Tuesday, April 29, 2014

Pencarian stroller bermula

Salam..

Malam kemarin mimpi stroller combi purple tu ditemui. Siap keluar dekat TV cakap dijumpai. Hahaha. Parah betul mamanye kan. Sayang sangat dekat si purple tu sebab sangat berbakti. Lagi-lagi pakai duit hasil business theshopAblog. Saje nak bagitau sebab asal tak keje orang cakap2 belakang keje habiskan gaji laki..hmmm..'Nak beli stroller lagi? Kalau lakiku mesti bising..' Lor..nak je cakap laki ku tak bising sbb jarang mintak duit die pooooon..lagipun dah stroller hilang..kalau dok minta duit laki selalu memang la laki bising..Huhu..Pffft..Mak buyong ngamuk nanti baru takut..: p..

Sungguh cetek pemikiran itu. Sekarang ni ramai surirumah atau isteri bekerja yang mampu untuk beli barang sendiri dan membantu suami okay. Ak selalu ingatkan diri sendiri xboleh bergantung pada suami 100%.. Tengok cite temptation of wife tu. Uwaaa..geram je kan laki kaya ada scandal. EH, mudah sangat lari topik. Kakaka.. 

2 bulan mensurvey dan memerhati stroller. Gitu. Nak beli stroller macam nak beli kete kan. Nak pakai lama kot. Tamau beli 2 3 stroller. Pasni akan lagi strict jaga stroller bila naik flight. Ni stroller-stroller yang dalam list.

1. Combi well comfort
Hahahaha..kena ke beli stroller yang sama dengan yang hilang tu? Well..kitorang memang puas hati pakai combi well comfort ni sebab ringan sangat. Kalau beli maybe tak beli warna purple la.
Price between RM900-RM1200.
Pro
-Ringan :4.6kg je, kalah babyzen yoyo kot. Angkat 1 tangan pun boleh. 
-Nak fold pun senang. Pakai 1 tangan pun boleh.
-Alas tebal dah tak perlu letak alas.
-Lepas tu boleh recline untuk tido.
-Boleh facing baby. 

Cons
-Tayar tak smooth kalau facing baby. Not a big problem for us. Masih bearable.
-Size kecik : Tulis boleh pakai sampai 16kg tapi shahadah 8kg dah muat2 je tak leh la nak guling-guling2. Kaki terjulur sket. Nasib la shahadah ni slim2 je. Kalau bam2 sah tak sempat pakai sampai setahun lebih. 

2. Halford fliplite

First time pakai ni masa gi ECM. Masa tu tak bawak combi. Shahadah plak tido. So pinjam je halford ni dekat kaunter ECM cuma bagi lesen je. Price RM350-RM400
Pro
-Harga affordable
-Category lightweight la jugak.
-Umbrella fold.
-Size yang besar, shahadah masih boleh golek2 dalam tu.
-Boleh full recline.

Cons
-Tak boleh facing baby. Ni je masalah die. Sob-sob. Kalau la boleh facing memang super duper complete sangat dah bagi diriku ini. Dah la harga affordable dah, design pun lawa. Untuk shahadah ok je, tapi adik baby pun nak pakai. Bahaya kalau tak facing. 

3. Bugaboo bee plus
Sebelum ni memang tak tahu ada brand ni. Jumpa sebab google criteria boleh facing, recline & lightweight. Rata-rata review ok. Harga die pun wow, tercekik anak tekak. Price RM1500-RM2699. Tapi kalau murah sangat maybe tak original sebab tengok dekat Aliexpress banyak je yang tak original. Ingat nak cari yang original tapi preloved. Memang jumpa RM850. Siap orang yang iklankan tu dekat bintulu. Pucuk dicita ulam mendatang la kan. Kisah apa preloved asalkan masih ok. Tapi call punya call, msg punya msg no tu tak valid plak. Frust.

Pro
-Size seat yang besar, seat die boleh panjangkan dan boleh pendekkan. Ni memang confirm boleh pakai sampai 4 tahun.
-Boleh facing.
-Boleh recline untuk tido. (pernah baca orang tulis tak boleh recline 180 ingatkan tegak sangat tapi bila tengok sendiri dekat kedai shahadah elok je tido dalam tu..kira recline hampir nak full la)
-Senang nak fold.
-Ada brek. So kalau nak berhenti ke apa boleh pijak brek.
-Canopy boleh tukar customade. Tiap tahun boleh bergaya dengan canopy baru. Takde la tiap tahun stroller baru kan. Hahaha.

Cons
- Berat 8.5kg. Masih dalam kategori lightweight bagi omputih. Hampir 2x ganda dengan combi kot. Tapi pegang-pegang dekat kedai aritu memang tak rasa berat pun. Smooth je.
- Harganya yang tak dapat nak hadam. 

4. Joie mirus

Tak tahu kenapa kalau sebut nama stroller ni teringat dekat Miley Cyrus. Hahaha. Ni pun dah pernah gi tengok sendiri depan mata dekat kedai Modern Mom. Reka bentuk & functionality die lebih kurang macam combi. Price RM800-RM1200

Pro
-Lightweight 6.8kg
-Boleh recline.
-Boleh facing forward & rear
-Compatible dengan infant carseat joie. (kitorang dah ada carseat SCR jadi tak penting pun travel system)

Cons
-Bila facing baby agak susah nak tolak, macam tersekat-sekat sikit.
-Size agak kecik. Sama point dgn combi well comfort. 

5. Mamas & Papas Armadillo

First time tengok dalam bentuk folded terus jatuh cinta beb. Walaupun tak minat langsung warna kuning. Tengok video ni memang best. Tak pernah test drive sebab tak pernah jumpa kat kedai mana-mana lagi. Nampak harga dekat online range RM1100-RM1500. 

Pro
-Full recline
-Folded sangat kecik slim je.
-Basket besar (tapi tak penting pun dekat ktorang)
- Lightweight 8kg 
-Ade brek.
-Size yang agak besar. Juga boleh pakai sampai 4 tahun. Tapi ni tak dapat dipastikan sebab tak pernah jumpa depan-depan.

Cons
-Tak boleh facing baby. Aduiii.
-Susah nak jumpa dekat kedai offline. Dekat KL maybe banyak.


Kenapa takde yoyo? Kalau yoyo kena plak beli 2 kali, untuk newborn lain, utk toddler lain pulak. Size toddler die pun nampak kecik. Senang nak masuk dalam luggage? Kitorang rasa tak practical untuk kitorang sebab nak bawak baby lagi, ada handcarry lagi, malas nak angkut masuk sekali. Just letak dekat luar pintu flight je. So memang yoyo xd dalam list.

Adakah perlu beli stroller tandem? Erm..malas nak ada banyak-banyak stroller tapi tandem stroller selalunya gedabak berat. Bila da berat tu memang akan malas nak angkut la kan. Kalau boleh nak 1 je stroller yang boleh pakai lama..  

Thursday, April 24, 2014

Checklist untuk adik baby

Salam
Fuhh..marathon of reviews..kita berubah angin plak..checklist untuk adik baby & mak baby..kejap je masa berlalu, dah 3rd trimester dah..esok 29 weeks dah! kaki dah mula cramp malam-malam. harus letak minyak panas sebelum tido. baru syioook.

Alhamdulillah, pregnancy kali ni pun xbanyak meragam sangat..xd muntah tapi petang2 pening memanjang..masa 2nd trimester paling syok sebab rasa macam tak pregnant pun ada..mungkin sebab ada kak longnya yang nak dilayan..

Jantina pun da tahu..insyaAllah geng kak long shahadah..;) kalau tanya nak baby girl x? Laju je die jawab nak2..mama dah berangan katil single warna putih yang boleh tarik bawah tu keluar tilam utk both of them..pull out bed..bukan nak beli sekarang la..tunggu shahadah 3 tahun bila da nak asingkan dari bilik. Sekarang ni shahadah masih pakai babycot, ingat bila adik die lahir letak katil single lama (tapi kena baiki kayu die yang dah patah..)dekat sebelah katil dekat sebelah dinding. Kiranya nanti shahadah tido belah kiri, adik baby dalam babycot belah kanan. Boleh imagine x?
Katil untuk both princesses nanti..target bila da ada rumah sendiri..

Walaupun girl, orang kata jimat beli baju. Nehi la. Baju shahadah takde yang jenis pakai 1-2kali je. Seme baju pakai beribu kali dan ada yang memang macam belacan. Hahaha. Kalau baju jalan2 ok la, nice dan boleh diturunkan pada adik baby. Tapi adik baby pun mesti kena ada baju baru. Baru adil kan. Utk baju, biasa tak spend baju yang mahal sebab tau akan jadi belacan. Kalau kat bintulu ni selalu beli dekat jun rong baju rm4 pun ado. Paling mahal pun tak sampai RM30. Baju made in thailand n china. Ada jugak beli set baju masa baby fair dekat Farley. (jangan bayangkan baby fair yang besar-besaran ye..hahaha) Paling best mama da banyak paw baju jualan wan mi. Hihi. Romper dah ada banyak da. Semua china mari. Macam napkin & bedung memang tak perlu beli da sebab ada banyak da dan cun lagi. Barut tengah dalam process jahit lagi nak buat tambahan. 
Sesi memunggah dan memilih baju kak long utk dihartapusakakan ke adik baby
Tilam kekabu dah sampai dan kak long dah rasmikan dulu. Next kita review. Masa shahadah dulu pakai tilam foam murah2 beli kat giant je + bedding set hadiah bestfren. InsyaAllah pakai yang tu jugak masa berpantang dekat kuantan nanti. Lepas tu memang takde tilam khas untuk tido dekat bintulu ni. Selalunya shahadah tido atas sofa @ conferter je. Hihi. 

Barang yang agak mahal macam babycot, sterilizer, breastpump, rocker, walker, baby carrier & etc2 banyak yang da ada. Kalau ikutkan stroller pun tak perlu beli tapi sebab stroller dah hilang jadi kena beli nak atau xnak. =_=. 3 bulan tanpa stroller ni pun da rasa tak senang duduk sebab memang sangat2 guna. Kalau dulu makan kat luar memang happy shahadah tido dalam stroller, sekarang ni elakkan die dari tido..hahaha..pernah tu die tido letak atas kerusi dgn bantal. Orang xtau ada budak kecik kat situ. Bila siap makan angkat orang ckp laaaa..ada budak rupanya..hahaha.. Mesti dorang ingat kitorg couple tgh dating kan..hahaha..perasan! Masih 50/50 nak beli stroller yang mana. Tandem ke single ke. Tapi yang pasti boleh digunakan kakak & adik baby.Dok mengharap menang contest jugak.hahaha. (macam tinggal harapaaaan je). 

Set berpantang dah setel. Beli dekat kak engku dan kirim dgn sheila sebab ada opening sale. Tak beli set, beli yang loose tanamera & Nr. Tinggal nak borong pad je. Bengkung pun ada yang tanamera dulu dan pinjam bff punya. Tahun lepas die pinjam bengkung tanamera tu. Kitorg setuju nak bertukar shif tiap tahun pakai bengkung tu.hahaha. Tahun depan die plak. Jimat gak cmtu kan.  Hahaha. So tiap tahun akan ade at least 2 bengkung. Hahaha.

checklist 2nd pregnancy yang sempoi saje..hihi..
So far dari segi perbelanjaan memang jauh sangat la compare masa 1st pregnancy. Plus kita pun dah tau mana yang perlu tambah dan tak perlu kan. Eh, pampers adik baby pun belum ada. Padilah jangan lupa tolong borongkan newborn diaper dkt expo mggu ni! hihi. 






Friday, April 18, 2014

Review Mini Portable Treadmill

Salam

Ni satu benda yang kina beli sebelum preggy yang kali ke2 ni. Dah preggy ni idokla berlari..jalan2 je la atas tu..Nak fit la katakan pastu nak jimat tamau beli yang electric. Harga dah mahal, pastu tambah bil electric. A big no for the time being. Beli portable treadmill ni tahun lepas dengan harga RM199 dekat groupon. Maybe sekarang ada yang lagi murah. Nampak sekarang RM178!
Masa baru sampai..ni shahadah 1 tahun kalau tak silap..hehe..

My verdicts about this treadmill:

  • Ringan - 10 kg. Senang nak angkut ke mana-mana dalam rumah sebab die ade wheel.
  • Tak perlu pakai electric tapi pakai 2 bateri AA untuk tahu bacaan tu. (tiba2 blank apa orang panggil bacaan tu).
  • Boleh tahu berapa KM, berapa kalori burn, berapa kelajuan & berapa masa korang berlenggang atas tu.
  • Kecik - lebar tempat pijak tu lebih sikit dari 1 kaki. Jadi kina tak rekomenkan untuk orang yang bersize agak besar. Sebab nanti mau lari ala-ala catwalk. Berat yang kina rasa sesuai 50-70kg bagi perempuan.
  • Rendah - untuk ketinggian macam kina ni nak berlari sambil pegang handle tu rasa just nice dah. Macam pudin dah bongkok sikit kalau nak pegang. So tinggi yang sesuai kina rasa up to 165cm. Kalau atas dari tu bongkok sikit la kalau nak pegang.
  • Boleh fold untuk simpan - tapi dekat rumah biar je kat situ. barang rumah tak banyak sangat ok la.
Camni rupa monitor, wheels die..
Portable treadmill ni dengan shahadah tak dapat dipisahkan. Tu lari laju kot selalu practice dari kecik. Jenuh mengejar. hahaha. Sepanjang die berjogging atas tu alhamdulillah tak pernah jatuh. Benda tu pun kukuh walaupun kadang2 shahadah buat aksi bergayut. Kalau mama buat? confirm la tergolek kot. hahaha. 
Tiap hari saya exercise ni..dah 8 bulan usia die kat sini..
Paling kina suka sebab boleh tahu berapa kalori burn. Tapi rasa seksanya nak burnkan 100 kalori weh. 100 kalori = 1.2 km = 20min..Pudin pun suka kina beli benda alah ni. Sebab tu die maintain.. Cewah. Bukan tak bahagia. Hahaha. So harap dapat la bagi review yang jelas..

P/S: sekali lagi..saya tak jual..hihi..






Wednesday, April 16, 2014

Master in BF

Salam 

Bukan master dalam pendidikan ye..hahaha..
Master yang itu tak sampai separuh jalan kina tinggalkan..
Ada bagus gak kina cancel amik master sebelum kawen dulu..
Walaupun  ada la jugak rasa ala..free kot sambung master tu..ditanggung..
Tapi tak sanggup weh nak PJJ..huahua..

Alhamdulillah, tak dapat master tu..
Dapat master dalam fully-breastfeeding shahadah chinta..
Hippp-hippp hurray! 
Walaupun tak dapat fully 2 tahun mama syukur yang amat dah..

Teringat cakap dekat pudin sebelum duduk survey-survey cari susu.. 

"tak dapat nak fully bf shahadah la sampai 2 tahun."
"ok la tu 1 tahun 6 bulan, papa dulu 1 bulan je walaupun mak tak keje"
"a,ah kan..kite dulu lagi kejap ek, untung la awak shahadah oi"

Budak kecik tu sengih je tanpa mengerti apa2..hahaha..

Semua orang ada breastfeeding journey masing-masing..
Dan ini kisah perjalananku..

Masa dalam pantang ingat lagi.. 
Betapa sakitnya bengkak susu..lagi sakit dari bersalin oiiii..
Betapa jenuhnya mengepump awal-awal tapi hasilnya ciput sebab masih tersumbat..sejam baru 1 oz..
Betapa fobianya bila shahadah nak menyusu..ckp die xlapar tu, alasan nk lengah sket..huahua..kejam rasa..

Siap nangis-nangis..
Siap tulis note dekat phone konon kata-kata semangat..
Siap cakap kat diri sendiri dapat sebulan fully breastfeeding pun takpela..
Bertahan-bertahan-bertahan..

Orang lain boleh kenapa aku tak boleh kan?

Lepas tu fikir lagi..
Ada orang lagi susah..awal-awal dah campur..
Awal-awal anak reject direct feeding..
Awal-awal anak dah nipple confuse ke tak suka nipple maknye ke..
Awal-awal anak taknak langsung susu ibu yang penuh berkhasiat tu..
Awal-awal dah tak dapat title fully breastfeeding..(apa ada pada title kan?nothing)
Tapi yang paling sedih sebab awal tu yang paling penting kan..
Colustrum = Titisan emas ek..

Antara rintangan semasa nak menjayakan breastfeeding..
Tentulah ada..jangan ingat surirumah senang je nak bf..
Makcik & member kina berlambak surirumah tapi tak bf pun..
Contoh tentunya nak NIP..kalau jenis tak keluar rumah takpela..ni memang selalu keluar..
Nursing cover memang byk membantu tapi ade jugak die mengamuk2 taknak..1 kedai makan tu tengok die mengamuk..last2 tinggal makanan, cari bilik salin baju terdekat..nasib baik la penjaga kedai tu memahami kan..Pernah juga BF dalam bilik air OKU..huahua..Pump punya pump simpan stock die pulak taknak yang ebm..Salah sendiri gak kot tak train betul-betul..Baju yang xd butang memang xdapat nak pakai dah..Kalau beli mesti cari open front..Dah lama gila tak pakai baju yang tak nursing friendly..hihi..Abaya dekat Mekah pun kalau yang open front mahal jauh dari yang takde..Tu pengorbanan ibu menyusu kan..InsyaAllah ada ganjarannya..

Yup, start 5+ bulan preggy dah kering betul..
Ada orang masa 2 bulan preggy dah kering..
Ada orang yang tak kering-kering kot ek..
Ke malas nak bancuh susu? Sumbat saja..Hahaha..

Kina memang hasratnya nak continue je breastfeeding sampai bersalin..
Sebabnya previous pregnancy memang takde masalah..
Doktor cakap takpe nak bf..

Tapi tak sampai hati la nak bagi anak minum angin..hahaha..
Seriously memang takde langsung..Picit sampai sakit nan ado..
Jadi tanggal 17 Februari start la shahadah bersusu formula..
Minum susu ni pun drama gak seminggu..Syukur la boleh terima dah..
Seperti mana sukarnya breastfeeding, formulafeeding pun sukar jugak..
Nanti cerita macam mana introduce susu botol kat die ni..

Takpe la shahadah, adik baby lahir nanti kita tandem pulak 6 bulan..
Kira bayar balik hutang 6 bulan..Boleh cenggitu? hahaha..
Ntah-ntah die pun tak minat dah..Yeke? tak mungkin..!
Doktor cakap lepas pregnant 6 bulan biasa dorang taknak dah sebab rasa lain..
Ni dah nak masuk 7 bulan preggy macam tetap nak nak nak je..hahaha..
Tengahari la yang paling kritikal sebab die nak mengempeng masa tido..
KECUALI kalau ada papa die, die tak kisah ke mama die..
Ikut awak la shahadah oi, nak wean off ke xnak, bukan ada pon..
Lebih pada menyonyot gamaknya..

Respect dekat ibu BF! 
Salute dekat ibu FF!

We are great mom no matter what..
Susu formula atau Susu ibu itu semua datang dari Allah..

:)

P/S: semoga time adik baby dapat PHD pulak..aamiin..







Tuesday, April 15, 2014

Review : Safety fan cover untuk protect jari baby

Salam

Sebab banyak dapat pertanyaan tentang safety fan cover ni jadi kina review la ye..kina dah beli lama dah tak ingat masa shahadah berapa bulan..tak silap masa die 6 bulan kot time mula nak menjalar..hihi..actually tak mencari pun sebenarnya, cari mende ape ntah tengok2 dekat store orang tu ada safety fan cover ni..eh..bagus ni! kan kalau kita mencari susah nak jumpa, kalau tak cari tiba2 je ada kan..hahaha..

Dekat rumah sewa kitorang ni takde kipas siling tau..tak mampu la nak pasang acon dekat ruang tamu even memang panas..kalau rumah sendiri lain la kan..maybe boleh pikir 2-3x nak pasang kipas siling atau acon..kitorang siap pakai 2 kipas berdiri tu..satu tinggi satu rendah..la ni dapat plak 1 lagi kipas cabutan bertuah..hahaha..yang tinggi tu sure takde masalah kan..yang pendek tu memang seriau kalau baby/toddler dekat2..dibuatnya die masukkan jari die..even 1 second kite terlepas pandang sangat bahaya.

Mula2 cuak gak kalau beli tak muat dekat kipas tu kan..yela, beli online kan..kipas pendek tu plak macam besar sket..kina beli dekat LELONG.COM..kina dah track balik tapi store tu dah xjual mende alah ni..tak silap masa beli tu RM3 je..die macam jaring2..kalau sape rajin boleh DIY je, siap boleh buat ikut ukuran kipas siap-siapkan..jahit kain jaring dengan elastic, macam serkup kipas. Hahaha.
Cenggitu la rupa safety cover fan..

Kebaikan safety cover ni selain protect our babies finger, kurang sket habuk melekat pada kipas. Nak cuci pun senang..belakang die elastic tapi pastikan korang buka cover tu tanpa kehadiran anak2 sebab dorang ni belajar dengan melihat. Shahadah tak pernah bukak cover ni sehingga la SEMALAM! Terkejut! hahaha..tu yang terus review arini..Tapi dah cakap dekat shahadah kena pasang dekat kipas ni nanti luka jari. Pastu die tak buat da. Lega. Xtau la kalau lepas ni die buat lagi..huahua

Dah ada safety cover ni bukan la tiket untuk kite lepa je sebab die tak cover fully kat belakang. Maybe sebab size die universal kot. Jalan penyelesaian elakkan dorang dari duduk belakang kipas. Atau letakkan kipas dekat dengan benda yang boleh halang dorang dari pegi belakang.

So kalau nak beli google je safety fan cover. Ada je tu jual online. Kina tak jual ye. Kalau tiba2 terjumpa supplier nanti boleh la..hihi..moga bermanfaat. ;)

Monday, April 14, 2014

Review : Handsock lace

Salam
Hari ni nak review handsock lace yang tengah fames sekarang ni kan..moga istiqamah dalam memakainya..bukan apa, masa matriks dulu memang pakai selalu stokin & stongan ni..(stokin utk tangan bukan sotong bertangan ye..hahaha)..masuk U start la zaman jahiliah tu..huahua..on off je stongan..

Kalau dukung anak selalu tersengseng lengan walaupun pki jubah kan..kalau pakai handsock ni rasa secure sket..jom sama2 kita tutup aurat dgn lebih sempurna..kina pun harap kali ni betul2 istiqamah..bantu suami sekali, kalau tak dok ternak dosa untuk die..huaaaa..pelan-pelan kayuh kan..kina received 2 handsock lace yang comey-comey..warna pilihan dark purple dan biru..
Atas warna dark purple lace putih, bawah biru
Selalu pakai yang handsock lace gak warna hitam beli kat mydin kan..Tak suka yang kat depan sama dgn belakang sebab nanti confuse mana depan mana belakang pastu jadi longgar sebab dah selalu ingat yang belakang tu depan..errr..pahe dok ni? Hahaha..suka yang bahagian wrist tu samada lace atau bentuk flower atau love tu..

mama preggy 6 bulan + mama junior versi masham..hahaha..mama pakai handsock lace mydin
Handsock lace ni mula2 kina nampak igtkan kain lycra + lace tau. Rupanya kain cotton! So bila pakai lembut je tak rasa panas dan melekat2 sangat. Kalau jenis selalu pakai jubah/abaya yang plain seplain plainnya tu tambah pakai handsock lace ni nampak la berfesyen sket no..Tutup aurat sambil bergaya gitu..Plus lace die takde berongga-rongga nampak skin sebab die dijahit atas kain cotton tu. 

Color dark purple, rasa slim plak tanganku..hahaha..sebab color tu kot..
Dekat mana nak cari handsock lace murah dan cantik? RM12 Sepasang. Beli dekat ohmyfariza.blogspot.com. Klik SINI untuk terus ke post pilihan-pilihan color handsock lace..Cepat sebelum warna yang cun dirembat orang. Sekali sekala beli yang handsock lace cun2 ni kan..biasa tak hitam, skin color, putih..cari sedondon dengan baju raye u ols. Hihi..(oh..mcm tak raye je tahun ni.. :p..)..

Budak ni pun sibuk la nak pakai bila handsock lace ni sampai..die pun tau cakap Can..tiiik..lepas tu dok cabut suruh orang pakaikan lagi..=_=..sampai la kena sorok dari die..

Thursday, April 10, 2014

Review: Tudung syria untuk baby / budak kecik

Salam.. 

Minggu lepas kina received tudung syria untuk shahadah..owner hijab4nisa ni ex-UM sama..dah lama dah cari tudung syria untuk budak kecik tu..suka sangat dapat tudung ni..tudung syria ni bila budak-budak pakai kemas & comel je kan..kalau mak budak pakai mesti bulat2 muka ha..hihi..kina tak pernah lagi pakai tudung syria, confident level belum cukup tinggi..kekeke.. 

Takde la setiap masa pakai, sebab kecik lagi kan..cuma nak bagi die berjinak-jinak dengan tutup aurat..Nak train budak cenonet tu pakai tudung dari kecik macam maksu piqah die..keluar rumah nak main depan rumah pun pakai tudung..kagum betul cara MIL didik anak..MIL cakap bila shahadah pakai tudung syria ni sebijik muka kina..papa is soo jealous ke laut..hahaha..papa jangan risau, muka shahadah masa tido still sebijik muka papa..hahaha..
Budak setahun 7 bulan menggayakan tudung syrianya..hihi..
Warna biru..Kemas sket, takde la terkeluar rambut..hihi..
Ni pulak warna macam mint..contra sket dengan baju pun cun..
Kalau korang tengah cari tudung syria budak kecik ni boleh la ke link di bawah ni ye.. Sekarang ni tengah promo beli ikut set..Jangan email kina pulak ye, kina tak jual..Hehe..

1 set ada 4 tudung..2 plain 2 bercorak..RM34 sahaja! 
Pilihan-pilihan tudung syria baby

Tak rugi pun beli 4 terus sebab raya kan nak dekat, lepas ada tudung boleh la plan warna baju kan2? Boleh pakai dari umur baby 1 tahun hingga la 4 tahun..Lama tu boleh pakai..

Boleh COD & boleh post..sila contact terus owner ye, jangan nak tulis comment PM2..baik korang terus je PM atau watsapp die..hihi..cepat sebelum kehabisan stok!

Owner hijab4nisa & anak daranya iman 2 tahun 7 bulan..

Ok..comel kan? menawan? apa lagi..sila la beli untuk anak dara korang jugak..hihi..
Utk Order, whatsapp / SMS : 013-2966143
Atau PM Fanpage Hijab4Nisa ||SIMPLE & VERSATILE HIJAB EXCLUSIVE FOR YOU!||


Monday, April 7, 2014

Pakej Breastpump Termurah di pasaran

Salam

Bagi yang tak tahu meh nak bagitau..kina pakai & jual Medela Harmony Sealed..tak jual breastpump yang lain ye..

Boleh baca pengalaman & review dulu tentang MHS ni dekat post ini


Sekarang ni tengah open pre-order untuk dalam pakej, sehingga 10 April ni sahaja..Dijangka sampai pada customer hujung bulan ni, means kalau nak boleh bayar booking deposit dulu, hujung bulan gaji boleh la bayar habis..Senang kan..hihihi..Korang boleh pilih pakej-pakej di bawah ni ye..

 Pakej 1 : RM170 Free Postage & Free 3 pcs Ice Pack
 Pakej 2: RM190 Free postage + free 3 pieces ice pack + free 1 mesh bag



Pakej 3: RM350 + Free postage + Free 3 ice pack + Free 1 mesh bag + Free 1 box plastic storage bag

Kalau macam surirumah sesuai amek pakej 1..
Kalau macam mommy yang bekerjaya ke opis sesuai amek pakej 2 sebab cooler bag tu 2 compartment boleh bubuh pump sekali..
Kalau nak lengkap punya pakej malas-nak-pikir dah amek la pakej 3..
Kalau nak customize pakej macam taknak itu nak ini nak itu taknak ini boleh je email kina shakina.farhan@yahoo.com nanti kina quotekan the best price.

Deposit 50% daripada harga full..Cooler bag boleh pilih nak warna ape dekat website www.autumnz.com.. ramai customer yang dah beli & pakai MHS pun beli lagi sekali dalam bentuk pakej sebab harga memang berbaloi-baloi..Nak tengok some of testimoni pengguna MHS? Korang boleh tengok sendiri, no edit-edit cuma nak samarkan nama customer je..

Kina terharu sangat dgn sis nasrah..'sanggup beli baru'

Compare dengan swing..:)

Ni my bestfren janot..hihi..

Testimoni dari blogger yana
Nak tengok lagi testimoni-testimoni yang lain boleh ke Facebook TheshopAblog dalam album Testimoni MHS ye..Kalau ada 1st time mommy tu atau member-member yang tengah cari pakej yang murah share la this news ok..Tinggal 3 hari je lagi untuk booking..:)

Order:
Wassap: 0132126952
Email : shakina.farhan@yahoo.com

Wednesday, April 2, 2014

Umrah part 6 : The overall

Salam..

Seperti yang dijanjikan, ni post last tentang umrah tempoh bulan hari..Kita layan gambar jela ek..Dah malas nak buat karangan..Dan banyak gak gambar yang takde sebab gambar berterabur di handphone wan mi, mama & papa..hihi..Kalau ada yang nak tanya pape ke boleh email kina shakina.farhan@yahoo.com..Selagi kina tahu insyaAllah kina bantu..

Bertolak dari KLIA. Flight MAS pukul 3.00 petang. Perjalanan selama 9 jam lebih kurang..
shahadah, papa, mama & wan mi

mama & shahadah 1st time naik train ni..

Sian die demam..spongy die sepanjang perjalanan..bassinet MAS ni boleh tmpung 11-12kg ke bawah je..

Selesai urusan imigresen di terminal haji..time ni shahadah dah sihat sket..
Our luggage man..hihi..

Naik bas dari terminal ke Madinah, tido jugak sepanjang dlm bas..
 Sampai dekat Madinah pada hari kedua dalam setengah jam je lagi nak masuk subuh..
Subuh pertama di Madinah..sejuk yang amat..

Tengah tunggu giliran masuk Raudhah..kubah hijau tu lokasi original masjid nabawi..3 jam tunggu tapi berbaloi sangat dapat sujud di Raudhah..
 Baru perasan masa hari ke3-4 takde amek gambar pun..excited sangat nak sampai Mekah..handphone ibu ada lagi gambar tapi malas nak mintak dah..=_=..
Askrim arab yang sangat sedap..Jus die plak pekat gile ok..

Pemandangan yang tak begitu rare di Mekah..sentiasa penuh dengan umat manusia..:)

Hotel kami Luluq Alsharq..dari jauh nampak Lulu..Q da hilang..hehe..

Indah kan pemandangan di waktu malam..tak pegi pon tower tu untuk shopping..huhu..

Kaabah..:)

Depan hotel..selesai umrah lebih kurang pukul 1 lebih pagi..

Masa ni ziarah di Mekah, dekat muzium..budak ni suka sangat main dgn shahadah, gaye adik beradik pon ado..
Di ladang unta, shahadah takut dgn unta..hihi..

mama takut lipas je,,unta tak takut..:P

Air kencing unta yang lagi mahal dari susu unta..hihi..

Di hudaibiyah..sama tak kitorang?

Selesai solat..eh, wan mi tutup mata..hehe..

Sedapnya air zam2 sejuk..rasa tak sama dengan air zam2 di Malaysia..

Di luar pintu King Abdul Aziz..:)

Depan masjid Tanaem..shahadah? tidoooo..

Nyum3..3 riyal 1..dekat Jabal Rahmah 2 riyal..

Dekat airport Jeddah, tikar tu dapat masa dekat Laut Merah..ade pak arab bagi sebab tengok ktorang makan beralaskan kotak..rezeki shahadah..ingatkan die nak pinjamkan je, lepas tu die blah gitu je..

Balik Malaysia sudah..tido lagi dlm tu..hehe..
Ok la..itu sahaja yang dapat dishare..harap bagi yang nak pegi tu dapat la nampak sket bayangan di sana..hee..moga-moga bermanfaat..tamat cerita umrah 2014..hopefully dapat pegi sana lagi 2 tahun lagi..aamiin..

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork