Friday, February 19, 2016

Barut baby tali cotton tak bergulung

Salam.. 

Masa shahadah beli je barut mana-mana. Yang mydin beli, yang dekat expo beli, online beli. Mydin punye color putih plain tali readymade, dalam semua barut majoriti tali readymade. Ade 3 je yang tali cotton yang masih elok, termasuk 1 yang terputus. hahaha. Ganaih ngat.

Masa shafiyah nak buat sendiri. Beli kain bagai. Akhirnya berhenti di tengah jalan. Hahaha. Sebabnya leceh nak jahit tali tu. Taknak tali readymade. Kain pun masih tersimpan baik. Barut ade beberapa da siap jahit tapi takde tali. So simpan jugak la. Pakai yang kakak shahadah. Kerap basuh sampai lunyai. 

Masa no.3 ni dah pikir tak nak jahit, takde masa dan malas tapi nak cari yang bertali cotton yang kukuh lagi tak bergulung untuk anak seterusnya sekali. Cari punya cari susah nak jumpa tau. Majoriti barut tali readymade. Last-last jumpa dekat instagram ni. 
Pilihan corak seme lain-lain. Suke barut bertali macam ni Tahan lama.

Rabiey Needle. Harga agak pricey tapi alah membeli menang memakai. Murah tp pakai sekejap rugi jugak. 1pcs = RM8, beli 10 = RM70. Terus amek 10pcs. Huahua. Ada banyak pilihan kain, boleh pilih, rambang mata den. Paling suke ofcos corak chevron! Rasa nak amek semua chevron tapi tak nampak variasi plak.

Barut jadi alas pinggan. Hahaha.
Bila da dapat, konon nak amek gambar lah. Letak atas sofa kejap. Dah jadi tempat alas pinggan anak daraku. Hahaha. Tergelak tengok. Die ingat barut adik die alas pinggan! Sabo jela. Shahadah & shafiyah punye kejesama. Elok plak matching color sket-sket. Hihi.






Sunday, February 14, 2016

Gaya pakaian office wanita muslimah

Salam.. 

Entry ni memang sesuai untuk mak adik yang baru start masuk keje di office kat penang ni. Hihi. Bagi sesetengah wanita, pejabat merupakan tempat dimana mereka harus sentiasa tampil bergaya dan kelihatan menarik. Lebih-lebih lagi mereka yang sering berjumpa dengan ramai orang ketika waktu bekerja. Smart & sopan menunjukkan muslimah yang berkualiti.

Walaupun kina work at home mother tapi bila keluar memang agak menitikberatkan soal pemakaian wanita muslimah. Selalulah kalau jumpa orang, orang akan ingat kina ni cikgu, pensyarah dan juga student (eh! student pon boleh lah).  

Oleh kerana kini semakin ramai wanita yang tampil bertudung (lebih cantik labuhkan tudung sehingga menutup dada, jom pelan-pelan kayuh) dan lebih selesa menggayakan koleksi pakaian yang bersesuaian dengan imej Muslimah mereka ke pejabat, maka untuk entri kali ini kina akan berkongsi sedikit informasi mengenai gaya-gaya pakaian office wanita Muslimah yang boleh dijadikan inspirasi untuk semua. 

Jika anda mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai tubuh badan yang langsing dan ketinggian yang ideal, tampil ‘smart’ dengan menggayakan koleksi seluar slacks anda bersama padanan kemeja pejabat seperti berikut. Atau untuk keselesaan yang lebih ideal sepanjang hari, anda boleh tampil bergaya dengan koleksi palazzo pants atau harem pants yang loose dan trendy ini dengan padanan kemeja atau blouse Muslimah yang bersesuaian.

Bagi anda yang ingin kelihatan lebih feminine di pejabat pula, gayakan koleksi maxi skirts atau skirt labuh anda dengan pemakaian kemeja pejabat atau blouse yang ringkas seperti berikut. Terdapat beberapa rekaan skirts labuh yang boleh anda pertimbangkan seperti flared maxi skirts, pleated maxi skirts dan mermaid maxi skirts. 
Love the skirt!
Dan untuk gaya yang paling elegan, anda boleh tampil ke pejabat dengan koleksi dress Muslimah dan gayakan blazer atau cardigan sebagai outerwear anda untuk kelihatan lebih sempurna.
Dress muslimah dengan line melintang menampakkan effect kurus!
Smart sangat coat macam ni.

Tuesday, February 2, 2016

Kisah third pregnancy di KPJ Penang

Salam..

Kesian plak baru 2 post tentang [thirdpregnancy]..Hihi..bukan tak excited tapi terlalu banyak komitmen. Excited sangat excited, dok shopping online je. Kekeke. Nak masuk 6 bulan dah. Tapi perut macam previous pregnancy tak perasan sangat.

Antara story yang menjadi kenangan untuk third pregnancy ni. Semuanya kisah dekat KPJ Perda Penang.

1) Pegi KPJ untuk register monthly check up.
Nurse : First pregnancy ke? Second pregnancy?
Kina : Third pregnancy.
Nurse : Oh. Okkkkk. (macam tak percaya plak muka die)
> shahadah dan shafiyah tengah berjoget dekat luar masa ni. die tak tahu tu my daughters sebab kina jalan dulu, pudin jaga dorang. hahaha.
> nampak terurus lagi lah kan walaupun mak anak 2. hahaha. hakikatnya kalau kat rumah selekeh serebeh macam hantu kak limah. gaye mak anak 10 dah. kwangkwangkwang.


2) Tukar gynae dalam hospital yang sama.
Sepanjang 3 kali pregnant ni 1st time tukar doktor. Hahaha. Kalau tukar hospital tu biasa lah kan. Kitorang tukar doktor sebab tak berkenan sangat dengan cara doktor tu. Tak friendly. Tak into details. Nasib baik la pihak AIA bagi tukar. Puas hati dengan doktor sekarang. Rupanya bukan kina sorang, ramai dah yang tukar doktor dekat KPJ tu. Alasan yang sama mungkin. Rasa hak patient la kot nak tukar. Pregnant lady tak leh stress-stress jumpa doktor. Hahaha.


3) Amek darah masa pregnant 5 bulan.
Nurse : Jumpa doktor mana?
Kina : Jumpa Doktor Lim soo soo.
Nurse : La..awak pregnant ke? berapa bulan?
Kina : 5 bulan dah. Hee.
Nurse : Saya ingat awak amek darah sebab nak check demam. Tak nampak perut pun.
Kina : Hihi. tu la. Dari dulu memang camni.
(bukan nurse tak tahu la orang panggil ape untuk orang amek darah tu..anggap jela nurse boley)


4) Result Hb
Biasanya sebelum ni result Hb paling tggi pun 11. Tapi kali ni 12. Hahaha. Tinggi la bagi orang berdarah rendah. Kalau berjalan jauh sket memang nak pitam. Semua pregnancy pun macam tu. Doktor cakap ok Hb awak, tapi jangan lupa makan vitamin tak perlu iberet. Yessss. Kekeke. Tak beli lagi vitamin tambahan. Nak beli yang macam KPJ kuantan bagi dulu je. Boleh untuk ibu mengandung & ibu menyusu. Tak tahu nape KPJ Penang ni kena charge pulak walaupun panel. Lain-lain walaupun sama panel. Sekarang ni amalkan Pati delima Gulsan. Ya Allah manis gile. Awal-awal rasa susah nak makan. Campur dengan air baru ok sket nak makan. Shafiyah pun sibuk sekali nak makan.







 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork