Monday, December 5, 2016

#MyTravelokaEscapade : Sabah, buli bah kalau kau!

Buli bah kalau kau! Maksudnya bukan nak buli tau. Hahaha. Maksudnya boleh lah kalau kau. Dulu roomate ku orang Tawau, Sabah. Accent Sabah sangat comel macam orang-orang Sabah juga. Kalau nak tahu dalam 14 negeri-negeri dalam Malaysia, Sabah sahaja yang kina tak pernah pergi lagi. Walaupun dulu pernah tinggal di Sarawak 2 tahun, dekat tapi jauh. Belum rezeki ke Sabah lagi.

Kalau traveloka tanya kina nak travel ke mana? Sudah tentu kina akan pilih Sabah bah. Pertamanya untuk lengkapkan jejak jalan-jalan Malaysia sebelum berumur 30 tahun (februari depan. omg. 3 series suda bah) Kedua sebab Sabah ni memang complete & versatile. Kalau negeri-negeri lain akan ada khusus apa yang special macam pantai ke hutan ke tapi Sabah serba serbi special. 
Credit pic to : http://www.sabahtravelguide.com/

Tengok lah map sabah tu, punya lah banyak tempat menarik untuk kita pegi. Fuhh. Ok, kita mulakan angan-angan travel kita ke Sabah. Orang kata semua bermula dengan angan-angan kan. Study dan plan betul-betul apa nak buat dekat Sabah. Baru tak kelam kabut nak pergi. Check cuaca, musim peak atau tidak, tips do and dont, ibarat kata semua kena planning sebab dekat Sabah terlalu banyak tempat untuk dilawati dan ada juga yang agak jauh jadi mengambil sedikit masa. Kalau banyak hari pergi baru puas hati. 

Tapi sebelum tu! Pertama sekali mestilah booking tiket flight dan hotel. Sekarang ni mudah dengan adanya Traveloka tak perlu nak survey atau buka website banyak-banyak. Kita boleh survey harga ticket dan juga hotel di Traveloka. Dah jumpa yang paling murah dan memenuhi citarasa boleh book terus. Macam kina bila travel dengan anak ni hotel tu kena pilih yang lebih selesa. Kalau boleh nak ada bathtub atau kolam, sebab time tu jela jumpanya. Happy sangat dorang kalau dapat mandi kolam. Anak happy kita lagilah happy kan. Lagipun tulah tujuan utama travel, untuk happykan diri. 

Sudah ada ticket flight, dah book hotel. Keep calm and go to Sabah! Ok, kina pilih flight mendarat ke Kota Kinabalu, jadi aktiviti sepanjang 4 hari 3 malam di belah sana. 

Menikmati pemandangan Gunung Kinabalu
credit pic to : www.blogbahni.com

Ok, kenapa menikmati bukan hiking? Sebab travel dengan 1 baby & 2 toddlers memang taklah nak hiking kan. Hihi. Kalau bujang atau anak dah besar boleh kita hiking pula. Jadi, booking lah Kinabalu Pine Resort dekat Traveloka. Kita boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik dari sini. Banyak lagi resort dan homestay yang berdekatan dengan Gunung kinabalu lambang negeri Sabah ni. 

Masuk Kinabalu Park
credit pic to : http://www.marvelousborneo.com

Kalau mula kita menikmati pemandangan dari resort, dekat sini adalah pintu masuk Gunung Kinabalu. Lagi dekat, lagi cantik. Orang kata kalau pergi awal pagi takpun lewat petang kalau bercakap tu boleh nampak asap keluar dekat mulut haa. Tak perlu pegi oversea tau. Tandanya sejuk yang amat. Dengan hanya tiket RM4 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak boleh lawati tempat lain jugak. Jadi tiket kena simpan. Ada banyak tumbuhan dan bunga berwarna warni. Masa ni lah boleh tunjuk dekat anak-anak indahnya ciptaan Tuhan.

Mandi di Poring Hot Spring
credit pic to : www.blogbahni.com

Dah sejuk-sejuk dekat gunung, kita pergi panaskan badan dengan mandi air panas di Poring Hot Spring. Kalau yang terbuka boleh pakai tiket dari Kinabalu Park tadi. Kalau macam kita muslim dan nak yang tertutup ada privasi katanya ada dengan bayaran RM15-RM20 untuk sejam. Poring adalah nama dari sejenis spesis pokok buluh yang besar-besar di kawasan tersebut. Air panasnya juga kaya dengan sulfur yang menyegarkan badan. Dekat sini juga ada jambatan gantung dipanggil Poring Canopy Walk. Alah, yang jalan-jalan atas jambatan merentasi pokok-pokok. Kalau dengan anak kecik tak sesuai jadi kita skip yang itu. Kita gantikan dengan melawat taman kupu-kupu. Budak samada suka sangat atau takut sangat. Hahaha. Yela, kan ada budak yang takut serangga terbang-terbang ni. Alangkan orang besar pun ada ye tak. Boleh masuk dalam itinerari ni sebab shahadah & shafiyah suka sangat butterfly fly fly away katanya.

Urut kaki dengan ikan di Sungai Moroli
credit pic to : www.blogbahni.com

Dah penat berjalan kita urut kaki lah. Sape yang tak suka urut? Tapi kali ni special kita urut dengan ikan. Hihi. Bayaran adalah sebanyak RM5 untuk 20 minit. Lokasinya terletak di Ranau, kalau dari Poring Hot Spring tu dalam 15 minit perjalanan. Papa wajib pergi yang ni, sebab nak urut kaki dia susah jugak sebab keras, kaki lelaki kot kan, urut kejap je dah lenguh tangan. Kakak dah dapat agak mesti geli. Hihi.

Perkenalkan Mini New Zealand Malaysia!
credit pic to : www.blogbah.com
Masa mula-mula tengok gambar ni eh ingat New Zealand tapi ada selamat datang? Antara tempat yang nak sangat pergi adalah New Zealand tapi budget tak mengizinkan. Hihi. Jadi why not kita feeling2 pergi New Zealand dengan melawati Desa Dairy Farm ni. Untung-untung boleh tengok macam mana pemprosesan susu lembu di sana. Lepas tu dapat menikmati susu fresh dan aiskrim sedap. Suka sangat la budak-budak tu dapat makan aiskrim dan minum susu fresh selalunya dari dalam peti sejuk kat rumah. Hahaha.

Shopping di Pasar Nabalu
credit pic to : www.blogbahni.com

Girls, shopping time! Sebelum berangkat dari sini tak sah kalau tak shopping dekat pasar nabalu ni. Kalau nak singgah masa baru tiba pun sesuai sangat. Ada banyak sayur-sayuran, buah-buahan dijual dekat sini. Fresh tu sudah pasti. Boleh beli buah untuk buat makanan shahir fresh-fresh, kudap-kudap masa dalam bilik nanti. Masa ni lah kita nak cuba buah-buahan yang takde dekat semenanjung contohnya buah tarap. Katanya macam gabungan buah durian + nangka / cempedak. Boleh bayangkan tak? 

Rumah terbalik di Tampuruli
credit pic to : www.sabahtourism.com

Selain ambil gambar di jambatan tampuruli yang famous tu, kita boleh juga melawat rumah terbalik. Rumah terbalik di Tampuruli di adalah rumah terbalik pertama ni South East Asia tau. Tiket masuk ke rumah terbalik untuk dewasa adalah RM10.60, kanak-kanak RM5.30. Macam shafiyah dan shahir free sebab 3 tahun dan ke bawah. Boleh ambil gambar di luar sahaja tau, dekat dalam rumah tak boleh ambil. Sekarang ni pun ada museum 3D dekat sini. Dekat penang dah penah pergi museum 3D, budak-budak ni takut taknak ambil gambar. Adoi.


Island hopping - Tunku Abdul Rahman Marine Park
credit pic to : www.amazing-borneo.com

Kalau cakap pasal pulau-pulau di Sabah rasanya kena buat entry lain pula. Hehe. Sebabnya terlalu banyak pulau yang cantik-cantik. Antaranya mabul, kapalai, boheydulang dan lain-lain. Sabah ni umpama 'rumah' buat pulau-pulau ni. Memang tak cukup untuk diterjemahkan. Gitu. Nak round semua pulau di Sabah adalah mustahil dalam masa yang singkat tapi kita boleh island hopping dari Jeti Jesselton di KK. Tempat ni dipanggil Tunku Abdul Rahman Marine Park. Kawasan di mana pulau-pulau yang selalu orang pergi adalah pulau manukan, pulau sapi, pulau gaya, pulau sulug dan water village. Bayaran adalah mengikut bilangan pulau yang kita nak pergi. Nak mandi ke nak menyelam sambil minum air pun boleh.

Makan seafood tak ingat dunia
credit pic to : www.eyriqazz.com

Rugi sangat kalau tak menikmati seafood di Sabah ni. Sedap, fresh dan harganya murah. Sudah pasti cari ketam dan lobster di sana nanti. Anak-anak pula memang suka sangat-sangat makan ikan. Alamak, terliur suda ni.

Mencari mutiara di Jamilah Jewellery
credit pic to : 59minit.blogspot.com

Sabah popular dengan barang kemas yang diperbuat dari mutiara. Jamilah Jewellery di jalan sinsuran 4 ni kira hotspot murah untuk shopping pearl ni. Boleh beli butang baju melayu ke, rantai, gelang, brooch yang selalu beli dan selalu hilang dan macam-macam lagi aksesori berasaskan mutiara. Anak dara dua orang tu dah tentu-tentu akan 'paw' mama beli gelang mutiara. kuikuikui.

kami - shahir, papa, shafiyah, mama dan shahadah dah ready nak ke Sabah ni.

Fuhhh, ni baru sket sebenarnya dengan apa boleh dan yang nak dibuat di Sabah. Tak sabar rasanya untuk explore Sabah dengan family kecik ku ini. Dah mula termimpi-mimpi. Once traveloka approve maka boleh la completekan dah peta 1 malaysia. Orang kata save the best for last. Sabah indeed is the best. Traveloka, we need a holiday lah. :)

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork