Monday, November 21, 2016

Review : Le' sanda Sweet Foundation - foundation paling ringan

Salam,

Ok, selasa lepas kina dapat foundation ni dari kak mimy. Kak mimy awal-awal dah bagitau foundation ni bukan yang kilo-kilo orang packing tu, memang dari kilang dan ada KKM. Lega. Kan sekarang banyak sangat local product yang buat camtu. Pakai timbang kilo dari thailand. Le'Sanda ni bebas dari chemical berbahaya macam hydroquinone & mercury. Jangan la cakap takde chemical, semua mende ada chemical cuma beza bahaya atau tak je.

Jadi berbalik kepada LE'SANDA SWEET FOUNDATION, minggu lepas first time kina dengar wujudnya foundation ni, sebelum ni tak pernah dengar. Dah lama tak pakai foundation sebenarnya, sebab pakai BB cream je. Kina pakai BB cream Seqy dan Canmake (yang ni boleh beli dekat SaSa). Seqy tu tube yang kedua ada review dulu kan. Tapi dulu natural sekarang amek yang fair sebab cikgu makeup cakap kina kena pakai yang fair. Kina selalu pakai campurkan 2 bb cream tu. Jadi dalam review ni boleh la kina comparekan between Le'sanda & bb cream yang kina selalu pakai.
Dari kiri Le'Sanda, Canmake, & Seqy beauty

Le'Sanda ni sangat-sangat lembut. Memang lain dari yang lain lah. Masa mula-mula sapu tu macam sapu cream yang tiba-tiba jadi macam texture lembut macam bedak. Teringat dekat mousse maybeline tapi lagi lembut dan ringan dari tu. BB cream kalau nak sapu tu kena tonyoh sket kan nak bagi rata. Senang kedut nanti tapi hmm malas nak pakai brush atau span. Jadi nak pakai Le'Sanda tu tak amek masa yang lama, sapu2 bagi rata je. Ringan sangat rasa macam tak pakai apa-apa. 
canmake vs seqy vs le'sanda. Le'sanda paling tak berminyak dan ringan

Dari segi coverage kina boleh kategorikan Le'Sanda ni dalam kategori medium coverage. Sebab bila sapu tu still nampak jeragat dan parut. (masa pregnant shahir jeragat makin menjadi2, sape suruh tak jaga jugak :(..sobs) Macam bb cream jugak coverage tak full tapi bb cream kalau pakai banyak still boleh conceal parut-parut tu. 



Tapi yang kina perasaan makin lama pakai makin glowing, awal2 tu nampak macam kelabu je pakai Le'Sanda tu. Bau dia wangi sangat tapi kina tak suka sangat bau tu. Tapi once da set dengan powder dah takde bau pastu makin cerah glow2 gitu. Sekarang ni kina pakai innisfree no-sebum blur powder. Best jugak tapi takdelah blur sangat. Ngam la dengan Le'Sanda ni. Boleh masuk list wajib bawak pegi travel.
Ni maksud kina nampak kelabu masa first application tapi lepas tu glowing. Blend macam debu.
Kalau tak pakai bedak pun ok tapi kina suka lagi pakai dengan bedak so tak kuat sangat bau dan nampak lebih flawless

Paling kina suka tentang Le'Sanda ni dia tak berminyak langsung dan tak cakey. Kalau pakai bb cream, tak yah tunggu lama, sejam pun da boleh jadi cakey dan bertakung dalam pores. Almaklum pores dah la besar-besar. Tapi Le'Sanda ni memang takde, macam meresap terus. Kina pakai weekend ni lama sebab alang-alang tengah period nak uji la tahap ketahanannya. 10 jam pakai takde minyak, siap tertido sebab menyusukan shahir. Bangun pun rasa macam takde pakai apa-apa. Tapi bila cuci dengan makeup remover nampak la keluar semua. 

Recommend sangat untuk pegi travel ke atau utk penggunaan yang lama sebab tak berminyak langsung, rasa macam pakai bedak je muka. 

Plus, Le'Sanda ni boleh jadi sunscreen sebab ada SPF60. Tinggi tu. Cikgu makeup da bagitau jenis kulit cerah dan genetik turun terurun jeragat ni wajib pakai sunscreen. Tapi kina tak suka sangat sebab nanti rasa berat muka jadinya. Now pasrah la cuba nak merawat jeragat yang menjadi-jadi. Jadi, dah jumpa product yang sesuai utk jadi sunscreen. Kalau korang nak order boleh order dekat kak Mimy Othman. Nak pm dekat facebook boleh, nak whatsapp lagilah boleh. Yang color pink macam kina ni limited edition 10000pcs je. Kalau beli nanti ada contest, jadi kalau beli kena simpan tau.

Facebook dia : Mimy Othman.
WhatsApp: 013 5129011

Harga Le'Sanda Sweet Foundation ni sangat affordable : RM28 saje. Murah kan? Tapi sizenya kecik je. 7 gm. Ni pun dah tinggal half. Hihihi. Kalau korang nak cuba takde la ralat sangat kan sebab harga murah dan takdelah membazir kalau tak habis. (eh, macam biasa buat je tak habiskan tu..huahua..takde la, selalu kalau tak sesuai pass dekat orang lain macam innisfree cushion dulu pass dekat hana).
Dah tinggal half. Hahaha. Comel sangat bekasnya.
Next weekend Le'Sanda ada join islamic beauty fair, InsyaAllah kina pegi, nak beli sebab best foundation ni.
Le'sanda + innisfree no sebum blur powder + celak mekah + anastasia brow + lipstick mac velvet teddy + anak dara 2 orang.

Kina recommendkan Le'Sanda ni kalau korang :
- takde masa nak apply lama-lama macam foundation biasa (takde cermin pun boleh ni)
- elakkan muka cepat berkedut bila dok tonyoh2 foundation
- bajet cenonet (rm28 saje!)
- kulit senang ada jeragat 
- banyak kawah dan pores besar (like me)
- kulit berminyak
- makeup untuk taknak nampak kusam tapi nampak natural dan glowing
- takmau rasa berat dekat muka, ni foundation paling lightweight kina pernah cuba

Ok, tu aje. Silakan order, insyaAllah tak rugi. 
Next nak review barang dari The Face Shop. Ada yang recommended ada yang taknak recommend langsung! Hihi. Over siap tanda seru. Sape yang da beli planner 2017 yang plannerhut dan yang nak beli jangan lupa juga plannerhut ada giveaway 2.0 kina nak bagi lipstick mac macam kina pakai.


*review ini tidak dibayar, semua penulisan dari kina sendiri.
















1 comments:

Nur Zahirah on November 27, 2016 at 4:10 PM said...

menarik jugak. thanks for sharing.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork