakak shahadah dlm toilet. Igtkn wan mi tunggu , wan mi semayang, sampai rakaat ketiga berhenti sebab eksiden tu. Tapi rilek je shafiyah). Wan mi cakap jatuh xnangis kena tinggal nangis. Huahua.

Berat terkini 6.2kg. Alhamdulillah masih fully bf. Nak kejar record kakak. InsyaAllah.

Rambut tumbuh sket2 lg..hahaha. jd semua cakap nampak mcm baby boy. Xpe, nanti rambut da panjang, pastu nanti mama pakaikan subang macam kakak shahadah mesti tak nampak macam boboi dah.

Sebulan lagi shafiyah kita makan ye.

#5monthsbaby



Kakak akan jaga adik ye.


Yela kakak tu.



Sebelum check up 5 bulan.


posted from Bloggeroid

Monday, November 24, 2014

Review: Susu kambing Iqeel

Salam..

Bulan ni shahadah chinta yang makin bam2 tu genap 2 tahun 3bulan. Berjaya fully bf sampai 1y6m sahaja. Sekarang ni bf jugak tapi tak tegar lagi-lagi lepas die buat serangan kepada mama. Seram dah mama. Dah pernah minum tamar koko (ni lah permulaan yang die nak minum botol), pediasure, dugro, dutch lady, ade lagi tak ingat. Hahaha. Sekarang ni kotak kedua susu kambing Iqeel. Memang dah lama nak bagi die minum susu kambing. Sunnah nabi kan. Berkhasiat, dapat pahala lagi.

Dulu masa pregnantkan shafiyah kina kan minum susu kambing higoat & jugak susu kambing fresh siap borong lagi sebab nak dapat harga murah nak elakkan jaundice (tapi xlaku, kena gak jaundice. redha mama darah O). Shahadah pun minum jugak sekali susu kambing fresh. Tapi ada yang kata tak elok la susu kambing fresh lagi elok susu kambing yang dah diformulakan. Ada kata elok la susu fresh. Pening mak. Tapi yang penting pantau la kan lepas bagi. Ikut la anak masing-masing. Ada yang sesuai ada yang tak sesuai.

Hari ni kira hari ke8 shahadah minum susu kambing Iqeel ni. Kotak yang kedua. Laju je rasa. Mana taknya kalau dah. 'Mama, nak chuchu..'. Kemarin sampai 4kali mintak. Adui. Pokai mama gitu.: p. Sekarang ni kina bancuh die susu time malam je,kalau siang mak adik die yang banyak bancuh. Oh, esok dah tak pjj. Makanya malam papa die la bancuh..Hihi. 

My verdicts tentang susu Iqeel setelah 2 kotak:

- Susu kambing 100% organik & Halal.

- Bau sedap, takde bau hamis susu kambing. Kina tak makan daging kambing sebab tak tahan bau..Yang ni bau wangi. (tapi kalau cuaca panas lagi2 dalam kete lama2 bau macam santan = susu unta)

- Rasa sedap. shahadah wajib mengecet " nak sket. em. dap."

- Color putih. Kalau compare dengan susu dugro dengan dutch lady, susu kambing Iqeel color putih yang putih seputih putihnya. Bukan kekuningan. Kina pernah baca kalau kuning ni banyak krimer ke ape. Lagi elok susu warna putih.

- Serbuk halus. Halus sangat rasa. Tapi bila nak bancuh die kita kena goncang lebih sikit sebab lambat dissolve compare dengan susu lain. 

- Tiap kotak ada dapat sudu kecik comel. Suka la sudu die. Tak suka sudu yang memanjang. Asyik tumpah susu. Sudu bulat comel boleh masuk terus dalam botol wide neck.

- Paling penting sekali serasi dengan shahadah. Poo2 lembut. No sembelit. Itu yang paling suka. Walaupun tetap busuk yang super. Hahaha. Ta** kot.

- Semua orang boleh minum. Mama, papa, shafiyah..eh2..shafiyah cannot ok. Tau tak aritu tengah packing-packing barang, shahadah nak sumbat susu kambing Iqeel dalam botol die dekat mulut shafiyah. Nasib baik mama nampak. Cakap dekat die shafiyah tak minum la susu ni. Die jawab ooooo. Gaya paham sangat kakak ni. Pastu sambung nyonyot.

- Harga mahal tapi affordable. Susu kambing memang mahal ok. Susu kedua terbaik lepas susu ibu kan. RM43 sekotak. Tengah discuss dengan papanya nak jadi agen ke nak cuba lagi a few kotak. Borong dapat la harga murah dari pasaran, biarpun tak jual sebab anak minum kan. Untung di situ. Pikir sementara tak balik bintulu ni. Kalau pos ke sarawak mahal.

Layanlah gambar shahadah minum susu Iqeel. Lepas ni nak ajar pakai cawan plak. Bukan tak boleh. Botol kan khayal sket, senang tido. 
First time bersusu Iqeel. Ready to take off kononnya.
Ni la sudu bulat comel yang kusuka. hahaha
Mama..nak sket..lepas sket2 lama2 habis. Tak perlu lama. kejap habis.
Minum dalam kereta.
Minum dalam stroller..Mata kuyulayusangatdah
Masa ni shahadah tido dah tau. Mulut dan tangan je pegang botol. Shafiyah dok tarik tangan. Nak ajak main.
Pastu tarik la tangan die. Susu tak lepas. Kelakar plak masa ni. Sian shafiyah. Hihi. 

Okla..itu sahaja review dari ku..moga bermanfaat.

Iklan sekejap: 
Sape area subang,selangor yang nak COD pregnancy test ke ovulation test ke MHS ke Whatsapp ek 0132126952. Jumpa di lobby Holiday Villa Subang selasa-rabu malam. 

Friday, November 21, 2014

Ada 'pencuri' dalam rumah

Salam..

Ya..dalam rumah ni ada pencuri..'pencuri powerbank'! Hahaha..

Suspect utama: Ayah kina
Suspect kedua: Adik lelaki kina.

Kita ni punya lama charge powerbank sampai penuh 4 bar. Sedar2 hilang. Bila tanya semua buat diam. Sedar2 lagi ada la atas kerusi la atas tangga la. Padahal sebelum ni yilek. Sedap je kan.

Kalau nak pinjam cakap la. Ni amek lepas tu sampai habis power disedutnya. Hahaha. Sabar jela. Ada powerbank tapi malas nak charge. Kina malam2 memang charge powerbank je. Lepas subuh charge.

Semua orang rumah ni ada powerbank sendiri. Cuma kina je yang tulis nama. Tapi tulis nama pon tak jalan. Hahaha.

Kejadian ini berlarutan sehingga mengundang bebelan. Baru la reti cakap nak pinjam. Kalau pinjam bagi la yang ade 2 bar. Cukup la kan. Hahaha. Kina ade dua. Kihkih. Orang business memang kena la ada powerbank. Kina pakai powerbank xiaomi 10400mah. Original wan mi beli dekat china. Sebab dekat sana die jual yg xori dan original. Puas hati pakai sebab cepat gila charge dan sampai 4kali charge.Sorry kina tak jual ye.

Ok la..selamat bercuti!
Follow ig theshopablog : @theshopablog


posted from Bloggeroid

Tuesday, November 11, 2014

Dari bintulu pindah ke penang

Salam..
Sebenarnya dah dengar lama dah kena pindah penang..tp selagi xdapat surat selagi tu x confirm..Alhamdulillah semalam pudin dapat surat pindah ke prai, penang..

Syukur..walaupun jauh dari rumah ktorg tapi still dalam semenanjung..tak perlu nak tukar2 flight dah..paling best bab makanan lah kan..hihi..gemok la gini..:p

Suka dengar org cakap utara..comel je..

Psst: betul ke nanti ikea bukak dekat penang?



posted from Bloggeroid

Monday, November 3, 2014

Rumah kami : Pasdec Pesona

Salam

Dah ada label baru. :) 

Dulu pernah cakap dekat pudin..
"Kita beli rumah masa umur 28 nak x, masa tu stabil da sket kot eh?"

Tapi masa 26 tahun ,akhir tahun lepas..Alhamdulillah pegi booking rumah ni sebab kerisauan melihat harga rumah yang makin naik. (Takde la stabil mana tp cukup la kot..sbb belum kategori debt-free..tak cukup pun kita kasi cukup2..)..Booking deposit rm1000. Sekarang ni tak start bayar lagi cuma loan dah lulus. Tambah hutang lagi. Huahua. Itu realiti kehidupan kita sekarang ni. Pejam celik pejam celik insyaAllah umur 28 jugak dapat kunci kot. Hehe. Tua dah ye. :p. Ah, usia hanya pada angka!

Dari xnampak rupa rumah sekarang da hampir nak siap (80% kot) semangat excited tu lain macam. Rumah ni tak jauh pun dari rumah ibu kina. Kalau nak ke bandar / pegi pos laju tak lalu pon, tapi beria ambil jalan jauh semata2 nak tengok. Bukan nampak dari dekat pon. Over sangat rasa. Kalau pudin ada, die la rajin melayan. (Sebab rumah die kot) Dulu sebelum bersalin shafiyah pegi beli cendol, lalu belakang Indera Mahkota 2 tengok dari belakang. Masa awal-awal dulu tak tutup, lepas tu tutup plak. Tapi tetap pegi tengok ikut celah2. Hahaha. Kronik sangat rasa. Hehe. 

Developer: Pasdec
Nama perumahan: Pasdec Pesona
Jenis rumah: Semi D setingkat
Jiran: Padilah, Cik Atia and more to come..hahaha..: p

Masa booking tu rumah teres 2 tingkat dah habis. Kitorang memang nak rumah 1 tingkat sebab tak larat nak naik tangga. Cuma kalau banjir susah la kan rumah setingkat ni nak lari mana perabot2 tu. Nak ada laman sket cukup la untuk bersembang sambil tengok anak2 main nanti. 2 tingkat semi D 400K++ memang tak mampu. Sekarang ni pun harga makin naik dekat Kuantan ni. Kotasas untuk rumah setingkat semi D pun dah habis licin. Harga lebih kurang je. Katanya nanti ada tapi harga dah lain. Paham2 jela kalau lain tu takdenya nak turun harganya kan. So amek la pasdec pesona ni. Dah la da ada jiran. Asyik berangan jela dengan jiran. Hahaha.

Pasdec Pesona katanya dijangka siap Oct lepas dan setel2 seme by Dec tapi sumber dari padilah mengatakan maybe March baru setel. Takpelah, bukan dapat duduk lagi. Kalau pudin dapat pindah pun bukan Kuantan. InsyaAllah kitorang nak buat homestay kot dulu. Tapi kalau balik kuantan mesti duduk rumah ni.  Kalau family pudin nak jalan2 kuantan pun boleh la duduk rumah ni, tak payah cari homestay dah. Ada satu lagi plan nak PJJ, kiranya jadi weekend husband & wife. Huhu. Tengok mcm mana. Sobsob. Taknak.

Share sket gambar tentang pasdec pesona ni.

Dulu masa tak nampak rupa rumah ini lah yang selalu ditengok. Sampai lunyai ha.
Ada 5 jenis type rumah dekat Pasdec Pesona ni. Rumah kami color hijau.
Keadaan dalam rumah model


Lalu mesti amek gambar dari dalam kete. Ni rumah teres 2 tingkat. Cantik kan design modern.



Masa mula2 pasdec up dekat fb. Punyalah suka walaupun bukan rumah sendiri.


InsyaAllah, yang ini rumah pertama kami. :)..




P/S: Harap-harap 3series nanti dapat duduk rumah sendiri. Kina suka rumah dekat Melaka. Ada rezeki nak beli rumah setingkat teres kt Melaka. Berangan itu free. Hihi.


 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork