Monday, November 14, 2016

Review : Grand Hyatt KL (Grand King)

Salam

Ni pun entry lama baru nak buat. Better late than never kan. : p. Ok, sebab pudin ada meeting dekat KLCC dok hotel ni. Nak try sekali selain Hotel Corus & Impiana yang dekat dengan KLCC.. Harga korang boleh tengok Agoda, takpun Trivago. Sebab ni ditanggung company dan ada corporate rate murah lagi dari Agoda tak silap. Kalau duit sendiri tak lah kot. Ok. Ni antara hotel yang tercantik dan termewah yang kitorang pernah pegi kat Malaysia ni. 

Kitorang amek Grand King without breakfast. Kalau dengan breakfast lagi mahal. Claim company pun mesti ada limit. (banyak cantik kan, orang tanggung mujur) Tak silap breakfast dia RM80 seorang. Pastu bilik yang tak mengadap Twin tower. Kalau twin tower lagi mahal ala macam dok hotel tepi laut, view laut mesti mahal lagi. Kita tengok gambar jela ye.

Check in dekat tingkat 38! Ye..first time check in hotel kena naik lif sampai ke tgkat 38..Pastu semua pakai computer saja. 
Patut la lobby dekat atas, baru nampak view cantik kan. Walaupun banyak tingkat tapi lif dia laju, kadang2 rasa macam tekanan dekat telinga sket. Lupa plak dok tingkat berapa. Adui. Makin menjadi-jadi penyakit lupa ni sekarang. Banyak sangat urat putus. Baru 3 anak. Huahua.

Ok, sekarang jom kita tengok bilik Grand King. Nama pun king katilnya bersize king. Muat la kami berlima. Oh, kakak shahadah tido dekat kerusi bulat. Hihi.
Macam ada 2 partition, belah depan katil, tv meja semua, belakang toilet, wardrobe, powder room
Katil mengadap langsir,meja. TV tu kat tepi.
Bantal tu terlebih lembut, baring terus jerlus. Tengok orang dok komen bantal lembut sangat rupanya memang ye. Huahua. Kena pakai 2 bantal baru rasa ok sket.
Gerak ke belakang, semua marble. Sejuk kaki.
Toilet asing, yang penting ada paip. Tak selesa kan kalau jenis takde paip tu. Bath tub dia special sangat, terdelete plak gambar. Boleh tengok video dekat instagram kina cermin die boleh berubah bila tekan butang privacy.


Banyak barang yang kita boleh request with no charge contohnya macam yoga mat ni. Ada yang bagi terus contoh macam sabun basuh baju, toiletries budak2.


Port wajib amek gambar nampak KLCC twin tower tuuu.
Kitorang tak amek breakfast, tapi last day tu nak try lah. Prepare jela bayar. Tup tup dia bagi free je. Katanya compliment sebab duduk lama. (3 hari). Rezekiiii. Tak tahu la sebab apa. Ke sebab kitorang makan tak berapa banyak sebab pudin rushing nak gi KLCC. Sedap gila makanan dia. Tak puas. 

Tips kalau booking hotel penting pilih high floor, katil besar (anak 2 takpe lagi) & non smoking room. Kitorang kalau dok hotel kalau boleh request high floor, takut kalau bawah2 ni bising ke kan. Tau-tau jela kalau ada pub, bar segala tu. Sekali tinggi gila macam ni. Gayat. Mengigil kaki tapi nak tengok jugak. Hahaha. 

Last but not least, kina recommend sangat hotel ni kot-kot ada nak honeymoon ka, anniversary ka, special occasion ka, ada budget terlebih-lebih ka atau macam kitorang company tanggung.  Silalah booking hotel ni. 

Kalau ada rezeki lagi, nak turun breakfast kol 6.30 pagi, kol 10 baru keluar. Bahaha.

Tuesday, November 1, 2016

Pengalaman first time beli di Sephora

Salam

Mula kenal sephora sebab masa pregnantkan shahir, kina macam suka sangat make up sampai pegi kelas personal make up (one-on-one lagi)..Kalau nampak macam peloles tu tandanya make up beria la tu. Hahaha. Tapi suka color yang natural je. Hanya utk bagi confident dan tak nampak kusam.

Masa shahadah tak suka make up, masa shafiyah suka make up jugak tapi tak sampai nak ke kelas jah..hahaha..cikgu makeupku ada story mory pasal barang-barang makeup ni lah sampai terjah jugak masuk Sephora.

Smart paper bag die..tapi dapat dekat anak2 selamat dah..hehe

First time pegi Sephora Queensbay dengan mak adik, dok hulu hilir tengok jela sebab mahalnya. Hahaha. Last-last keluar takde hasil apa. Selamat poket. Tapi bulan lepas pegi jugak Sephora tapi dekat Avenue K. Terbeli jugak beberapa tapi yang murah jela, 1 barang tu tu tak over RM30.++.

Apa yang ku tak berkenan nak membeli di Sephora ni bila yang pekerjanya dok tengok-tengok kita. Tau la kita ni tak semengah, tak kaya. Kadang-kadang feeling macam kita ni nak mencuri plak. Asyik tengok je. Eiissshh. Rimas tau dak. Sebab tu jugak kot kina membeli juga sket. Hahaha. Paham x? Feel tu. Hahaha.

Ok, lupakan pasal tu. Ni adalah barang hasil tangkapan pertama di Sephora. Buat simple review jela ye. Dah almost 2 bulan beli. Ada yang dah habis dah pun.

Kiri yang beli dekat Sephora, jenis gloss tapi pekat likat. Bila pakai tak berapa suka plak colornya. Macam terang sangat pulak. RM33 satu. Lepas ni tak beli dah la. Shahadah suka paw yang ni. Kanan tu matte punya dah beli lama suka color nude gitu. Tapi tak habis2. Hahaha.
Sejak pregnant shahir la ni berkenan pakai blusher tapi suka color macam ni je. Natural. Suka nyx punya ni.
Harga pun tak melampau sgt. RM30 sebutir ni. Pakai banyak kali jugak dah. Yang penting pernah jatuh dan tak pecah.
Scrub ni wangi sangat, tengah2 tunggu nak bayar boleh plak capai yang ni.
Walaupun kecik lambat je nak habis. Ada lagi dalam 2x guna kot. RM26.


Beli sleeping mask & eye mask konon untuk muka sembab dan mata panda. Sleeping mask RM10, Eye mask RM8 je. Boleh la pakai untuk 4-5 kali ni. Sleeping mask ada discount RM1 sebab bayar pakai CIMB.
Ok la, itu sahaja shopping haul dekat Sephora 2 bulan lepas. Hahah..Lambat gila update. Dapat la kad member white, kalau black katanya kena beli RM700. Huahua. Kesimpulannya Sephora indah untuk dikunjungi tapi tak indah di poket. Orang macam ku ini better shopping dekat kedai kosmetik korea & watson/guardian. Lps ni review Thefaceshop, Innesfree & Skinfood plak sebab last month wan mi pegi korea.

P/S : teringin laura mercier & nars. tapi cari yang dupe jela kot. hihi

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork